Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ELF'S STORIES #1: Salam perkenalan.

 

Elf. Apa yang akan kamu fikirkan? Si pembantu kecil Santa? Oh bukan. Mereka berada di sebelah kutub di hujung dunia kami. Mereka cuma berkerja pada Hari Natal. Senang bukan? Cuma berkerja setahun sekali. 

Oh. Hai, nama aku Vira. Elf Vira. Ini mengenai kisah hidup aku. Klise bukan? Oh. Mungkin. Bergantung pada cara pemikiran kamu. Jam tepat menunjukkan pukul 3:80 titk malam. Ya. Begitulah masa di dunia kami. Persamaan (waktu Malaysia) 4.25am. 
 
Di negara kami ini, kami hidup secara berkumpulan, ya. Hidup bermasyarakat seperti di Negara Malaysia. Cuma apa yang aku tahu, mereka berbilang kaum. Tapi tetap 1 Malaysia. Kami pula, cuma ada 1 kaum, kaum bunian. Dalam kata lain, Elf. Aku si kerdil elf. Aku baru berusia 600 tahun. Aku tak punya kemahiran seperti elf yang lain, mereka menyanyi, bertukang, dan banyak lagi. Tapi aku, satu pun aku tak tahu, tak punya bakat. Selalu dikeji dan dihina. Cuma yang aku tahu, aku cuma suka menulis di daun kering ini.

Sebenarnya, kaum kami amat bencikan sesuatu yang bertulis, sebab itulah kami tak punya kertas, pen dan alat alat seperti yang berada di Malaysia. Aku akan menulis, bila keluargaku tidak berada di rumah. Di dalam bilik gelap dan hanya berlampukan dari debu cahaya biru inilah aku boleh menulis. Hanya mencoret di daun kering, tak sehebat karya kau yang tertulis di komputer riba.

Oh, pasti kalian aneh kerana aku banyak mengetahui mengenai dunia kamu, bukan? Sebab aku selalu ke sana. Di Malaysia, dan dari situlah aku mula belajar mencoret aksara. Indah sungguh.

Tapi, bisakah aku jadi penulis sehebat A. Samad Said, jika negaraku bencikan aksara?? 

Bantu aku! 

Si kerdil loser,
ELF VIRA.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hai elf! karakter anda sangat kool. selamat berkarya di Kapasitor!
  • 2) selamat datang elf... suka akak tengok tulisan elf ni. teruskan ye..
  • 3) Konsep menarik, harap ada plot.
  • 4) Elf tulis pada daun kering guna kalam apa? debunga orkid?
  • 5) hai elf vira!

Cerpen-cerpen lain nukilan Elf_vira

Read all stories by Elf_vira