Syi

 


“Syi, kita belikan benda tu nak untuk birthday Athirah?” Reza mengunjuk pada belon berisi helium yang terapung di luar kedai. Syifa yang sedang asyik menaip SMS ditariknya.

“Oh, my god! Belon terbang. Bestnya!” Syifa melopong teruja.

“Tuhan ada 99 nama. But the last time I checked, takde satu pun yang nama God.” Reza buat-buat mengira.

Very funny.” Laju Syifa menyinggul lengan Reza. Geram.

“Alah, bestnya benda ni! Tak aci la.” Syifa jakun membelek. “Kalau birthday I you tak pernah pun nak belikan.” Dia hayunkan tali yang memancang belon ke kiri ke kanan.

“Masalahnya, I pun baru kali pertama jumpa benda ni.”
“Okey, kalau macam tu birthday I tahun ni you kena belikan! Tak kira.” Syifa pejamkan mata. Buat muka merajuk.

“Heii!” Jeritnya geram. Rupanya Reza terus berlalu ke dalam meninggalkannya keseorangan.

Hari Khamis di The Curve tak ramai manusia yang berpeleseran. Akhir bulan, tambahan pula waktu pejabat, sausana sebegini memang satu kelaziman di mana-mana pusat membeli-belah. Begitu juga dalam kedai Party@World yang mereka masuki.

“Okey, ni yang I tak gemar. Pantang pelanggan tak ada dia pun gayut entah dengan sesiapa. Kesian tauke kedai ni.” Reza menggertu di depan kaunter. Petugas kedai sedang sibuk di talian bercakap membelakanginya.

“Lepak la. Kan dia tengah cakap dengan pembekal tu. You ni kan suka melulu.” Syifa geleng kepala. Tudung yang senget disemat semula elok-elok. Paling penting menutupi bahagian dada.

Customer is always right. Lagipun I nak cepat ni. Kejap lagi kan I ada futsal.” Reza tak mahu mengalah. “Hello!” Dia memetik-metik jari. “Nak berniaga ke tak ni!”

“Er.. eh! Maaf!” Gadis penjual itu segera mengakhiri talian bila sedar ada pelanggan menunggu. Cepat-cepat dia bergegas mendapatkan Reza dan Syifa di kaunter.

“Ya bang, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Si gadis muncul sambil menguntum senyuman.

Reza terpana. Itulah senyuman paling menawan pernah Reza saksikan!

---

“Ini katalog untuk design belon yang ada. Ini pula katalog untuk font kalau abang nak letak teks atas belon tu.” Gadis itu menghulur dua folder tebal.

Reza menjeling pada Syifa sambil mengangkat-angkat kening. Dia panggil I abang! Mulutnya bercakap tanpa suara. Syifa mencemek muka meluat.

“Abang boleh order dulu. Nanti lagi setengah jam abang datang balik, okay?” Si gadis senyum lagi. “Abang? Abang dengar tak ni?” Kelam-kabut Reza mencapai folder tersebut.

“Er.. eh, ya ya! Saya pilih.” Pipinya merona.

“Baik, silakan. Saya nak pergi ke dalam ambil buku resit.” Si gadis sempat melirik senyum pada Syifa yang sedang tersengih. Gelihati dengan perangai Reza.

“Jangan ketara sangat boleh tak?” Disinggulnya lengan Reza bila si gadis sudah menghilang.
“Ketara apa?” Reza buat tak faham. Pura-pura sibuk memilih corak belon yang ingin ditempah.
“Eleh!” Syifa buat muka.

Sambil memadankan teks di atas belon, mata Reza tak lepas dari mengekori gerak geri gadis tadi. Kelibat sunti akhir belasan itu buat hati lelakinya berdetak keras. Tema merah jambu yang menyarung kulit seperti bayi itu buatkan nafasnya lemas. Dia tahu, panahan cupid sudah menembus jantung hatinya.

Aku mesti cuba kenali dia! Dialah gadis impian aku! Reza kejapkan bibir.

---

“Legally Athirah: Happy 21! Cantik! Kemas kerja tangan you.” Mata Reza bersinar membelek hasil akhir belon yang ditempah. Teruja membaca tulisan yang terapung bergemerlapan di depannya.

Gadis itu menghela nafas lega. Piagam pelanggan berjaya dilaksana dengan baik. Syifa pula geleng kepala. Gediknya kawan aku seorang ni!

“Hah, apa lagi. Bayarlah. Tadi kata nak cepat. Nak pergi futsal.” Saja dia menyakat.

Wajah Reza seraya berubah. Baru dia bercadang nak meluang masa lebih lama. Hasrat di hati mahu berkenalan dengan si gadis penjual.

“Err..”

Dalam terpaksa dia keluarkan dompet lalu membayar. Baru saja mereka berdua mahu melangkah keluar, Reza tiba-tiba berpusing balik.

“Err, cik!” Dia memanggil. Si gadis yang baru mahu menyimpan folder menoleh.
"Ya?"
“Boleh saya dapatkan nombor telefon?”

Kapasiti soalan yang dipaculkan membuatkan Syifa dan gadis itu sama-sama ternganga!

“Untuk apa?” Si gadis penjual kelihatan kaget. Syifa di sebelah turut kerutkan kening.

“Ss.. saja! Mungkin lepas ni kalau saya nak tanya apa-apa pasal produk, boleh saya telefon je tanya.” Nada suara Reza jelas bergetar. Kredibiliti jawapannya membuatkan dia sendiri tidak yakin untuk melafaz.

“Tanyakan produk?” Riak yang dipamer tidak meyakinkan. Gadis itu merenung Syifa yang sudah senyum-senyum menahan lucu.

Lama dia berfikir. Berkira-kira sama ada mahu dipenuhi atau tidak permintaan tersebut. Akhirnya dia pun mencapai satu pen dan kertas kecil.

“Nah!” Nota yang dilipat dua itu bertukar tangan. Reza mencapai tenang. Di dalam hati, tuhan saja yang tahu dia sudah melompat hingga ke siling.

---

Sepanjang malam Reza tak henti-henti memerhati telefon. Hati berdilemma mahu menghubungi nombor yang tertera pada nota. Namun jemarinya masih belum tegar untuk mendail.

Kertas kecil di hujung jari ditenung. Tertera nama Puteri Irena bersama jujukan 10 digit nombor.

Reza ketap bibir. Apa yang aku buat ni? Tidak pernah dalam sejarah 21 tahun kehidupannya dia lakukan perkara sebegini. Jumpa orang tak dikenali, jatuh hati, minta nombor dan kini mahu menghubungi!

Dulu dia sendiri yang pantang. Mulut ni lancang saja mencemuh orang yang berbuat sedemikian. Perangai rempit katanya! Tak cultured! Tapi kini bila dah kena batang hidung sendiri. Dia sendiri serba salah. Dia sendiri terkeluh kesah!

Sudahlah! Ini semua karut. Ada ke berkenalan cara camni! This is not right! Reza geleng kepala. Aku bukan rempit! Dikeronyok nota kecil yang berada dalam genggaman.

Saat itu wajah Irena tiba-tiba datang membuai. She’s a sweet girl for real! Komen Syifa sewaktu mereka baru meninggalkan kedai siang tadi terngiang. Reza gigit bibir. Perasaannya tak terbendung lagi. Telefon dicapai. Jemari mula mendail!

---

“Hello?” Duk dak duk dak!
“Yes?”
“Irena ke?”
“Bercakap. Siapa tu?”
“Err..” Kenapa gemuruh sangat ni! Reza tarik nafas dalam-dalam. “Reza sini.”
“Ooh Reza! Hai!” Wow, dia kenal!

“Eh, tapi Reza mana ye? I takde kawan nama Reza.”
“Err..ah?” Lelaki itu tergamam. Budak ni main-main apa!? “Ini .. Reza .. yang..”
“Hei, rileks la. I gurau jela. Ni Reza yang beli belon tukan?” Terdengar kekekan kecil di hujung sana.

“Ah aha.. ye! Saya la tu!” Reza menghela lega. “Awak tengah buat apa tu? Saya mengganggu?”
“Nah, takdelah. Just got back.”
“Oh, balik dari mana?”
“Eh, dari kedai la.” Irena gelak. “Takkan dari sekolah pulak. Kita dah habis sekolah okey!” Katanya bangga.

Reza gelak. Terbayang wajah comel gadis di seberang corong sana!

“So, tell me, you memang selalu ke buat macam ni?” Irena pantas mengaju soalan.
“Buat macam mana tu?”
“Berkenalan dengan orang yang you jumpa kat mall.” Selamba dia menyambung.
Reza terbatuk. “No lah!” Mak oi, daringnya soalan! “Ni la first time I buat kerja gila ni!"
“Oh, reallyyy?” Lagi kekekan manja kedengaran.

Mahu saja Reza cium telefonnya. Jangan buat suara camtu boleh?

“Betul! I pun tak tahu apa kena dengan I siang tadi!” Kali ni nada Reza berubah serius. Irena berhenti mengusik. “Mesti you tak percaya kan?” Dihampakan nada suaranya.

“Come on, kalau tak kenapa you rasa I berani kasi number I kat you?” Nada Irena bertukar memujuk.

“Err.. sebab you memang selalu buat camtu? Giving your number to people you meet kat kedai?” Reza laju membalas. Ambik!

“Noo! You ni kan!” Irena geram. “I kasi sebab I rasa you ni ok. I dah perhati semuanya. I saw you mingle pun dengan orang baik-baik. Tu yang I tak kisah. Lagipun you cuma nak kawan dengan I je kan? Why not!”

“Er.. Syifa tu ke you maksudkan baik?” Kening reza terangkat sebelah.
“Uhuh, she’s very lovely. Sweet sangat.” Nada Irena ikhlas.
“Oh my, jangan cakap depan dia please! Dia tu sangat kuat perasan!”

Mereka sama-sama gelak. Reza dapat rasakan keserasian!

“Anyway, is she your girlfriend? You guys nampak secocok.”
“Syifa and me? No lah!” Laju Reza memotong. “We are just friend. I never heard dia pernah suka sesiapa selama ni. Ever! I rasa dia songsang la.” Ampun Syifa!
“Serius??” Irena terkejut.
Reza gelak. “Hey! Memain jela. Entahlah Syifa tu. But you jangan fikir bukan-bukan okey? Kita orang cuma kawan. Tak lebih dari tu.”

“Okay mister, if you say so.” Irena senyum lebar. Di dalam hatinya mula berbunga.

---

“I called her!” Reza senyum bila Syifa bertandang ke rumah keesokannya.
“Serious?! How was it?”
“Angau! Now asyik tergema suara dia je dalam kepala.”
“That’s typical you! Fall in love already?” Syifa buat muka.
“Tak salahkan? I pun tengah single.” Reza jelir lidah.
“Whateverlah romeo!” Syifa malas nak layan.

“Anyway semalam masa borak, kitorang ada mention nama you.”
“What’s up? Mengumpat la tu, kata I ni lawa and lemah lembut.”
“Oh, please! Dia cuma tanya, kita ni couple ke? I tak pernah suka kat you ke?”
“So, what did you answer?” Syifa menelan liur.

“I told her the truth jelah. Yang you actually suka kat I, tapi unfortunately I tak boleh terima. Sebab I suka kat dia.”
“You pernah tengok buku lali patah lapan tak?” Syifa sudah angkat kakinya tinggi-tinggi.
“Hey hey! Watch it! Karang I takleh jalan macam mana I nak pergi dating!”

“You asked her out already?” Syifa melopong.
“Uhuh!” Reza angkat-angkat kening, bangga. “Kenapa? Cemburu?”

“Ooh, please!” Dalam hatinya tuhan saja yang tahu.

---

“Kita berdua aje ya? Mana Syifa?” Irena tatang dulang berisi Fillet-O-Fishnya ke meja.
“Ala, nak ajak buat apa. Tak menarik la dia ada sekali!” Reza sengih.

"I thought you kata semalam dia nak ikut?” Wajah Irena berubah.
“I did? Oh! Dia kata dia kena teman mak dia pergi Ikea tadi. Tiba-tiba je.” Reza doa lidahnya tidak dikerat tuhan.

“Hmm, bahaya la keluar berdua camni. Tak manis!” Irena bersuara kecewa. Reza kerut dahi. Alah! Timur sangat ke dia ni?

“Okey, I akan SMS dia suruh dtg ASAP. Meanwhile, makanlah dulu.” Katanya sambil membuka kotak hidangan Big Mac.

Irena paksakan senyuman. Balutan fillet dilerai.

“Sebenarnya..” Mereka bersuara serentak ketika sedang makan. Masing-masing terbantut meneruskan kata-kata.

“It’s okay, you go first.” Reza mempersila.
“No, no. You first.”
“Ain’t a lady should always be the first?”
“First to decide. And I have decided. You first.” Irena senyum.Reza turut tersengih.

“Nah, nothing pun. Sebenarnya.. I cuma nak bagitau yang you nampak menarik hari ni.” Sebiji-biji butir katanya diatur keluar dari mulut.

Reza memandang Irena di depan. Menunggu reaksi. Tapi yang dilihat, dahi Irena berkerut, matanya memaku ke arah lain!

“Err.. I know, you mungkin fikir I cuma nak cakap manis je, tapi..”

Kali ini mata Irena bertukar buntang!

“Irena?”

“Hei, brother!” Bahu Reza tiba-tiba direntap dari belakang oleh tangan kasar seorang lelaki. Reza tersandar keras.
“Hoi! apa tarik-tar—” Tak sempat Reza habiskan kata.

Buk!

Tubuhnya jatuh terdorong beberapa meter dari kerusi. Seraya itu rahang dan bibir terasa perit bagai dibakar. Penumbuk yang mencium sungguh padu.

“Ap- apa ni! Gila ke?” Tangannya meraba bibir.

Seorang lelaki lingkungan usia 30an berdiri gagah di hadapan. “Kau tu yang gila! Keluar dengan bini orang! Nak cari mati ke?” Kali ini sepakan kilas pula datang. Tepat mengenai perut.

“Ooff!”

Tuhan saja tahu bagaimana senaknya. Bini orang!? Reza tak faham apa yang didengar. Dia memandang Irena yang ketakutan. Apa semua ni??

“Abang! Sudah la tu! Hentikan! Jangan la buat kat sini!” Irena bingkas menghalang. Terjurai air mata di pipinya. Abang? Bini? Reza cuba menafsir. Takkanlah..

“Kau jangan banyak cakap. Pergi masuk kereta! Tahu la nasib kau di rumah nanti!” Lelaki itu menjerit. Dipandangnya Reza yang terlantar dengan wajah menyinga. Baru sahaja Reza mahu bingkas kaki lelaki itu menghayun lagi.

Kali ini pandangan Reza gelap.

---

Reza terbaring di atas katil memandang ke luar tingkap. Kelu. Tiada apa yang terkeluar di mulut, tetapi dalam fikiran, seribu satu persoalan sedang beraja.

Katakan ini semua mimpi! Reza meraba tengkuknya yang berbengkung. Mujur tak patah! Mujur aku masih hidup! Reza telan liur. Terasa perit. Terasa berpasir.

Wajah ibu yang menangis pagi tadi kembali muncul. Beriya ibunya mahu buat laporan polis, tapi dihalang. Dia tak mahu dibesarkan hal ini. Haru jadinya nanti.

Apa yang penting dia selamat. Masih waras. Tidak pula cacat atau lumpuh akibat serangan petang semalam. Saat ini dia berasa sungguh bersyukur pada tuhan!

“Hei, fikir apa tu.” Dia kenal suara itu. Reza berpaling.
“Hei Syi, masuklah!” Gadis itu menatang bubur di atas dulang.
“I heard you taknak makan dari pagi.”

Reza senyum. Pasti ibu yang beritahu!
“I just belum lapar.”
“You tak lapar? That’s new!” Gurauan Syifa membuatkan Reza tergelak.
“Dah kenyang makan hati!”
“Hei, dah dah la tu. Dah sakit macam ni. Tak usah cakap pasal benda-benda yang akan sakitkan lagi okey?” Mata Syifa redup memandang. “Nak I suapkan?”
“Its ok!”

Mangkuk dihulur ke riba.

“Thanks ye.” Reza bersuara ketika menyuap bubur. “Kerana jadi penyelamat I.” Ada getaran dalam suara Reza. Hatinya terasa sayu ketika itu. Terharu mengenangkan semua yang terjadi.

“Reza, tu kan tugas kawan. Mujur I pun tengah on the way ke sana.” Syifa ambil napkin di meja dan mengelap sisa bubur yang terleleh.

“Masa I sampai tu you tengah pengsan. So I rushed you pergi klinik!” Syifa menerang. Mata Reza berkaca.
“Tak sangka betul semua ni akan jadi. Kalau you ada sama semalam, sure you pun akan terkejut!”

“I dah tau semuanya Reza.” Balasan Syifa buatkan Reza hairan.
“How did..”
“Pagi tadi Irena call. Ajak I datang ke rumah.” Syifa menjelas tenang.

“She told me everything. I was shocked to hear all that. And dia nak I cerita something kat you. Supaya you faham hujung pangkal kepada semua ini.”

Reza terdiam. Tak pasti sama ada mampu untuk mendengarnya.

---

“Selama ini saya cuba setia pada abang. Tapi abang yang siakan! Abang tak anggap saya sebagai isteri! Abang seksa saya! Batin saya!” Irena tak henti menangis.

“Kau diam! Kalaupun aku buat macam tu. Kau takde hak nak keluar dengan lelaki lain! Kau tu isteri orang! Faham! Apa orang akan kata!” Afiq membentak keras.

“Tak usah la abang nak marah saya pasal tu. Abang ingat saya tak tahu hubungan abang dengan perempuan lain?”

Buk! Sedas penumbuk hinggap di pipi Irena.

“Diam!”
“Saya tahu pasal ayah saya hutang dengan abang! Saya tahu abang yang paksa dia untuk kahwinkan kita!”

Buk! Sedas lagi mendarat pada pipi yang lagi satu.

“Aku kata diam! Kau takde hak nak soal semua ni! Kau tu patut sedar siapa diri kau dulu! Aku je yang sanggup bela kau sampai sekarang! Kau patut bersyukur!”

“Ya! Memang saya sedar! Tapi saya tak pernah minta abang kahwini saya! Saya tak pernah mahu abang bela saya!”

Irena berlari masuk ke bilik. Pintu dikunci dan dia menangis semahu-mahunya!

“Aku dah tak sanggup lagi nak lalui semua ini.” Katanya berputus asa.

Diambilnya kertas nota dan pen lalu menuliskan sesuatu. Air matanya tak henti-henti mengalir. Selesai menulis, Irena menarik keluar bekas berisi pil dari laci meja.

“Tak lama lagi, segalanya akan berakhir!” Dia ketap bibir.

---

“Dia tahu you akan marah sebab dia tak terang semua ni. Sebenarnya dari awal dia cuba nak terangkan kat you, tapi dia tak tau macam mana nak mula.” Syifa habiskan ceritanya.

“Dia ingat ni drama Melayu? Benda macam tu bukan boleh buat main.” Reza mendengus. “Tengoklah apa dah jadi sekarang!” Jarinya menunjuk pada bibir dan tengkuk.

Syifa cuma geleng kepala. “Sabarlah, semoga masa akan pulihkan semuanya.” Dia bingkas dari katil.

“I nak minta diri dulu ni. I’m going back to college today. My clinical year will start tomorrow.”

“Ala, dah nak bukak sem baru ke?” Wajah Reza sedih. “Siapa yang nak jaga I nanti lepas ni? You tu cuti panjang baru nampak.”

“You know how busy my course is kan? I wish I can stay here Reza but they’ve banned human cloning.”

“Tapi you balik la sini selalu! Weekends ke! Kan dah ada highway baru sekarang! Ini cuti sem baru nampak.”

Syifa geleng kepala sambil tersenyum tipis. Selepas mengucapkan selamat tinggal. Dia berlalu pergi.

---

“You dah buat macam I suruh tu?”

Angguk! “I ikut exactly!”

“Good! Dia takkan berani cari you lagi. If not kita lapor polis apa yg husband you dah buat kat you selama ni.”
“Yeah! Kita pun ada bukti nak tuduh dia.”
“Bodoh punye lelaki! Dah dapat bini baik dan cun pun nak menggatal lain!” Kegeraman Syifa diterjemah dengan menekan kuat pedal agar lebih laju.
“Entah kann! Lelaki ni semua memang!”

“Yang you makan tadi tu pil apa pulak?” Syifa merenung pada bekas di tangan Irena.
“Nothing, my daily suppliment je. For energy. I ada low blood pressure.”
“I see.”

“Anyway, Reza macam mana tadi? Was he ok?”
“Reza? He’ll be fine. Bruises here and there je. Dia kan lelaki, pandai-pandai la dia nak hidup.” Syifa gelak.

“I pity him. I hope he will understand.” Irena tunduk simpati. Memandang pemandangan tepi lebuhraya.
“How would he understand kalau dia tak tahu perkara yang sebenar-benarnya?”

Mereka berdua gelak.

“Eh, you dah inform your housemates tak I nak tinggal situ? I sebenarnya segan la.”
“Tu you jgn risau. Diorang okay je. Lagipun you are staying in my room. I duduk sorang je.”
“Well, not anymore!” Irena kenyitkan mata.

“If only Reza tahu I rapat dengan dia sebab I nak kenal you..”
“He wont know!” Syifa kenyit kembali. Tangannya merayap di atas peha Irena.

“I love you!”
“Me too!”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) err..lesbian?? ayak!! hahahaha..katakanlah syuhada berangan ataupon tu sume anggapan songsang yg mngganggu fikiran kala malam  hari ni..huhuhuu
  • 2) errkk?wat kind of story is this?hehe..anyway..not bad..

  • (Penulis)
    3) er.. susah difahami eh jalan cerita dia?
  • 4)

    owh shoot!!
    derang lesbo!!
    ya Allah..
    org baru teringat nk tulis psl citer lesbo nie u've oredi one step ahead
    shoot!

     

    anyway, REALLY GREAT STORY!! haha... 


  • (Penulis)
    5) ada 2 kawan masa skola dulu yg gf mereka pakai tudung and dump mereka sbb jadi lesbian. folo akak angkat masing2.
  • 6)

    owh...sgt twisted...isk isk..lesbo rupenye...tidakkkkkk...btw, nice story mr caha

    pity on reza~ dipergunakan la pulak.. 


  • (Penulis)
    7) tengs teru :) tu la. sian lelaki :p
  • 8)

    erks... this is so me! hikhikhik...
    lain dari yang lain la caha...

    p/s: banyak sangat berangan pasal 2 orang perempuan ke?
    hati-hati... ni bukan puasa!


  • (Penulis)
    9) weii!! mana ada :p .. ala biasa la idea2 tulis benda cani. campur adukkan pengalaman. MANA ADA berangan. uwaa!
  • 10)

    ya Allah...hampes btul..biar betik..aaa..tidakk..x sangka..ntah..x tau nak ckp apa...mcm2 la dunia skang ni kan..baru jekk cite pasal kes2 mcm ni tadi..knape eh pok cik benda mcm ni terjadi....but overall bagus bangat...hihihi

  • 11) fuiyoo... tgk tuh.. kejap jek dah hits... haha... great story... great story.. i love it... i love it! hehe
  • 12) ending reminds me muvi the wild things...sgt lesbo

  • (Penulis)
    13) oh. saya tgk wild things teringat benda lain. oh oh.
  • 14) haha cahatomic ape nie..lesb2 nie..anyway cite cam menarik je..gud job2
  • 15) pelik..... hm. aku rasa kalau laki irena tuh dapat memuaskan batin bini dia, perkara akan jadi lain.
    haha~~ act, aku ingat laki dia tuh nak 'belasah' atas katil tadi. rupanya belasah betol2. isk isk iks.
    kepala aku masih pening, ape kepuasan jadi lesbian. xsampai kemuncak~~

  • (Penulis)
    16)

    copo : tengs po. ending tu tak sengaja. surprise elemen sgt kononnya.

    zing : tu la. kena laknat tuhan lagi ada :p. tapi dulu mmg ada kwn 2 org cani. heran. dah la dua2 pakai tudung. lagi heran.

  • 17)

    perasan x? kalo xada 3 line terakhir... cerita ni akan jadi lain. hahaha

  • 18)

    ape yg nk diherankn. during my school time dlu, my dormmate a.k.a junior lesbo. siap ade awek in same school... tak pasal2 kami senior2 kne panggil dgn warden utk watch out those gurl.. tp agak x pelik la sbb both of them agak sosial..

    yg nk menjadi masalahnye, bile ade lg sorg gurl yg leh dikata alim..tetibe je beralih arah jd lesbo..adoi, pening2..dr tudung leh dikata labuh, trus dgn tudung2 pun terbang...dunno wut to say then. 


  • (Penulis)
    19) haha true dat zing. mmg last2 punye tambah je kan :p
  • 20)

    erkssss..

    *shock*

    >o<" 

    ..lesbo rupennye..

  • 21)

    hahaha. nyce twist. i must say, caha menulis ni dari pengalaman dia bercinta dengan snub kan? twist gender then jadilah citer lain. hahhaha.

    anyway, good storyline. love it so much. owh..love irena. hik hik.


  • (Penulis)
    22) er bercinta dgn snub? haha cis kamu ni mangi. walaupun gadisless, orientasi saya masih terjurus kepada yang telah difitrahkan Allah.

    thanx bro.
  • 23)

    wah caha, kalo jadik cerpen bersiri lagi besh! so u leh cite lagi pasal how irena n syifa ekceli bonded..n kasik reza ngn irena ngorat2 lame sket..sambel2 usha2 syifa..

    newayy besbesss..like nightingale ckp...last part soooo very the wild thingss ekekee.. 


  • (Penulis)
    24) tu la. ada gak terfikir sebenarnya nak pecah 2 3 part and drag kan kasi lebih detail and feel. tapi mcm .tah la :p tak terbuat nampaknya. akan cuba lagi di masa akan dtg. tengs bitter
  • 25) hhe..takder la susah nak paham...ishk...lesbo ni bahye..nabi tak ngaku umat!hhuhuhu
  • 26)

    hahahahahahaaaaaaaaa

    hahahahahahaaaaaaaaaaa

    hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaa

    naik semangat aku nak bace cite baru...skali...tergolek ketawe...

    to teru: kite satu sekolah...aku kenalkah? atau pas form4?

    to caha: memang besh..tgh dok shok2 nk tgk ending...skali!

    cantikk punyeeee=)


  • (Penulis)
    27) ak ah la granger. satu skola la kita (dan dan :p)
    tengs for reading. 88 tu tahun lahir ke? same age dgn my sis.
  • 28)
    lepas aku ternampak perkataan songsang, aku dah tahu minah ni mesti lesbo.
    banyak sgt kenal dgn lesbo ker aku ni? hehehe
  • 29) Hahaha...penulisan tanpa sempadan!..good job encik caha!

  • (Penulis)
    30)

    siberkop : haha. kau spesel kes. intuisi manusia luarbiasa. kamon. ;p lama menyepi siber? bila mahu posting?

    kunangs : penulisan tanpa sempadan? errrr . hehehe . tengs kuns 

  • 31) tak menyepi, ada jer aku baca karya2 kat sini, tak menaip jer, mungkin sbb dah tak sepi mcm dulu lagi, hahaha, kurang idea bila tak sepi
  • 32) ehm...ingatkan typical love story... reza suka irena but then syifa suka reza.... syifa frust...sort of that... but Voila! totally shocking ending and interesting... lari dari kebiasaan.. good job mr. caha!

  • (Penulis)
    33) siberkop : tu la. kasihan aku menjadi lelaki suci terakhir berseorangan. tiada lagi lelaki buas lain yg mahu menyentuh. ops!

    shazmiey. err .. syifa mcm tak pernah pun suka reza tu ekceli. dia mmg songsang dari awal. cemburu2 tu adalah kerana irena sebenarnya.
  • 34) caha, cerita bagus. tengah best-best feeling last sekali lesbian. aduh! spoil sikit. macam bitterpill cakap, kalau jadi cerpen bersiri pun best juga. apa-apa pun memang bagus cerpen ni. santai....

  • (Penulis)
    35) thanx usop :) .. tapi takde la standard esastera punya. hehe. kena banyak belajar.
  • 36) ramainye komen~~~ suke saya melihat!
  • 37) utk pengetahuan anda semua, saya tak bercinta dengan caha. tp ade desas desus mengatakan caha suke saya. mak aih geli nyah wakakakakaka.
  • 38)

    Peh.. cahatomic, mesti sesak email ko dgn komen2 ni kan?

    snubnosse: dem! ko bisex? 

  • 39) aku cume full of bicep jer.. bukan bisex. beza tuh. hihi.

  • (Penulis)
    40) ewah ewah snabi. i setia kat siberkop je. aw! <-- matilah mak!
    tu la jojo. dlm emel tu senang bleh check dan delete je. dlm kapasitor messaging system ni yang sedikit hangin. bleh tolong tambah kan sikit usabilitynya?
  • 41)

    wakakakakaakakaka matilah mak!!! tergolek aku bace sambil gelak dan menitiskan airmate kelucuan.

    anda berbakat caha!

  • 42)
    caha, hepi besday!
    saya kasik hadiahnya ini malam ya? la la la

  • (Penulis)
    43) errr .. sape pulak yg cakap aku besday ni. adakah sebagai makeup kepada tujuan penghadiahan kau mlm ni? uhhh.
  • 44) twister....hahaha....
  • 45)

    waaaaa cik caha
    jarang tulis cerpen

    tapi bile dah tulis...

    hehe..suke2 

    erk...tapi lesbian ni dia buat apa sebenarnya
    sambung lagi please...hehe..ngade2


  • (Penulis)
    46) kekurangan idea la anis. ade idea tak yang tak kesampaian? meh caha tuliskan! hehe
    nak sambung? er err . errrrr
  • 47)

    ade2..tapi idea ni cam tak best sgt

    nanti sy gtau.. 

  • 48)

    ahaks..masa ko 4ward url ni kt ym aku..aku ingtkn per la..rupanyer nk suh aku baca..aku pon dh lama x bkk kapasitor ni..rindu la..btw..citer ko agak best..secara jujurnya aku mengharap yg perasaan cinta reza tu akan berakhir dgn happy ending..tp ko suda kasi satu kali twist itu citer..belakang citer itu lesbian punya love story gk ko tulis satu kali..afiq tu gans btol..siap tumbuk bini dia..nama dh la nk dkt aku..dia afiq..aku syafiq..nasib la aku ni penyayang...ahaks..
    *punya pjg aku komen..


  • (Penulis)
    49) haha. aku takde pk nak resemble dkt nama kau dow. kebetulan kalau dlm kepala aku afiq ni seorang yg bertubuh sasa dan ganas :p
    tapi kalau syafiqali. haaa tu mmg sentiasa terbayang kelembutan dan kasih sayang.
  • 50)

    hurm setelah puas menerima kiasan2 belanda inginkan comment dan bintang2 (ala2 sinaran pasport gitu) maka saya dengan penuh rasa bangga dan takzimnya akan menilai sejauh mana nukilan caha kali ini. lets check it out....

    it started good (not great). juz lyke another typical smooshy love story. the way syifa playfully hitting reza. the way syifa pretend to sulk. typical attitude for people in luv,aite caha? haha.
    went to the store. came in irena. fall for the sight. ask for num. hurm~ brave or silly moves? i dare say both. heh.

    yet again,mr caha very very lyke to twist the storyline. we hav the same interest. plot-twist is #1 fave. and your story this tyme satisfy me. but... kureng kick sgt la bro! i lyke juan better. =)

    herm. citer pasal les dah buat.. gay pulak? u hav tonnes of experiences kan caha kan kan kan? hahaa.

    anyway..pujian2 tahniah harus diberi. penat lelah encik penulis perlu diberi kredit. penat nak fikir ayat,dialog dan yang paling penting perahan otak dalam imaginasi~ heh. tak susah pon kan? kikiki. =D keep it up caha! u've got the talent. explore more. use it more.=)

    sekian sahaja... lebey2 kang jojo tak bagi comment zati appear plak. haha. X'P

     

     

     

  • 51) wahhh! wahhh! tak terkata la yuu. aww! :D
  • 52)

  • (Penulis)
    53) wow cik wallawalla memang sangat saportif . tengs tengs. memang banyak lagi kena baiki. and memang cerita kali ni tak sekick yang lepas. susah senanye nak match cerita "maaf cik". takpe la . pelan2 kayuh. tengs again wallawalla :)

    katalah yang saya suci cik kesuma. tu sudah memadai. koh koh
  • 54)

    cah yang perasan suci muci, 88 memang thun lahir.spoil umo daaaa! heh.

    >citer pasal les dah buat.. gay pulak? u hav tonnes of experiences kan caha kan kan kan? hahaa.

    btol kah cek caha...hahahahahhaaaaaaaaaaaaa...


  • (Penulis)
    55) eishhh .. shhhhhhhhh! (dem wallawalla ni)
  • 56) wallawalla: haik? tak de sbb saya tak kasi org komen kat sini. komen je.. caha ni mmg patut dikomen sejak akhir2 ni
  • 57)

    ehmm... 2-3 tahun lepas ada gak idea bout gay... tapi berjaya wat draf je..nak elaborate tak pandai n tak berani, coz sumenya berdasarkan pembacaan shj, takut menyinggung sensitiviti phk terbabit... if i give the idea to u, then would u write it? a collab. maybe?


  • (Penulis)
    58)

    err . jom buat pasal lain dulu nak. :p baru je les (wpun senanye 4 ayat terakhir je) . mcm segan lak buat gay. buat pasal bola lak jom :))

  • 59) oh encik caha. saya tidak ada langsung niat untuk mengatakan bahawa anda ini suci. saya juga tidak mengerti kenapa tiba-tiba wujud komen kosong di situ. wekkk
  • 60) bole tahan feedback yang anda dapat sejak cik WaLLaWaLLa tuh komen ek? =p

    cah yang perasan suci muci, 88 memang thun lahir.spoil umo daaaa! heh.

    >citer pasal les dah buat.. gay pulak? u hav tonnes of experiences kan caha kan kan kan? hahaa.

    btol kah cek caha...hahahahahhaaaaaaaaaaaaa...

    betol betol!!! =D =D

  • 61)

    If only Faliha tahu I rapat dengan dia sebab I nak kenal you..”
    “She wont know!” Kechik kenyit kembali. Tangannya merayap di atas peha Cahar.

    “I love you!”
    “Me too!”

     

    hahahhaa....cerita lesbian rupenyer...nasib baik ader ayat last tu br tau citer dier..

    nway,caha..bagus2 jln citer..it's unexpected!!!

    bole wat drama ni..Cool

  • 62) o..baru sy faham..rupanya korang buat scandal dlm kapasitor ni ek.. caha = sobercop, caha = snabi
  • 63) seperti pernah ku lihat. tp siyesla pakcik, aku suke oke cite ni. ko mmg hebat tahap dewa petala ke-7.
  • 64) hahaahahah..... so surprise!!! klimax best... under exspectation ....bravo la... hehehhe

  • (Penulis)
    65) under expectation? errr .. okeh . hehehe watever :p . tengs for reading dayya.
  • 66) i really want to read cos da title is my name.
    hahahahaa...
    best..
    fun..
  • 67) damn caha!! this is brilliant!!
  • 68) wah dahsyat~ceritanye membuatkan aku xsabar nk tau endingnya..jeng3 sangat terkejut les upenye~ades...

  • (Penulis)
    69) hoho. tu la. sampai tak tertulis2 dah lagi cerita lain. haha!
    thanx for the comment guys :)
  • 70) simply the best!!!!

  • (Penulis)
    71) thanx juno. eh joni.
  • 72) ntah!!apela reza ni..ade ke bekenalan cara rempit cmtu..mintak la tlg sesape..kan caha kan..huhu..
  • 73) oh!! ternganga tot!! les?? gilernye twist! :P
  • 74) huk alo ... aku tertipu siot !!!

  • (Penulis)
    75) nana : cis nana :p
    itot : jangan ternganga, nanti lalat masuk.
    aif : aa umm .. aa.

    thanx guys for reading.
  • 76) hahaha.. ok di pepagi buta nih tiba2 terbukak pulak pintu hati aku nak mengunjung seksyen short story ko nih.. (setelah di hint dgn not-so-subtle berkali-kali) dan setelah habis baca aku terase nak ketuk ko!! cis cisss... aku berasa tahap intelektual ku telah dipermain-mainkan. which is a compliment by the way sbb ending yg langsung tak termasuk dlm kotak pemikiranku. nampak sgt pemikiran aku lagi suci dari pemikiran ko. hahaha..

    nice one syahar! ko memang seorang bakat! walaupun bukan bakat bangi, tapi bakat gombak pun boleh lah kan? hehe.. nnt aku baca yg lain2 pulak yer.. one syahar a day keeps the shrink away. (tak pasti ayat ni adalah ayat pujian atau kutukan :p)

  • (Penulis)
    77) helo, seluruh penduduk bangi dah sepakat aku bakat yang mewakili bangi. hehe. penduduk bangi yg dieksport keluar macam kau je masih keras hati beri pengiktirafan. haha.

    thanx for reading nia.
    dah stahun aku tak pos lepas tulis citer ni. koh koh.
  • 78) bangga jugak ade wakil penduduk bangi yg bole buat crite cmni yek..hihi ;))

  • (Penulis)
    79) see nia. aimi pun ngaku aku bangi :p
  • 80) aarrhhh tidaakkkkk... why aimi why??? no no no!! jgn ckp dia bakat bangi.. mmg confirm dia akan mengquote sepanjang hayat dia.. oh nooooo... what have you done aimi??? :p
  • 81) haha..die penah menumpang di bangi..kalau nak ikutkan status/taraf penduduk tetap tu belum lg la kot..hihik ;)) tah kenapa die bangga jd org bangi..klu nak jd org bangi betul kena kwin ngan org bangi la kan :p
    nia asal bangi ke?
  • 82) yup. a true bangian since 1984 :p

    salah tu aimi.. kalau dia kawin dgn org bangi pun dia masih tidak akan menjadi bangian. anaknya mungkin. tapi tidak dia. tidak syahar. eh, apsal aku beriya sgt menidakkan ketidakbangian syahar nih? hmmm... wahhh komen yg ke 82! auuummmmm...

  • (Penulis)
    83) elok la tu dua orang ni. elok la tu. puk karang ;E
  • 84) oh, dah tak dpt jadi org bangi, nak puk kita yg true bangian nih pulak? :p wow, komen 84! miaaaauuuu pulak.
  • 85) borak pasal bangi lg banyak dr komen...mane tak 84 nye...skang dh 85 dh ni!!!
  • 86) ohh im the person num 86 comments on ur short story.
    well i like ur plot of the story,u done it well. and i don`t expect a person like u wrotes this kind of story except its based on true story.ehehe..better be good caha..
    overall i like ur story n its gonna be wordwide known afterall.
  • 87) hu...banyak giler komen...sajer nak tambah lg satu...best :p
  • 88) ehehe..citer unik la..lom pernh dibt org..briliant bleh??hihi
  • 89) WUUUUUUUUTTTTTTTTTTT?????????????!!!!

    very unexpected ending..haha..
    2 thumbs up!
  • 90) part irena kna tumbuk tu nmpak kejam sgt la..
    tampar je udah le..
    sakit o kena tmbuk..
    pompuan cantik plak tu..
    huhuuhu
  • 91) sori caha lambat komen
    actually jue dh bace cite ni cume xprasan cz dh banyak sangat bace cite dlm ni
    maaf ye caha
    awalan cite best tp end'g xbest
    jue br nk feeling ttbe ade kganasan n LESBIAN plak
    anyway cite ni mmg best
    keep it up
    daaaaaaaaaaa

  • (Penulis)
    92) hehe, awal cerita adalah perkenalan klise, tapi sebab nak wujudkan elemen surprised, maka perlukan radikaliti.

    tengs all for reading n commenting.
  • 93) wow great story ...good ending well done!! *wink* :)
  • 94) hahaha..rain tertipu nampaknya..punyalah focus baca..
  • 95) laaa... lesbian ke??
    cett.. sian reza..
    ovrall best2!!
    saspek la kat caha..
    x sngke..
  • 96) adeh...mcm2 la..
    dunia da tbalik da
    nauzubillah..
  • 97) sian dat guy...rupa nye less. so betul la wat he predict bout syi kat irena??loh...lol!

  • (Penulis)
    98) mazz pingu : tengs maz :)
    rain : tertipu tu lumrah. tapi sebenarnya saya bukan seorang penipu di luar. kohkoh
    qaima : dunia mmg gitu kak, nak tebalik dah semua.
    alya : kan, tu la mulut kena jaga. takut jadi betul2 (puh kanan puh kiri mintak2 aa rianti cartwright suka aku pasni)
  • 99) hahahah... dem lar caha.. mmg dem!!!! nih pengalaman ker hape? (sorry tak baca comment2 diatas, yg mmg dah banyak!)
  • 100) bunyinya agak keji dan bedos, tp ini adalah komen yg ke 100.

    ya, caha mmg berpengalaman. tapi kurang pasti pula sama ada pengalamannya berkait rapat dgn penulisan atau tidak (kenapa aku jadi jurucakap utk caha?)

    kohkoh

  • (Penulis)
    101) horay 100 komen
    40 penilai!
  • 102) laaa...
  • 103) kalau aku dengki, pastu delete aku punya previous komen.. mesti komen yg keseratus jo jadi yg ke 99... bukan yang seratus... wahhhh *mata tetiba bersinar

    muehehehehheheheheh
  • 104) reason: ko mmg pedengki orangnye! (apsal aku jadi jurucakap caha lagi?)
  • 105) nice story ...tak menyangka pulak ending dia agak "songsang"...geli la plak
  • 106) agak 'songsang' meaning tak ckp 'songsang' lagi la kan ........(saje nak mengseratusenamkan)

  • (Penulis)
    107) dunia zaman sekarang ni dah takde apa yang songsang, cuma alternatif. ha ha.
  • 108) chait...ada kawan nama shifa,...nasib dia tak songsang sangat...ahahaha... very the twist ini crite..
  • 109) ending dia ade biyol ceket..
    hehehe..
    ~la~la~la~la~la~

  • (Penulis)
    110) mak aih, tambah 2 penilai. terus 4.2 jadi 4.0 .. korang rate 1 apa? :lol
  • 111) adeh......:)
  • 112) weh manyak tul komen ni, xyah komen r...(eh, bukan aku tgh komen ke ni?)
  • 113) ending yang x tersangka
  • 114) for my opinion..cerita ni mmg ditulis dgn baik..cerita tersusun..pemilihan kata best..bile bace 2 rase x sbr2 nak bace baris strsnya..tp x suke sgt endingnya..although usually i like unexpected ending..coz for me, karya yg bgs perlu ada sesuatu yg kita blh jadikan pengajaran atau ambil iktibar

  • (Penulis)
    115) yeap :) satu hari saya akan cuba buat camtu pula :)
    thanx sarah for the generous comment! :D

    thanx to yg lain2 juga for the comments
  • 116) ending yg menarik!! betul2 climax lar
  • 117) wow, caha berfantasi.

    baru nak pangkah dengan statement "fak percintaan"....
    rupernye, twisted.

    nice one!
  • 118) punye lar fokus baca x sangka plak last2 nye cegni...
    pandai gler twist...
    cayalar...
  • 119) adehhh, nape mesti lesbian?

  • (Penulis)
    120) adeehh tu la. kenapa la tak khunsa ke kurang2.
  • 121) Syi.. mmg xterjangkau dek fikiran.. hebat..
  • 122) haha...gila x xpect dorang lesbo.good one mate :P
  • 123) huriaa...!! ini adelah rekod! tahniah caha!
  • 124) wah giler baban la bro 124 komen stkat ni..n 57 penilai.:O ;)

  • (Penulis)
    125) wah!
    tulisan tak seberapa. tapi promosi pandai. ha ha
  • 126) x seberapa apa, ayat2 kemas, bahasa realistik (bukan drama minggu ini), cerita fresh, need i say more mr.molymolysucimuci..kohkohkoh.;P ;) ah aku rate sekali lagi la..sesaje je..
  • 127) eh tak bole, haha.
  • 128) Sudut penceritaan yang menarik.twisted di pengakhiran .Gaya bahasa segar dan digemari anak muda.

  • (Penulis)
    129) tengs kak maria :D

    hee saya menulis suka-suka. tak de perbendaharaan kata dan tatabahasa yg indah-indah cam kak maria. hehe

  • 130) uih..pity to reza..suspen jer..asyik karya yg melencong jer ending dier...tp aperpun best giler dis story..tak heavy sgt nk pikir...juz ikut flow jer..smooth org ckp..ahakz..
  • 131) komen ke-131. sekian, terima kasih.
  • 132) ...hah???...biar tol...
    ..huhu..still crite yg best jgak...
    ..best bro!!!..;)
  • 133) sangat mengejutkan! caha, u really make me proud! very interesting story! =)

  • (Penulis)
    134) thanx ridh :D
    thanx ben :D
    thanx all :)
  • 135) camne nk rank eh?
    erm kat cni je la...
    1-10...kite bg 7=)
  • 136) caha!!
    u ni mmg pandai menulis la..
    ada bakat! kreatif!
    i punyelah menjerit bila tau ending citer nie..aiyoo..

    yg pertaman kena rogol ~ pompuan jd mangsa
    yg kedua lesbian ~ lelaki jd mangsa
    hahahahaha,...adil2..

    act,sekarang ni mmg dah bersepah dah hubungan sejenis ni,
    dikalangan teman2 saya pon ramai giler2..lg2 gayboy!
    isk..isk..
  • 137) owh tidak...
    xrela...
    npe harus terjadi...huhubhuuuuu(ni nagis bkn ketawa),,
  • 138) dah 138 kan komen skang!!!!
  • 139) Kelakarlah kamu ni. Suspen cerita, ending buat gelak saja. Heh!
  • 140) what the heck..plz shoot me..!!!
  • 141) ala..mati2 ingatkn die kapel ngan reza..
    owh tidak..lesbian ke?
  • 142) peh lesbian!!!!!!euwwwwwwwww!!!!!
  • 143) lesbian rupenye.. huhuhu..
    urghh! yukz..!
  • 144) err~~ irene bukan les...
    pecaye la.. :|
  • 145) Ending apa ni! Lesbian! Astagar tsk tsk tsk... Haha lucu sangat awak ini. Wah best 6 bintang boleh? Hehehe
  • 146) tak pasal-pasal les pula mereka.
    aishhh. imaginasi yang gila sikit ye incekkk.
    hahah.

    nway, another great job.
    sila berkarya lagi yee.
    saya da addict dengan kerya anda.
  • 147) Ya ampun!!! Cerpen ini tlh mbuatkan aku smkn fobia nak bc cerpen bertemakan cinta dr en caha..

    Pceritaan mmg sgt bgs, idea xboleh blah pye fresh, taula en caha nk lari dr klise tp ape slhnya tlg buat cerpen cinta yg mmg romantika de amour bg peminat2 crite cinta mcm sy nih..

    Hrp2 pmohonan dpertimbangkan oleh en cahatomic yg atomic!

  • (Penulis)
    148) ha ha. saya adalah saks dlm percintaan. asyik dirundung malang. maka tak pandai menulis yg begitu.

    ecehh alasan gua

  • (Penulis)
    149) thanks juga utk komen2 yang lain
    terima kasih membaca!
  • 150) errkk!~ nasib baik aku membaca tanpa makan buah rambutan. kalau tdk, sudah pasti tertelan.

  • (Penulis)
    151) kalau makan buah durian ape la nasib kulit2 nya ya
  • 152) ini komen dari bdak 2010 plak

    ternganga sehhhh.... ngeeeeeee

    means reza solo la kan? saya nak ! hahahaha

    knapa lezz...?? xcaya beb, arrghhh!!!~~~~
  • 153) try la hantar dgn amir muhammad. projek "orang-orang macam kita" tu
  • 154) err.. lesbian kah ? adey .
  • 155) *thumbs upp!*
  • 156) curang kah?
    pengomen 156 kan perlu dibagi hadiah kan
    sebab kamu paksa
    hehe
    sila letak di rumah yang ada serena di jalan marmar 1 ya

  • (Penulis)
    157) ha ha, i merely suggesting. kemon. paksa is a heavy word
  • 158) eniwey aku saks dalam cinta juga
    semua cinta aku berakhir dgn jantan itu kawin perempuan lain
    makanya
    aku bercinta dgn laki org teruslah
    amacam?
    haha

  • (Penulis)
    159) ha ha. bila kita ada opsyen, kita choose, bila kita takde, kita adapt
  • 160) OOOOO ini rahsia caha. dia pm setiap org suh baca citer Syi dia. Padan laa byk komen sepanjang masa! KEJI!

  • (Penulis)
    161) a good writer is not only good in writing, but must also be a good promoter


  • (Penulis)
    162) kalau itu pun keji, maka aku rela dipersalah
  • 163) ewahhh tibe2 nak rela dipersalah. ini saje menambah bilangan komen nih!

  • (Penulis)
    164) aku tak berkira dah pasal komen . tu tu. tengok the magic number. 70 penilai!
  • 165) ok caha, selepas beberapa kali aku membaca:

    - aku rasa ada kelemahan dalam susunan cerita (aku juga ada masalah yang sama), pertukaran plot bagi aku agak pantas, menyebabkan aku sedikit terhuyung hayang.

    - jalan cerita macam selalu, kau memang seorang twister prolifik. tiba-tiba aku teringat stephen king..hahaha

    - cara kau menjiwai watak perempuan seperti kau ini seorang perempuan, ya..sebenarnya penulis lelaki jarang boleh menulis watak perempuan dengan baik, you did a good job di situ..

    kesimpulannya, ini cuma pendapat akulah caha, dari satu sudut aku nampak kau cuba ketengahkan isu moral dalam cerpen ini, apa pun aku ucapkan tahniah!

  • (Penulis)
    166) thanks benny.
    1. hehe tang susunan cerita tu memang intended pantas atas sebab asal cerpen ni ditulis. ha ha. maafkan aku kerana buat kau terhuyung hayang. dulu konon cerpen ni utk cerpen SMS (dibaca dgn phone, sehari dpt beberapa SMS gitu) sbb tulah dia pendek dan pantas. tapi content provider celcom ni kenselkan projek tu

    sbb tu aku tempatkan karya "maaf cik" dan "syi" ni di sini. ikutkan. aku memang x pernah menulis cerpen. HAHA

    thanks utk pandangan kau. aku harus belajar menulis cerpen lepas ni.

    - twist tu dtg sebenarnya selepas aku abis tulis cerita ni. tuhan tiba2 anugerahkan aku utk TERfikirkan twist tu. asalnya aku fikir nak end kat syi jumpa reza tu sblm balik aje and ceritakan pkr yg irena dah kawin. hehe.

    - cerita yg sebegini padat dan pendek. mana mungkin boleh dihakimi sudah menjiwai gadis aku cuma berdialog pendek saja.

    thanks sekali lagi
  • 167) haha...best dia punya 'twist'

  • (Penulis)
    168) hehe.. thanks twentehsiks!
  • 169)
  • 170) Epic ending. This is what I was expecting for! *thumbs up*
  • 171) wow! what an ending! lesbo rupanya.. hihi

Cerpen-cerpen lain nukilan cahatomic

Read all stories by cahatomic