SELSEMA KU DI CURI

 

Maghrib itu aku gagal solat. Ibu tampar ketingku sekuat-kuatnya. Ibuku memang seorang yang kuat. Kuat memaki hamun, kuat memakan jamu ramping, kuat mengumpat,dan  kuat membasuh baju menggunakan sabun cap Anjing Kuat. Namun begitu, yang paling penting, beliau kuat beribadat. Sebab itu kalau aku culas dan lewat bersolat, pasti akan disebat!

 

Aku ingin menyesal. Tetapi gagal juga. Selesai bertaubat dan memohon ampun pada ibu, aku minta izin untuk keluar berjalan. Berjalan di sekitar kampung. Aku keluar dari pintu belakang rumah seperti lipas yang dihambat sesudah menjilat sisa nasi yang tumpah di lantai. Selesai lima langkah, aku dengar suara ibu memekik di belakangku," Mail! jangan balik tengah malam!, nanti terlupa makan ubat!" Aku mengangguk sendirian. Tak pasti sama ada ibu perasan atau tidak anggukkanku.  Habis enam langkah, baru aku tersedar, aku telah tersalah sarung selipar. Kaki kananku menyarung terompah kiri ibu. Kaki kiriku tersarung selipar adikku yang bongsu. "patutlah rasa tak selesa!" getusku di dalam hati kecilku yang memang tak kecil.

 

Sebulan yang lalu, aku dipaksa ke hospital oleh ibu dan sanak saudara. " kau ni degil la Mail!" jerkah bapa mertua ibuku yang bermulut celupar. " Subadron pun degil juga, tapi kenapa aku yang kena pergi?" jawabku dengan persoalan di kepalaku yang tidak sebesar buah tembikai susu. Subadron adalah adik bongsuku yang berumur sepuluh tahun. Beliau sering menangis jika dipaksa memakan ubat. Aku tak pernah menangis pun kalau dipaksa sebegitu.

 

Ibu mengheret lengan kananku. Pakcik Gemuloh (ipar ibuku yang mengidap penyakit sengal-sengal dan linu-linu di tumit) pula menarik ketiak kiriku. Nasib baiklah sehari sebelumnya, telah ku cukur habis kesemua rambut di badan, kecuali di kedua kening. Dengan susah payah mereka memaksaku mengadap tuan doktor selepas tiga jam empat puluh lima minit menunggu di ruang menunggu yang bernombor di dinding. mereka menghempas aku di kerusi di depan doktor. "kamu semua boleh keluar!" pesan doktor kepada kesemua sanak saudaraku.

 

Di dada kiri doktor tercucuk papan namanya "TIRANOSORUSREX" Tiranosorusrex? terkeluar dari mulutku tanpa dipaksa. " yaa! ayah saya seorang arkeolojis!" terang doktor itu. "kamu sudah sakit berapa lama?" "err..baru seminggu.." "tak mengapa". Doktor Tirano memberiku sebutir gula-gula berperisa sirap bandung. "sekarang kamu, boleh pulang"

 

Sekarang aku terus berjalan di sekitar kampung dengan terompah ibu dan selipar Subadron, memikirkan apa yang terjadi selepas perjumpaanku dengan sang doktor. Ibu cakap, mereka jumpa aku terbaring dengan mulut berbuih seperti buih pencuci kaki di depan kedai nombor ramalan. Esoknya, Pak majid, Tok siak kampung menang first prize 4D. Apa semua ini? kelmarin aku selsema, hari ini selsemaku dicuri...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Salam perkenalan dan selamat datang kurusawa...

    Nampaknya, ruangan cerpen sudah mula dimeriahkan dengan kedatangan penulis lelaki seperti rearrange, rizzy dan kini kurusawa. Semoga lebih ramai lagi penulis lelaki akan berkampung di sini.

    Baiklah, tentang cerpen anda. Nampaknya sejak kebelakangan ini, ada satu fenomena telah berlaku di ruangan cerpen. Saya tidak pasti apa namanya. Penulisan begini agaknya sudah menjadi satu trend sekarang. Penulisan yang membuatkan saya kelu untuk berbicara walhal di dalam hati bertubi-tubi persoalan ingin diluah.

    Memandangkan ini karya pertama anda, bagi saya dari aspek jiwa remaja, ia satu karya yang menghiburkan. Namun, dari aspek formal, saya serahkan pada yang lebih berpengalaman untuk memberi ulasan.

    Terima kasih untuk cerita yang menarik ini. Sekian...
  • 2) Err,
    eksperimental ye?
  • 3) er itu b*bi ke?
    keliru jap
    yela la kot. kan? kan?
  • 4) hahahaha.. ok ok... hmm...

    tak salah bereksperimental tp kalo dpt eksperimennya kasi jelas dan panjang...

    cerita begini bagus utk santapan jiwa. maknanya di saat2 tgk bosan tahap cipan, cerpen ni mengundang gelak tawa... tp kalo kasi panjang dan jelaskan plot serta watak, itu lagi bagus.

    bg sy, cara penulisan kamu bagus. ada cerita.. cuma jalannya tak jelas dan wataknya pon kurang dapat dipastikan. dalam penulisan cerpen, apa yg penting adalah perkembangan plot dan watak. sy rasa kamu boleh pergi jauh lagi.. cuba baca karya hulubalang kalau mahu tahu apa yg maksudkan... dia buat pendek je.. sy rasa tak smpi 5 mukasurat times new roman half spacing kt words. tp ada sume unsur yg diperlukan dalam sebuah cerita pendek.

  • (Penulis)
    5) Terima kasih kepada semua yang memberi komen.;->
    Saya menulis karya ini di dalam bentuk eksperimental.(bukan avant-garde!) Setiap kali menulis, saya akan pastikan: 1. Pembaca perlu tertarik pada ayat yang pertama.(maaf kalau tak tertarik..;-> 2. pembaca tak dapat mengagak apa yang ingin saya sampaikan dan tidak cliche. 3. Ia memberi impak kepada pembaca untuk berfikir, apakah maksud tersirat yang cuba saya sampaikan. Sebab ini karya eksperimental dan pendek, tidak perlu mengikut susur galur penceritaan konvensional seperti pengenalan watak-pengembangan watak-titik plot pertama(tujuan-tujahan cerita)-konflik-titik plot kedua(pengalihan/twist/gangguan)-dan penyelesaian. Mohon tunjuk ajar semua :-). TQ!
  • 6) penerangan yg terang dan jelas.. thanks.. *sy tak mahir bab2 eksperimental*

  • (Penulis)
    7) tidak apa-apa. saya pun tak pandai. saya hanya menerangkan dari apa yang saya belajar dan faham saja. Pasti ramai lagi yang lebih pakar. ;-> TQ
  • 8) ha ha. ok ending tu tak berapa faham. adakah maksudnya waktu dia pengsan berbuih tu pak majid cilok kupon kemenangan 4dnya lalu claim hadiah?

    banyak utk difikirkan ni. memang pengidola akira kurosawa. ha ha.

  • 9) cerita kamu menarik..
    tp sy gak lambat di endingnya....
    kenapa 2 sebenarnya???
  • 10) Oleh kerana encik Kurusawa ada jawapan bagi segalanya..maka kita harus saja menelan apa yang dihidangkan. Tidak usah lagi ditegur apa-apa segalanya berpaksi pada eksperimental.
  • 11) tu laaa...
    kalau tak baca komen yg pnjng berjela..
    sure tak bape paham ending dia..
  • 12) kita bukan menegur sara, kita bertanya, utk dapatkan penerangan tentang apa yang cuba dibawanya
  • 13) Ok jugak tulis macam ni. Tak de la bosan baca cerita leleh-leleh cinta, cinta, cinta, putus cinta, cinta berbunga, cinta berkembang dan lain2 1001 cinta.

    Aku cadangkan ko, Rizzy dan Rearrange saling kenal mengenal. korang ada style dan idea yg mungkin hampir sama.

    cara ko elaborate cerita ni best , sayangnya aku tak dapat tangkap apa yg tersirat di sebalik selsema yg dicuri tu.



  • (Penulis)
    14) Namakusara: saya tiada jawapan untuk segalanya. saya hanya insan yang pelupa dan lemah.

    Saya cuma berkongsi cerita dan idea. harapan saya adalah agar penulis di negara kita dapat menghasilkan karya-karya yang segar dan tidak cliche dan tidak terlalu melankolik. Sama2 lah kita bantu-membantu. ;->!
  • 15) ada sesetengah cerita tak perlu difaham sbb itu yg mnjadikan cerita tu menarik...ada penulis yg biarkan saja pembaca terfikir2 apa yg nk disampaikn. ada jugak penulis yg sndiri yg x boleh nk terangkn kenapa dia tulis cerita yg orng x fhm. mungkin sbb dia sndri x tahu kenapa dia tulis cerita mcm tu... (fhm ke?)

    nama pun experimental, so tak fhm tu adalah perkara biasa dlm experimental

  • 16) @kamalia: ohh.. thanks. belajar benda baru hari ni.

    @kurusawa: setuju dan bagus. selagi tak bercanggah dgn budaya dan agama, mesti ada sesuatu yg kita boleh belajar antara satu dengan lain

    thanks for sharing kengkawan
  • 17) Oh begitu..saya tak pernah belajar untuk menulis sesuatu yang tidak patut difahami pembaca, menarik ni.Nanti saya cuba ya.Eksperimental ya...okay get it.
  • 18) ok...
    sy setuju dgn kamu kurusawa,
    tdk perlu menulis untuk memenuhi segala permintaan pembaca,
    bagus begitu,pada awalnya sy juga malas berfikir.
    tp bila sy fikir kembali itu adalah cara kamu menyampaikan cerita kamu..
    sangat unik...
    teruskan..
  • 19) Owh..maafkan saya kerana terlewat tiba ke sini. Selamat datang ke kapasitor.Saya anggap ini..makanya tiada komen. silalah berkarya lagi.Tiba-tiba semangat untuk ber Kuro an..
  • 20) senyum lagi~~
  • 21) er..tak faham..apa dia yang tiba-tiba dia berbuih-buih? epilepsy?

    haha.dahlah doktor kasi ubat sirap bandung. lepas tu apa kena mengena Pak Majid menang Toto?

    apa kejadahnya semua ini? hoho
  • 22) tak phm gakz..tp best kut

  • (Penulis)
    23) fikir-fikirkanlah..he he
  • 24) clap my hands!! hehe. rasanya dh faham dh cerita ni.
    thanks!! nice story.
  • 25) aku tampo jugak ko ni kang. Kenapa buat cita camni? buat aku gelak2. haih. kan hosmate da kata aku gila, gelak depan comp.

  • (Penulis)
    26) kalu nak tampo aku jangan guna tampon. ;p
  • 27) susah skang nak cari penulis cerpen genre humor..aku nak buat cerpen genre humor mmg tercabar kerana kesukarannya..maybe aku ni seorang yang serius kot. tahniah kurusawa..just let it be ur identity..kidipap..

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa