Khayalan bernombor

 

Petang ini, aku rasa beban terlepas. Sempat untuk membayar Zakat Fitrah berhampiran dengan Bazaar Ramadhan. Benda wajib walau kau punk macamana sekalipun.

Sampai sahaja dirumah, aku letak juadah yang dibeli atas meja makan. Buka baju, dan terlentang diruang tamu.

Emak Si Paris membebel entah apa di dapur, manakala bapanya diluar rumah sedang sibuk membasuh motor.
Si Paris ternganga kepenatan, duduk disebelah aku yang melingkar kepanasan. Sibuk lah kau!

Selang lima minit, aku jadi khayal. Terbang dalam illusi, kejar mengejar bersama bidadari, tapi tak terlalu rapat. Bulan puasa mesti elak benda-benda ghairah. Asalkan tangan bukan dalam seluar.

"Dua tiga kosong lima"

"Tiga lapan lapan enam"

Aku diam dalam khayal. Mata lelap melayan enaknya pusingan kipas siling.

Tangan atas dahi, menantikan waktu untuk berbuka. Baring dan rehat-rehat dilantai ruang tamu, enak dan romantis. Tolak Si Paris yang menyibuk disebelah aku. Entah apa yang dia kira.

Lantak kau lah.

"Lapan enam tiga enam..."
"RM 10..err b.i.g ..apa ni? ahah, small.."

Lain macam bunyinya.Susunan nombor yang bacakan oleh Si Paris. Tak begitu asing bagi aku. Perlahan aku seluk kocek seluar yang dipakai.
"Eh Mana pula kertas ni??" hati aku mula risau.

Aku buka mata, perlahan dapat tengok emak Si Paris berdiri cekak pinggang, pegang sudip.

"Engkau ni tak memang senonoh! bulan puasa pun buat kerja macam ini!!"

Aku jeling sebelah, ke arah Si Paris yang buat muka tak bersalah.
Ada beberapa helaian kertas kecil ditangannya. 
Dia tengah belek beberapa helaian slip nombor ekor.

Cilakak!

 


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kecik-kecik lagi paris dah didedah kertas-kertas begitu. mau tak bising maknya. ahhaha!

    dua slip dalam 1 hari. nais.
  • 2) unsur 'dark' humor? gambar selingan yg mnarik!
  • 3) harga nombor ekor lagi mahal dari harga zakat ke? patut ramai yg beli nombor ekor drp bayar zakat
  • 4) Terurai rindu pada Si Paris. Hahaha...
  • 5) Zakat dan 4D. Hebat!

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life