Fazrina Cinta '96 (2)

 

1996

 

 

Ramadan yang hening. Di sebuah pondok telefon di belakang Surau Al-Ehsan. Usai solat Asar.

 

 

"Assalamualaikum. Faz ada?"

"Siapa tu?"

"Hassan."

"Ha, Hassan. Apa cerita."

"Saja call, nak sembang-sembang dengan awak. Tengah buat apa?"

"Tak buat apa, tengah duduk-duduk."

"ErmÖmacamana awak kenal Shairi?"

"Ooo..Shairi tu dulu satu sekolah rendah ngan saya, tapi lain-lain sesi. Saya SRK 1 Kelana Jaya, dia pulak SRK 2 Kelana Jaya. Sekarang ni pulak saya satu kelas tuition dgn dia kat PJ, sekali dengan kawan-kawan awak budak Samad tu."

 

 

Perbualan tentang Shairi hanya berakhir setakat itu, selebihnya kami bicara tentang muzik, ketika itu Malaysia Local Scene (Underground) mula mendapat tempat dihati remaja-remaja seperti kami. Lagu-lagu dari Carburetur Dung, Subculture, The Pilgrims, Nice Stupid Playground dan OAG kerap menjadi siulan.

 

 

"Faz, awak dah dengar lagu 60ís TV?"

"Jangan kata lagu San, video klip dia pun saya dah tengok."

"Saya pun dah tengok, tapi saya tak minat Radhi, saya suka tengok drummer dia."

"Hahaha. Saya pun suka drummer OAG tu. Nama dia Chi. Dia hensem, rambut dia panjang.  Saya suka tengok dia main drum sambil tersenyum."

"Hahaha. Tapi lagu 60ís TV tu memang best la Faz, dengar banyak kali pun tak boring."

"Ye la Hassan. Kat carta MTV malam tadi pun OAG dapat no 3."

"A'ah Faz, no 3 pun dah kira ok la, sebab no 1 dan no 2 dapat kat Better Then Ezra ngan Soul Asylum, susah lagu-lagu daripada local band nak beat lagu Good ngan Misery tu."

"Hassan, nanti kita sambung lagi ekk? Parents saya dh balik dari pasar Ramadan, saya nak tolong susun lauk kat dapur."

"Ok Faz, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."  

 

 

Perbualan telefon itu membuktikan bahawa aku dan Fazrina berkongsi citarasa yang sama. Perbualan telefon itu juga membuatkan aku ketagih untuk terus bicara dengannya, walaupun aku tak pernah melihat paras rupanya.

 

 

Bulan puasa ni, mak aku bagi duit belanja sekolah untuk aku sebanyak RM2.70 sehari je. Duit tu cukup-cukup untuk duit tambang bas intrakota sebanyak 3 trip. Awal pagi, bapak aku akan hantar aku ke SS2, dari SS2 aku akan naik bas intrakota bernombor 12 straight ke sekolah aku di Seksyen 16. Balik sekolah pulak, aku akan naik bas intrakota bernombor 12 ke EPF Federal Highway, dan dari  EPF, aku akan naik bas intrakota bernombor 47 pulak untuk balik ke rumah aku kat SS4. Tapi Fazrina punya pasal, aku sanggup menapak dari sekolah aku ke EPF. Dengan cara tu, aku dapat jimat RM0.90.

 

 

Oh ya, cerita pasal intrakota, aku cukup suka naik bas intrakota nombor 47 tu. Sebabnya bas tu akan lalu depan Sekolah Sri Aman (sekolah perempuan), so bolehlah cuci mata sikit-sikit. Bila bas tu lalu je depan Sekolah Sri Aman, aku perati budak-budak Sri Aman ni kusyuk membaca di bus stop sambil menunggu bas. Berbeza betul dengan budak-budak sekolah aku (sekolah lelaki). Kitorang sambil tunggu bas, sambil main daunÖheheheÖ

 

 

Dengan 0.90 sen yang tinggal pada aku, aku peruntukkan sebanyak 0.60 sen untuk menelefon Fazrina setiap hari, 0.30 sen pula aku peruntukkan untuk membeli sebatang rokok dunhill buat disedut usai waktu berbuka. Buat Fazrina, gembira mengenali kamu, moga kita jadi sahabat sejati hingga akhir waktu.

 

 

Sittin around the house
Watchin the sun trace shadows on the floor
Searchin for signs of life but thereís nobody home.
Well, maybe Iíll call or Iíll write you a letter
Now maybe we'll see on the fourth of July
But Iím not too sure, and Iím not too proud.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Ramadan

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wah.. cepatnya berkembang.. perkembangan yang menarik.. mahu baca lagi... =)
  • 2) gile ah..sanggup tu...

    oh,cinta xkenal apa2~~ ;)

  • (Penulis)
    3) dayya - keep on reading, insyaAllah akan tamat dlm bulan Ramadan ni jugak.

    Syud - biasa la, first monkey love memang mcm tu...ekekeke...

  • 4) mak aii . sekolah seksyen 16 dgn epf tu agak jauh jugak laa. kena lalu UM and HU bagai. demii chentakuu padaa muuuuu.

    eh jap, belum bercinta lagi kan :p

  • (Penulis)
    5) cahatomic - memang jauh, tp ada shortcut...dlm 15 minit sampai la..

    a'ah..mas tu belum bercinta lg..ekekeke..

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat