Pra Ramadhan : Alam aku

 

Bila kita lihat sesuatu itu hanya dengan satu faktor; paparan.

Dengan setakat apa yang aku tulis, tak mungkin melangkaui imaginasi kamu.

 

Mudah kita mudahkan, yang jahat itu, kamu lihat sahaja.

 

Apatah lagi ianya hanyalah satu partikel kecil dalam ingatan ini-mudahan aku tak terlupa atau sampai satu masa kelak, aku boleh lupa jalan pulang, tersesat dalam transit.

 

Aku merasakan kadang-kala tak pernah cukup masa yang diberikan. Berkemungkinan tempoh masa yang hampir tamat, siapa tahu?

 

Maafkan jika ada yang terasa. Aku tak merasakan semua ini berkaitan dengan situasi semasa aku. Mungkin ada sedikit, mungkin ada banyak.

Kesannya aku terima, hadam atau sedikit sebanyak aku muntahkan kembali.

 

Disaat inilah aku menghabiskan banyak masa , menghisap rokok, melayan dan mengira setiap aksara memori indah/pahit.

Mungkin sudah sampai masa nya untuk aku tunduk sujud. Syukur atas nikmat yang diberikan.

 

Ini dunia aku, jalan aku, hentian transit aku.

 

Ramadhan pasti menjelma, aku masih dengan begini nakal. Tak pernah aku cukupkan sebulan. Atas sikap individu agaknya, bukan kerana kurang didikan agama. Arwah datuk selalu marah, aku tak endah.

Keluarga? Rakan atau masyarakat mahu ulang marah? Aku tunjuk jari tengah.

 

Tiap kali munculnya bulan ini, terjerit bait lagu "Pertama Ramadhan ini. Aku tidak berlapar lagi. Kerna mengingati Mu"

 

Mana pernah aku gagal mengingati Nya, walau dalam keadaan aku melakukan perbuatan jahat sekalipun. 


Mana satu yang harus aku ingati? baik atau buruk?


Saat aku kelaparan ditengah hari, masuk kedalam kedai makanan segera. Dua set ayam goreng?

Atau pada satu ketika menogok 100 plus tanpa segan silu di pekan yang sesak?

Atau dengan aktiviti yang melibatkan batin? hehe

(Jangan risau, tiada unsur sensual dalam cerita ini)


Aku teringat pada suatu hari, di bulan Ramadhan ketika duduk menghadap dermaga yang penuh sesak dengan himpunan kapal dagang. Sekumpulan pemuda dari Sarawak datang dan duduk bersama. Mereka adalah pekerja dermaga atau 'gang' untuk operasi kapal.


Aku hulurkan rokok pada mandur.

"Takpe bang, puasa hari ini."

"Bila kau convert?"

"Tahun lepas, bang..saya kan dah beritahu dulu?"

"Owh..tatto kau penuh satu badan, mana aku nak ingat."

"Tapi batang saya dah sunat bang.." 

"Sibuk dia canang , batang dia dah halal..hahaha" sampuk rakan disebelahnya.

Kami tergelak. Gurauan kami ganas, semua boleh terima. Keceluparan dan kelucahan yang membawa bahagia.

 

Saudara seislam akhirnya. Memang pernah dia khabarkan pada aku tentang hasratnya itu.

Tapi kalau bukan Muslim sekalipun, ada juga yang pernah mengaku aku saudara mereka.

 

Teringat aku pada Jeya yang menunjukkan penumbuknya pada seorang yang lorat ingin cari pasal dengan aku.

"Dey, itu kawan saya punya saudara..adik beradik..you usik, you siap!"

 

Simpulan yang mudah. Hidup mesti saling menghormati dan berbuat baik sesama manusia. Hati mesti mahu baik.


Aku sambung kembali,

"Habis, panas-panas nie, larat korang puasa eh?" tanya aku.
"Sudah biasalah, bang.." sambut yang seorang lagi.

"Kadang-kadang air suam pun jadi buat berbuka, bang..Tapi kompeni bagus, derang bagi rehat dengan makanan untuk berbuka juga" Tambah lagi seorang.


Aku tak sambung perbualan. Hanya nyalakan rokok yang melekat dibibir aku untuk sekian lamanya. Hembus pada persekitaran.


Antara sebab-sebab mereka tak dapat berbuka dengan sempurna adalah kerana dari aku juga.

Aku, yang memberi arahan, 'work through meal'.

Aku, yang menurut arahan yang semuanya mahu cepat.

Berapa kali agaknya dalam sebulan, mereka mungkin terpaksa mencaci aku dan kompeni.


Menyesal atau sedih? Tidaklah. Ini kerja aku, tugasan aku.

 

Aku sendiri pernah kata,

"Ya, aku ini beyond segala definisi untuk diperbaiki.
Hence,  Pergi mampus sama kau."


Apa apa pun,

Terima Kasih Tuhan..dan dunia..


 

xoxo

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) puasa. tapi bila berbuka makan macam tak makan 3 hari. perut yang berehat dan bermeditasi jadi terencat!

    itu lagi parah.

    ah, semoga tahun ini penuh lagi. aku selalu dihinggap demam sehari dua bila puasa akhir-akhir ini.
  • 2) boleh hidu ego dalam tulisan ni tapi diselamatkan dgn ucapan terima kasih di akhirnya. masih tak terlambat, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut raya yang bakal tiba
  • 3) hanya doa yang boleh dikirim..
  • 4) Ya, setuju dengan Kama. Monolognya berkesan.

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life