Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Damba
Bilik itu kurang pencahayaannya. Hanya punya satu meja, dua kerusi, aku yang kedua-dua belah tangan masih bergari dan seorang Inspektor yang berpakaian awam. " Segala bukti mengaitkan kau, Adam. Jadi, aku nak kau ceritakan apa yang berlaku. ", katanya memecah kesunyian. Mata hanya dipejam, lama. Dang!. Meja dihentak. " Kau dengar tak ni, kau kawan aku, kau orang bawahan aku. Aku nak tolong kau ni. Tolong aku untuk tolong kau." Air liur ditelan, dalam. Mulut mengukirkan senyuman. " Baik, Tuan. "
***
Glock 17 berpeluru disisipkan ke dalam sarung pistol. Helmet hitam disarungkan melengkapi pakaiannya yang serba hitam. TZM Yamaha dipacu menuju ke rumah banglo Doktor Tan. Usai, motosikal itu dimatikan enjin di kawasan semak yang tersorok dari pandangan. Malam itu sunyi. Bunyi cengkerik bersahut-sahutan. Seperti yang dijangka, pintu pagar dibuka. Sebuah kereta berjenama Brabus keluar dari kediaman tersebut menuju ke destinasinya. Enjin dihidupkan. Kereta tersebut diekori berhati-hati.
Sebaik sahaja kereta tersebut berhenti di lampu isyarat yang merah, motosikal diberhentikan di sebelahnya. Piu! Piu!. Peluru menembusi kepala pemandu. Sedas lagi dituju pada pintu kereta. Pemandu yang sudah hilang nyawa dikeluarkan daripada kereta. Penumpang yang cuma seorang itu digarikan. Mukanya pucat. Terketar-ketar ketika ditutup mulutnya dengan pita putih. Kereta dipandu ke sebuah bangsal tinggal.
Penumpang itu diheret keluar dari kereta ke dalam bangsal. Usai, lampu suluh dinyalakan dan digantung di tepi dinding menerangi ruang. Rokok dinyalakan dan dihembus ke muka penumpang yang tengah meronta-ronta itu. Pang! Sedas tamparan hinggap dipipi penumpang itu. " Selamat petang, Doktor. Kenal aku tak? " Dia mengangguk laju. Penutup mulut dibuka. " Kau. Kau cucu aku. Kenapa kau buat aku macam ni? " Jawapannya hanya disambut dengan dekahan ketawa. " Kau ni lawak lah, aku bukan cucu kau. Hahahaha. "
Badan doktor tersebut diterajang berkali-kali sehingga longlai. Raungannya tidak dilayan. Mukanya didekati. " Serius kau tak kenal aku? " Dia hanya mengangguk lemah. " Ingat pun, aku ingat kau dah lupa. Jadi, cerita balik kat aku, bagaimana aku boleh wujud kat dunia ini. " Mata doktor itu terkebil-kebil sambil memulakan ceritanya. " Kau wujud tika nenek kau meninggal dunia, Adam. " Aku terdiam.
" Carol sangat menyerupai emaknya. Ayu. Lemah lembut. "
" Lagi? "
" Dia tengah tidur ketika mula-mula aku menjamahnya. Awalnya dia melawan, kemudiannya dia menyukai hubungan kami. " Sepakan padu menerjah perut si doktor itu. Dia muntah darah.
" Ergh... Kau lahir semasa dia sepatutnya menduduki SPM. " Sunyi mulai mengisi ruang yang samar cahaya itu.
" Kemudian, kau panggil aku, anak haram. anak gampang. anak tepi jalan, anak pungut kan, doktor? " Dia mengangguk lemah.
" Aku tak pandai. Aku setakat jadi konstabel. Adik-adik lain dapat apa yang dia nak. Aku? Aku anak haram kau! " Glock 17 dikeluarkan dan larasnya diacukan ke dahi doktor itu. Wajah doktor yang ketakutan semakin terserlah.
" Aku sangat mendambakan seorang ayah untuk bela nasib aku, sayang aku. Tak sangka, ayah sebenar aku tu, kau rupanya. "
" Aku cuma nak kau tunaikan satu permintaan aku. Kau panggil aku anak, aku panggil kau ayah, boleh? " Dia mengangguk lagi, lemah. " Anak.. anakku. " Hati terasa syahdu. Ayat yang didambakan selama ini akhirnya muncul. " Ayah. Sayang aku tak? " Dia mengangguk. Aku tersenyum. Picu ditekan. Belakang kepala doktor itu berderai seiring bunyi tembakan yang memecah kesunyian malam.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) sgt gelap. sgt bergaya. sangat suka.
- uculer
- 13 years ago
-
2) Kelajuan yang satu macam.
Bayangkan kalau buat transformasi ke novel, mantap!
/lima- 26life
- 13 years ago
-
3) peh!
stail cerita begini umpama tomkiddo di seksyen inggeris. tapi lebih kuat justifikasi plot.- cahatomic
- 13 years ago
-
4) zupzupzup! we want more!
- mas_joko
- 13 years ago
-
5) kalau buat novel sila beritahu. nak baca lagi. tak puas. thrill habes
- sayapatah
- 13 years ago
-
6) terbaik!
- Johari Rahmad
- 13 years ago
-
7) Wow! Pace penceritaan yang laju. Sesuai dengan temanya. Nice!
- ridhrohzai
- 13 years ago