Hantu yang Menyelinap Di Tengah Orang Banyak

  • 4
  • aleph
  • 7 years ago
  • 8,959
  • FREE

 

Saya mengelilingi dunia sebesar bola sepak. Bila saya berjalan, yang bergerak adalah dunia yang saya pijak. Dunia itu terapung di udara dan hanya hidup mengikut pergerakan langkah saya. Saya seperti gergasi yang terlalu besar. Saya hanya maju dari barat ke timur atau selatan ke utara dengan satu langkah. Di bawah tapak kaki saya. Dunia saya sangat kecil. Saya tidak mempunyai masalah imbangan badan. Tetapi selalu bimbang kalau tersilap perbuatan. Jika saya bukan ahli akrobatik sarkas atau ahli silap mata. Siapakah saya?

Saya seperti hantu yang menyelinap di tengah orang banyak. Saya percaya cinta adalah misteri selama-lamanya dengan ketegangannya yang lebih tidak rasional daripada perang dunia. Demikian saya mahu terus menonjol walau sering dibimbangi. Saya keliru dengan fungsi saya sendiri. Saya mempunyai keistimewaan seperti rama-rama. Sayap saya cantik dan saya terbang bebas. Saya cerdik bagai lebah dan tangkas semacam helang di awan. Namun, saya menjadi keliru tentang haluan dan apa yang patut saya lakukan. Apakah peranan saya?

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kamu perlu vara terlebih dahulu. jika badan besar sekali, tak mengapalah. Jangan berguling sambil minum air laici. Penulisan yang mengerakkan akal.
  • 2) mungkin ahli gimnas. mungkin.
  • 3) Layang layang. Macam teka teki.
  • 4)

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph