Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

C & D - Part I

Cerpen sebelumnya:
Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya
Cerpen selanjutnya:
C & D - Part II

Hening subuh hari menjengah hari baru. 5 Oktober 2007. Dia masih lagi berteleku di hadapan LCD 19" itu, menatap satu per satu huruf-huruf yang terpampang. huruf-huruf yang ditaip selama berhari-hari, menyiapkan report projek Software Engineering yang perlu dihantar selewatnya pukul 5 petang hari ini. Patah-patah ayat dan pemerengganan yang dibuat serta fakta-fakta yang dicilok dari pelbagai website di Internet dan juga goreng-goreng sampai hangit fakta-fakta ciptaan dia sendiri. Teman sebilik masih lagi diulit mimpi, bergerak-gerak mencari posisi paling selesa. Keletihan menaip report dan memerah otak menyiapkan program yang mahu ditayangkan kepada pensyarah siang nanti betul-betul bersarang bagi pelajar jurusan IT. setiap semester, ceritanya masih sama. Semua pun kerja last minute. Akhirnya, body clock going haywire. Mereka enjoy cara hidup last minute begini. segalanya last minute, belajar untuk ujian, projek, assignment, report, dan semestinya peperiksaan paling favorite untuk menjadi perkara utama dalam senarai last minute.

Dia tersenyum sendiri memikirkan bagaimana kebanyakkan pensyarah fakultinya mengingatkan supaya pelajar-pelajar membuang tabiat last minute tapi semuanya bagai tidak berganjak. Kata pelajar, kerja last minute baru thrill. Idea pun banyak mencurah-curah. Tabiat yang sudah menjadi budaya. Pembudayaan tabiat last minute seperti juga pembudayaan slanga bahasa dan penggunaan SMS short form dalam report. Berbuih mulut pensyarah mengingatkan tetapi pelajar akan tetap dengan gaya hidup pelajar. Dia masih tersenyum sendiri.

Matanya masih lagi menatap LCD 19" itu. Dia beku bersama pelayaran kapal fikiran nya di lautan imiginasi tidak bertepi. Goreng-menggoreng bukan perkara baru baginya tapi entah kenapa pagi ini sukar benar dia menghamburkan idea-idea nya dengan mengetuk-ngetuk papan kekunci yang tersedia. Bukan teori Software Engineering yang mengganggu fikirannya, bukan idea bagaimana mahu meyakinkan pensyarah bahawa mereka telah menggunakan seluruh proses Software Engineering untuk membina program automasi mereka, dan juga bukan bagaimana mahu kencing bahawa program automasi mereka sebenarnya sudah benar-benar lengkap dan tidak memerlukan komen yang pedas dan ganas meluncur keluar dari mulut pensyarah. Dia masih teringatkan memori itu. Memori daun pisang, eh...macam dalam lagu dangdut tu. Dia rindukan memori itu, rindukan C. Dia rindukan keriangan dan motivasi yang C telah bawakan dalam hidupnya. C; yang ceria. C; yang cukup manis. C; yang cinta.

Ini bukan kali pertama memori lama itu datang menghambat fikirannya tetapi akhir-akhir ini C kerap kali mengganggu tidur nyenyaknya. Mengganggu waktu sedarnya, sering dia terhambat dan berkejar mencari C di celah-celah hambatan manusia yang membanjiri lobi dewan kuliah. Itu semua ilusi, C sudah lama meninggalkan dia tetapi hati kecilnya masih menguasai fikirannya. Dia yakin C masih ada. C hidup dalam fikirannya, C hidup dalam pembuluh darahnya, C merajai fikirannya. Kerap kali dia alah terhadap rasa, kerap kali dia mengeluh apabila rasional menyegat. C sudah pergi, C adalah sejarah, C adalah rasa yang dulu. C adalah kiranya perkara terbaik yang pernah terjadi baginya. Bagi pelajar bermasalah sepertinya, universiti dan kampus adalah tempat terakhir yang mahu dijejakkan kakinya. Paksaan ibu bapanya mahu melihat dia berjaya disogokkan secara paksa. Malas mahu bertekak, dia mengikut saja. Akibat paksaan, jiwanya tertekan. Dia mencari jalan keluar sendiri. Batang-batang putih pengundang barah berjenama Salem pertama kali dijamah 2 hari selepas dia melapor diri.

Itu kali pertama dia merasakan pelepasan dari beban dirinya. Dari bebatang barah dijamah, dia beralih ke arah lebih gelap. Tangan-tangan manusia gelap itu menariknya kearah lubang gelap dan dia merelakannya. Dia mula pandai menghabiskan duit jamming sepanjang malam, melalak lagu punk, oi, ska, dan metal mengajak ke arah kebebasan minda yang total. Jiwanya diisi sel-sel pemberontakkan yang tidak terkawal. Membiak menjadi barah jiwa. Dia sedar hakikat itu tetapi hatinya mahu. Dia mula berjinak-jinak dengan Y2K. Hampir setiap malam minggu masanya dihabiskan samada jamming atau di Y2K. Sekali sekala, dia menghadirkan diri ke gig punk dan oi. Jumlah bebatang barah semakin meningkat. Dia perlukan lebih "tenaga" untuk terus berfungsi. Dia nocturnal, free and wild. Dia bangga akan dirinya. Ribuan aktiviti merosakkan harta benda awam, sabotaj kereta pensyarah, mencipta virus komputer dan sebarkan mesej perkauman dan kebebasan. Dia seorang genius dan semua orang sedar hakikat itu tetapi dengan kurniaan Tuhan itu, dia musnahkan hidupnya. Dia marahkan Tuhan, dia tulis cercaan terhadap Tuhan. Dia marahkan Tuhan kerana beban yang ditanggungnya. Dimana TUHAN ketika aku perlukan-NYA?? Agama ini adalah ideologi mati. Agama Adalah Ilusi.

Dia terpesong jauh. Dia masih ingat dia tidak pernah bencikan Tuhan. Dia bencikan ibu bapanya tetapi Tuhan sebagai suatu kuasa yang mengawal alam tidak merahmatkan pertolongan kepadanya. Adakah Tuhan terlalu sombong untuk menolongnya? Adakah Tuhan dendamkannya? Dek kerana itu, dia menghamburkan cercaannya terhadap Tuhan didalam ideologi punk dan oi nya. Dia lah ketua editor "GOUC:GOD's Unwanted Child" zine, salah satu zine paling berpengaruh di era underground sekitar KL dan JB. Mungkin Tuhan sudah melupakannya. Mungkin namanya sudah terdelete dari sistem Tuhan. Itu fikirnya. Tuhan sudah melupakan dia.

=============================================

Pertemuan Dengan C

Tika menjelang pagi selepas menghabiskan tenaga di gig, dia terhuyung hayang mengantuk, letih dan pening pulang ke kampus. Dalam dingin nyaman udara pagi, Tuhan ketemukan dia dengan C. Dalam perjalanan pulang ke biliknya, dia terjumpa C. Keretanya melanggar tiang lampu. Jerebu yang menyelebungi pemandangan menyukarkan pemanduan C. Akibatnya, C terlanggar tiang lampu disebelah blok kolej kediaman. Dia tak mahu ambil peduli kerana bukan masalahnya. Sedang dia meneruskan langkah, kedengaran suara halus C meminta pertolongan darinya. Terdetik keperluan sebagai seorang manusia untuk menolong manusia lain. Dia mengetuk pecah cermin kereta C sebelum membuka pintu kereta berkenaan. C tidak sedarkan diri, dia menarik keluar C perlahan. Pengalaman sebagai kadet St John Ambulance di sekolah menengah membantunya menolong C. Pantas dia mendail nombor teman sebilik untuk menolongnya membawa C ke hospital. Menurut pemeriksaan yang dia kendalikan terhadap C, tiada kecederaan yang serius tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan sebarang kecelakaan menimpa dirinya.

Kalau mati budak ni, anak orang. Mampus nak kena masuk balai kejadah hape. Elok-elok nak tolong, polis dan mak bapak dia plak "tolong" aku.

"Oi lancau, mai sini sat tolong aku." ujar dia sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Tolong? Kejadah pagi-pagi buta call aku ni. Apsal? Ko romen anak dara orang ke?" suara disebelah sana talian cuba berlelucon di pagi-pagi hari.

"Apsal kalau aku romen anak dara orang, ko nak rasa sepam? Hahaha. Lancau punya roommate. Camni weh...aku jumpa sekor minah ni accident. Stock tak sedar dah ni. Aku nak hantar dia pi spital."

"uuuyoo..hot tak minah tu? Dah tak sedar? Cun la, leh kongkek dulu. Hahaha"

"Haa..pala hotak hang. Silap ari bulan dia mampus sebab ada internal bleeding, mampus hang kena charge kes rogol dan bunuh. Mau? Mai lekas, aku malas nak hassle menatang ni lama-lama."

"Yer la. Aku datang ni. sabaq la."

"Aku tunggu kat bus stop depan cafe." Lantas dia memutuskan talian. Dia melangkah menuju ke perhentian bas yang berada kurang 20 meter dari tempat kejadian. Kesudahannya, dia selamat menghantarkan C ke hospital. Selepas pulang dari hospital, dia terus melabuhkan tirai tidurnya. Sepanjang malam melayan gig kini tidur adalah keperluan utamanya.

=========================================

"Hello, boleh saya bercakap dengan awak?" tegur seorang gadis ketika dia sibuk melahap makanan di cafe.

"Ha...apa hal? Ko ni sape?" balas dia.

"emmmm...awak ni D kan?" soal gadis berkenaan.

"a ah. Aku D. Ko ni sape?" dia terus menyoal. Muka macam familiar tapi kat mana ek aku jumpa minah ni? hatinya bicara sendiri.

"Saya C. saya dapat tahu dari pihak hospital yang awak yang hantar saya ke hospital tempoh hari." ujar gadis itu lagi.

"Ok. Then?" soal dia.

C terkedu sebentar. Lelaki ni tak reti ke yang aku nak terima kasih kat dia? ragunya bersarang.

"Saya cuma nak berterima kasih kat awak kerana selamatkan saya." ujar C.

"First of all, boleh tak jangan ber saya-saya ni, rimas seh. Second, no biggie for me to help you so i consider our conversation ends here. Savvy?" ujar dia sambil terus menyuapkan butir2 nasik ke mulut. Rimas dia dengan kehadiran perempuan berkenaan.

Tuhan saja yang mengerti betapa terkejutnya C diperlakukan demikian. Man, you seriously rub my the wrong way.

"Hey, i don't expect you to be polite and such cause judging by your look and appearance, i never expect that but on the other hand, what's your fucking problem really?" hamburan amarah C terluah. Hamik ko, ko budget ko sekor jer speaking. Buat kerek tak mau-mau.

"You mind to shut up and fuck off? I have some food here and stop preaching me your humanity and lovey dovey idea. Not interested" getus dia. Berbaur marah.

Pantas C melangkah meninggalkan dia. Kurang ajar punya mamat. Siap la ko. Let me show you who's C really is. terkumat kamit C mengomel.

...

-bersambung part II-

Cerpen sebelumnya:
Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya
Cerpen selanjutnya:
C & D - Part II

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

mangifera

An IT practitioner by education, a planner by profession, a dreamer by nature. Im a contradiction of myself. Dont ask me to explain that. Savvy?
mangifera | Jadikan mangifera rakan anda | Hantar Mesej kepada mangifera

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mangifera
Perang Tetikus | 2349 bacaan
Fillus Eden - Part III | 2015 bacaan
Kisah Rika | 2853 bacaan
Adik | 5118 bacaan
Serenity: For The Love of Peace | 3244 bacaan
Spesimen Alfa | 2049 bacaan
Kopi & Sianida | 2895 bacaan
Dua Garis | 3104 bacaan
Fillus Eden - Part II | 2209 bacaan
Fillus Eden - Part I | 2059 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya C & D - Part I
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik