Makan, tidur, main,minum

 

Makan betik.

 

Mazli cirit-birit. Beliau makan ubat sakit kepala. Mazli bersenam. Peluh mazli berbau masam. Mazli dahaga. Mazli lapar. Mazli makan betik.

 

 

Bermimpi seram.

 

Kaki Badrul bercekam. Badrul lupa basuh kaki ketika hendak tidur. Badrul bermimpi jumpa hantu. Hantu itu menyerupai kakak angkatnya. Kakak angkat Badrul suka menakut-nakutkan Badrul. Pada jam 5 pagi, Badrul terjaga dan terkencing. Badrul beristighfar dan mengurut-urut dadanya. Badrul pergi ke dapur. Badrul basuh pinggan.

 

 

Takut naik buaian.

 

Saraswati pergi bermain di padang permainan. Dia membawa bekal air anggur. Ibu Saraswati suruh dia main jongkang-jongkit. Saraswati ingin naik buaian. Tapi dia takut. Fadzli tidak takut pun.

 

 

Minum Sirap

 

Fadzli minum sirap. Ibu Fadzli terjatuh semasa mengangkat cawan Fadzli ke dapur. Ayah Fadzli yang bentes. Ayah Fadzli sengaja. Ayah Fadzli nakal. Fadzli tidak.

 

 

DiSampuk

 

Mustapa disampuk.

 

 

;)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe..jap2..kenapa tak buat kesinambungan? kaitan antara cerita?

    suka cerita yg kedua 'bermimpi seram'. kelakar!
  • 2)

    menggeletek tangkai hati...
  • 3) hehehehe..
    kelakar!
  • 4) mustapa tu makan budu tak?

  • (Penulis)
    5) mustapa makan rasuah
  • 6) ha ha ha
  • 7) jue yg tak paham jalan cite o jalan cite ni yg jue xpaham??
    konfius....
  • 8) hahaahahaha...wawawawa....

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa