Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (20) - In The End

 

1996

 

Malam Yang Gelap-Gelita. Ketika seluruh Malaysia Dilanda ‘Black-Out’. Di kamarku yang telah sepi.

 

Perperiksaan Percubaan berjaya aku lalui dengan baik sekali. PMR jadi begitu hampir. Library tidak lagi aku kukunjungi. Surat daripada Fazrina masih jua belum kubaca.

 

Malam tu satu Malaysia dilanda black-out. Aku pun tak berapa ingat punca blak-out tu terjadi, kena check balik ngan orang TNB…hehehe…Malam tu, dengan ditemani cahaya lilin, perlahan-lahan aku keluarkan surat daripada Fazrina dari dalam wallet aku. Ake lepak sorang-sorang je kat bilik aku time ni. Bosan betul, tengok tv pun tak boleh. Mujurlah aku ada satu radio kecik yang berfungsi dengan menggunakan bateri, so dapatlah jugak aku layan ‘Pilihan Bersama Radio Muzik’ time-time bosan macam ni.

 

Saja aku tak baca surat tu immediately after I took it from Amiza. Aku tak nak fikiran aku terganggu time Percubaan PMR tu, fikiran terganggu akan mendorong kepada result yang teruk.

 

Aku tak ingat sangat isi kandungan surat tu, tapi yang masih berbekas dalam ingatan aku adalah line ni:-

 

“Kalau nama Hassan pun yang Faz tulis dalam pencil-case Faz, belum tentu Hassan ni boyfriend Faz.”

 

Aku tersentuh ngan kata-kata tu, Faz seolah-olah cuba bgtau aku yang ‘Aril’ tu bukan boyfriend dia. Tapi aku berbelah bagi untuk percaya ataupun tak sebab menurut Megat, Aril tu ialah boyfriend Faz. Argh! Tak kisahlah kan. Nasik telah menjadi bubur, jawapan tentang status Aril dah tak penting lagi. Kalau Aril bukan boyfriend Faz sekalipun, aku dah tak larat dah nak mengejar Faz.

 

Dan sebelum Fazrina menurunkan tandatangannya di penghujung surat tu, ayat terakhir

yang ditulisnya yang sekaligus meninggalkan kesan yang mendalam di hati aku sampai hari ni ialah…

 

“Hassan, thank you for everything.”

 

Dan kisah kami berakhir dengan ayat keramat tu. Walaupun aku mengharapkan ending cerita kami bukan begitu, tetapi diakhiri dengan happy ending di hari-hari yang mendatang, aku terpaksa menerima hakikat bahawa itulah pengakhiran kisah kami.

 

Walaupun ramai kawan-kawan kami beranggapan bahawa kami boleh menjadi pasangan yang secocok, dengan character Fazrina yang happy go lucky dan character aku yang slow and steady, aku harus menerima kenyataan bahawa kami tidak ditakdirkan untuk bersama.

 

Dan saat aku melipat kembali surat itu setelah habis ku baca, perlahan-lahan wajah Fazrina datang menjelma di fikiran ku. Sepasang matanya yang sayu, rambutnya yang beralun dan melepasi bahu, bibir kecilnya yang mungil, seutas jam tangan ‘swatch’nya yang unik, juga beg sekolah ‘bodypack’nya yang berwarna merah hadir satu persatu dalam ingatanku.

 

Tiada apa lagi yang dapat ku katakan, semuanya telah berakhir. Namun jauh di sudut hati, aku mengharapkan dia memaafkan segala kekhilafan aku, juga aku ingin tahu bahawa dia pernah menjadi sumber inspirasi aku. Dan aku mengharapkan dia berjaya dengan cemerlang dalam PMR yang akan tiba.

 

Fazrina, thank you for everything!

 

 

Tonight I can write the saddest lines.

Write, for example,'The night is shattered
and the blue stars shiver in the distance.'

The night wind revolves in the sky and sings.

Tonight I can write the saddest lines.
I loved her, and sometimes she loved me too.

Through nights like this one I held her in my arms
I kissed her again and again under the endless sky.

She loved me sometimes, and I loved her too.
How could one not have loved her great still eyes.

Tonight I can write the saddest lines.
To think that I do not have her. To feel that I have lost her.

To hear the immense night, still more immense without her.
And the verse falls to the soul like dew to the pasture.

What does it matter that my love could not keep her.
The night is shattered and she is not with me.

This is all. In the distance someone is singing. In the distance.
My soul is not satisfied that it has lost her.

My sight searches for her as though to go to her.
My heart looks for her, and she is not with me.

The same night whitening the same trees.
We, of that time, are no longer the same.

I no longer love her, that's certain, but how I loved her.
My voice tried to find the wind to touch her hearing.

Another's. She will be another's. Like my kisses before.
Her voide. Her bright body. Her inifinite eyes.

I no longer love her, that's certain, but maybe I love her.
Love is so short, forgetting is so long.

Because through nights like this one I held her in my arms
my sould is not satisfied that it has lost her.

Though this be the last pain that she makes me suffer
and these the last verses that I write for her.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) lor..dh hbs ker ni...mm...ending nye xbp nk best r..huhu..xde ending pilihan ker san? :p

  • (Penulis)
    2) robot - xde ending yg best la, sorry ekk? hehehe...
  • 3) besh..besh.. aku bace lumpsum hari nih cte ko san..
  • 4) demmm . san! nape melankolik sgt . aaaaaaaaaaa.
    no no no!
  • 5) aiseh..bgitu tragis penyudahnyer~~ *sob*sob*

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat