Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Syi

Cerpen sebelumnya:
AKU SUKA!!!!!
Cerpen selanjutnya:
Betelguese, Aldebaran dan Measat-70


“Syi, kita belikan benda tu nak untuk birthday Athirah?” Reza mengunjuk pada belon berisi helium yang terapung di luar kedai. Syifa yang sedang asyik menaip SMS ditariknya.

“Oh, my god! Belon terbang. Bestnya!” Syifa melopong teruja.

“Tuhan ada 99 nama. But the last time I checked, takde satu pun yang nama God.” Reza buat-buat mengira.

Very funny.” Laju Syifa menyinggul lengan Reza. Geram.

“Alah, bestnya benda ni! Tak aci la.” Syifa jakun membelek. “Kalau birthday I you tak pernah pun nak belikan.” Dia hayunkan tali yang memancang belon ke kiri ke kanan.

“Masalahnya, I pun baru kali pertama jumpa benda ni.”
“Okey, kalau macam tu birthday I tahun ni you kena belikan! Tak kira.” Syifa pejamkan mata. Buat muka merajuk.

“Heii!” Jeritnya geram. Rupanya Reza terus berlalu ke dalam meninggalkannya keseorangan.

Hari Khamis di The Curve tak ramai manusia yang berpeleseran. Akhir bulan, tambahan pula waktu pejabat, sausana sebegini memang satu kelaziman di mana-mana pusat membeli-belah. Begitu juga dalam kedai Party@World yang mereka masuki.

“Okey, ni yang I tak gemar. Pantang pelanggan tak ada dia pun gayut entah dengan sesiapa. Kesian tauke kedai ni.” Reza menggertu di depan kaunter. Petugas kedai sedang sibuk di talian bercakap membelakanginya.

“Lepak la. Kan dia tengah cakap dengan pembekal tu. You ni kan suka melulu.” Syifa geleng kepala. Tudung yang senget disemat semula elok-elok. Paling penting menutupi bahagian dada.

Customer is always right. Lagipun I nak cepat ni. Kejap lagi kan I ada futsal.” Reza tak mahu mengalah. “Hello!” Dia memetik-metik jari. “Nak berniaga ke tak ni!”

“Er.. eh! Maaf!” Gadis penjual itu segera mengakhiri talian bila sedar ada pelanggan menunggu. Cepat-cepat dia bergegas mendapatkan Reza dan Syifa di kaunter.

“Ya bang, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Si gadis muncul sambil menguntum senyuman.

Reza terpana. Itulah senyuman paling menawan pernah Reza saksikan!

---

“Ini katalog untuk design belon yang ada. Ini pula katalog untuk font kalau abang nak letak teks atas belon tu.” Gadis itu menghulur dua folder tebal.

Reza menjeling pada Syifa sambil mengangkat-angkat kening. Dia panggil I abang! Mulutnya bercakap tanpa suara. Syifa mencemek muka meluat.

“Abang boleh order dulu. Nanti lagi setengah jam abang datang balik, okay?” Si gadis senyum lagi. “Abang? Abang dengar tak ni?” Kelam-kabut Reza mencapai folder tersebut.

“Er.. eh, ya ya! Saya pilih.” Pipinya merona.

“Baik, silakan. Saya nak pergi ke dalam ambil buku resit.” Si gadis sempat melirik senyum pada Syifa yang sedang tersengih. Gelihati dengan perangai Reza.

“Jangan ketara sangat boleh tak?” Disinggulnya lengan Reza bila si gadis sudah menghilang.
“Ketara apa?” Reza buat tak faham. Pura-pura sibuk memilih corak belon yang ingin ditempah.
“Eleh!” Syifa buat muka.

Sambil memadankan teks di atas belon, mata Reza tak lepas dari mengekori gerak geri gadis tadi. Kelibat sunti akhir belasan itu buat hati lelakinya berdetak keras. Tema merah jambu yang menyarung kulit seperti bayi itu buatkan nafasnya lemas. Dia tahu, panahan cupid sudah menembus jantung hatinya.

Aku mesti cuba kenali dia! Dialah gadis impian aku! Reza kejapkan bibir.

---

“Legally Athirah: Happy 21! Cantik! Kemas kerja tangan you.” Mata Reza bersinar membelek hasil akhir belon yang ditempah. Teruja membaca tulisan yang terapung bergemerlapan di depannya.

Gadis itu menghela nafas lega. Piagam pelanggan berjaya dilaksana dengan baik. Syifa pula geleng kepala. Gediknya kawan aku seorang ni!

“Hah, apa lagi. Bayarlah. Tadi kata nak cepat. Nak pergi futsal.” Saja dia menyakat.

Wajah Reza seraya berubah. Baru dia bercadang nak meluang masa lebih lama. Hasrat di hati mahu berkenalan dengan si gadis penjual.

“Err..”

Dalam terpaksa dia keluarkan dompet lalu membayar. Baru saja mereka berdua mahu melangkah keluar, Reza tiba-tiba berpusing balik.

“Err, cik!” Dia memanggil. Si gadis yang baru mahu menyimpan folder menoleh.
"Ya?"
“Boleh saya dapatkan nombor telefon?”

Kapasiti soalan yang dipaculkan membuatkan Syifa dan gadis itu sama-sama ternganga!

“Untuk apa?” Si gadis penjual kelihatan kaget. Syifa di sebelah turut kerutkan kening.

“Ss.. saja! Mungkin lepas ni kalau saya nak tanya apa-apa pasal produk, boleh saya telefon je tanya.” Nada suara Reza jelas bergetar. Kredibiliti jawapannya membuatkan dia sendiri tidak yakin untuk melafaz.

“Tanyakan produk?” Riak yang dipamer tidak meyakinkan. Gadis itu merenung Syifa yang sudah senyum-senyum menahan lucu.

Lama dia berfikir. Berkira-kira sama ada mahu dipenuhi atau tidak permintaan tersebut. Akhirnya dia pun mencapai satu pen dan kertas kecil.

“Nah!” Nota yang dilipat dua itu bertukar tangan. Reza mencapai tenang. Di dalam hati, tuhan saja yang tahu dia sudah melompat hingga ke siling.

---

Sepanjang malam Reza tak henti-henti memerhati telefon. Hati berdilemma mahu menghubungi nombor yang tertera pada nota. Namun jemarinya masih belum tegar untuk mendail.

Kertas kecil di hujung jari ditenung. Tertera nama Puteri Irena bersama jujukan 10 digit nombor.

Reza ketap bibir. Apa yang aku buat ni? Tidak pernah dalam sejarah 21 tahun kehidupannya dia lakukan perkara sebegini. Jumpa orang tak dikenali, jatuh hati, minta nombor dan kini mahu menghubungi!

Dulu dia sendiri yang pantang. Mulut ni lancang saja mencemuh orang yang berbuat sedemikian. Perangai rempit katanya! Tak cultured! Tapi kini bila dah kena batang hidung sendiri. Dia sendiri serba salah. Dia sendiri terkeluh kesah!

Sudahlah! Ini semua karut. Ada ke berkenalan cara camni! This is not right! Reza geleng kepala. Aku bukan rempit! Dikeronyok nota kecil yang berada dalam genggaman.

Saat itu wajah Irena tiba-tiba datang membuai. She’s a sweet girl for real! Komen Syifa sewaktu mereka baru meninggalkan kedai siang tadi terngiang. Reza gigit bibir. Perasaannya tak terbendung lagi. Telefon dicapai. Jemari mula mendail!

---

“Hello?” Duk dak duk dak!
“Yes?”
“Irena ke?”
“Bercakap. Siapa tu?”
“Err..” Kenapa gemuruh sangat ni! Reza tarik nafas dalam-dalam. “Reza sini.”
“Ooh Reza! Hai!” Wow, dia kenal!

“Eh, tapi Reza mana ye? I takde kawan nama Reza.”
“Err..ah?” Lelaki itu tergamam. Budak ni main-main apa!? “Ini .. Reza .. yang..”
“Hei, rileks la. I gurau jela. Ni Reza yang beli belon tukan?” Terdengar kekekan kecil di hujung sana.

“Ah aha.. ye! Saya la tu!” Reza menghela lega. “Awak tengah buat apa tu? Saya mengganggu?”
“Nah, takdelah. Just got back.”
“Oh, balik dari mana?”
“Eh, dari kedai la.” Irena gelak. “Takkan dari sekolah pulak. Kita dah habis sekolah okey!” Katanya bangga.

Reza gelak. Terbayang wajah comel gadis di seberang corong sana!

“So, tell me, you memang selalu ke buat macam ni?” Irena pantas mengaju soalan.
“Buat macam mana tu?”
“Berkenalan dengan orang yang you jumpa kat mall.” Selamba dia menyambung.
Reza terbatuk. “No lah!” Mak oi, daringnya soalan! “Ni la first time I buat kerja gila ni!"
“Oh, reallyyy?” Lagi kekekan manja kedengaran.

Mahu saja Reza cium telefonnya. Jangan buat suara camtu boleh?

“Betul! I pun tak tahu apa kena dengan I siang tadi!” Kali ni nada Reza berubah serius. Irena berhenti mengusik. “Mesti you tak percaya kan?” Dihampakan nada suaranya.

“Come on, kalau tak kenapa you rasa I berani kasi number I kat you?” Nada Irena bertukar memujuk.

“Err.. sebab you memang selalu buat camtu? Giving your number to people you meet kat kedai?” Reza laju membalas. Ambik!

“Noo! You ni kan!” Irena geram. “I kasi sebab I rasa you ni ok. I dah perhati semuanya. I saw you mingle pun dengan orang baik-baik. Tu yang I tak kisah. Lagipun you cuma nak kawan dengan I je kan? Why not!”

“Er.. Syifa tu ke you maksudkan baik?” Kening reza terangkat sebelah.
“Uhuh, she’s very lovely. Sweet sangat.” Nada Irena ikhlas.
“Oh my, jangan cakap depan dia please! Dia tu sangat kuat perasan!”

Mereka sama-sama gelak. Reza dapat rasakan keserasian!

“Anyway, is she your girlfriend? You guys nampak secocok.”
“Syifa and me? No lah!” Laju Reza memotong. “We are just friend. I never heard dia pernah suka sesiapa selama ni. Ever! I rasa dia songsang la.” Ampun Syifa!
“Serius??” Irena terkejut.
Reza gelak. “Hey! Memain jela. Entahlah Syifa tu. But you jangan fikir bukan-bukan okey? Kita orang cuma kawan. Tak lebih dari tu.”

“Okay mister, if you say so.” Irena senyum lebar. Di dalam hatinya mula berbunga.

---

“I called her!” Reza senyum bila Syifa bertandang ke rumah keesokannya.
“Serious?! How was it?”
“Angau! Now asyik tergema suara dia je dalam kepala.”
“That’s typical you! Fall in love already?” Syifa buat muka.
“Tak salahkan? I pun tengah single.” Reza jelir lidah.
“Whateverlah romeo!” Syifa malas nak layan.

“Anyway semalam masa borak, kitorang ada mention nama you.”
“What’s up? Mengumpat la tu, kata I ni lawa and lemah lembut.”
“Oh, please! Dia cuma tanya, kita ni couple ke? I tak pernah suka kat you ke?”
“So, what did you answer?” Syifa menelan liur.

“I told her the truth jelah. Yang you actually suka kat I, tapi unfortunately I tak boleh terima. Sebab I suka kat dia.”
“You pernah tengok buku lali patah lapan tak?” Syifa sudah angkat kakinya tinggi-tinggi.
“Hey hey! Watch it! Karang I takleh jalan macam mana I nak pergi dating!”

“You asked her out already?” Syifa melopong.
“Uhuh!” Reza angkat-angkat kening, bangga. “Kenapa? Cemburu?”

“Ooh, please!” Dalam hatinya tuhan saja yang tahu.

---

“Kita berdua aje ya? Mana Syifa?” Irena tatang dulang berisi Fillet-O-Fishnya ke meja.
“Ala, nak ajak buat apa. Tak menarik la dia ada sekali!” Reza sengih.

"I thought you kata semalam dia nak ikut?” Wajah Irena berubah.
“I did? Oh! Dia kata dia kena teman mak dia pergi Ikea tadi. Tiba-tiba je.” Reza doa lidahnya tidak dikerat tuhan.

“Hmm, bahaya la keluar berdua camni. Tak manis!” Irena bersuara kecewa. Reza kerut dahi. Alah! Timur sangat ke dia ni?

“Okey, I akan SMS dia suruh dtg ASAP. Meanwhile, makanlah dulu.” Katanya sambil membuka kotak hidangan Big Mac.

Irena paksakan senyuman. Balutan fillet dilerai.

“Sebenarnya..” Mereka bersuara serentak ketika sedang makan. Masing-masing terbantut meneruskan kata-kata.

“It’s okay, you go first.” Reza mempersila.
“No, no. You first.”
“Ain’t a lady should always be the first?”
“First to decide. And I have decided. You first.” Irena senyum.Reza turut tersengih.

“Nah, nothing pun. Sebenarnya.. I cuma nak bagitau yang you nampak menarik hari ni.” Sebiji-biji butir katanya diatur keluar dari mulut.

Reza memandang Irena di depan. Menunggu reaksi. Tapi yang dilihat, dahi Irena berkerut, matanya memaku ke arah lain!

“Err.. I know, you mungkin fikir I cuma nak cakap manis je, tapi..”

Kali ini mata Irena bertukar buntang!

“Irena?”

“Hei, brother!” Bahu Reza tiba-tiba direntap dari belakang oleh tangan kasar seorang lelaki. Reza tersandar keras.
“Hoi! apa tarik-tar—” Tak sempat Reza habiskan kata.

Buk!

Tubuhnya jatuh terdorong beberapa meter dari kerusi. Seraya itu rahang dan bibir terasa perit bagai dibakar. Penumbuk yang mencium sungguh padu.

“Ap- apa ni! Gila ke?” Tangannya meraba bibir.

Seorang lelaki lingkungan usia 30an berdiri gagah di hadapan. “Kau tu yang gila! Keluar dengan bini orang! Nak cari mati ke?” Kali ini sepakan kilas pula datang. Tepat mengenai perut.

“Ooff!”

Tuhan saja tahu bagaimana senaknya. Bini orang!? Reza tak faham apa yang didengar. Dia memandang Irena yang ketakutan. Apa semua ni??

“Abang! Sudah la tu! Hentikan! Jangan la buat kat sini!” Irena bingkas menghalang. Terjurai air mata di pipinya. Abang? Bini? Reza cuba menafsir. Takkanlah..

“Kau jangan banyak cakap. Pergi masuk kereta! Tahu la nasib kau di rumah nanti!” Lelaki itu menjerit. Dipandangnya Reza yang terlantar dengan wajah menyinga. Baru sahaja Reza mahu bingkas kaki lelaki itu menghayun lagi.

Kali ini pandangan Reza gelap.

---

Reza terbaring di atas katil memandang ke luar tingkap. Kelu. Tiada apa yang terkeluar di mulut, tetapi dalam fikiran, seribu satu persoalan sedang beraja.

Katakan ini semua mimpi! Reza meraba tengkuknya yang berbengkung. Mujur tak patah! Mujur aku masih hidup! Reza telan liur. Terasa perit. Terasa berpasir.

Wajah ibu yang menangis pagi tadi kembali muncul. Beriya ibunya mahu buat laporan polis, tapi dihalang. Dia tak mahu dibesarkan hal ini. Haru jadinya nanti.

Apa yang penting dia selamat. Masih waras. Tidak pula cacat atau lumpuh akibat serangan petang semalam. Saat ini dia berasa sungguh bersyukur pada tuhan!

“Hei, fikir apa tu.” Dia kenal suara itu. Reza berpaling.
“Hei Syi, masuklah!” Gadis itu menatang bubur di atas dulang.
“I heard you taknak makan dari pagi.”

Reza senyum. Pasti ibu yang beritahu!
“I just belum lapar.”
“You tak lapar? That’s new!” Gurauan Syifa membuatkan Reza tergelak.
“Dah kenyang makan hati!”
“Hei, dah dah la tu. Dah sakit macam ni. Tak usah cakap pasal benda-benda yang akan sakitkan lagi okey?” Mata Syifa redup memandang. “Nak I suapkan?”
“Its ok!”

Mangkuk dihulur ke riba.

“Thanks ye.” Reza bersuara ketika menyuap bubur. “Kerana jadi penyelamat I.” Ada getaran dalam suara Reza. Hatinya terasa sayu ketika itu. Terharu mengenangkan semua yang terjadi.

“Reza, tu kan tugas kawan. Mujur I pun tengah on the way ke sana.” Syifa ambil napkin di meja dan mengelap sisa bubur yang terleleh.

“Masa I sampai tu you tengah pengsan. So I rushed you pergi klinik!” Syifa menerang. Mata Reza berkaca.
“Tak sangka betul semua ni akan jadi. Kalau you ada sama semalam, sure you pun akan terkejut!”

“I dah tau semuanya Reza.” Balasan Syifa buatkan Reza hairan.
“How did..”
“Pagi tadi Irena call. Ajak I datang ke rumah.” Syifa menjelas tenang.

“She told me everything. I was shocked to hear all that. And dia nak I cerita something kat you. Supaya you faham hujung pangkal kepada semua ini.”

Reza terdiam. Tak pasti sama ada mampu untuk mendengarnya.

---

“Selama ini saya cuba setia pada abang. Tapi abang yang siakan! Abang tak anggap saya sebagai isteri! Abang seksa saya! Batin saya!” Irena tak henti menangis.

“Kau diam! Kalaupun aku buat macam tu. Kau takde hak nak keluar dengan lelaki lain! Kau tu isteri orang! Faham! Apa orang akan kata!” Afiq membentak keras.

“Tak usah la abang nak marah saya pasal tu. Abang ingat saya tak tahu hubungan abang dengan perempuan lain?”

Buk! Sedas penumbuk hinggap di pipi Irena.

“Diam!”
“Saya tahu pasal ayah saya hutang dengan abang! Saya tahu abang yang paksa dia untuk kahwinkan kita!”

Buk! Sedas lagi mendarat pada pipi yang lagi satu.

“Aku kata diam! Kau takde hak nak soal semua ni! Kau tu patut sedar siapa diri kau dulu! Aku je yang sanggup bela kau sampai sekarang! Kau patut bersyukur!”

“Ya! Memang saya sedar! Tapi saya tak pernah minta abang kahwini saya! Saya tak pernah mahu abang bela saya!”

Irena berlari masuk ke bilik. Pintu dikunci dan dia menangis semahu-mahunya!

“Aku dah tak sanggup lagi nak lalui semua ini.” Katanya berputus asa.

Diambilnya kertas nota dan pen lalu menuliskan sesuatu. Air matanya tak henti-henti mengalir. Selesai menulis, Irena menarik keluar bekas berisi pil dari laci meja.

“Tak lama lagi, segalanya akan berakhir!” Dia ketap bibir.

---

“Dia tahu you akan marah sebab dia tak terang semua ni. Sebenarnya dari awal dia cuba nak terangkan kat you, tapi dia tak tau macam mana nak mula.” Syifa habiskan ceritanya.

“Dia ingat ni drama Melayu? Benda macam tu bukan boleh buat main.” Reza mendengus. “Tengoklah apa dah jadi sekarang!” Jarinya menunjuk pada bibir dan tengkuk.

Syifa cuma geleng kepala. “Sabarlah, semoga masa akan pulihkan semuanya.” Dia bingkas dari katil.

“I nak minta diri dulu ni. I’m going back to college today. My clinical year will start tomorrow.”

“Ala, dah nak bukak sem baru ke?” Wajah Reza sedih. “Siapa yang nak jaga I nanti lepas ni? You tu cuti panjang baru nampak.”

“You know how busy my course is kan? I wish I can stay here Reza but they’ve banned human cloning.”

“Tapi you balik la sini selalu! Weekends ke! Kan dah ada highway baru sekarang! Ini cuti sem baru nampak.”

Syifa geleng kepala sambil tersenyum tipis. Selepas mengucapkan selamat tinggal. Dia berlalu pergi.

---

“You dah buat macam I suruh tu?”

Angguk! “I ikut exactly!”

“Good! Dia takkan berani cari you lagi. If not kita lapor polis apa yg husband you dah buat kat you selama ni.”
“Yeah! Kita pun ada bukti nak tuduh dia.”
“Bodoh punye lelaki! Dah dapat bini baik dan cun pun nak menggatal lain!” Kegeraman Syifa diterjemah dengan menekan kuat pedal agar lebih laju.
“Entah kann! Lelaki ni semua memang!”

“Yang you makan tadi tu pil apa pulak?” Syifa merenung pada bekas di tangan Irena.
“Nothing, my daily suppliment je. For energy. I ada low blood pressure.”
“I see.”

“Anyway, Reza macam mana tadi? Was he ok?”
“Reza? He’ll be fine. Bruises here and there je. Dia kan lelaki, pandai-pandai la dia nak hidup.” Syifa gelak.

“I pity him. I hope he will understand.” Irena tunduk simpati. Memandang pemandangan tepi lebuhraya.
“How would he understand kalau dia tak tahu perkara yang sebenar-benarnya?”

Mereka berdua gelak.

“Eh, you dah inform your housemates tak I nak tinggal situ? I sebenarnya segan la.”
“Tu you jgn risau. Diorang okay je. Lagipun you are staying in my room. I duduk sorang je.”
“Well, not anymore!” Irena kenyitkan mata.

“If only Reza tahu I rapat dengan dia sebab I nak kenal you..”
“He wont know!” Syifa kenyit kembali. Tangannya merayap di atas peha Irena.

“I love you!”
“Me too!”

Cerpen sebelumnya:
AKU SUKA!!!!!
Cerpen selanjutnya:
Betelguese, Aldebaran dan Measat-70

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.1
75 Penilai

Info penulis

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Jadikan cahatomic rakan anda | Hantar Mesej kepada cahatomic

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya cahatomic
PCB#2: AKU SEPASANG SEPATU PEJABAT WARNA HITAM | 37316 bacaan
Kau, Kuah Satay dan Simfoni Hidupku | 28402 bacaan
TEPUK BATANG AISKRIM (INILAH HARINYA AKU MENDAPAT SEORANG MUSUH KETAT) | 4867 bacaan
M01S04: Dua Dunia | 4545 bacaan
Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit | 5360 bacaan
Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang | 6670 bacaan
Maaf, Cik! | 7331 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

171 Komen dalam karya Syi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik