Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
para dua puluh, dua puluh satu, dan dua puluh dua
20. Di rumah tersebut aku dan sumi menjumpai kitab dari kayangan. Selama ini sumi dan aku telah mengembara ke timur-barat-utara-selatan secara berasingan untuk mencari kitab ini tapi tiada berjumpa. Sumi membeli dua naskah kitab kayangan daripada seorang sami perempuan yang suka mencarut di dalam blognya. Satu dihadiahkan kepada aku dan satu lagi dihadiahkan kepada dirinya sendiri. Aku menerima kitab kayangan sebagai hadiah dari sumi dengan gembira laksana kanak-kanak lelaki menerima hadiah mainan patung power renjers dari bapanya sempena majlis berkhatan buat melupakan sakit kena potong.
21. Aku menyatakan hasrat mahu bertemu dengan pengarang kitab kayangan kepada sami perempuan pencarut tadi. Tetapi sami perempuan pencarut itu memberitahu aku dengan sopan tanpa mencarut bahawa si pengarang kitab telah melarikan diri ke bentong. Sebelum ini aku ada mendengar si pengarang kitab telah lama menyembunyikan diri kerana kemarahan suatu kaum kepadanya. Semuanya kerana terlajak kata tidak boleh diundur, terlajak kereta boleh diundur dengan gear ‘ar’.
22. Sumi dan aku mendapatkan dua kerusi di kalangan pengunjung-pengunjung temasya. Terasa amat enak sekali duduk di situ umpama duduk di atas singgahsana raja di atas kayangan. Suara-suara penyanyi mula kedengaran. Musik-musik dimainkan. Ada yang sedap ada yang sumbang. Ada yang pelik yang jelik pun ada.