Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Ini Cerita Kami

Cerpen sebelumnya:
Adik, Kamu Dimana?
Cerpen selanjutnya:
Federasi Fatamorgana

Matilah aku! Aku memang matilah kali ni. Tak ada peluang hidup dah! Aku kena pergi buat wasiat sekarang jugak! Aku memang bodoh tak terkawal.

Fadilla mundar mandir dengan kelajuan 130km/j di dalam bilik. Kepala yang keras dan tegar mungkin dah lembik sebab di ketuk berkali-kali. Habis berkeliaran, dia duduk. Belum 2 saat, dia bangun. Itulah kerja dia selama 2 jam. Akhirnya dia mengalah. Keluhan yang paling kuat di muka bumi dilepaskan.


“Ok, aku tak ada pilihan!” bisik hati kecilnya.

Fadilla berjalan pantas menuju ke tingkat bawah rumahnya. Matanya meliar mencari telefon bimbit yang dia campak tadi.


“Mana pulak aku campak phone aku? Time ni la nak main cak-cak dengan aku. Ke, petunjuk suruh aku tak payah call ibu?” Fadilla bermonolog. Baru cakap pasal petunjuk, telefon bimbitnya berdering. Petunjuk kepala hotak aku!


“Hello!” kasar nadanya, malas nak layan si pemanggil. Diam.


“Oi? Kalau tak reti bercakap, nak menelefon pulak!” talian dimatikan. Fadilla tidak membuang masa. Dia segera menghubungi ibunya yang mungkin tengah terpekik terlolong kat sekolah. Cikgu displin la katakan.


“Hello, bu? Ibu free tak? Orang nak cakap something ni,” air liur ditelan kelat. Rasa macam telan pisang muda je kelatnya.


**********************************************************************************

“Berapa ni dik? Janganlah bagi mahal-mahal. Akak dah selalu datang sini. Bagilah murah sikit,” ibu bermanja-manja dengan lelaki yang dipanggilnya adik tu.


“Saya tak boleh nak cakap lagilah, kak. Teruk ni rosaknya. Dah siap baru saya boleh kira balik. Langgar apa ni kak?” ibu memandangku tajam.


“Langgar lembu melintas!” aku makan pisang muda lagi. Lelaki konon muda tu terkebil-kebil. Kau percayalah cakap mak aku tu.

Habis berurusan, diorang berlalu nak balik. Fadilla masih menelan pisang muda tak habis-habis. Belum berlaku jujur sepenuhnya dengan ibu garang dia.


“Bu?” Fadilla bermukadimah.


“Apa bu bu?!” Kali ni, setandan pisang muda jadi santapan!


“Entah macam mana dia bawak kereta entah. Langgar sana sini. Nasib baik kereta yang masuk hospital. Kalau dia tu? Cubalah bawak elok-elok. Ni bukan main laju dipecutnya. Entah apa yang dikejarnya!” Fadilla diam. Nak cari pasallah tu kalau balas cakap ibu. Agak-agak ibu dah stabil, dia membaca basmalah sebelum bersuara dengan keyakinan 0.002%.


“Bu, budak yang orang terlanggar tu masuk hospital,” ibu brek kereta mengejut. Terkedepan aku yang tak pakai seat belt ni! Bersedia dengan guruh berdentum!


“Kenapa kau tak bagitau ibu tadi?!” ibu menjerit lagi. Fadilla terkumat-kamit, tak tau nak menjawab.


“Hospital mana?”


“Pantai MC,” ringkas jawapanku.


“Dilla, nanti hantar lauk ni. Bagi budak tu. Kesian dia. Mak ayah tak ada. Tak ada siapa jaga dia tu,” ibu sibuk masukkan lauk dalam tupperware. Fadilla cuma memandang bodoh. Mentang-mentanglah aku cuti sekarang ni. Lagi pulak lelaki tu mangsa kejahatan aku. Terpaksalah aku menghantar kejap lagi.


“Petang kang jangan lupa ambil adik kat sekolah,” ibu masuk kebilik pulak. Nak bersiap-siap pergi menjalankan tugas dan misi mendidik pelajar untuk lebih pandai dan berdisplin seperti aku. Nasib baik ibu mengajar petang. Ada juga orang masakkan lunch.

 


Lepas hantar ibu pergi sekolah, Fadilla pergi ke hospital membawa lauk-pauk yang ibu sediakan tadi. Dah macam bini dia rasanya aku ni. Bawak makanan hari-hari bagi dia. Bila dia nak keluar hospital entah?

 


“Assalamua’laikum?” Fadilla bagi salam. Nanti pakai redah je, mau terkejut lelaki ni.


“Waa’laikumussalam. Masuklah,” Fadilla melangkah sopan. Terpandangkan lelaki tu, Fadilla mengangkat tinggi plastik berisi makanan tadi sambil tersenyum kecil.

 


“Awak tak payahlah datang hari-hari. Korang dah bayarkan duit hospital ni dah cukup baik dah. Dahlah bilik first class. Saya pulak rasa bersalah,” kata Fuad, si mangsa perlanggaran. Fadilla buat bodoh. Itu bukan duit aku. Duit bondaku. Ini bukan masakan aku. Masakan bondaku juga. Kereta, kereta bondaku. Segala-galanya empunya bonda! Aku cuma si pelanggar yang perlu menghantar lauk. Itu sahaja.


“Saya tak kisah pun. Dahlah saya langgar awak dengan yakinnya. Awak tak saman pulak tu. Ini small matter je,” small matter untuk aku. Mungkin big matter untuk ibu?

Beginilah rutin aku sejak beberapa hari ni. Datang waktu tengah hari, lepak sampai petang. Ambik adik aku kat sekolah. Lepas tu ambik ibu. Bermanfaat sungguh cuti aku.


“Doktor cakap apa lagi? Bila boleh keluar?” Fuad meneruskan suapan. Sedapnya tengok dia makan. Walaupun aku dah makan, tapi tengok orang sakit makan rasa lapar balik.


“Lagi sehari dua je. Dah rasa ok dah ni,” Fadilla mengangguk kecil. Sepanjang beberapa hari lepak sama-sama, diorang dah kenal sesama sendiri. Fuad pun tengah cuti semester macam Fadilla. Umur Fuad tua setahun daripada Fadilla. Fuad tinggal dekat taman sebelah. Dan banyak lagi. Perlu ke cerita? Tak payahlah.

 


“Oklah. Nak pergi ambik si kecil kat sekolah, dan bonda garang jugak,” Fadilla bangun.


“Bye,” kata Fadilla sebelum berlalu.


“Dilla!”


“Yep? Fadilla menoleh sebelum sempat melangkah.


“Nak number phone boleh?” Fadilla terdiam. Kenapa aku rasa yang dia ni tiba-tiba kacak dan bergaya?


“Kadang-kadang bosan, tak tau nak buat apa. Boleh call awak,” sambung Fuad melihatkan Fadilla yang perasan lawa tu.

Akhirnya Fadilla angguk lepas tahap perasan dia menurun. Mereka bertukar-tukar nombor sebelum Fadillah sengih sepanjang memandu ke sekolah.

 



Esoknya, Fuad keluar wad. Aku juga yang hantar balik. Sangat VIP lelaki ini. Itu pun bonda garang yang suruh. Almaklumlah, keluarga Fuad tak tinggal kat sini. Fuad duduk dengan kawan-kawan dia. Tapi sebab cuti semester, semua balik kampung kecuali Fuad yang kerja sementara kat sini. Sungguh panjang penerangan aku.


“Terima kasih,” Fadilla mengangguk kecil. Tiba-tiba rasa segan. Sedih pun ada juga. Bukanlah sedih sebab Fuad dah keluar hospital! Biadap namanya tu. Sedih sebab tak dapat jumpa hari-hari. Eh sebentar Fadilla!


Adakah…….

Adakah aku……..

Oh tidak!!!


“Kenapa Dilla?” Fadilla kembali ke alam nyata.


“Tak ada apa,” dia menggeleng laju. Fuad bingung sendiri.


“Balik dulu eh,” Fadilla cover malu. Fuad angguk je. Ringkas perjumpaan terakhir diorang. Terakhir ke? Entah.

 


Walaupun tak dapat jumpa, tak dapat jadi bini solehah hantar-hantar lauk, Fuad dengan Fadilla tetap berhubung. Zaman dah moden. Telefon ada, sms ada. Kalau tak keep in touch, tak dijadikan cerita la.

 



“Hello Dilla?” ibu menelefonku pada suatu petang tu.


“Kenapa bu?”


“Dilla datang traffic light depan 7-eleven ni. Ambik ibu sekejap?” kata ibu.


“Kereta ibu mana?”


“Belakang tow truck. Ibu terlanggar Fuad,” jawab ibu selamba.


“HA?!”

Cerpen sebelumnya:
Adik, Kamu Dimana?
Cerpen selanjutnya:
Federasi Fatamorgana

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai

Info penulis

zira

im just an ordinary girl who loves to write..
nameless | Jadikan nameless rakan anda | Hantar Mesej kepada nameless

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nameless
Detik Akhirku | 4371 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final) | 4816 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 2 | 4795 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 1 | 4751 bacaan
Kasih Diana | 2514 bacaan
'i do' | 2703 bacaan
Cinta Buta | 999 bacaan
Impian | 2772 bacaan
Kera Sumbang | 3593 bacaan
Kisah Seorang Sahabat | 8029 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Ini Cerita Kami
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik