Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
PCB#3: Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis
Salam dan selamat kepada semua,
salam dipohon berkandung hajat,
Tok Selampit datang bawa berita,
berita penting disebalik wasiat.
*Lampu pentas ditutup. Masuk seorang lelaki tua yang membawa tikar mengkuang dan berpakaian compang-camping. Lelaki tua berjalan perlahan-lahan lalu duduk di atas kerusi di tengah-tengah pentas. Lampu sorot sedang fokus kepada beliau.
Tujuan Tok Selampit menghampar tikar mengkuang cabuk dan koyak ini tiadalah lain daripada menyampaikan wasiat yang berkepuk di dada. Marilah dekat pada Tok Selampit, biar setiap baris wasiat ini dapat diceritakan dengan betul. Biar setiap helai papyrus ini ditafsir kepada khalayak. Biar batu prasasti ini diselidik dengan hak. Mana yang baik, kita jadikan amal ikutan; dan yang buruk kita jadikan peribahasa. Agar dikenang dan disebut sentiasa oleh keturunan oneng-oneng kita.
Hai sekalian! Mana-mana yang bertelinga dengar-dengarkan, yang bermata lihat-lihatkan, yang berkaki rapat-rapatkan, yang bermulut hebah-hebahkan. Inilah wasiat daripada Raja Lestari, Raja Agung dari pergunungan Utara. Terletak di selatan Champa dan terselit antara bangsa Mon dan bangsa Khmer. Tuankulah raja empunya kerajaan bersalut emas. Dari pinggan makan hingga ke kubah kota hatta gigi geraham sekali pun bersalut emas.
Inilah negara yang bernama Teratai. Negara kota yang hilang dari sejarah bangsa Tok Selampit tanpa diketahui punca dan kerana. Jika ditanya kepada para arkeologis dan pendeta sejarah, pasti jawapan yang diberi adalah teori dan bukan fakta; pendapat dan bukan nyata. Namun tiadalah terlintas di hati mereka untuk datang kepada Tok Selampit dan mendengar ceritera yang sebenar.
*Tok Selampit bangun dan berjalan mengelilingi kerusi.
Mengikut kata arkeologis yang bernama Dr. Nguyen Hap Chann, Teratai itu diserang oleh Dai-Viet yang berjiran di tenggara. Oleh kerana takut, maka seluruh rakyat Teratai dan waris keturunan Raja Lestari lari sehelai sepinggan meninggalkan tanah air ke Ayutthaya. Tok Selampit amat sedih dengan teori Dr. Nguyen Hap Chann ini. Sia-sia sahaja belajar hingga mencapai pangkat Doktor namun tidak segan silu memberi teori sebegini. Adakah maksud beliau keturunan Tok Selampit pengecut? Tiada berani melawan musuh?
Dan bukankah sudah Tok Selampit katakan tadi bahawa Teratai negara yang kaya dengan emas? Apakah negara yang kaya dengan emas dan empunya negara kota yang masyhur itu tidak mampu membeli senjata atau tidak tahu bertukang?
***
Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun Urusan Seri Paduka Baginda: Himpunan cerpen tulisan Johari Rahmad yang memuatkan 6 buah cerpen dan temubual beliau dalam majalah Tunas Cipta keluaran DBP
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) yay utk jojo. tengs jo
rajin menyambut kempen PCB ni
sehelai 'sepinggan' agak kool.
kau tulis fabel mengenai kembojakah?
wah boleh dijadikan polemik ni. semoga kerajaan memberi geran penyelidikan kepada Pengarah Muzium Negara untuk projek ni.
em.. aku ingat ada nama selebriti tadi- cahatomic
- 12 years ago
-
2) *tepuk! tepuk!*
Ayutha? (tetiba teringat kerajaan Ayuthia dari kartun Jumbo Gajah Biru). Adakah latar kejadian semuanya bersandarkan terms dari Thailand?
signifikan. tahniah jo!- syud
- 12 years ago
-
3) hehe, nampaknye cuma ada beberapa respons aje. adekah semua orang sudah gigih mahu menutup tahun 2010 sampai terlupa memberi respons?
- jojo
- 12 years ago
-
4) Mengenai ketidakseimbangan fauna.
Apa yang kita bunuh adalah sebahagian dari rantaian makanan.Bila terganggu, banyak musibah datang.
Dalam hal ini, aku kagum dengan Australia yang kelihatan lebih prihatin terhadap undang-undang mengenai keseimbangan fauna dimana haiwan esotik dari dalam dan luar tidak sewenang-wenangnya bercampur aduk.- 26life
- 12 years ago
-
5) Pembukaan tirai yang menarik Jo. Cara mengolahnya juga mudah untuk difahami.
Hmm... Terfikir juga mahu cuba. Agaknya penyakit apa ya.- ridhrohzai
- 12 years ago
-
6) @26life: tu la. dulu kan golongan raja2 ni byk bergantung harap pada tilikan nujum. misalnye Firaun. habis baby boy tahun tu kena bunuh
@ridh: time kasih- jojo
- 12 years ago
-
7) jo, aku pening..hehehe
- 26life
- 12 years ago
-
8) @26life: kih3
part mane yg pening?
- jojo
- 12 years ago
-
9) Kaitan Firaun dengan Australia haha
- 26life
- 12 years ago
-
10) test
- jojo
- 12 years ago
-
11) test
- pragun
- 12 years ago
-
12) test sekali lagi, sorry jojo
- pragun
- 12 years ago
-
13) hehehe, selambe spam
- pragun
- 12 years ago