Menipu adalah Satu Benda yang Manis

 

\"Abu!\" panggil Yaya.

Abu pandang depan. Dia tahan nafas.

\"Kau ni... gemuk!\" kata Yaya sambil ketawa.

Abu ketawa. Dia tak nak Yaya kecil hati kalau lawaknya tak dapat sambutan.

Yaya pergi. Abu hembus nafas dan terus ke kafeteria.

Lepas ambil nasi lauk ayam goreng dan gulai lemak ikan keli, Abu duduk sebelah Ayus. Memang tempat duduk sebelah Ayus milik Abu sejak dari sekolah rendah ketika makan.

Abu lihat nasi dalam pinggan Ayus dah tinggal separuh. Abu tengok pinggannya sendiri dah kosong sambil jilat jari.

Sebelum sempat Ayus suap nasi dalam mulut, dia tegur Abu. \"Abu! Lajunya kau makan!\"

Abu tak faham. Ayus dah biasa makan dengan Abu. Dan biasanya, Abu makan laju. Tapi Abu hanya ketawa dan sedut air oren dalam gelas plastik.

Abu masuk kelas. Gadafi bawa kek sempena hari jadinya. Lepas tiup lilin, dia pelawa Abu makan.

Abu makan sekeping.

Gadafi tepuk bahu Abu. \"Makanlah lagi, Abu. Bukan selalu hari jadi aku. Setahun sekali.\"

Abu makan dua keping. Abu makan tiga keping. Abu makan empat keping. Abu makan lima keping. Abu sendawa. Abu makan enam keping.

Gadafi urut dada. \"Dah-dahlah tu, Abu. Sampai bila kau nak diet ni?\"

Abu bingung. Jadi, Abu berhenti makan dan pergi basuh tangan kat tandas.

Depan cermin, Abu tengok diri sendiri. Rambut Abu selerak sikit. Jadi, Abu basahkan tangan dan belah rambutnya ke tepi.

\"Comelnya Abu hari ni,\" tegur Musliha atau nama sebenarnya Musli yang baru tarik zip seluar dan basuh tangan sebelah Abu.

Abu malu-malu.

\"Kembanglah tu...\" Musliha tersenyum manja.

Abu masih malu-malu.

Lepas melentikkan bulu mata dan sebelum keluar dari tandas, Musliha urut-urut lengan Abu. \"Kalau aku tak puji pun, kau tetap kembang kan?\"

Abu senyum saja.

Dan pada hari Raya tahun tu, Abu dapat banyak kad raya daripada kawan-kawan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Suami Isteri

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa