Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS : Senarai 10 Cerpen Pilihan Ridhrohzai

 

CERPEN-CERPEN yang dihantar di Kapasitor punya pelbagai ragam dan variasi. Inilah uniknya Kapasitor, medium untuk menginterpretasikan fikiran dan perasaan yang tidak terdapat di laman sesawang penulisan yang lain.

            Ada sesetengah cerpen yang menepati standard penyiaran media cetak. Ada yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam tulisannya. Ada juga yang mencoret secara santai tetapi bernas. Kreativiti setiap penulis terserlah dengan olahan yang tersendiri.

            Tanpa berbicara lebih panjang, di bawah adalah sepuluh cerpen pilihan saya yang pada saya sangat memberi kesan dalam menyuntik motivasi dan menjana minda diri. Pilihan dan ulasan ini adalah dari persepsi saya sebagai pembaca dan juga penulis.

 

1)      Janji, Cinta dan sebuah Pondok-pondok

Upenyu adalah penulis yang tidak asing di Kapasitor. Tulisan penulis kebanyakan dalam genre cinta dan umum. Olahan penulis sangat matang dan menyentuh perasaan. Di dalam cerpen ini, jelas terasa emosi yang dipamerkan dalam setiap watak. Plot ceritanya tidak klise dan digarap dengan kemas.

 

2)      Maaf buat Ayah

Adreena atau nama penanya Riesna Sazly sering menekankan elemen emosi yang sarat dalam setiap tulisannya. Lihat saja emosi dan perasaan yang ditonjolkan pada watak di dalam cerpen ini. Pastinya pembaca turut sama terkesan.

 

3)      Kisah Cinta Tak Berwajah

Terkenal dengan puisi cinta dan melankoliknya, Myelina adalah penulis genre cinta yang sangat romantis garapannya. Cerpen ini cukup membuai rasa, menyentuh jiwa dan mengusik kalbu dengan susunan ayat yang indah dan penuh pesona. Ya, struktur ayat dan gaya bahasanya adalah kelebihan cerpen ini.


4)      Selamat Ulangtahun Fatihah

Kamalia adalah salah seorang penulis kegemaran saya di Kapasitor. Penulis sangat kreatif dalam membina plot cerita dan terkenal dengan gaya satiranya. Cerpen ini cukup santai tetapi memberi makna yang mendalam. Pertama kali membacanya, saya sudah tertawan dan masih ingat jalan ceritanya sehingga kini.

 

5)      Meri Kurisumasu

Saya penggemar setiap tulisan Hulubalang. Malah tidak terlaluan jika saya katakan saya rindu pada tulisannya. Saya tegaskan, tulisannya, bukan orangnya. Ops! Hehehe… Cerpen ini ringkas. Tetapi mesejnya tetap mendalam. Cik Hulubalang, lama lagikah pergi bertapa?

 

6)      Aku Bukan Alas Kaki Kau

Uculer adalah penulis yang tahu meletakkan nada ‘jujur’ dalam setiap tulisannya. Membaca setiap karya penulis, saya dapat rasa pemikiran dan kematangan dalam plot cerita walau disampaikan secara bersahaja. Pasti ada falsafah atau ungkapan menarik yan gdiselitkan dalam tulisannya sekaligus menunjukkan penulis seorang yang sangat suka membaca. Dan cerpen ini, ternyata menarik.

 

7)      Mata Hati Jiwaku

Cerpen ini memenuhi kriteria sebuah cerpen yang lengkap. Malah ia menepati standard penyiaran di media cetak dengan sedikit kemasan. Rearrange adalah penulis yang matang dalam pemikiran tulisannya.

 

8)      Reshmi – Where Do I Begin

Saya tertarik dengan plot cerita ini. Ia penuh perasaan dan garapannya kemas.

 

9)      Indera Panji Dilanggar Todak

Jarang cerpen dalan genre begini kelihatan di Kapasitor. Mungkin ada yang tidak tahu saya adalah penggemar cerita klasik kerana semasa kecil saya sering disogok dengan cerita-cerita rakyat dahulukala. Cerpen ini cukup lengkap rencahnya.

 

10)  Zehra

Saya sangat mengagumi kreativiti dalam setiap karya yang dihasilkan Kurusawa. Dan untuk cerpen ini, cukuplah mengatakan yang saya menyukainya.

 

Banyak lagi cerpen yang menarik di Kapasitor. Antaranya karya Petak, Adra, Cahatomic, Ancalime, Valium dan lain-lain. Penulis-penulis di sini sangat kreatif dari segi idea dan olahan cerita. Kepada penulis-penulis baru, ambillah semangat dan iltizam penulis-penulis yang sedia ada untuk mengembangkan bakat dan menyalurkan buah fikiran dalam bidang penulisan ini.

Sekian, moga berjumpa lagi!

Salam mesra,

ridhrohzai / Rizai Reeani

Baca perbualan