Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (1)

 

1996

 

Beberapa hari sebelum Ramadan. Di suatu taman permainan berhampiran rumahku. Pada suatu petang yang permai.

 

"San, aku ada masalah sikitlah," ujar Shairi memulakan perbualan.

"Masalah apa?" Soalku ringkas.

"Awek aku, dia tak layan aku macam aku ni balak dia," jawabnya bersahaja.

"Erm...so, apa yang aku boleh buat?" Tanyaku lagi.

"Kau mesti tolong aku, San. Aku nak kau telefon dia dan menyamar jadi aku, kau tolong bagitau dia yang aku nak putus dengan dia. Set?"

"Set!."

 

 

Kami pun berlalu meninggalkan taman permainan itu untuk menuju ke rumah Shairi. Aku dengan mountain bike ku, sementara Shairi dengan motor kapcainya. Oh ya, walaupun kami tinggal di Selangor, tetapi Shairi memilih untuk menggunakan no plate Perak pada motor kapcainya. Sempat jua aku tanyakan soal itu kepadanya.

 

"Kita tinggal kat Selangor, tapi plate motor kau plate Perak, pangkalnya ACF lagi."

"Ha, tu lah yang kau tak tau san. ACF ni ada makna tau, ACF ni maknanya Aku Cinta Fazrina".

 

Hehehe. Karat betul member aku yang sorang ni. Tak kisah la kan, hak dia la nak karat ke, nak rock kapak ke, nak merempit ke, asalkan dia tak kacau orang sudah.

 

Sampai di rumah Shairi, kebetulan takde orang kat rumah dia, mak bapak dia dah keluar. Aku pun terus mencapai gagang telefon di ruang tamu sementara Shairi mendengar melalui satu lagi telefon di dapur.

 

"Apa nombornya?" Tanyaku.

"5751036," jawabnya.

"Nama dia apa?"

"Fazrina, tapi panggil Faz."

 

Aku terus mendail nombor telefon keramat itu, nombor telefon yang masih kuingati sehingga ke saat ini, walaupun  waktu silih berganti, walaupun Petaling Jaya telah dinaikkan taraf sebagai Bandaraya, walaupun Subculture dan The Pilgrims telah dilupakan, walaupun Steve Mcmanaman tidak lagi bermain untuk Liverpool..

 

"Assalamualikum, Faz ada."

"Waalaikumussalam, Faz cakap ni. Sapa tu?"

"Shairi."

"Awak jangan tipu, saya kenal suara Shairi macamana."

 

Aku terus meletakkan gagang, Shairi juga begitu. Lakonanku tidak menjadi. Suara Shairi persis suara Ibnor Riza sementara suaraku persis suara Eddie Vedder. Tentu sekali ketara perbezaannya.

 

 

"Sorryla Ri, dia cam suara kau la."

"Takpela. Nak buat macamana lagi, dah dia kenal suara aku. Tapi aku nak kau tolong aku satu lagi."

"Apa dia?"

"Kau tolong kata kat dia, aku nak clash dengan dia."

"Ok."

 

Aku mendail lagi nombor keramat itu, kali ini dengan lebih yakin.

 

"Hello. Faz ada?"

"Faz ni, siapa tu?"

"Saya kawan Shairi yang telefon tadi?"

"Ha, awak nak apa lagi?"

"Shairi pesan kat saya tadi, dia mintak saya tolong bagitau awak yang dia nak putus dengan awak."

"Eh, awak tolong kata kat Shairi, saya dengan dia tak pernah ada apa-apa tau!"

 

Gagang telefon sekali lagi aku letakkan, bersekali dengan Shairi. Shairi menyumpah-nyumpah, aku hanya mampu ketawa dalam hati. Kes gila bayang la ni...hehehe...

 

"San, ini permintaan aku yang terakhir."

"Apa dia?"

"Cuba kau mintak nak berkenalan dengan dia, aku nak tengok dia nak ke tak."

"Ok."

 

Nombor keramat itu aku telefon untuk kali yang ke-tiga, kali ini dengan cermat sekali sambil akalku ligat menyusun ayat.

 

"Hello Faz, saya kawan Shairi tadi. Nama saya Hassan. Boleh kita berkenalan."

"No hal, asalkan jangan lebih-lebih dah la."
"Awak sekolah mana? Tingkatan berapa?"

"Assunta. Tingkatan Tiga. Awak?"

"Sultan Abdul Samad. Tingkatan Tiga jugak."

"Eh, saya kenal ramai budak Samad tau. Saya tuition dengan diorang kat Tutorial Institution PJ State."

"Ooo...TI. Kalau macam tu, sure awak kenal Khairi, Ram Singh ngan Aki."

"Kenal. Kenal sangat, diorang tu satu kelas ngan saya tiap-tiap hari Sabtu. Ram Singh tu pulak naik satu bas sekolah dengan saya."

 

Perbualan kami berakhir di situ, kerana hari telah lewat petang benar. Shairi terus menyumpah-nyumpah, aku pula berbasikal pulang ke rumah dengan hati girang. Nombor telefon itu terus bermain-main di fikiranku, akan ku dail lagi di hari-hari yang mendatang. Fazrina, marhaban ya ramadan dan selamat berkenalan!

 

 

I remember the time I knew a Girl From Mars,
I don't know if you knew that.
Oh we'd stay up late playing cards,
Henri Winterman Cigars.
Though she never told me her name,
I still love you, Girl From Mars.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Ramadan

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhu...

    kes syok sndri?

    poyoness btol shairi ni..ahaks~~
  • 2) hehhehe.. macam ada sambungan je... ke? menanti ni.. nice story =)
  • 3) “Awek aku, dia tak layan aku macam aku ni balak dia,” haha..perasan tul dia ni. Mau berkenalan pon pakai orang tengak jugak ka? hoho centa budak skolah~

    Siap letak no phone lagi tu..no tu available ke?

  • (Penulis)
    4) Syud - biasalah,zaman budak2. time ni masing2 x matured lg, tu yg tersyok sendiri tu..ekekeke..

    Dayya - yup, aku dh sambung. Keep on reading sis.

    Nurie - no tu dh x available lagi, even kat PJ pun sekarang ni setiap no telefon rumah mengandungi 8 angka, x macam dulu2 - 7 je.
  • 5) hahahah..tension giler kalau jd syairii
  • 6) hehe..lawok! ,p

  • (Penulis)
    7) Rain - ye la, time tu air muka Shairi memang nampak tension pun..ekekeke

    Alleyna - aku yang menulis pun tergelak, inikan lagi ko yg membaca...hehehe...
  • 8) bahaya ni san. hehe kalau tu no. betul, just tambah 1 nombor je jadi 8. org bleh tau. masak la tuan rumahh nak menjawabbb.

    faz? dia tak de, dia baru je keluar dengan farid.
    fazrinaaa.. terciptalah iramaaa cinta iniii-
    eh eh ok. teroverboard!

    hehe.
    cool story tho!

  • (Penulis)
    9) cahatomic - thanks di atas pujian. aku dh buat homework, sebelum aku post no telefon tu kat sini, aku dh try call dulu..n nombor tu dh xde dlm perkhidmatan. erm..lagu fiona tu top tahun 93 ekk? kalau tahun 96, dh tentu aku amik lagu tu jd soundtrack...hehehe...

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat