Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Suami Isteri

mariah oh maria

Cerpen sebelumnya:
kerana supercar
Cerpen selanjutnya:
Penghukuman

 

Babak 1

 

“Maria! Oo maria!”, panggil pak abu akan bininya yang berada di dapur. Maria datang terkocoh-kacah.

 

“Ya, ada apa bang?”, tanya maria dengan cemas.

 

“Mana maria letak spender abang? Abang dah lambat nak pegi kerja ni!”, kata pak abu runsing. Maria pun cepat-cepat menggeledah laci almari demi mencari seluar dalam suaminya.

 

“Abang, spender abang yang bersih takde la… ayang tak basuh lagi spender abang yang kotor tu. Mesin basuh kita kan dah seminggu rosak abang tak hantar repair lagi”, terang maria takut-takut.

 

“Laa… mana spender yang kotor tu cepat ambik abang nak pakai pegi kerja ni”, soal pak abu.

 

“Semua spender abang ayang dah rendam...”, jawab maria serba salah.

 

“Laa.. kenapa tak basuh tangan aje…” keluh pak abu sambil menggeleng-geleng kepalanya.

 

Hari itu pak abu pun pergi bekerja tanpa memakai seluar dalam.

 

 

Babak 2:

 

Ting tong!

 

Loceng pagar rumah berbunyi. Maria berhenti memberus seluar dalam pak abu yang sudah lusuh dan carik-carik seraya mencuci tangan untuk melihat siapa yang datang.

 

Seorang lelaki tercegat di pintu pagar rumah dengan sebuah van. Maria keluar dengan berlilitkan selendang di atas kepala.

 

“Saya datang nak ambil mesin basuh”, lelaki itu bersuara.

 

“Abu ke yang suruh ambik?”, maria inginkan kepastian.

 

“Ak ah, abu tu kawan saya”, jawab lelaki itu pendek tersengih-sengih sampai ternampak gigi jongangnya yang jarang-jarang. Maria lalu menyuruh lelaki tersebut masuk ke dalam rumah untuk mengambil mesin basuh.

 

 

Babak 3:

 

“Maria! Ooo maria!” jerit pak abu ketika baru masuk rumah selepas pulang dari kerja.  Maria datang dengan segera dan melihat suaminya berjalan terkepit-kepit.

 

“Kenapa pulak dengan abang ni jalan terkepit-kepit?”, soal maria hairan.

 

“Seluar abang ni ha terkoyak pulak kat kelangkang di tempat kerja tadi”, jelas pak abu.

 

“Habis orang kat tempat kerja abang nampak la anu abang?”, soal maria lagi.

 

“Tak ade la nampak anu abang, sebab dari tadi abang asyik cover dengan tangan je sampai lenguh”, keluh pak abu kepada isterinya, maria. Maria yang mendengar keluhan suaminya itu hanya mententeramkan suaminya agar semuanya menjadi tenang-tenag sahaja.

 

“Tadi ada kawan abang datang ambik mesin basuh nak repair kan?”, Tanya pak abu pula kepada maria.

 

 

Babak 4:

 

Pak abu keluh kesah di luar wad bersalin menunggu isterinya melahirkan anak sulungnya. Sembilan bulan lepas isterinya disahkan hamil. Dia pun tak berapa menyangka dirinya yang berumur 55 tahun masih mampu membuatkan isterinya Maria berumur 24 tahun hamil.

 

Tiba-tiba seorang nurse memanggil nama pak abu. Pak abu segera membontoti nurse tersebut untuk melihat anak dan isterinya. Apabila ternampakkan anaknya pak abu segera mengangkat anaknya dan melaungkan azan di telinganya. Kemudia dia berdoa supaya anaknya menjadi orang yang baik-baik dan mendengar kata.

 

Setahun kemudian bayi pasangan pak abu dan maria telah tumbuh gigi. Sejak itu maria serba salah setiap kali melihat gigi anaknya yang jongang dan jarang-jarang itu.

Cerpen sebelumnya:
kerana supercar
Cerpen selanjutnya:
Penghukuman

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

heylelaki

aku saorang lelaki yg \agak\ gemar menulis dan membaca. 
heylelaki | Jadikan heylelaki rakan anda | Hantar Mesej kepada heylelaki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya heylelaki
kerana supercar | 1632 bacaan
hikayat pengembaraan lisa suriyana | 1746 bacaan
Kisah Norlia yang pertama kali diceritakan. | 11231 bacaan
cerita ajis anak harlem shake | 1723 bacaan
alienasi | 1463 bacaan
catatan sebuah dendam zombie | 1896 bacaan
UFO | 1602 bacaan
khabar angin budak bernama aboi | 1663 bacaan
angelina julie | 1671 bacaan
siapakah ramli? | 3031 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya mariah oh maria
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik