Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Utusan dari Tuhan

Cerpen sebelumnya:
Sketsa secebis pengorbanan
Cerpen selanjutnya:
Serban Kasih Abah 3

"Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al -Hajj:75)

 

      "Kau ni memang lahap!"

      "Apa yang lahapnya?"

      "Jantan lahap"

      "Kenapa pula?"

      "Kau pandang apa dekat budak tu? Buah dada? Punggung? Bibir? Mata?"

      "Aku cuba menghayati keindahan ciptaan Tuhan"

      "Bukan pelepas hawa nafsu?"

      "Suka hati kaulah. Aku suka dengan budak tu. Dia ada gaya. Ada personaliti"

      "Jadi?"

      "Jadi?"

      "Sudahlah, Khaled. Aku malas nak layan kau ni. Pelik! Sekejap-sekejap aku tengok kau asyik tenung perempuan tu. Sekejap-sekejap lagi kau tenung pula perempuan hujung sana pula. Esok, aku tak tahulah perempuan mana lagi yang kau tenungkan pula. Pelilk! Pelik!"

 

 i

      Khaled mundar-mandir tanpa arah tujuan. Dia sebenarnya sedang mencari-cari. Apa yang dicarinya masih belum dijumpai. Matanya terus menggeledah  setiap ceruk pusat membeli-belah itu.

      Dia hampa.

      Hampir sahaja dia mahu pulang tiba-tiba dia disapa seseorang.

      "Maaf, aku lambat"

      "Puas aku telefon kau tapi tak berjawab!"

      "Telefon aku tertinggal di rumah"

      Khaled merengus marah.

      "Janganlah marah"

      "Baiklah. Aku pun malas nak tangguh-tangguh hal ni. Jadi tak Zul rancangan kita?"

      "Jadi. Aku dah siapkan semuanya untuk kau. Minggu depan kita boleh bertolak"

      Khaled tersenyum.

      "Bagus. Aku pun sebenarnya sudah tak mampu nak sembunyikan hal ini. Aku perlu keluar dari terus hidup penuh pura-pura ini"

      "Sabar. Masanya akan muncul"

      "Terima kasih, Zul. Kau memang betul-betul setia"

      "Apa saja untuk kau, Khaled"

 

 ii

      Malam ini malam yang mendebarkan. Aku dan Zul sudah bersiap untuk ke sana. Kami akan ke sana dengan dibantu oleh seorang rakan Zul yang memang menetap di sana. Hari yang dinanti adalah hari penetuan segala-galanya. Aku tidak tahu perasaan apa yang sedang bermain-main dibenakku ini. Gementar. Takut. Namun yang paling menguasai adalah perasaan teruja dan gembira itu sendiri.

Aku tidak tahu bagaimana aku mahu membalas jasa baik Zul. Dia memang insan yang istimewa. Sanggup susah dan senang keranaku. Tidak mungkin ada manusia lain yang dapat melakukan sepertinya. Satu dalam sejuta! Orang lain hanya tahu mengeji dan mengutukku. Mereka tidak faham, aku juga manusia...dan manusia berbeza satu sama lain. Jadi, tidak perlu memandang jijik kepadaku jika aku lain daripada mereka.

Khaled

9.00 PM, 10 Januari 2007

 

      "Khaled, kau dah siap?"

      "Dah"

      "Kalau dah, bagus. Kita dah nak bertolak ni"

      Khaled mengangguk. Dia merenung tepat ke arah Zul seolah-olah mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya. Mereka sudah bersedia ke destinasi yang ingin dituju.

      Perjalanan pada malam itu bukan mengambil masa yang singkat. Namun, kerana keinginan Khaled yang telah lama dipendamnya Zul gagahi juga memandu. Lagi pula Khaled satu-satunya teman yang paling disayanginya.

      "Kau betul-betul mahu buat semua ni?"

      "Betul Zul. Sudah aku bilang pada kau berkali-kali aku serius dalam hal ni. Aku tak pernah main-main kalau berkaitan dengan hal ni"

      "Aku pun tak main-main Khaled. Aku tanya sebab ini hal hidup kau. Aku tak mahu kau menyesal  kemudian hari"

      "Aku buat ni sebab aku memang nak buat. Aku tak mahu hidup dengan penuh pura-pura lagi. Aku tak sanggup! Lagipun ini semua kerana kau juga, Zul"

      "Aku tak kisah. Aku terima kau seadanya, Khaled"

 

iii

      Mereka  tiba pada awal pagi dan menginap di sebuah hotel murah di sana. Keletihan jelas terpancar di wajah mereka.

      Zul mengambil peluang untuk mandi dan membersihkan badan. Khaled segera menyelongkar beg pakaiannya. Dia mengeluarkan sebuah diari berwarna coklat tanah.

 

      Aku tidak pernah merasakan hari yang paling aku  takut selain  hari ini. Aku benar-benar gementar tapi aku telah nekad aku akan teruskan juga apa yang telah aku rancang. Biarlah apa mereka mahu kata. Biarlah meraka menghina dan mengeji aku. Aku sudah penat menyimpan semua ini. Inilah masa yang paling baik untuk aku tunjukkan segala-galanya siapa aku yang sebenar. Aku tidak kisah jikalau mereka nanti tidak mahu mendekatiku. Aku ada Zul. Dia menerimaku walau apa sekalipun yang berlaku ke atasku. Aku cuma mampu berharap segala apa yang dirancang akan berhasil dengan baik...dan aku menjadi manusia yang baru.

Khaled

6.35 AM, 11 Januari 2007

 

      "Pagi esok kita akan bertolak. Kau dah siapkan apa yang perlu?", Zul yang baru keluar dari bilik air mula bersuara kepada Khaled.

      "Sudah. Semuanya beres!", Khaled membalas sambil tersenyum lebar.

      Zul membalas senyuman Khaled, namun tawar.

      "Kau tak usah bimbang Zul. Semuanya akan selamat"

      "Aku tak dapat bayangkan kalau terjadi apa-apa kepada kau. Aku tak sanggup nak hadapinya"

      "Kau jangan nak merepek yang bukan-bukan. Pembedahan ni takkan meragut nyawa aku. Proses ni memang dah ramai orang buat"

      Zul memandang sayu ke arah Khaled seolah-olah mahu memberitahu sesuatu. Namun dia mematikan hasratnya.

      Hatinya gusar. Dia tidak pasti keputusannya membawa Khaled ke sini satu tindakan yang betul atau tidak. Jika dihalang pula bimbang Khaled akan marah dan berkecil hati. Dia tidak mahu membuat Khaled sedih. Cukuplah orang sekeliling meperlakukan dia sebegitu. Jangan dia pula yang menjadi salah seorang daripada mereka.

      Zul berdiri di salah satu sudut di bilik hotel itu.

      Memandang jauh ke luar jendela.

      Membiarkan jiwanya terus berkocak dengan kegusaran.

 

iv

      Aku masih di sini. Aku tetap Khaled yang dulu. Ya! Memang aku pernah bercita-cita untuk menjadi manusia yang baru. Sememangnya aku sudah menjadi manusia baru tapi bukan manusia baru yang aku idam-idamkan dahulu. Manusia baru yang bernama Khaled ini mungkin jauh lebih baik dari manusia baru yang sangat aku inginkan  dulu. Aku tidak lagi digelar jantan lahap hanya kerana gemar merenung perempuan. Memang aku gemar merenung perempuan terutama perempuan yang cantik dan seksi. Bukan kerana aku bersifat seperti jantan lahap yang ingin menerkam mangsanya bila-bila masa. Aku ingin menjadi mereka. Aku ingin jelita dan seksi seperti mereka. Cuma orang sekeliling yang sering salah anggap.

      Jadi, untuk merealisasikan segala impianku, aku harus melakukan sesuatu yang drastik. Pembedahan! Pembedahan menukar jantina adalah sebaik-baik keputusan yang aku boleh fikirkan ketika itu. Aku mahu menjadi manusia baru. Aku mahu menjadi wanita. Bukan seorang lelaki yang bernama Khaled!

      Namun keadaan yang tidak pernah kusangkakan berlaku. Insan yang sangat aku sayangi, yang sangat aku cintai mati di hadapanku. Zul dilanggar oleh seorang pemandu langgar lari ketika mahu melintas jalan untuk menghantarku ke hospital. Aku tergamam. Pandanganku berpinar. Aku tak dapat berfikir dengan waras ketika itu. Aku hampir pengsan.

      Zul tidak dapat diselamatkan. Aku pulang ke tanah air. Selama pemergian Zul aku banyak termenung. Aku menjadi marah kepada diriku sendiri. Marah kepada orang sekeliling. Marah kepada Tuhan!.  Hanya diari ini saja yang aku selak setiap waktu  dan ia sudah  menjadi sahabat karibku.

      Namun ada satu perkara yang mengejutkan berlaku kepadaku. Aku tersedar dari tidur sebentar tadi. Aku menarik nafas panjang. Aku mula berfikir adakah semua ini berlaku secara tidak sengaja atau telah dirancang? Apakah yang tersirat di sebalik kematian Zul? Aku menangis semahu-mahunya. Setelah hampir setahun kematian Zul baru kini aku tahu.

       Tuhan amat menyayangiku.

      Aku buka almari dan laciku. Aku buang segala pakaian-pakaian wanita serta alat-alat solek yang aku beli selama ini. Kematian Zul membuatkan aku semakin takut dengan keadaan diriku sekarang. Apa akan terjadi jika aku yang mati pada masa itu dan bukan Zul? Aku tidak mahu mati dalam keadaan yang  jahil. Aku menggigil ketakutan.

      Kini, pada hari ini aku mahu jadi Khaled yang baru. Bukan lagi Khaled yang hanya tahu merenung wanita cantik dan seksi. Bukan Khaled yang mahu menjadi wanita yang cantik dan seksi.

Aku bersyukur kepadaMu Tuhan. Kau telah menghantar utusan kepadaku. Zul sememangnya  adalah utusan dari Tuhan.

Khaled

 10.00 PM, 12 Januari 2008

 

 

 

 

     

 

 

Cerpen sebelumnya:
Sketsa secebis pengorbanan
Cerpen selanjutnya:
Serban Kasih Abah 3

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
4 Penilai

Info penulis

kamalia

Hopeless romantic tapi kemungkinan besar menghidap philophobia. Meminati karya-karya luar kotak tidak kira dari genre apa, sambil disulami elemen cinta atau satira (tidak kira puisi, cerpen, lukisan, novel atau apa saja). Karya yang hebat secara peribadi adalah yang mampu membuatku termenung beberapa ketika kerana begitu terkesan. Kalau mahu lebih dramatik, mampu merembeskan air mata dan terkedu selama beberapa minit.    
kamalia | Jadikan kamalia rakan anda | Hantar Mesej kepada kamalia

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya kamalia
Finola & Matteo (Pertemuan di Pesta Malam Zamboni) | 15374 bacaan
Sepucuk Surat Pada Musim Tengkujuh Untuk Sahabat Khayalanku | 4892 bacaan
Satu Perasaan Yang Tak Terungkapkan | 7823 bacaan
PCB# 4 : Aku, Firdaus dan Batu Seremban | 4581 bacaan
Stesen Ajaib | 3372 bacaan
PCB# 3: Duniaku, Alice In Wonderland! | 5589 bacaan
PCB#2: Aku Hanyalah Sebuah Telefon Bimbit Kepunyaan Zaleha Yang Telah Mati Dipanah Kilat | 4759 bacaan
Demimu Yana, Aku Sanggup Mati! (Bahagian 2) | 3265 bacaan
Demimu Yana, Aku Sanggup Mati! (Bahagian 1) | 3328 bacaan
PCB#1: Surat Seorang Psikopat Yang Menyesal | 4256 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

16 Komen dalam karya Utusan dari Tuhan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik