Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

cerita pendek no.2

Cerpen sebelumnya:
Senja Berlubang
Cerpen selanjutnya:
Spesimen Alfa

PENDEK.itulah nama anak angkat aku. Nama aku Siti Nurgayah Samsudin. sudah lapan tahun aku tolong jiran aku tengok-tengokkan anak dia. Jiran aku sudah meninggal dunia. Masa tu anak dia baru nak masuk 3 tahun. Sebelum dia mati, dia pesan dekat aku supaya tolong tengok-tengokkan anak dia. Dengan penuh tanggungjawab dan amanah, maka aku pun akur. 

 

PENDEK adalah seorang budak yang sangat cerdik. Dari kecil aku tengok dia memang pandai buat macam-macam.Semua dia boleh buat sendiri. Basuh berak, kencing, mandi, basuh baju, jemur baju, pakai baju, pakai seluar, gosok gigi pun dia pandai. Aku memang tak pernah ajar apa-apa dekat dia. Aku tengok saja. Bila malam, pandai dia cari botol susu dan bancoh susu. Baring atas tilam.Mata pejam. Aku memang tergamam.

 

Aku rasa, sebab itulah mak dia hanya suruh aku tengokkan anak dia. Sebab mak dia tahu anak dia cerdik. Tapi kalau fikir-fikir balik, aku memang rasa pelik. Bila masa anak dia sempat belajar semua itu?  Yang aku tak tahan, si Pendek ni masa umur dia 3 tahun lapan bulan, dia sudah pandai panjat pokok rambutan.Dekat rumah Haji Malik. Siap petik buah dekat sepuluh biji lagi bawa balik. 

Ada satu hari itu, masa umur dia genap 4 tahun, aku dia ‘sound’. Pasal aku terpijak ibu jari kaki dia yang luka akibat jatuh dari pokok buluh. Bukan ‘sound’ sikit-sikit, tapi menjerit-jerit sampai telinga aku sakit. Aku memang rasa macam nak bagi penampar sebab dia kurang ajar, tapi ayat mak dia masih terngiang-ngiang sampai sekarang. Jadi badan dia aku malaslah nak pegang, apalagi bagi terajang. Amanah orang.

Bila dia masuk tujuh tahun, dia bunuh kucing Pak Meon. Dia tangkap kucing itu dia sepit kepalanya dekat laci meja. Tak sempat kucing itu bersuara , terus mati terkulai kepala. Lepas tu dia letak dekat tengah jalan, datang lori, bersepah otak, terburai usus , lidah terjelan. Kesian Pak Meon kucing dia hancur. Menangis orang tua itu macam meratap dekat kubur. Aku dalam hati memang simpati, tapi nak buat macam mana, aku tak reti.

 

Sampai kini. umur pendek sudah lapan tahun. Dia darjah dua sekolah kebangsaan dekat seberang jalan depan rumah Pak Hasan. Pendek rajin pergi sekolah. Dia cakap dekat sekolah ramai  perempuan. ‘DASAR JANTAN..!’

Aku malas nak cerita panjang sebab aku rasa ini semua bukan masalah orang. Tapi amanah orang. Aku tetap akan pegang.Tak kiralah macam mana sekalipun. Walaupun Pendek itu perangai macam hantu ataupun  syaitan, aku kenalah tengok-tengokkan.

Cerpen sebelumnya:
Senja Berlubang
Cerpen selanjutnya:
Spesimen Alfa

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
2.8
5 Penilai

Info penulis

Rizzy

kurap yang mujarab. 
Rizzy | Jadikan Rizzy rakan anda | Hantar Mesej kepada Rizzy

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Rizzy
Tersangkut (Filem Pendek) | 18504 bacaan
Pak Kadiyag | 37354 bacaan
"Kasim"hannya Beliau | 2758 bacaan
Kiting Ke Kedai | 3434 bacaan
Soalan Gudun | 3824 bacaan
Denganmu Kutenang | 3054 bacaan
Kepala Monitor Alpetoh | 2922 bacaan
PCB#2 : Monolog Niraq | 2952 bacaan
Kau Suka the Cerpen (feat. Paktam) | 4600 bacaan
Tangisan Dodo | 3245 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya cerita pendek no.2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik