Serang

 

“OK. Kita akan berpecah kepada dua kumpulan. Aku, Rita dengan Sam. Anum, Johan dengan Kairul. Aku bagi korang dua puluh minit untuk bersiap,” aku bercakap dengan semangat. Senapang patah di atas meja, aku ambil dan periksa peluru. Cukup.

                Kami bergerak keluar dari rumah usang tinggalan orang. Di hadapan, terbentang luas padang kosong. Aku pasti, dahulu pasti ramai kanak-kanak bermain di sini. Namun, sejak kedatangan ‘mereka’, tempat ini tidak ubah seperti padang pasir.

                Aku dongak ke atas. Kelihatan banyak kapal angkasa terapung, menutupi langit yang aku pasti biru. Di hadapan kami, sebaris makhluk asing beratur, bersiaga untuk menyerang kami.

                Muka mereka kelihatan bengis. Mereka langsung tidak sama dengan gambaran manusia terhadap makhluk asing dahulu- berkepala besar, berwarna hijau dan mempunyai sepasang mata hitam, pekat yang besar. Muka mereka lebih menyerupai seekor singa dengan badan lelaki sasa. Cuma dua kali lebih besar. Cecair jernih yang berlendir menggantikan bulu di muka. Sesekali mereka tersengih, menampakkan barisan gigi taring yang tajam.

                “Aku bangga ada kawan macam korang,” Rita menarik picu pistol.

                “Kita hidup sama-sama. Kita mati sama-sama,” Sam menggengam erat cangkul di tangan.

                “Selama ni, koranglah keluarga aku,” Kairul membidik dengan senapang.

                “Memandangkan ni ucapan terakhir kita,” Anum mula bercakap. “Aku nak bagi tahu sesuatu. Aku suka kau, Johan,” pipi Anum merah.

                “Tapi aku gay,” suasana sunyi melingkari persekitaran. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

                “Ehem,” aku cuba memecah sunyi.

                “Walaupun kita mati hari ni, kita akan mati dengan perasaan bangga. Kita akan mati dengan cara terhormat,” kawan-kawanku terangguk-angguk.

                “Kita, mewakili semua rakyat Malaysia akan memberhentikan invasi ini dari terus berlaku!” seraya dengan itu, aku meniup kuat wisel di tangan.

                “SERAAAANGG!!!” dan kami berlari, mara dengan penuh semangat menuju ke arah mereka. Walaupun kami tahu, kami takkan menang.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) idea yang menarik. kalau jalan cerita digarap lebih panjang mesti best!

  • (Penulis)
    2) haha terima kasih!
  • 3) Banyak sgt yang ingin disebutkan waktu hampir hujung nyawa.

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul