Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Erti Sehelai Daun

  • 9
  • neddy
  • 13 years ago
  • 3,999
  • FREE

 

Anis berteleku di bawah sebatang pohon yang merimbun. Angin petang begitu mendamaikan menyapa lembut wajahnya merona merah. Air mata menjadi tamu di pipi masih belum kering. Malahan ia semakin deras mengalir. Sederas air sungai terbentang di depan matanya. Rohnya bagai melayang-layang, membawa jiwanya entah ke mana. Lamunan Anis terhenti dengan sapaan lembut dari Zinnirah, teman baiknya semenjak di puncak menara gading. 

“Anis, kenapa kau bersendirian di sini?” tanya Zinnirah dengan lembut.

Dia hanya mendiamkan diri.

“Anis...?”

“Hmm... mengubati hati aku yang tengah lara ni.” Anis membalas dengan suara perlahan. Dia melepaskan keuhan berat. Zinnirah mengambil tempat di sebelah temannya.

“Jika kau tidak keberatan boleh aku tahu apa masalah kau sebenarnya? Sejak dua menjak ni aku lihat kau muram dan tertekan saja.”

“Hmm...” Anis mengeluh berat seperti melepaskan beban yang begitu berat di bahunya.

“Aku tak tahu nak bermula dari mana, Ira. Aku bingung. Aku keliru sekarang. Apa saja yang aku lakukan tak pernah menjadi. Semuanya salah di mata orang lain. Teruk sangatkah aku ni?” Airmata Anis berjuraian di pipinya.

“Sabar, Nis. Cuba kau ceritakan satu persatu pada aku. Kitakan dah lama bersahabat. Mungkin aku mampu menenangkan hati kau yang duka tu.” Zinnirah berkata sambil memegang lembut bahunya.

“Aku rasa semua orang tak sukakan aku. Setiap hari ku terpaksa menadah telinga dengan sindiran mereka. Sebal hati aku ni, Ira. Kawan aku beritahu aku ada seorang hamba Allah ni dah membuat cerita buruk tentang aku. Ya Allah... aku malu sekarang ni. Setiap hari bila aku nak melangkah masuk ke sekolah, hati aku ni mulalah rasa berat. Tak tertanggung rasanya bila semua cikgu memandang hina pada aku.” luah Anis sambil menangis teresak-esak.

“Bila aku selidik mengenai hal ni, Ira... memang betul ada orang yang cuba menganiaya aku. Bermacam-macam cerita kurang manis dia sebarkan pada cikgu-cikgu lain. Aku tak faham apa dosa aku pada dia. Seingat aku, aku tak pernah buat masalah dengan dia. Kenapalah dia dengki sangat pada aku. Aku ni cikgu cabuk saja. Lainlah dia. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia, bagaikan langit dan bumi! Aku betul-betul keliru sekarang ni. Hilang semangat aku nak meneruskan perjuangan aku sebagai guru.”

“Anis, janganlah kau terlampau mengikut perasaan kau itu. Kita memang boleh sedih tapi biarlah bertempat. Kesedihan kau itu akan meragut ketenangan hidup kau. Memakan diri sendiri.” ujar Zinnirah memberi nasihat.

“Aku tahu tapi entahlah Ira. Aku sering terbuai-buai dengan rasa hati aku ni. Seksa jiwa dan batin aku. Aku rasa hidup aku ni tidak ada apa-apa makna lagi. Kosong!” bentak Anis.

“Aku faham perasaan kau itu. Ingatlah pada Allah, Anis. Istighfar banyak-banyak. Jangan kau ikutkan bisikan syaitan itu.”

“Entahlah, Ira.” keluh Anis.

“Anis, siapa kata hidup kau tidak bermakna? Aku ingat lagi satu firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.”

Anis merenung wajah lembut Zinnirah itu lalu tersenyum kelat. Dia terusik dengan kata-kata tajam temannya itu.

Zinnirah mengerti pandangan temannya itu. “Macam ni Nis, apa tujuan Allah menjadikan kita? Hanya satu pemainan atau kebetulan kau dilahirkan di dunia ni? Adakah kau menjadi seorang guru dengan secara kebetulan? Bukankan?”

Anis mengangguk lemah, mengiyakan kata-kata temannya itu.

“Allah mencipta manusia ini untuk memikul amanah-Nya. Kau ingat lagi tak apa yang kita belajar dalam subjek Agama Islam dulu? Manusia dijadikan untuk menjadi khalifah Allah. Berat sungguh tanggungjawab yang diberikan hinggakan gunung-ganang, langit dan bumi enggan menerimanya. Jadi janganlah kau katakan hidup kau kosong dan tidak bermakna hanya kerana ujian melanda diri kau, Anis.” panjang Zinnirah menjelaskan.

“Aku bukanlah nak bersyarah pada kau tapi sebagai sahabat, aku patut mengingatkan kau dengan tujuan hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini dan apa tanggungjawab kita.” ujarnya lagi sambil mengambil beberapa helai daun di tepi kakinya.

“Cuba kau lihat daun ni. Ada yang warna hijau ada yang warna coklat. Kalau kau tengok dedaun kat pokok itu, lagi bermacam warna kau akan nampak.”

“Hmm... kenapa dengan daun ni? Apa kena mengena dengan masalah aku, Ira?” tanya Anis dengan seribu satu persoalan bermain di benaknya. Tidak mengerti dengan pernyataan Zinnirah itu.

“Anis, cuba kau guna akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada kau. Kau gunakan mata hati untuk mencari jawapannya. Aku pasti kau akan bertemu dengannya.”

“Kejap, biar aku fikir.” ucap Anis. “Aku rasa daun ni semata-mata daun saja. Fungsi daun ni untuk menghasilkan oksigen. Itu sajalah yang dapat aku fikirkan buat masa sekarang. Jawapan aku berdasarkan apa yang aku belajar dalam Sains.”

Zinnirah tersenyum mendengar jawapan Anis itu. “Anis, kita tak boleh pandang enteng pada daun ni. Betul jawapan kau itu. Daun berfungsi untuk menghasilkan oksigen dan sebagainya. Apa yang kau nampak itu tersurat. Bagaimana pula dengan yang tersirat?

“Anis, kalau kau tanya aku apa yang aku fikirkan bila aku tengok daun ni, senang saja jawapan aku.”

“Apa dia?” Anis menanya.

“Daun ni adalah aku.” jawab Zinnirah pendek.

“Kenapa pula kau kata begitu? Aku tak faham.” balas Anis kebuntuan.

“Nak tahu kenapa aku jawab macam tu? Ok, sekarang kau perhatikan betul-betul daun ni. Sambil itu kau dengar jawapan aku ya?” dia memberitahu kepada Anis.

“Ok,”Anis mengangguk laju.

“Kau cuba bayangkan semasa kita masih kecil lagi. Masih mentah dengan ragam kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba. Kita tidak tahu apa-apa masa tu. Pengalaman zero. Betul tak apa yang aku katakan?” soal Zinnirah.

“Ya, betul apa yang kau katakan tu.” balas Anis.

“Sama juga macam daun ni. Semakin terang warna hijaunya, semakin muda usia daun tu. Hijau itu menunjukkan hidup kita yang baru hendak bermula. Kau setuju dengan kata-kata aku, Anis?”

“Setuju.” jawab Anis.

“Jadi aku ibaratkan daun hijau ni sebagai diri aku. Muda dan mentah dalam menghadapi hidup yang penuh dengan onak dan duri. Sama juga macam kau, Anis.”

Zinnirah menyambung lagi, “Sekarang kau lihat pula pada daun yang berwarna coklat ni. Dah tak berapa lawa dan nampak rapuh. Kalau kau lihat daun coklat ni di atas pokok, ia tunggu masa saja untuk gugur ke tanah. Berbeza betul dengan daun hijau tadi. Segar dan mencantikkan pokok itu sendiri.”

“Semakin gelap warna coklat pada daun ni semakin tua usianya. Bila sampai waktunya, ia akan gugur ke tanah. Macam manusia juga. Lagi tinggi usia seseorang itu, semakin banyak pengalaman hidupnya. Kerana apa? Semuanya kerana ujian, cabaran, suka dan duka dalam kehidupannya mengajar dia erti kehidupan sebelum Allah menjemput hamba-Nya.”

“Ooo..baru aku faham sekarang. Terima kasih, Ira.” ucap Anis tersenyum manis. Terdapat riak kelegaan di wajahnya yang cerah itu.

“Sama-sama. Satu lagi aku nak tambah, semuanya terpulang kepada kita untuk mencorakkan hidup kita. Tepuk dada, tanya selera. Aku hendak kongsikan satu hadis yang aku baca semalam; Pada hari kiamat kelak, tiada satu perkara pun pada timbangan amal orang Mukmin yang lebih berat daripada akhlak yang mulia.”

“Jadi, kita kenalah hiaskan diri dan hidup kita dengan akhlak-akhlak mulia seperti tabah, berfikiran positiif dan sabar. Jangan mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu ujian. Memang, kadang-kala kita rasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung beban itu tapi kau kena ingat Anis, Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya yang sabar.” Zinnirah menambah lagi. “Jangan lagi kau ada fikiran negatif macam tadi. Berdosa sebab kau telah meragu-ragukan takdir Allah.”

“Ambil iktibar daripada kejadian daun. Macam-macam kita boleh pelajari dari setiap ciptaan Allah kalau kita memahami apa yang tersirat dari kejadiannya. Letakkan penggantungan yang tertinggi terhadap-Nya.”dia menambah lagi.

“Maafkan aku, Ira. Aku lalai. Aku lupa pada janji-janji Allah. Bisikan syaitan lebih menguasai jiwa aku berbanding dengan kata-kata Allah. Terima kasih, Ira kerana mengingati diri aku yang mula alpa. Kau sememangnya sahabat aku dunia dan akhirat.” kata Anis. Titik-titik mutiara mula terbentuk lagi di tubir matanya itu. Zinnirah meraih jari-jemari Anis dengan segera lalu digenggam erat.

“Sekalah air mata kau itu. Cukuplah kau sudah sedar akan khilaf kau itu. Aku sekadar menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat dan seorang Muslim. Kita ni hamba yang lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Jadikan apa yang kita lalui sebagai pedoman dalam hidup ya, Anis. Jangan bersedih lagi. Senyumlah sikit. Kau nampak comel bila tersenyum. Kalau masam, macam mak nenek tau.” ujar Zinnirah.

“Baiklah. Aku senyum sekarang. Apa lagi, ambillah gambar aku sekarang. Akukan comel. Allah mencipta aku comel tau.” seloroh Anis sambil mengesat air matanya.

“Eh, kau ni. Riak la pula. Pantang kena puji.” ketawa Zinnirah mendengar jawapan Anis. Terasa lucu dengan perangainya.

“Terima kasih sekali lagi. Bolehlah kau jadi ustazah lepas ni.” kata Anis.

“Hendak memberi nasihat tak semestinya mesti ada title ustazah. Sesiapa pun boleh bagi nasihat kerana kita mesti saling ingat-mengingati antara satu sama lain.” kata Zinnirah dengan penuh makna.

“Jomlah kita pulang. Hari semakin gelap. Tak elok anak dara keluar lama-lama.”

Dua teman baik itu tersenyum dan mereka mula membuka langkah untuk pulang. Masing-masing memanjat kesyukuran terhadap Ilahi.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Tahniah neddy di atas keberanian mencuba menulis cerpen! salut bagi mereka yang berusaha mencuba langkah pertama!
    (saya baca cerpen ini dulu, baru baca cerpen surat terakhir)

    Dari segi mesej, tidak dinafikan sangat padat dengan kata-kata dan pedoman berguna. Apa yang boleh ditingkatkan untuk tulisan akan datang adalah dengan menghebatkan lagi konflik Anis, agar pembaca dapat selam perasaannya sebelum diberikan penyelesaian.

    Tentang dialog .. hmm. agak mendatar. Tapi tak apalah, dengan latihan akan dapat dijadikan lebih berkesan.

  • (Penulis)
    2) terima kasih di atas komen saudara.percuban pertama.insha allah saya akan tingkatkan lagi gaya penulisan dan kembangkan lagi idea.

  • (Penulis)
    3) salam saudara cahatomic,saya dah tambah sedikit bahagain permasalahan Anis. Mungkin tidak berapa menarik.Maafkan saya ya. Masih baru belajar. Ada sedikit terpengaruh dengan ayat-ayat penulis kegemaran saya mungkin.

    Insha Allah saya belajar lagi untuk bermain-main dengan kata-kata

    terima kasih ya.
  • 4) hai neddy, saya setuju dgn caha. mungkin selepas ni boleh tingkatkan dramatik dlm cerpen2 seterusnya. teruskan menulis
  • 5) Sarat dengan nasihat membuatkan saya tercari-cari apa konflik utamanya.

    "Lamunan Anis terhenti dengan sapaan lembut dari Zinnirah, teman baiknya semasa di puncak menara gading. "

    semasa di puncak menara gading saja? selepas itu? bukan semenjak dari menara gading lagi?

  • (Penulis)
    6) kamalia:insha allah akan dipertingkatkan
    26life: sudah tukar semasa kepada semenjak..maaf di atas kelemahan penulisan saya.terima kasih kerana sudi membaca karya tidak seberapa ini
  • 7) permulaan yang bagus. teringin nak baca yang lain pula

  • (Penulis)
    8) terima kasih uculer
  • 9) Saya suka falsafah dalam tulisan ini. Saya percaya anda punya potensi dalam menulis. Teruskan berkarya!

Cerpen-cerpen lain nukilan neddy

Read all stories by neddy