Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dialog Dengan Rin

 

(1)

Semua orang time2 sekolah dulu, mesti kuat bergayut, ye tak? aku pun tergolong dlm golongan orang2 yg kuat bergayut satu masa dulu. masa aku F5, member baik aku (YUS) serahkan satu tugas yg amat mencabar kat aku...

YUS time tu baru break ngan sorang awek (RIN). RIN ni bukan setakat tak nak jadi awek YUS lagi, jadi kawan pun dia tak sanggup. so YUS pun mintak aku jadi 'middleman', mintak aku buat sesuatu supaya RIN nak kawan ngan YUS balik...

oh ya, aku, YUS,RIN & NIZA (sorang lagi member aku) belajar dlm satu kelas 'tuition' yg sama. NIZA ngan YUS memang ngam la ngan RIN. aku pulak, dari mula2 RIN masuk kelas 'tuition' tu sampailah RIN berhenti, tak pernah sekali pun aku bertegur dengan RIN...

dan di suatu petang, di dlm tahun 1998, buat kali pertamanya aku menelefon RIN, demi untuk memenuhi hajat YUS...

"hello, RIN ada?"
"RIN cakap ni. siapa tu?"
"HASSAN."
"HASSAN? HASSAN ke NIZA?"
"HASSAN."
"mana awak dapat no telefon saya?"
"saya curi dari dompet YUS."
"oooo."
"saya nak cakap terima kasih, sebab awak YUS dah berubah. YUS dah rajin belajar. a 'tribute' to RIN!"
"hei! 'tribute' tu utk orang yg dah mati la!"
"iya ka? hari tu saya tengok satu 't-shirt', ada tulis 'a tribute to KURT COBAIN' kat 't-shirt' tu."
"la, KURT COBAIN tu kan dah mati!"
"iya tak iya jugak ya? anyway, it is nice when we have someone to talk to."
"hei! you can speak english ha!"
"belajar2."
"apasal tak 'call' dari dulu?"
"dulu saya ada kirim salam kat awak, tapi awak tak nak jawab!"
"iya ka? kawan saya kata YUS je yg kirim salam kat saya."
"oooo. 'communication breakdown' la tu kot. erm...awak perasan tak saya yg mana satu ni?"
"perasan. yg selalu pakai baju yg sama kalau pergi 'tuition'."
"ooooo, baju kotak2 biru tu. saya memang suka baju tu, saya pakai sampai koyak."
"kalau awak nak tau, masa mula2 awak masuk kelas dulu, dm hati saya kata - eh, dia ni macam DEAN CAIN la."
"hehehe. saya tahu saya 'sweet'. okaylah RIN, saya tak boleh lama ni, saya kena letak phone dah ni. assalamualaikum.
"waalaikumussalam."

...BEGITULAH KALI PERTAMA KAMI BERBUAL DAN BERKENALAN...


when the going get tough, the tough get going

 

(2)

 

Kerana syok sangat bersembang dengan RIN hari tu, aku langsung terlupa tujuan asal aku telefon RIN. so dua tiga hari lepas tu, aku buat comeback. aku call balik RIN. kali ni aku tak tunggu lama, lepas je RIN jawab salam, terus aku masuk ke point penting....

AKU: apasal awak break ngan YUS?
RIN: YUS pandang remeh study dia, dia kata SPM tak penting. saya tak boleh terima! lagipun saya bukannya syok pun kat YUS tu, saya tak pernah ada bf. masa YUS aproach saya, line tengah clear, so saya accept je lah.

TAULAH AKU SEKARANG, RUPA2NYA YUS HANYA DIJADIKAN BAHAN UJIKAJI OLEH RIN. HAI...PEREMPUAN...PEREMPUAN...TAPI PERBUALAN KITORANG TAK HABIS KAT SITU JE...BANYAK LAGI BENDA YG AKU NAK TAU...

AKU: walaupun awak dah break, awak kawan je lah dengan YUS, macam sebelum jadi couple dulu...
RIN: entahlah HASSAN, for the time being, memang saya tak boleh nak kawan dengan dia, tapi saya rasa esok lusa maybe saya akan kawan dengan YUS balik
AKU: awak janji?
RIN: janji!

ORAIT...WALAUPUN RIN TAK NAK KAWAN DENGAN YUS SEKARANG, MUNGKIN RIN AKAN UBAH KEPUTUSANNYA NANTI. ERM...SEKURANG2NYA SETTLE JUGAK KEJE AKU...TAPI PERBUALAN KAMI TAK ABIS MACAM TU JE...

AKU: erm...awak pernah baca KARTINI tak-karya TEMBAKAU?
RIN: tak pernah. apasal?
AKU: awak bacalah. dlm buku tu TEMBAKAU kata-KADANG2 APA YG KITA PALING NAK, ITULAH YG KITA TAKKAN DAPAT!
RIN: betul tu.erm...awak takde gf ke?
AKU: dulu ada, masa f3, tapi tahan seminggu je...
RIN: maybe awak tak jumpa real love lagi kot...
AKU: maybe...
RIN: HASSAN, ada sorang budak sekolah VI tu handsome sangat, dia selalu jalan depan rumah saya, tapi saya tak kenal dia, ok tak kalau saya tegur dia?
AKU: tak ok, nanti orang kata perigi cari timba pulak!
RIN: betul jugak tu...

BEGITULAH KALI PERTAMA KAMI BERBICARA TENTANG CINTA...


Life is full of promises, few is kept, many are thrown away!

 

(3)

 

Sebab kerap sangat telefon RIN, banyaklah cerita2 RIN yg aku tau, pasal family dia pun aku tau, bukan setakat tau, expert lagi! tanyalah apa2pun pasal family RIN, sure aku boleh jawab punya, mak dia memang asal KL, bapak pulak asal negeri sembilan-rembau, so aku x peliklah bila dia cerita yg relationship sesama family member dia close sangat, sebab family negeri sembilan memang rapat, mengamalkan adat pepatihlah katakan...

tahun 1998 tu memang banyak isu-isu yg menarik untuk dibincangkan, pasal catuan air, pasal kejayaan skuad hoki malaysia dlm sukan komanwel, macam2 lagilah...tapi seingat aku, ada satu isu je yg aku & RIN bincangkan-pemecatan DATO' SERI ANWAR IBRAHIM...

AKU: macam X logik je kan DSAI tu liwat orang
RIN: entahlah HASSAN, background agama dia memang kuat, Tuhan je yg tau dia buat ke tak semua tu, tapi kalu dia buat, memanglah dia meperalatkan agama utk politik
AKU: bapak awak side mana, DR M ke ANWAR?
RIN: bapak saya lain sikit, dia memang penyokong setia DR M

dari cerita pasal bapak dia, tiba2 pulak aku boleh bertanya tentang adik-beradik dia yg lain, konon2 nak tunjuk aku caringlah tu...hehehe...

AKU: akak awak, EMILIA tu kerja kat mana?
RIN: BRITISH COUNCILL
AKU: awak ngan kembar awak DARWINA, sapa yg keluar dulu
RIN: mestilah saya yg keluar dulu, tapi gap between saya ngan DARWINA x lama, seminit je
AKU: adik awak, EFFENDI tu darjah berapa
RIN: darjah 3, tahun ni dia periksa PTS
AKU: ohh, samalah ngan adik bongsu saya...erm...awak ngan mak awak rapat tak?
RIN: kitorang memang rapat, macam2 benda saya cerita kat mak saya, pasal awak pun saya cerita tau!
AKU: alamak! bangganya saya! tapi awak jgn cerita yg bukan2 pulak!
RIN: jgn risaulah...xkan saya nak cerita yg bukan2 pulak. Eh HASSAN, awak nak cakap ngan mak saya tak?

sudah...x pasal2 pulak dia mintak aku sembang ngan mak dia...aku sebenarnya seram sejuk gak nak cakap ngan mak dia...tapi sebab nak tunjuk gentle, aku set je...

AKU: assalamualaikum makcik, makcik apa khabar?
MAK RIN: alhamdulilah, baik.
AKU: saya selalu telefon RIN ni, x mengganggu ke makcik?
MAK RIN: mengganggulah jugak

alamak...tersentak aku bila mak dia cakap macam tu, habis hilang modal aku nak sembang ngan mak dia, so aku pun terpaksalah gelak memanjang utk mengover panic...

MAK RIN: HASSAN tinggal mana?
AKU: KELANA JAYA. oklah makcik ya, saya x boleh lama ni, saya ada benda sikit nak buat
MAK RIN: x nak cakap ngan RIN balik ke?

aku sebenarnya memang nak sangat bersembang panjang lagi ngan RIN, tapi sebab still terasa ngan kata2 MAK RIN tu, aku cancelkan je niat suci aku tu...

AKU: xpelah makcik, nanti2lah saya call balik. assalamualikum.
MAK RIN: waalaikumussalam


...BEGITULAH KALI PERTAMA AKU BERCAKAP DENGAN IBUNYA...
 

I'm not smart, i try to observe. many saw the apple felt down but only NEWTON who asked why.

 

(4)

 

Lepas SPM aku dah jarang telefon RIN, bukan apa-aku kekurangan duit utk telefon dia. lepas habis je musim persekolahan, mak aku dah jarang bagi duit, tak dapatlah aku nak selalu call dia. tapi beberapa hari sebelum raya, dengan lebihan duit beli baju raya, aku pun mendail no telefon rumahnya...


"buat apa sekarang?"
"kerja."
"kat mana?"
"TGV KLCC"
"oooo."
"awak pulak buat apa?"
"hari Isnin dgn Rabu, saya pergi kelas komputer. hari2 lain tu melepak je lah.bulan2 puasa ni nak kerja malas, takut tertinggal tarawikhlah konon2"
"HASSAN, kalau jumpa YUS, kirim salam kat dia. nanti, awak NIZA ngan YUS datanglah TGV KLCC, jumpa saya. lama saya x jumpa YUS..."


alamak, RIN dah berubah! dia dah tunaikan janji dia dulu. dia dah nak kawan ngan YUS balik, sekarang tugas aku pulak ialah membawa RIN bertemu YUS...


so, beberapa hari lepas raya, aku, NIZA, YUS & sorang lagi member aku, JET membuat rombongan ke TGV KLCC, YUS bersalam2an dan berbual2 mesra ngan RIN sambil diperhatikan oleh aku, NIZA & JET. tugas aku selesai jugak akhirnya, aku betul2 happy!



It may take sometimes to patch me up inside, i can't take it so i runaway & hide, but let me find in time that u're always right, u're always right.

 

(5)

 

Keputusan SPM aku kurang memuaskan, aku tak dapat further study utk intake Mei 1999, aku cuma dapat sambung belajar ke Politeknik, itupun untuk sesi Januari 2000. Niza dapat offer ke ITM Segamat, Shah dapat Politeknik Shah Alam, Jet dapat IKM Perak, Yus pulak kerja & study part time kat Binary...


satu hari tu aku call Rin, just nak tau perkembangan dia...


HASSANAYAT : Buat apa sekarang?
RIN : Saya still kerja kat TGV lagi
HASSANAYAT : Awak tak sambung mana2 ke?
RIN : xde rezeki la Hassan, macam2 dah saya apply, satu pun x dapat. xpelah, saya ingat nak apply ITM utk intake bulan November nanti.
HASSANAYAT : Darwina apa cerita?
RIN : oh, dia dapat masuk Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan. awak pulak macamana?
HASSANAYAT : Saya dapat masuk Politeknik Shah Alam, tapi sesi Januari 2000 la. awak apply la, belum duedate lagi, untung2 awak dapat.
RIN : Saya sibuk kerja la Hassan, lagipun xde transport nak gi beli borang kat Shah Alam tu.
HASSANAYAT : xpe, insyaAllah saya amikkan borang utk awak nanti
RIN : Eh, xpe ke? Menyusahkan awak je.
HASSANAYAT : xpe...xpe. saya sayang kawan2 saya. tapi awak kena janji awak akan apply Politeknik tu!
RIN : orait, saya janji!


Sudah...x pasal2 pulak aku offer diri nak tolong Rin, aku pun x tau apasal senang sangat aku berjanji, mungkin aku simpati ngan dia, ya lah, twin dia dapat masuk ke Bahagian Matrikulasi, dia pulak still kat TGV, sure dia tertekan gila…

walaupun aku berjanji nak beli borang tu utk dia, jauh panggang dari api la aku nak bersusah payah amik bas ke Politeknik Shah Alam. Sudahnya aku mintak ayah aku tolong belikan borang tu, ayah aku kerja kat PKNS Shah Alam, so tak jauhlah ngan Politeknik tu. Oh ya, aku cakap kat ayah aku, kawan aku yg nak, tapi aku x cakaplah kawan aku tu perempuan, takut ayah aku salah anggap...

tak lama lepas dapat borang tu, aku ngan Yus pun pergilah TGV utk hantar borang tu.Rin happy sangat time tu, senyuman Rin menggambarkan segala2nya, renungan mata dia menceritakan perasaan gembiranya (aku rasa la). Oh ya, mungkin sebab happy sangat, Rin bagi aku & Yus dua tiket wayang free...


RIN : nak tengok cerita apa ni?
HASSANAYAT : 10 things i hate about you
RIN : about me?


aku sengih je masa Rin tanya macam tu, mana pernah aku benci dia, mula nak rasa suka adalah. aku pun x tau pasal apa aku rasa macam tu, mungkin sebab aku tertarik ngan cara dia lambai tangan kat aku, atau cara dia senyum kat aku, atau cara dia pandang aku. tapi aku tak terfikir la nak tackle dia, aku sedar kat mana aku berdiri....



Like a clown, I put on a show
The pain is real even if nobody knows
And I'm crying inside
And nobody knows it but me.

 

(6)

 

Sementara tunggu nak masuk Politeknik, aku kerja kat satu kedai sukan kat Amcorp Mall, owner tu bayar aku RM 3 satu jam + RM 200 utk elaun kedatangan sebulan. bila dah kerja ni, aku teringat la janji aku ngan Shah zaman kitorang lepak2 dulu, Shah teringin benar nak minum Cappuchino, aku pulak janji ngan Shah nak bawak dia lepak kat mana2 Coffehouse bila aku banyak duit. masalahnya, aku sendiri pun x pernah minum Cappuchino tu & tak pernah jugak lepak kat mana2 Coffeehouse. So, beberapa hari lepas dapat gaji, aku terus call Rin, mintak pandangan dia tentang Cappuchino...

HASSANAYAT : tengah buat apa tu?
RIN : tengah duduk2. Hassan, thank's a lot for the Poli form.
HASSANAYAT : small matter je tu. Eh Rin, awak biasa tak minum Cappuchino?
RIN : biasa, apasal?
HASSANAYAT : saya ngan member2 saya nak merasa minum Cappuchino. kat mana yg best ha?
RIN : kalau nak yg murah, awak boleh minum kat BASKIN ROBBINS kat sebelah TGV tu, tapi kalau nak yg best, i prefer Dome.

So, beberapa hari lepas tu , kaki aku, kaki Niza, kaki Shah, kaki Yus & tak ketinggalan juga kaki Rin terjejaklah kat Dome KLCC tu, baru aku tau, Cappuchino & minuman2 yang seangkatan dgnnya kat Dome tu berharga lebih dari RM 10, Rin nak belanja, tapi aku x bagi, belum sampai masanya lagi utk dia berkongsi hidup ngan aku...hehehe...


tapi tak lama Rin lepak ngan kitorang hari tu, lepas minum kat Dome, dia terus masuk kerja, so tinggallah aku, Shah, Yus & Niza berjalan mengikut gerak kaki masing2, meronda2 Kuala Lumpur utk mencari2 ketenangan konon2nya...


Oh ya, lepas Rin bla, Yus cerita satu benda yg betul2 buat aku rasa terkejut & kemudian rasa dihargai....


YUS : Hassan, kau nak tau satu benda tak?
HASSANAYAT : apa bendanya?
YUS : mlm tadi aku call Rin
HASSANAYAT : apa yg korang cerita?
YUS : aku tanya, dia xde minat sapa2 ke sekarang ni?
HASSANAYAT : dia kata apa?
YUS : dia kata dia minat kau, tapi dia tak nak buat any move right now, nanti bila dia dah berenti kerja, baru dia akan bagitau kau apa yg dia rasa


terkejutnya aku masa tu Tuhan je yg tau. aku betul2 terharu, aku betul2 rasa dihargai, ya la, selama ni aku x pernah expect pun yg ada orang minat kat aku, sebab aku rasa xde apa2 yg boleh aku banggakan dgn diri aku, aku selalu rasa aku ni nthapahapantah...

erm...Rin tak nak buat apa2 move lagi, x pe, biar aku yg mulakan. tapi ada satu problem, masa lepak2 ngan Rin kat Dome tu, first time aku tengok rambut dia perang, sebelum2 tu aku tengok rambut dia hitam pekat, aku mula terfikir, Rin ni warnakan rambut dia ke & aku mula terfikir dgn lebih lanjut, Rin ni sembhyang tak? ( masa tu aku ingat haram warnakan rambut & sembahyang jadi tak sah dgn rambut yg diwarnakan)


xpe....xpe...aku akan siasat!


I know someday you'll have a beautiful life, I know you'll be a star
In somebody else's sky, but why
Why, why can't it be, why can't it be mine.

 

(7)

 

Actually Rin ni dah memang menepati citarasa aku, badan langsing, rambut pulak lurus mencecah bahu, pendek kata, Rin ni kalau pakai baju kurung kedah colour hijau pucuk pisang, memang cun abis. tapi impian aku time tu, kalaulah aku ada awek, biarlah aku kawin ngan awek tu, aku tak nak hubungan kami putus ditengah jalan, buang masa aku, buang duit aku, buang tenaga aku. satu lagi, aku nak awek yg baik, sebab aku nak dia didik aku yg tak berapa baik ni, so semestinyalah aku nak awek yg sembahyang lima waktu sehari semalam. the problem is, rambut Rin yg aku nampak perang hari tu buat aku tertanya2 tentang sembahyang lima waktu dia, so utk mendapatkan kepastian, aku pun call lah Rin satu malam tu....


HASSANAYAT : Rin, awak tengah buat apa tu?
RIN : Tengah panaskan lauk

kata2 'tengah panaskan lauk' tu still aku ingat sampai hari ni, masa aku dengar kata2 tu, aku terbayang Rin dengan kain batik lepas & t-shirt tengah kacau lauk kat dlm periuk, pergh...memang terserlah ketimuran dia...


HASSANAYAT : mak awak ada?
RIN : ada
HASSANAYAT : ayah awak dah balik kerja?
RIN : dah
HASSANAYAT : ayah awak engineer kan?
RIN : a'ah
HASSANAYAT : mak awak pulak full time housewife kan?
RIN : a'ah. eh, apasal tanya lebih2 ni?
HASSANAYAT : I wanna be a part of your family
RIN : hahaha, Niza nak, Yus nak, awak pun nak. mana satu nak pilih ni?


aku x jawab pun soalan tu, aku gelak je, hanya johari yang mengenal maniam. aku yakin aku lebih berkualiti dari member2 aku...hehehe....so, aku pun terus direct to the point...

HASSANAYAT : saya ada satu masalah ni, saya nak mintak pandangan awak. boleh?
RIN : awak cerita je kat saya problem awak tu, kalau boleh saya tolong, saya tolong.
HASSANAYAT : saya ada minat sorang awek, dia baik, dia cantik, dia menarik, pendek kata she's almost perfect.
RIN : amik Rin je lah Hassan

suara dia mendatar masa cakap macam tu, ada nada sayu sikit yg aku dengar, aku yakin, dia dah syok kat aku sikit2, lebih2 lagi sebab dia terkejut bila aku cakap yg aku ada minat kat seseorang, tapi aku x layan kata2 Rin tu, aku gelak je, misi aku tak selesai lagi, so aku pun terus bertanya lagi...

HASSANAYAT : Tapi saya tak tau dia sembahyang ke tak
RIN : Hassan, look, macam saya, walaupun saya tak pakai tudung,tapi saya sembahyang, kat TGV tu, saya curi2 waktu nak sembahyang, kat rumah pulak, time Maghrib & Isyak, kitorang satu family sembahyang berjemaah, ayah saya jadi imam.

aku pun tak tau apasal tiba2 dia cerita pasal keluarga dia, mungkinlah dia nak bagitau aku yg dia sembahyang & dia berharap aku akan memberi perhatian kat dia, yg pasti hati aku sejuk betul time tu & aku terbayang yang aku dan dia sembahyang sama2, aku jadi imam & dia jadi makmum...hehehe....tapi aku x nak lagi dia tau yg perempuan yg aku maksudkan tu ialah dia sendiri, so aku pun terus bertanya lagi....

HASSANYAT : so macamana nak tau dia sembahyang ke tak? perlu ke saya tanya dia sendiri?
RIN : x payah, takut dia kecik hati pulak nanti, lama2 nanti insyaAllah awak tau jugak, yg penting, don't judge the book by it's cover. oklah Hassan, lauk dah panas dah ni, saya nak makan.
HASSANAYAT : orait Rin, terima kasih sebab bagi pandangan, bye.
RIN : bye.

cepat betul dia tamatkan perbualan hari tu, nampak macam dia tak berminat je ngan topik yg aku ajak bincang, mungkinlah fikiran dia terganggu lepas aku cakap aku ada minat kat sorang awek, mungkin dia kecewa sebab mungkin dia harapkan aku syok kat dia,segalanya mungkin...

misi aku dah selesai, aku menghitung hari je utk aproach Rin, tapi tiba2 aku terfikir sesuatu, ada satu lagi problem yg tiba2 datang...argh!!!!!


last night the stars fell down so fast
i never able to make a wish
but the angle know
i still can, wishing for you.

 

(8)

 

Saat2 aku nak aproach Rin, aku terfikir sesuatu, sepanjang aku kenal dia, lepas dia break ngan Yus, aku x pernah tau pun dia ada boyfriend ke tak, ya lah, aku tak pernah terfikir pun yg aku akan tersyok kat dia, so aku pun x sibuk2lah nak tau status dia, so aku pun cuba call dia, tapi dlm satu minggu tu, xde sekali pun aku dapat cakap ngan dia, pukul 9 malam, family member dia kata dia tengah mandi, pukul 9.30 malam, family member dia kata dia tengah makan, pukul 10.00 malam pulak family member dia kata dia dah tidur, so aku pun hanya mampu berkirim salam je lah kat Rin melalui family member dia, tapi minggu depannya, satu keajaiban berlaku, Rin tiba2 call aku, tapi bukanlah utk menyatakan rasa hati dia...hehehe...


RIN : Hassan, saya nak mintak tolong ni, borang ITM dah keluar, boleh tak awak tolong belikan utk saya, tolong belikan 2 ya...
HASSANAYAT : x de hal, saya pun nak beli utk saya jugak. Eh Rin, awak x kerja ke hari ni?
RIN : tak, saya cuti.
HASSANAYAT : boleh tak saya call awak petang karang?
RIN : boleh, no prob.

so petangnya aku pun call Rin dari tempat kerja aku menggunakan telefon yg disediakan oleh bos utk menelefon pelanggan, tapi x pe, Rin punya pasal, kena marah ngan bos pun aku rela...hehehe...


HASSANAYAT : Rin, awak ada boyfriend tak?
RIN : apasal awak tanya macam tu, Hassan?
HASSANAYAT : sebenarnya semenjak dua menjak ni, saya rindu kat awak, saya takut rindu ni upgrade ke tahap yg lebih kritikal, so sebelum apa2 jadi, eloklah saya tau status awak...
RIN : actually I got one

terkejut gila aku time tu, hancur segala plan aku, baru nak merasa ada awek for the first time in my life, dah jadi macam ni, tapi aku tak menangis, lelaki mana boleh nangis....hehehe...aku x tau nak cakap apa dah, so aku pun tuturkan kata2 Kevin Costner dlm filem Dances With Wolves...

HASSANAYAT : I always feel lonely, but for the fisrt time in my life, i feel complete loneliness.
RIN : Hassan, macamana ngan awek yg awak cerita hari tu?
HASSANAYAT : awek tu awaklah

masa aku cakap macam tu, suara aku antara dengar dgn tidak, mendatar abis, aku tak tahan sebenarnya utk meluahkan apa yg aku pendam. so aku pun berterus teranglah tanpa memikirkan natijahnya, lepas cakap macam tu, aku terdiam, Rin pun terdiam, terkejut agaknya, lama jugak kitorang terdiam, kalau jarum jatuh pun boleh dengar bunyinya, tapi lepas tu aku terus tergelak, Rin pun turut tergelak, entah apa yg kelakarnya pun aku tak tau, yg aku tau 'laughter is the best medicine'. tapi lepas tu, aku bersuara balik, aku tanya soalan yg aku rasa soalan bodoh...

HASSANAYAT : tapi kita boleh kawan lagi kan?
RIN : boleh
HASSANAYAT : oklah Rin, saya ada kerja sikit ni, bye
RIN : bye

sedih betul aku time tu, benda yg aku rasa selangkah lagi aku nak capai, rupa2nya milik orang lain, tapi aku kuatkan hati, i know it's not the end of my world....  

i wish i was special
you're so very special
i'm a creep
i'm a weirdo
what the hell i'm doing here?
i don't belong here.

 

(9)

 

Lepas aku tau RIN dah ada bf,aku pun start renggang ngan RIN,dah jarang telefon,jumpa pun sekali je-itupun sebab nak bagi Borang ITM.Senang cerita, aku cuba nak padamkan nama RIN dalam diari hidup aku.tapi entah macamana, sesuatu yg tak pernah aku sangka tiba2 berlaku...


member aku, SHAHRIL ada telefon RIN sekali tu.sembang punya sembang, at last RIN bagitau SHAHRIL yg dia sebenarnya xde bf.berita tu pulak SHAHRIL sampaikan kat aku.hati aku gila berbunga time tu, perasaan yang mati bagaikan telah hidup semula,memang pun bila aku fikir2 balik, logiklah RIN single lagi,kalau RIN dah ada bf, takkanlah dia cakap kat YUS yang dia tengah bagi perhatian kat aku.aku rasa RIN cakap yg dia unavailable just because nak cover perasaan dia yg terluka lepas aku cakap aku minat kat sorang awek...hehehe...

So suatu malam tu, setelah seberapa lama x telefon RIN, aku pun call dia balik, untuk membina semula jambatan antara kami yg roboh tempohari...

HASSANAYAT : DARWINA tengah buat apa?
RIN : jumpa bf dia kat bawah
HASSANAYAT : awak x jumpa bf awak?
RIN : saya ada ramai kawan, tapi xde sorang pun yg special. but you're close to me
HASSANAYAT : erm...NIZA kata dia dah tengok rumah awak. dia kata rumah awak besar. mesti bestkan tinggal kat rumah besar?
RIN : itu bukan rumah saya la, itu rumah mak ayah saya. saya nak buat rumah saya sendiri.
HASSANAYAT :kalau macamtu bolehlah kita share duit, kita beli rumah sama2.
RIN : boleh
HASSANAYAT : awak nak berapa bilik?
RIN : depends to how many kids you want
HASSANAYAT : saya nak 5 orang
RIN : saya nak 3 orang je. tapi x kisahlah kalau awak mampu
HASSANAYAT : saya nak 3 anak lelaki & 2 anak perempuan. anak lelaki biar ramai sikit, sebab anak perempuan ni susah sikit nak jaga
RIN : x pe, yg perempuan akan jadi macam mak dia


itulah dialog yg aku aku yakin aku takkan lupa sampai bila2, imaginasi kami terlalu tinggi,jauh mengatasi keupayaan kami yg baru berusia 18 tahun ketika itu...


Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain.

 

(10)

 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, aku dan RIN makin rapat, hari2 mesti kena dengar suara dia, hari2 mesti kena dengar dia gelak, kalau x aku jadi serabut...hehehe.walaupun kami dah rapat, tapi aku masih lagi tunggu masa yg sesuai utk approach RIN,senang citer aku still xde self confidence utk buat the final step time tu...


tapi panas tak sampai ke petang, hujan turun rintik2 di tengah hari. belum pun sempat aku approach RIN, communication between us breakdowan again. aku ingat lagi dialog mlm tu, mlm dimana aku terpaksa jawab soalan RIN yg betul2 buat aku tersentuh. mlm dimana buat pertama kalinya aku mula bercerita kepada seorang perempuan tentang kisah peribadi hidup aku...


RIN : kalau saya telefon awak, sapa yg ada kat rumah tu?


aku x tau apasal aku sensitif sangat bila RIN tanya macam tu, apa yg aku fikir masa tu ialah RIN nak buat benda yg sama yg aku buat kat dia. ya lah, kalau aku telefon rumah RIN, aku akan sembang dulu dgn mak dia, akak dia, kembar dia or adik dia, kadang2 bergurau dgn diorang, aku terfikir yg RIN pun mungkin teringin nak bersembang ngan family aku...aku terfikir, yg mungkin dia takkan berpeluang utk bersembang mesra ngan family aku...so dengan tiba-tiba, spontan terkeluar kata2 ni dari mulut aku...


HASSANAYAT : saya x rapat dgn family saya
RIN : ehh, tak eloknya. apasal awak tak rapat ngan diorang?
HASSANAYAT : masa sekolah dulu disiplin saya teruk, saya banyak buat hal, mak ayah selalu kena datang sekolah, saya malu ngan adik beradik saya, sebab tu saya kurung diri dlm bilik sampailah sekarang. saya bukanlah contoh yg baik utk adik beradik saya.
RIN : eh, awak x boleh macam tu. awak kena rapat dengan diorang.


RIN lah perempuan pertama yg tahu pasal hubungan aku & keluarga aku. tapi malangnya lepas RIN tau tentang perkara tu, RIN macam renggangkan diri dari aku, susah sangat nak cakap dengan RIN walaupun via telefon. tapi x pe, aku faham situasi RIN. aku yakin selama ni RIN anggap aku ni ada karisma, smart, almost perfect & macam2 lagilah, tapi relation aku dgn family aku lah yg menghapuskan semua imej2 aku yg baik di mata RIN. dan malam tu aku dapat merasakan yang aku & RIN mula jauh...


Yesterday there was so many things
I was never shown
Suddenly this time I found
I'm on the streets and I'm all alone.

 

(11)

 

Dlm tempoh communication breakdown kitorang, aku memang langsung x dapat berbual mesra dgn RIN. oh ya, RIN dapat masuk ITM SHAH ALAM, berita tu pun aku tau dari mulut akak RIN - EMILIYA, aku pulak dapat masuk ITM DUNGUN. communication breakdown kitorang pun berakhir sehari sebelum RIN daftar kat ITM SHAH ALAM (aku daftar seminggu lewat)


RIN : HASSAN, terima kasih ya tolong berikan borang, macam2 yg awak dah buat utk saya
HASSANAYAT : x de hal, kawan2. eh, awak belajar betul2 tau!
RIN : insyaAllah, awak pun sama


jarak yg jauh semakin merenggangkan hubungan kami sebenarnya, jumpa pun time cuti semester je.kebarangkalian utk memiliki RIN menjadi semakin kurang.akhirnya, kami pun lost contack begitu sahaja.


walaupun cerita ni dah bertahun-tahun berlalu, aku masih ingat sampai hari ni, bukan apa, sekarang ni, walaupun aku rapat dgn mana2 perempuan sekalipun, rapat tu tak sama macam rapatnya aku dgn RIN dulu, aku tak jumpa lagi perempuan yg boleh buat hati aku berdebar2 selepas RIN, tak keterlaluan kalau aku cakap, RIN lah kawan perempuan yg paling best yang aku pernah ada. padanya ku ucapkan selamat hari raya,walau dimana saja dia berada...



I'VE BEEN WALKING THE STREETS AT NIGHT
JUST TRYING TO GET IT RIGHT
ITS HARD TO SEE WITH SO MANY AROUND
YOU KNOW I DON'T LIKE
BEING STUCK IN THE CROWD
AND THE STREETS DON'T CHANGE
BUT MAYBE THE NAMES
I AIN'T GOT TIME
FOR THE GAME
CAUSE I NEED YOU

THESE TIME.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) seronok cter ni..tmbh2 dialog terakhir hasan dn rin.. apakah nm penuh rin yer?
  • 2) is this a true story~??

  • (Penulis)
    3) robot - sabrina
    missmizwa - aah, true story
  • 4) sgt best. true story tu yg buat cite ni bertambah best
  • 5) padat. kejap. menarik!
    ah.
    kita ada idola baru di seksyen cerpen.
  • 6) dulu fazrina...nie lin plak..bagus2..
  • 7) fazRINa & sabRINa ;p
  • 8) RIN..

    huhuu..

    love blossoms when water by and it dried when left untouched~~ *peace*
  • 9) true story ke?
    best cerita nih
  • 10) not bad.. actually.. good..

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat