Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fillus Eden - Part I

 

Silinder-silinder perang itu hangit terbakar. Entah berapa kilogram bahan hasil petroleum itu menghuni ruang pertukaran udaranya, dia sendiri tidak pasti. Kekabut putih perang itu mengisi ruang dadanya. Panas. Selesa. Si panjang menunjukkan ke angka 5 dan si pendek senyap kelu diantara angka 8 dan 9. Malam ini masih panjang dan urusannya masih banyak yang perlu diusaikan. Malam ini akan jadi saksi, karya agungnya bakal menghantui setiap mereka. Malam ini bakal menjadi sejarah, dia akan menjadi terbaik. Dan karya agungnya akan membuktikan kenapa mereka perlu berikan perhatian kepada dia. Persedian selama berbulan-bulan bakal menyaksikan segala yang diusahakan menjadi lorongan dia ke puncak atau kemerosotannya sekiranya karya agungnya gagal memberikan impak positif terhadap deria rasa para penilainya malam ini.

Dia percaya masterpiece nya tidak akan mengecewakan dia. Dedaun pintu ditolak. Masa untuk bertempur!!

=====================================================


“Mencari calon isteri. Kelayakan sekurang-kurangnya sarjana muda dari universiti yang dikenali. Kebolehan mengendalikan rumahtangga. Berat: 55 - 65 kg. Tinggi: 170 – 180 cm. Berminat dengan muzik, filem dan makanan memberikan kelebihan. Hubungi: Roney – 012 – 390 7745”.

Ivana membaca iklan terpampang di tabloid The Crimson. Bagai tidak percaya masih terdapat lelaki zaman ini yang mencari pasangan melalui ruangan Classified. Ini bukan Dunia Ketiga dimana penduduknya ramai yang tidak mempunyai akses Internet. Ini Dunia Pertama, bekas negara koloni yang tidak mahu mengakui bahawa mereka adalah bekas negara koloni kepada penjajah kepulauan. Negara ini  telah menghidangkan teh paling sedap buat tetuannya dek kerana hal-hal pengutipan duit. Ini adalah negara kuasa besar dunia. Ah…persetankan. Mungkin sahaja lelaki ini masih anak teruna yang belum merasa daging dicelah itu. Kelakuan naïf seperti ini mendatangkan keradangan di hati Ivana. Lelaki bodoh!

The Crimson menjadi makanan pertama tong sampah Encik Robinson. Ivana lantas menahan teksi untuk pergi ke tempat kerjanya.

====================================================
“Ivana, kau ni memang pandai bergaya dan memang elegen.” Getus Raj sambil matanya meliar meratahi tubuh badan Ivana yang montok. Ivana cuma tersenyum memandang Raj. Nak gula-gulakan aku la tu.

Gadis cantik ini bersusur galur dari Oslo, Norway dari keturunan sebelah ibunya dan bersusur galur dari Kyrenia, Cyprus dari sebelah bapanya, dia memiliki kualiti wanita Scandinavia dan Mediterranean eksotik mengalir di dalam darahnya. Sepasang mata membiru bak lautan Pasifik dipadankan rona kulit cerah Scandinavia dan rambut eksotik coklat merah Mediterranean. Sesiapa yang melihat pertama kali pasti memandang buat kali kedua. Ramai rakan sekerja yang cuba mengejar Ivana tetapi gadis ini agak lokek memberikan perhatian kepada rakan sekerjanya. Biarpun Ivana agak sosial tetapi dia sangat memilih lelaki yang boleh memiliki dirinya. Tambahan, Ivana selesa hidup sendiri, membina kerjayanya sebagai juruaudit kanan di PricewaterhouseCoopers. Kerjayanya sebagai juruaudit kanan tidak pernah meletakkan Ivana sebagai wanita yang tidak berketrampilan biarpun dia berkelulusan berkembar sarjana muda Perakaunan & Pengurusan dan sarjana muda Kewangan dari Harvard Business School disamping Persijilan Profesional Akaun juga dari Harvard Business School. Ivana adalah wanita yang bebas terbang kesana-kemari mengikut kata hatinya. Hampir tiga per empat isi dunia ini telah dia jelajahi. Begitulah profil Ivana, wanita yang bergaya, berkerjaya dan eksotik.

=========================================================== 

FILLUS EDEN

 
Dia mencapai bilah tajam berkilat dan menghiris keping daging itu. Medium rare. Separa masak. Kegemarannya untuk menyediakan kepingan daging. Sos demiglace warisan turun temurun keluarganya bakal menjadi pasangan secocok bersama daging separa masak itu. Lada sulah, sedikit garam, daun basil yang direnyuk, minyak zaitun diadunkan dan disapu keatas kepingan daging. Masa untuk membakar! Pelanggan yang bakal menilai karya agungnya perlu dipuaskan. Karya agung bersama kasih sayangnya.

Harum daging dibakar dicampur haruman basil menerpa mengisi ruang dapur yang semakin sibuk. Sos demiglace direnihkan, menghasilkan efek seakan-akan lahar gunung berapi. Pekat dan berempah, seperti mana yang disukai oleh dia.   

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) bagus2 mangi...intro best!..dah lama tak baca citer mcm ni..

    *alah, tak cukup berat n tinggilah...(merujuk pada iklan roney)
  • 2) err...nk baca yg 2nd! masih blur2 dgn part I ni..hehe =)
  • 3) *note: berat tu cukup..tinggi xsmpi! hahhahaa (mrujuk iklan roney juga)
  • 4) kagum2..aku kagum gler ahh bile aku bace larya mangi..slalu buat verpen lain dari ang lain..ayat hang mmg ppower ahhh..aku suka..n cra descibe pon pooower..hhaahha..next2...

    p/s:(merujuk kpade iklan roney jgak...x sesuai n x mencapai piawai yg ditetapkan..hahhaha)
  • 5) en. mangga! bagus intrepertasi anda, sangat detail untuk setiap penerangan...menunjukkan penulis byk membaca dan byk pengalaman meneroka ke detail an. aku pasti tidak akan mampu...

    setakat ini yang aku faham, ada dua watak utama. seorang perempuan yg berjaya,bergaya, cantik dan menyintai "otak" (ini yg aku paham hehe), dan seorang lelaki yang sgt cintakan kerjayanya selaku chef.

    merujuk kepada ivory...jenis perempuan yang selalu ingin mendampingi lelaki kacukan johnny depp dan brad pitt kelahiran malaya ini.

  • (Penulis)
    6) nurie: tq. hopefully part II lebih panjang dan dapat conclude citer ni. hahaha. adeh, iklan tu pulak jadi tumpuan.

    syud: hehehe. that's exactly my point. part I ni saje nak tease je dulu, memperkenalkan watak. hahaha. wah...berat dah sampai, boleh la apply. sila call number yang diberi ye.

    gnee: hehehe. masih amatur lagi, tak sehebat caha and valium dan penulis2 yang lebih kreatif disini. anyway, thanks for reading. :) . hahaha. takper, boleh gandakan usaha nak meet the piawai.

  • (Penulis)
    7) mr b: hehehe. thanks. after cracking my head, ini yang aku dapat. hahaha. kamulah itu johnny depp malaya. padanlah gadis2 ramai menggilai. :P

    nantikan ending citer ni ye.
  • 8) mangi is magnificent!! aku suka bila ko letak element2 erotik tapi dalam bahasa yang cukup halus.

    err...chef tu masak daging orang ke? hehe..penaakulan aku je ni :D

  • (Penulis)
    9) erotik? hahaha. aku tak realize that. :P

    hrmmm...tunggu bahagian kedua la fai. segalanya bakal selesai nanti.
  • 10) FUHHHH!
    bravo mangi! ini yang aku panggil kualiti (ah, dah memang aku cenderung dengan bacaan jenis macam ni, sudah tentulah aku bias memujinya)

    idea : kualiti* dan idea* yg jarang ditonjolkan dalam kapasitor. ivana adalah nama isteri donald trump. aku cuma sedikit kecewa part 1 ni tiada apa-apa yang signifikan lagi. hanya intro semata-mata.

    penceritaan : ahh, masterclass. aku envy. aku juga mahu menulis seperti ini. kau memang garap dgn baik dan sabar. aku pasti kau memolishnya dgn tekun. kalau tidak polish, kau memang bakat. nuff said! i likest!

    susunan kata : unsur erotik? haha. yeah, sedikit. tidak cukup merangsang pun. kau jangan risau. tiptop!

    disebabkan segar. tulisannya pun aku suka. aku beri kau full marks!
  • 11) *tertakluk pada pandangan aku sendiri. bukan dari sudut nilai estetika, sastera mahupun skima cikgu BM di sekolah.

  • (Penulis)
    12) caha: thank you. part I ni pengenalan watak. part II bakal menceritakan lebih lanjut lagi dan hopefully aku boleh pull a dramatic cliffhanger kat end of the part II nanti.

    hehehe. this is weeks of work. aku tak cukup berbakat nak menulis one shot. :)

    nama ivana tu best kan?
  • 13) mungkin ada beberapa bhgn yg perlu improvement:

    1. “Ivana, kau ni memang pandai bergaya dan memang elegen.”
    Elaboration agak lemah. Ayat Raj habis hingga di situ tanpa menerangkan reaksi Ivana. Dari garapan cerita, Ivana dikatakan: "Biarpun Ivana agak sosial tetapi dia sangat memilih lelaki yang boleh memiliki dirinya.", jadi aku rasa.. perlu ditambah sedikit perenggan baru menunjukkan Ivana agak buat "jual mahal" dgn Raj. Penggunaan "Nak gula-gulakan aku la tu." rasanya blom cukup kuat.

    Paragraphing masih perlu diperbaiki. Perenggan utk explain latar blakang Ivana (perenggan 7) rasanya patut dipecah 3 supaya pembaca lebih mudah nak absorb penceritaan. Satu perenggan utk salasilah keturunan, satu utk edukasi dan satu utk kerjaya. Dgn cara ni, ruang utk elaboration lebih byk dan character development akan jadi lagi baik sbb ade byk bende bole cerita secara detail.

    Karya yg ada research dan ilmu. Bagus! Ada input yg baik utk pembaca.
  • 14) deskripsi yg bagus dan berjaya membawa pembaca menjadi sebahagian daripada latar cerita... salut! nak blaja, bleh?
  • 15) Boleh tak baru sekarag nak komne? Hak hak.

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera