1993 dalam darjah empat

 

1993. di sungai way. dalam darjah empat. dalam bilik darjah. aku duduk di belakang.

cikgu azwan berdiri di hadapan. si murid duduk di kerusinya, memegang pensel. cikgu azwan naik angin dengan si murid. cikgu azwan menarik tangan kanannya jauh2 ke belakang, tinggi. cikgu azwan mau menampar. cikgu azwan melancarkan telapak tangannya ke pipi si murid. laju.

si murid mengacungkan mata pensel ke telapak tangan yang menerjah. dengan izin allah telapak tangan cikgu azwan terkoyak kena mata pensel tajam. berlubang. berdarah.

cikgu azwan mengaduh. duduk di mejanya menahan sakit. marah bercampur kesal. maka cikgu azwan berucap ke sekalian murid:

“ingat pesan saya, lain kali kalau cikgu mau tampar kamu, jangan sekali-sekali tahan dengan pensel!”

cikgu azwan menyapu darah. agaknya sambil memaki hamun yang tidak sepatutnya ditujukan kepada orang yang paling berdosa pun.

aku pula terkial2 memikirkan nasihat cikgu azwan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan kasutbiru

Read all stories by kasutbiru