Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerpen Indera Panji Dilanggar Todak Disiarkan di Tunas Cipta Januari 2009

  • jojo
  • 15 years ago
  • 2,133

 

Sila rujuk blog ini terlebih dahulu jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut: Tunas Cipta Januari 2009 oleh Nisah Haron

Satu perkataan untuk menerangkan perasaan aku ketika ini: Alhamdulillah.

Beberapa minggu yang lepas, aku telah menulis tentang perasaan gembira aku ketika sajak Cinta Kimia dan Sedikit Biologi aku tersiar di Tunas Cipta. Kali ini.. sekali lagi, karya aku tersiar di Tunas Cipta untuk kali kedua berturut-turut. Kali pertama adalah dalam keluaran Disember 2008 yang mana sajak Cinta Kimia dan Sedikit Biologi telah berjaya mengetuk hati editorial. Kali ini, giliran cerpen Indera Panji dilanggar Todak pula. Sehingga berita ini tertulis, aku masih belum dapat menuju ke kedai buku DBP lagi (cuba tengok timestamp pada post ini untuk mengetahui pukul berapa artikel ini ditulis :p). Aku cuba gagahkan diri ini esok hari jika sempat bangun lepas subuh nanti.

Alhamdulillah,

Dengan ini, tanpa menggunakan sebarang rumus mahupun penakulan mantik tapi lebih kepada penggunaan teori congak, 2 daripada 5 karya yang aku tulis di Kapasitor dan aku hantar ke Tunas Cipta telah diterima. Terima kasih kepada Bonda Aini dan sidang editorial Tunas Cipta kerana sudi menjengok karya-karya anakanda yang picisan.

Dan, jika anda belek senarai karya dalam blog Nisah Haron itu.. adakah anda perasan bahawa karya _theRain_ juga ada dalam salah satu puisi tersebut? Tahniah untuk anda Zu, karya Kafe Akhir anda juga telah diterima mereka. Juga, pada keluaran Disember 2008, karya Zu yang bertajuk Seperti Derai Daun Muda juga telah dicetak di muka akhir, sama muka surat dengan sajak aku. Untuk keluaran Disember 2008, Zu menggunakan nama Gerimis Pelabuhan dari Klang. Untuk keluaran Januari ini, nama penuh beliau keluar (Zuraidah Abd Aziz).

Apa maksud semua ini?

Pada pandangan aku, ini adalah satu pengiktirafan kepada sastera siber. Dan, insya Allah aku percaya Kapasitor berada di landasan yang betul untuk membawa semua orang yang serius dalam dunia penulisan untuk bertapak. Gunalah platform yang diberi percuma ini untuk mempertajam kemahiran dan bakat anda. Jadikan platform ini sebagai satu medan latihan dan sosial dalam mendalami segala jenis ilmu yang ada khususnya ilmu menulis.

Aku juga menyeru supaya anda semua teruskan latihan demi latihan di Kapasitor. Jangan cepat terasa hati jika karya anda dikritik. Anda semua perlu melapangkan dada dan menerima segala kritikan yang dihamparkan jika anda semua mahu bergerak lebih jauh dalam dunia penulisan. Di Kapasitor, anda berpeluang untuk memperbaiki kualiti karya anda. 

Anda boleh!

ps: 

1. untuk mengetahui secara mendalam tentang bagaimana menghantar karya anda, sila muat turun ebook yang ditulis oleh Cikgu Serunaifaqir di sini

2. Bonda Aini ada di Kapasitor. Beliau menggunakan nama bondaAini

 

Baca perbualan