Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Naratif Faezul Lurus Bendul

 

Faezul sedang tergesa-gesa. Kaki kirinya sepantas kilat menolak tongkat motorsikal ke bawah, kemudian dia membuat aksi meloncat separuh kucar-kacir daripada tempat duduk motorsikalnya lalu mendarat terus di hadapan pintu rumah.

Bruk!

Motorsikal jatuh menyendeng ke kiri menghempap pagar jiran. Tongkat motorsikalnya mendap ke dalam tanah. Faezul menoleh. Tapi dia tidak peduli. Dia tahu dia perlu pantas. Ada sesuatu yang membuatkan kehidupannya hari itu kurang dirahmati.

Faezul membuka pintu rumah dan berlari-lari anak ke biliknya. Laci direntap keluar. Dia menyelongkar mencari sebuah buku. Segala khazanah yang selama ini tinggal dengan aman dan damai tiba-tiba seperti dilanda bencana alam. Teriakan lipas dan anai-anai serta beberapa ekor anak cicak kedengaran ngeri. Semuanya bertempiaran cuba mencari ruang melarikan diri, tetapi tangan Faezul banyak seperti sotong. Semua khazanah yang bukan matlamatnya melayang-layang tercampak keluar.

Beberapa saat kemudian, Faezul tersenyum nipis. Dia sudah ketemu buku itu. Sebenarnya lebih molek jika dipanggil kitab. Kitab Soal Jawab Kemusykilan Agama oleh Ustaz Ibnu Hayy.

Faezul duduk di hujung katil. Kitab itu mula diselak sehelai-sehelai. Dia mencari bab Taharah, dahinya berkerut-kerut.

*****

(Imbas Semula)

Sebentar tadi Faezul keluar ke pasaraya, hajatnya mahu mencari hadiah buat gadis pujaan hati, Sofea. Esok adalah Hari Kekasih, walaupun Sofea bukan kekasihnya, Faezul tetap mahu menghadiahkan sesuatu sebagai pelaburan kelak.

Faezul berjalan dari satu bahagian ke bahagian lain. Hajatnya mahu ‘ushar’ setiap barang di pasaraya tersebut, mencari yang sesuai untuk dijadikan hadiah.

Faezul jumpa pinggan mangkuk, dia terbelek-belek menilik harga. “RM10! Wow, murah juga,” fikirnya. Sambil berjalan Faezul mula membuat timbang tara. Ah! Akalnya masih waras. Apa gila Hari Kekasih mahu menghadiahkan pinggan mangkuk!

“Alamak, jauh pula nak letak balik”, kesal Faezul seorang diri. Dia toleh kiri kanan, perlahan-lahan kotak yang terisi pinggan mangkuk itu di letakkan bersebelahan ikan tongkol mereput yang didakwa segar oleh pihak pasaraya dalam ‘flyers’nya. Tukang siang ikan terperasan lalu memberikan jelingan tajam, Faezul kasi jeling balik. Tukang siang ikan terus buat-buat sibuk.

Tiba-tiba mata Faezul terpandang sesuatu di bahagian permainan kanak-kanak. “Aha! Teddy bear! Sofea pasti cinta aku sampai syurga jika aku belikannya seekor.” Faezul lalu berjalan laju sambil menyeringai.

Faezul sekarang berdiri di hadapan Teddy Bear berbilang bangsa yang tersusun rapi di rak. Hatinya berbunga-bunga.

****

(Sekarang)

Faezul masih duduk di penjuru katil. Fikirannya serabut. Kitab dipegang erat walaupun tangannya sudah menggigil. Ditekuninya halaman tersebut. Bab Taharah. Sebentar-sebentar dia melihat jam. Sudah hampir waktu Asar. Dia belum solat Zuhur lagi. Semuanya gara-gara kejadian kurang ajar di pasaraya tadi.

Hati Faezul mula cuak, dia tidak pernah meninggalkan solat semenjak kecil. Dulu semasa arwah bapanya masih hidup, sesiapa isi rumah yang meninggalkan solat akan didenda tidur di reban ayam selama 7 malam berturut-turut.

Faezul tepuk dahi. Pap! Mana dia mahu cari reban ayam di tengah bandar begini? Faezul kembali menekuni bab itu: Kaedah Bersamak.

Pada bab tersebut dituliskan:

‘Cara menyamak najis mughallazah ialah dengan 7 kali air basuhan salah satu daripadanya termasuk air yang bercampur tanah.’

Faezul tepuk dahi lagi sekali. Kali ini lebih kuat. PAP! “Senang ‘ja rupanya bersamak ni!” Faezul sudah lupa, dia sudah terlalu lama tidak bersamak. Kali terakhir dia bersamak semasa darjah 2 gara-gara terpijak najis anjing di pintu pagar sekolah. Huru hara dia mencari cangkul.

Jam sudah menunjukkan pukul 4:30 petang. Faezul sudah tertinggal solat Zuhur. Dia perlu qada solat kemudian. Sebatang rokok jenama Surya dinyalakan sambil tubuhnya disandarkan pada dinding katil. Kakinya selunjur. Perlahan-lahan dia menyedut dan menghembuskan asap.

Faezul mengetap bibir, “Celaka punya Teddy Piggy, macam dah takde tempat lain nak menyelit, tak pasal-pasal aku kena studi kaedah bersamak!”

Petang itu juga dia bertekad untuk melupakan Sofea, hari kekasih, pasaraya dan paling penting teddy bear bentuk babi!

Oh! Juga reban ayam.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhu..beberapa ayat ko yg aku suka ialah..tangan banyak seperti sotong..belikan teddy 'seekor'..best.haha.. tapi cerita dia dh dpt agak mase smpai kt part dia kata nk beli teddybear.. apa2 pun anda mmg seorg penulis yg berjaya menggambarkan suasana tanpa membuat ayat panjang. padat. hebat

  • (Penulis)
    2) ya, aku masih perlu belajar banyak untuk membuat twist dalam cerita (sambil menuding jari kepada caha, master of twist. ha ha)
  • 3) er jap.
    teddy piggy tu apa eh?
    aku seperti blur sket cerita ni

  • (Penulis)
    4) hah, aku sudah berjaya membuat kau blur Teddy Piggy tu sengaja aku reka-reka, ha ha... dalam bahasa mudahnya teddy bear bentuk babi..
  • 5) twist yang menarik sebab ada maksud penting yang tersembunyi..

    "jangan tinggal solat"

  • 6) comel sungguh. hahahhaha....

    mmg lurus bendul. takat teddy piggy tu pun nak samak. hahahhahaha...

  • (Penulis)
    7) 26life: itu sebenarnya mesej yang harfiah

    alya: ya, nampak mustahil tapi sebenarnya sesetengah orang masih tidak tahu perkara yang asas. kisah itu cuma perlambangan
  • 8) =) nice story. best2...

  • (Penulis)
    9) terima kasih yanot
  • 10) huru hara sungguh mamat Faezul nih...
  • 11)
  • 12) Hehehe... Twist yang menarik. Tak dinafikan, ada juga orang bersikap seperti Faezul ini...

  • (Penulis)
    13) 3008: memang huru-hara, hahaha

    hatikidal:

    ridhrohzai: tengs bro

Cerpen-cerpen lain nukilan rebelliben

Read all stories by rebelliben