Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fillus Eden - Part II

 

Bahagian I - Fillus Eden - Part I

“Ivana, kamu ada teman istimewa?”tanya Heidi, ibu Ivana semasa sambutan hari Thanksgiving. Ayam belanda panggang, kentang putar dan wain merah memeriahkan suasana makan malam mereka.

“Ibu, tolonglah jangan ungkit lagi pasal perkahwinan. Ivana dah bosan mendengar.” Ivana menarik muka. Orang tua ni tak habis-habis.

Ibu bapa Ivana, Heidi dan Marcus mengamalkan Kristian Ortodok. Biarpun Ivana memilih untuk menjadi Protestan seperti mana kebanyakkan rakyat penduduk negara Dunia Pertama itu, ibu bapa Ivana tetap menerapkan fahaman Kristian Ortodok ke dalam kepercayaan Ivana. Heidi dan Marcus mahu melihat Ivana berkeluarga kerana perkahwinan itu adalah sesuatu yang diamalkan oleh Kristian Ortodok. Mereka agak konservatif terhadap nilai kekeluargaan jadi apabila Ivana mula menjengah umur 30 tahun tetapi masih tidak mempunyai perancangan untuk masa depannya; membina keluarga, Heidi risaukan Ivana.

“Ivana, perkahwinan itu adalah sesuatu yang kamu perlukan. Kamu pastinya tidak mahu menjadi tua tanpa memiliki sesiapa menemani kamu bukan?” asak Marcus.

“Jika aku perlukan nasihat kamu untuk menguruskan hidup aku, aku akan beritahu. Buat masa ini, sila tinggalkan aku sendirian.” Ivana membalas geram dan terus berlalu meninggalkan meja. Marcus dan Heidi tersentak. Jarang benar Ivana membantah kata-kata Marcus dan Heidi sebegini kasar. Pasti ada sesuatu mengganggu fikiran Ivana.

================================================

“Ibu, maaf ye.” kata Ivana sambil merangkul Heidi.

“Kamu faham bukan yang ibu akan sentiasa menyayangi kamu.” Heidi membalas sambil tersenyum.

“Sayang ibu!!” Ivana mengucup perlahan pipi Heidi.

“Hehehe. Kamu ni, ada-ada saja. Ibu juga minta maaf kalau pertanyaan ibu tadi menyinggung perasaan kamu.” Heidi menerangkan sambil merenung lembut Ivana. Ibu mana yang tidak risaukan anaknya terutama apabila anak yang satu ini menjengah usia lewat yang sepatutnya sudah menimang paling kurang 2 orang cahaya mata.

“Ibu, Ivana yang bersalah.” keluhan kecil turut mengiringi.

“Entah lah ibu, Ivana tak berminat pasal perkahwinan. Perkahwinan bukan sesuatu yang Ivana kehendaki. Ivana tak faham pasal perkahwinan dan Ivana tidak yakin ada lelaki sebaik ayah. Ivana tak mahu dilukai, ibu.” Ivana menerangkan.

 

 

“Terpulanglah pada Ivana. Ibu cuma mahu Ivana gembira dan jika itu yang membahagiakan Ivana, kenapa tidak?” Heidi menguntum senyuman buat Ivana. Ivana adalah yang sulung dan yang bongsu dan apa saja yang membahagiakan Ivana, Heidi akan turutkan saja.

===================================================

Pepejal sejuk air berwarna putih menyelubungi bumi. Hujung Disember. Beberapa jam menjelang Hari Natal. Ivana dan Marcus kaku di kaki lima berwarna zamrud. Fikiran masing-masing melayang jauh, mata Ivana memerah. Oh Tuhan, tolong lah jangan. Ivana meruntun meminta kepada DIA. Kedengaran tangis dan esakan di hujung kaki lima. Jantungnya berdegup lebih kencang. Tolong lah Tuhan, tolonglah. Kedengaran tapak kaki menghampiri Marcus. Dunia Ivana kelam. Dalam samar jeritan Marcus memanggil-manggil nama Ivana. Bapa, biarkan aku terbuai seketika.

 

Hari ini langit juga seperti raut wajah mereka yang menghadiri pengebumian Heidi. Keruh dan mendung. Awan mendung berarak, guruh kedengaran deras di kaki bukit. Terkujur sebuah keranda dan semua yang menghadiri memakai pakaian hitam sebagai tanda kesedihan mereka.

“Disini bersemadi Heidi Roussot, Ibu, Isteri Dan Kawan”

Ivana mengesat cecair garam yang mengalir di pipinya. Titisan cecair dari langit mula memenuhi ruang udara. Suhu sekitar -4 darjah beserta hujan tidak sedikit mengugat hadirin. Sang paderi terus membacakan khutbahnya, haruman dari kuntuman lili mengisi ruang. Wajah Heidi tenang sekali sedang seluruh isi bumi dirasakan menangisi pemergiannya oleh Ivana. Ibu, kita akan bertemu lagi. Maafkan Ivana, ibu.

Ivana memerhatikan dari ekor matanya sesusuk wajah yang dikenalinya. Kelihatan pemilik wajah itu memerhatikan Ivana. Ivana tidak mempedulikan apa-apa. Jiwanya kosong. Fikirannya tidak keruan.

Adakah benar apa yang terjadi ini? Soalan yang sama ratusan kali menerjah benak Ivana.

========================================

“Hai Raj.” sapa Ivana bersahaja.

“Owh, hai Ivana. Salam takziah buat pemergian ibu kau, Ivana.” Ujar Raj. Jelas di wajah Ivana ombak duka memukul pantai hatinya apabila Raj menyentuh pemergian Heidi.

“Nak buat macam mana, sudah tiba masa untuk ibu aku pergi. Tuhan lebih menyayangi dia.” Ivana menjelaskan sambil bibir mulus itu menguntumkan senyum. Tawar, tidak seperti Ivana yang gedik dan genit dahulu.

“Aku juga ke pengebumian ibu kau.” Raj berkata.

“Hrmmm..aku nampak kau. Maaf, aku tak sempat bertegur sapa.” Balas Ivana.

Sepi mengisi ruang. Cuma kedengaran deraian hujan menghentam dinding kaca tingkat 27 Chicago Spire dan langkah pekerja PriceWaterhouseCoopers memasuki ruang pejabat.

“Hey, ada apa-apa aku boleh tolong?” Raj memecahkan kebuntuan.

“Tinggalkan aku bersendirian, Raj. Itu lebih baik.” Ivana membalas sambil memalingkan pandangan.

“As you wish” Raj membalas pendek lalu angkat kaki meninggalkan Ivana. Jelas Ivana lebih selesa bersendirian. Kehilangan orang yang disayangi bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung. Pengisian emosi dan ruang memori yang terbiar kosong secara tiba-tiba memerlukan masa untuk pemulihan emosi. Ah..biarkan dia Raj, dia tengah bersedih tu. Monolog Raj, memujuk hati sendiri atas sikap dingin Ivana. Raj berlalu, aroma bagel dan donut mengajak deria rasa Raj mengisi tembolok. Sarapan untuk juara!

 

===============================================

Tingkat 27, Chicago Spire


“Ivana, jom pulang” ajak Raj.

“Kau pulang la dulu, aku masih ada audit lejer am Shell ni. Macam ada masalah dengan perbelanjaan berkenaan pembelian peralatan pejabat pejabat Shell di Teluk Mexico. Juruaudit junior yang semak lejer ni terlepas semakan dari sudut prosedur.” Jelas Ivana. Matanya masih tertancap pada skrin komputer, timbunan kertas dan fail.

“Kau memang buat aku kagum. Fokus yang kau berikan pada kerja betul-betul buat aku kagum.” Balas Raj. Hati Raj benar-benar kagum bagaimana Ivana boleh menumpukan perhatian terhadap kerja seolah-olah kematian Heidi tidak mengganggu fikiran Ivana.

“Aku perlu kerja.” Ivana memusingkan badan dan memandang Raj.

Ivana menghela nafas panjang.

“Kalau aku terus bersedih, aku…” Kata-kata Ivana mati disitu. Kolam air mata terisi, nyaris banjir.

“Maaf. Aku tak bermaksud.” Raj agak kalut melihat keadaan Ivana. Sedetik bergerak, Ivana berubah.

“Jom kita pergi minum. Kau perlukan rehat.” Raj memujuk Ivana. Di dalam fikirannya, terlintas cita-cita kotor. Syaitan merasuk fikiran Raj. Ivana sedang lemah. HAHAHAHA. Fikir Raj.

“Terima kasih Raj. Aku cuba larikan diri aku dari mengenang hal ibu aku. Kerana itu aku sibukkan diri.” Jelas Ivana jujur. Kolam air mata merembeskan kristal cecair jernih.

“Aku disini, sentiasa menemani kau. Ok?” Raj menyapu kristal cecair jernih dari pipi Ivana. Jantung Ivana bagai direntap. Sesuatu bakal terjadi malam ini. Bisik hati kecil Ivana. Raj memimpin tangan Ivana. Ivana selesa diperlakukan begitu oleh Raj. Disaat ini, dirinya hanya mahu mencari perlindungan di sebalik tubuh sasa Raj. Hatinya benar-benar lemah. Semangatnya perlu dikuatkan untuk menghadapi apa yang telah terjadi dan apa yang bakal terjadi.

============================================================ 

 

Usai makan, Raj memimpin Ivana pulang. Ivana mabuk, 7 cawan tequila diteguknya. Benar-benar runsing hati Ivana. Ivana separa sedar ketika mereka melintasi Jalan Worthington.

Tiba-tiba sesusuk tubuh menerpa kepada Raj.

“Jantan celaka, jangan kau sentuh Ivana.” Susuk itu menghayunkan penumbuk ke muka Raj. Ivana tersedar apabila Raj terpaksa melepaskan Ivana kerana hanyunan penumbuk dari susuk itu.

“Roney, apa kau buat kat sini?” Ivana bingung. Bagaimana Roney boleh tahu aku disini? Bagaimana?

“Sudah, biar aku habiskan nyawa kau, betina sial.” Roney mengeluarkan sebilah pisau Swiss Army. Raj yang masih terhuyung hayang akibat tumbukan Roney kaget melihat pisau ditangan Roney.

“MATI KAU BETINA SIAL!!!” Roney menjerit. Tanganya menghayunkan pisau berkenaan menuju ke dada Ivana. Ivana terkesima. Tidak mampu bergerak.

“TIDAK!!!!!!!!!” Sesusuk tubuh melayang. Ivana kian kaget. Sesuatu terjadi. Pasti sesuatu terjadi.

Darah merah membasahi aspal. Hujan masih belum berhenti. Sesuatu terjadi.

 

 

p/s: Nantikan bahagian III untuk penghabisan cerita.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dem!! knape ada no 3 plak?

    aku tak mahu jadi org yang gilakan cerita bersiri...jgn siksa aku mcm ni lagi..

    kau kejam mangga, kerna ivana itu riwayat hidupnya haruslah berakhir ditangan sasa abang seiras johnny depp ini.

  • (Penulis)
    2) hahaha. aku cuba habiskan dalam 2 bahagian tapi aku rasa seronok maka aku buat dalam 3 bahagian. hahaha. aku janji bahagian 3 akan habis. takder sambung2 dah.

    erk...abg johnny depp kacak sgt. :P
  • 3) aaalllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
  • 4) er..nape roney tibe2 bunuh Ivana?? blurrr..bukankah roney itu jejaka yg wat advertisement?? mysterious sungguhlah~~

  • (Penulis)
    5) val: alaaaaa. sikit jer lagi nak abis. one more part ye. cliffhanger menjadi tak? lalalala.

    syud: jeng jeng jeng. tunggukan bahagian 3. well, at first rasa watak raj tu nak buat watak sampingan je tetapi rasa cam wasted so terus je dibawa watak tu ke perkembangan selanjutnya. eh ye ke roney tu yang buat advertisement tu? eh..kenapa ek? hrmmm.
  • 6) tu roney yg sama yg buatiklan tu ker? tak jadilah nak cukupkan berat n tinggi nih..

    mangi, bahagian 3 tu final ek? tak sabar plak.
  • 7) er. baru aku tau nape orang terseksa baca TAM yang ada 8 part. =D.
  • 8) waaa... zu sgt teruja baca cerpen ko neh, dueng dueng! ;D

  • (Penulis)
    9) nurie: hahaha. betullah the same roney. sabar ye. masih tengah karang lagi.

    zing: hahaha. aku tak kisah je baca. :)

    zu: hahaha. teruja ye? nak lagi teruja, nantikan bahagian 3. :D
  • 10) demmm. inilah penulis yang aku nantikan. kau memang pernah menganut agama mereka ke? sangat real. memang ada effort. bukan sekadar bergantung pada teknik penceritaan.

    aku envy kau.
    idola!
    lekas! habiskan!

  • (Penulis)
    11) er...tak pernah menganut agama mereka, cuma membaca di wiki sahaja. american mostly protestant so banyak second generation jadi protestant even mak bapak derang anglican, jesuit or orthodox christian. freedom of choice.

    hehehe. baik boss, akan dihabiskan!
  • 12) sorry mangi, lambat benar baru aku ade masa nak bace filus eden. Aku suka dgn effort ko buat research!! Tapi mcm ade kureng skit dr part 1. Dan ayat ni; "Ivana mengesat cecair garam yang mengalir di pipinya". Cecair garam? aku rase tak sesuai la guna cecair garam untuk ganti 'air mata'. Anyway, aku tetap peminat setia ko.
  • 13) wow! very nice... rugi plak terlewat baca... huhhuhu
  • 14) sy lagi terlewat.. owh... citer inikah yg sedang diperah ideanya? good luck n i'm waiting....
    cume cam terburu-buru nk abihkan part ni.. dunno, mybe ur style.. next..mana? cepat!
  • 15) Cemana rone boleh kenal ivana ni? Saspen saspen.

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera