Filem

 

Penghawa dingin menghembus angin dingin, menyejukkan ruang pejabat Dato’ Nirman. Beliau merupakan salah seorang pengarah filem yang berjaya di Malaysia. Oh ya. Beliau mendapat gelaran dato’ kerana telah berjaya mengarah filem yang kebanyakannya mendapat sambutan hangat rakyat. Beliau melihat jam di tangan. Beliau bingkas bangun menuju ke lif untuk ke tingkat empat. Beliau perlu menghadirkan diri ke sidang media bersama wartawan.

                “Dato’. Sebelum tu saya mengucapkan tahniah kepada dato’ kerana filem terbaru dato’ mengutip kutipan sebanyak 4.8 juta ringgit,” wartawan dari Silau Semalam mengutarakan soalan.

                “Terima kasih. Terima kasih,” Dato’ Nirman membetulkan cermin matanya.

                “Ada filem baru tak dato’?”

                “Ada. Kubur Terbakar Hangus. Saya nak cuba arah filem yang genrenya seram. Lagipun, masih belum ramai pengarah buat filem seram dalam Malaysia kan? Jadi, saya cuba ambil kesempatan ni untuk memikat hati penonton dengan genre seram,” para wartawan mengangguk-angguk.

                “Well, biar saya ceritakan serba sedikit tentang filem ini. Cerita ni mengenai sepasang suami isteri yang berkahwin tanpa restu ibu bapa. Ibu mentua kepada si isteri sangat jahat, kejam lagi tidak berperasaan. Ibu mentuanya sering berjumpa bomoh agar membuatkan suami isteri bahagia tersebut bercerai kerana dia ingin memasangkan anak lelakinya dengan perempuan lain yang lebih kaya dan lawa. Disebabkan perbuatan ibu mentuanya, mereka sering berbalah dan bergaduh. Namun, di akhir cerita mereka akan kembali bersama selamanya. Sangat tak klise bukan cerita saya?”

                “Di mana part seramnya? Nantikanlah filem ini di pawagam,” sekali lagi beliau membetulkan letak cermin matanya di hidung.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe, ada unsur satira dan humor. menarik. boleh disengatkan lagi.

  • (Penulis)
    2) akan cuba lagi!
  • 3) sindiran ada.. n bnyk...
    tapi kurang umph..
    apapun tulisan yg bgs..

  • (Penulis)
    4) terima kasih. akan dipertingkatkan lagi
  • 5) Oke sgt sinis. Heh.

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul