Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

kijang lepas ke hutan

 

Di dalam sebuah mahkamah yang mulia di waktu petang berlangsunglah satu temasya perbicaraan keadilan. Lalu saksi dipanggil. Kemudian dia itu disoal olih Yang Bijaksana Puan Timbalan Pendakwa Raya.

Semasa itu si peguam Yang Kurang Bijaksana sedang duduk di mejanya kemudian menoleh kebelakang melihat anak guamnya dalam kandang tertuduh di belakang. Si anak guam memberikan isyarat yang tidak boleh dibaca olih si peguam kerana si peguam itu kurang bijaksana.

Lalu tersedarlah akan Yang Arif Yang Paling Bijaksana akan gelagat kedua2 peguam dan anak guamnya itu yang saling bermain mata. Lalu si peguam membiarkan sahaja gelagat anak guamnya itu takut2 Yang Arif itu tiba2 murka kerana bermain2 semasa perbicaraan.

Sekian lama kemudian seorang pegawai polis anti rasuah menghampiri si peguam dan berbisik: Anak guam tuan di belakang itu sedang azab menahan kencing mau berlari ke tandas. Demi hormat takzimnya si peguam  kepada mahkamah maka di biarkan saja takut hendak mencelah kepada Yang Arif.

Sekian lama kemudian Yang Arif pun memanggil si peguam untuk mengajukan soalan pula kepada si saksi itu. Maka dengan izin Tuhan Maha Bijaksana berlakulah perbualan seperti berikut:

peguam: dengan izin yang arif, sebelum kita meneruskan bicara ini saya ada satu permohonan.”

Yang Arif: apa dia?

Peguam: anak guam saya sedang menggelupur menahan hajat. maka mohon dibenarkanlah supaya dia dilepaskan sebentar.

Yang arif: dibenarkan.

Peguam: pada hemat saya tidak perlu kita memberhentikan sekejap temasya kita ini. Saya amat percaya temasya ini masih boleh berlangsung tanpa kehadiran anak guam saya. kerana dia boleh masuk ke sini semula setelah hajatnya termakbul.

Yang Arif: dibenarkan.

Kata peguam kepada anak guam:  engkau jangan lari. Lepas selesai dtg ke sini semula.

Maka berlarilah si anak guam untuk melepaskan hajatnya, ibarat kijang lepas ke hutan. Kemudian si peguam ingin si saksi itu dirujuk dengan sekeping gambar.

Timbalan pendakwa raya: pohon maaf yang arif, kerana gambar ini hanya ada sekeping, tidak sempat dibuat 3 salinan untuk pihak2.

Si peguam memegang gambar dan berjalan kehadapan. Kemudian dia berhenti di situ kerana hatinya ragu berfikir kepada siapa dahulu gambar itu hendak ditunjukkan. Kepada yang arif  atau kepada si saksi dahulu.

Kemudian dia terus berjalan memberi gambar itu kepada Yang Arif sambil berucap: saya beri gambar ini kepada yang arif dahulu, kerana saya lebih mengutamakan  yang arif (membodek Yang Arif).

Sekian lama kemudian maka jam pun sudah pukul 5 dan semua orang mahu pulang. Temasya ditangguh.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan kasutbiru

Read all stories by kasutbiru