Kopi & Sianida

 

Surat keramat berlogo kompeni terletak diatas meja. Surat berkenaan dipandang sepi. Jam menunjukkan pukul 10.45 malam.

"Haih...kena berjalan lagi." keluh hatinya sendiri.

Perlahan dicapai surat itu dan dibaca isinya. Mangsanya adalah seorang jurutera proses di pusat operasi kompeni. Pusat operasi yang terkenal dengan keramahan kakitangan dan motivasi pekerja yang berada di tahap tertinggi mengikut kajian terhadap prestasi pekerja kompeni.

"Encik Wan, ini print out bagi kes process engineer tu. All the details with regards his background and previous records also in here." berkata pembantu pejabat bahagian Siasatan & Tatatertib menghulurkan sebuah file berisi maklumat berkenaan jurutera proses itu.

"Thanks Min." dia membalas lemah.

Perkara-perkara dari berkenaan siasatan dan tatatertib menjadikan dia kurang beremosi. Mungkin bukanlah kurang cuma disaat-saat sang tertuduh menangis, meratap dan merayu-rayu, hatinya dikeraskan untuk menolak sebarang simpati singgah. Kerap kali dia mempersoalkan apakah nasib mereka yang telah dijatuhi hukuman itu? mampukah mereka mencari pekerjaan baru? bagaimanakah hidup anak-anak mereka? bagaimanakah mereka mahu membayar pinjaman sewa beli rumah dan kereta? Rekod buruk akibat tindakan tatatertib akan mengekori setiap pekerja yang terlibat sepanjang hayat mereka. Bukan sedikit yang dikorbankan akibat nafsu menerjah diri tapi dia tetap berpendirian bahawa manusia-manusia yang melakukan kesalahan-kesalahan itu kadang-kadang hilang pertimbangan dek desakan hidup. Biarpun selalu hawa nafsu mendorong diri, terdapat kes-kes yang dikendalikannya berpunca dari desakan hidup. Tetapi natijah menjualkan maruah pekerjaan itu terlalu besar untuk dimaafkan biarpun demi desakan hidup kerana maruah kerja itu adalah satu amanah.

"Encik Wan, are you okay? You seems tired." tegur Min. Kuntum-kuntum mekar senyum terukir dibibir Min.

"You want some coffee to wake you up?" Min menghulurkan secawan kopi kepada dia. Senyum semanis gula itu masih tidak lekang.

"Why not? I need something to wake me up badly." dia menyambut cawan kopi dan menghirup pantas. Kafein menghentak saraf matanya untuk kembali cerah. Kepalanya sedikit ringan rentetan aroma kopi yang menyegarkan.

"So Encik Wan, how..."

"Just call me Wan. Rasa janggal dan terlalu formal kalau you guna encik." dia cuba melonggarkan suasana formal yang terbina sekian lama.

"Ok then. Wan, how long you had been done this thing?" tanya Min.

"Hrm...what do you mean by this thing? Sipping coffee or Industrial Relation?" dia cuba berlelucon. Di dalam bukunya, dia berhutang kepada Min pasal kopi yang Min buatkan untuknya.

"Hahahaha. Obviously about industrial relation. You just sip the coffee 23 seconds ago." Min tertawa sendiri.

"Accurate! By any chance, are you an actuary?" dia cuba mengalihkan topik perbincangan.

"Nope, actuary deals with statistics while i'm dealing with human, value and perhaps some distorted HR personnel who like to slay people around. hahahaha." Min pula berlelucon.

"Ouch, woman. Ok, let's get back to the topic, been doing this job for almost all my life. Since the first day of my employment till now. 15 years of "slaying" people." dia menerangkan sambil membuat isyarat jari apabila dia menyebut perkataan slaying

"Owh..my bad." Min tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Manis!

"I guess all those people whom you slay must be guilty?" tanya Min.

"Yes, I guess. Though some of them doing it merely because they need to." terang dia kepada Min. Hrm...semacam pernah ku lihat Min sebelum ini. Hatinya berdetak sendiri.

"Hrm...what about them? What do you think of them?" tanya Min.

"Guilty? Definitely. I think people who trade their value and integrity just over anything is neither worthy to keep nor should live. They're dirty people with money in their mind, with irresponsible manner. They're scum of this world. Worthless!" hatinya membara mengenangkan pesalah-pesalah yang telah dihukumnya.

"Eventhough they doing it for their family?" tanya Min lagi.

"Yes. Without integrity, you're nothing. You're an empty shell." jelas dia kepada Min.

Kepalanya semakin memberat. Apakah kafein di dalam badannya telah berkurang? Dia mesti mendapatkan kopi. Dia cuba bangun tetapi kepalanya semakin berat. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

"Min, could you get me another cup of coffee?" pinta dia kepada Min.

"No Wan, you don't another cup of coffee." jelas Min sambil tersenyum.

Dia melihat Min mencabut sarung tangan dari tangan Min. Eh...sejak bila Min pakai sarung tangan? Alim sangat ke?

"Eh Min, I never knew you wear "sarung tangan"? Only pious women je pakai sarung tangan and jilbab tutup mulut tu." kepalanya semakin berat apabila dia cuba bercakap lebih lanjut.

"No, just for tonight. Just for you.You remember Rusman Bin Kadir?" Min tersenyum. Dia kaget dan perlahan-lahan segala cahaya berlari meninggalkan ruang matanya. Kelihatan dalam samar-samar Min menghampirinya.

==========================================================================

Johor Bharu - Seorang eksekutif sumber manusia dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan sianida. Kesan sianida ditemui di dalam cawan berisi kopi dipercayai dibancuh oleh mangsa berikutan kerja lebih masa yang kerap dilakukan oleh mangsa. Walaubagaimanapun, polis mengelaskan kes ini sebagai kes bunuh berikutan jumlah sianida yang ditemui didalam badan mangsa tidak boleh diperolehi didalam keadaan biasa. Suspek utama kes ini masih lagi tidak ditemui. Beberapa barangan peribadi mangsa juga dilaporkan hilang berserta fail-fail siasatan kes tatatertib. Polis mengesyaki pembantu pejabat wanita bernama Jasmin Liyana Bt Mat Akhir sebagai suspek utama berikutan Jasmin dilihat kali terakhir bercakap dengan mangsa mengikut keterangan rakan sepejabat mangsa. Jasmin walaubagaimanapun gagal dikesan.

==========================================================================

"Selamat datang ke Hotel Istana. Boleh saya bantu?" tanya mesra penyambut tetamu Hotel Istana.

"Ya. Saya nak check in." balas suara itu.

"Boleh encik. Berikan kad pengenalan atau sebarang identiti pengenalan encik." ujar penyambut tetamu itu.

"Baik, Encik Azmin bin Rusman, ini kunci bilik encik. Bilik encik bernombor 516." penyambut tetamu itu menyerahkan kunci bilik kepada Azmin.

"Just call me Min. Rasa janggal dan terlalu formal kalau you guna encik." balas Min sambil tersenyum. Lesung pipitnya menyerlah. Manis!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Dual identity?
    huhuhu..
  • 2) balik2 ko
    balik2 ko
    asek ko je mamau yg komen first.
    i het u!


    nak baca jap.
  • 3) wah!
    hebat la jalan citer ni.
    org yang sama tetapi memiliki dua identiti?
    huh! bestla.
    sukeee!
  • 4) mangi, sebagai peminat kipas-susah-mati CSI, aku nak komen part ni:

    "Walaubagaimanapun, polis mengelaskan kes ini sebagai kes bunuh berikutan jumlah sianida yang ditemui didalam badan mangsa tidak boleh diperolehi didalam keadaan biasa"

    Cyanide bila dah diadminister kat badan boleh disukat ke? Detection and trace, yes. Jumlah?

    Btw, ayat tu mengelirukan sket. ;p
  • 5) lebih elok kalo bhgian dialog tu awk kurangkan sket penggunaan bahasa inggeris.. kalo x, lebih menarik awk buat fully in english..

    just my thought... anyway, this is good even i have to read few times to understand it.. ehehehe.. anak mangsa kes tatatertib la ni? hemmm.... pandai menyamar ek..
  • 6) dueeeng. mana kau hilang. hehe
    senyaaap je manjang, tup tup. nak cerpen sebijik!

    welcome back bro!

  • 7) ya welcome back..cuma lebih baik terus aja ditulis dalam BI. Saya juga sudah malas buat kerja editing jadi betulkan sendiri.
  • 8) hoho CSI sungguh! jalan cerita menarik, cuma ada a few things like grammar and typo error di sana sini yang masih boleh diperbaiki. overall, it's a good comeback. syabas!
  • 9) hehe tak perlu edit kak.
    ada sesetengah yang memang menulis begini.

  • (Penulis)
    10) @mizz_aszni: yes, dual identity.

    @babymilo: huhu.rileks2. yes, dual identity. kinda terfikir nak buat cerita lain dari yang lain.

    @rearrange: high dosage of cyanides smells like bitter-almond. cyanide just like arsenic available in natural environment but very low dose. sebab tu kat situ tak tulis amount instead saying that it's more than normal amount available in natural environment due to detection and trace tu. semantics la kiranya. assumptions.

    @ida: hrm...dialog tu lebih bermakna dalam bahasa inggeris. even tulis tatatertib tu pun dah macam tak berapa nak masuk sgt. also, i suck the most writing in english.

    @caha: been busy doo. seriously tak menang tangan nak tengok kapasitor. hehehe. hope it would be good. thanks!

    @mr_kajiwa: hehehhe. saya tak pandai tulis dalam english.

    @nia: ada typo error eh? grammar jugak eh? hahahha. menulis masa tengah mengulit mata.

  • 11) Salam sejahtera.

    Perasaan saya ketika membaca cerita ini agak terganggu sedikit. Mungkin kerana penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih ketara berbanding Bahasa Melayu. Tidak dinafikan cerita begini lebih enak didengar andai dialognya di dalam Bahasa Inggeris namun, sebagai seorang penulis, anda harus bijak memanipulasi dialog untuk menguatkan jalan cerita.

    Pendapat saya, jika anda menggunakan dialog dalam Bahasa Melayu, pembaca mungkin lebih memahami dan merasai penceritaan yang cuba anda sampaikan kerana mungkin sesetengah pembaca kurang memahami struktur ayat di dalam Bahasa Inggeris.

    Sedikit tambahan, mungkin anda boleh menceritakan pada pembaca siapa sebenarnya Jasmin/Azmin dan sebab mengapa dia melakukan pembunuhan itu. Mungkin bapanya diberhentikan kerja tetapi mengapa? Bukan apa, sebagai penguat jalan cerita.

    Soal kesalahan ejaan, tatabahasa, struktur ayat adalah kesilapan biasa. Cuma lain-kali harus lebih berhati-hati.

    Keseluruhan, cerita yang baik. Terima kasih...
  • 12) oh oh..mesti Azmin ni lelaki comel berwajah jambu~~ *sambil membayangkan Matt Dallas*

    pasal dendam je? hoo~

    ish3..tamo kerja camtulah. tak pasal-pasal kena cyanide

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera