Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

Indera Panji dilanggar Todak

 Cerpen selanjutnya:
Selasa-Hari Ini Cuti

(Alhamdulillah, karya ini telah tersiar di Tunas Cipta Januari 2009)

Syahdan, diceritera hikayat ini daripada Tok Selampit yang baru selesai petapaannya di Gunung Semanggul. Dahulu kala, sebelum Benggali Putih datang melanggar Melaka, tegaklah sebuah kerajaan di selatan Champa yang diberi nama Indera Panji. Akan nama rajanya, diberitakan bernama Raja Lestari.

Indera Panji ini hidup bersandarkan kepada pelabuhannya yang bernama Pelabuhan Indera. Oleh kerana terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Majapahit dan Champa, maka sibuklah pelabuhannya dengan jong-jong yang datang berteduh di sini tatkala laut bergelora. Secara umumnya, terdapat dua golongan rakyat sahaya yang tinggal di Indera Panji ini. Satu golongan yang hidup dengan maksiat di kawasan pelabuhan, dan satu golongan lagi yang beriman dengan Tauhid tinggal di hutan. Golongan yang warak ini diberi nama kaum Bertelinga Panjang dek kerana telinga mereka yang lazimnya lebih panjang dan lebih tirus berbanding manusia biasa.

Mengikut ceritera Tok Selampit, kaum Bertelinga Panjang ini telah mendapat wahyu Ilahi yang disampaikan oleh Nabi Allah Khidir A.S. Hiduplah mereka ini dengan rukun dan syariat Tuhan yang Maha Agung. Oleh kerana hidup mereka adalah di hutan, maka memanah merupakan kemahiran mereka yang paling tinggi. Diberitakan bukan sahaja mereka ini hebat memanah rusa, malahan burung rajawali yang terbang di udara itu pun boleh dialahkan. Begitulah kehebatan kaum ini yang diketuai oleh seorang pendekar sakti bernama Legolas.

Akan Raja Lestari ini, semakin hari semakin tua jugalah orangnya. Masygullah tuanku kerana ketika uban menutup kepala, masih tiadalah lagi dikurniakan waris. Hal ini menjadi kesusahan kepada baginda tuanku kerana jika tiada waris, maka bergoncanglah kerajaan Indera Panji jika ditakdirkan baginda wafat. Dikhabarkan kemasygulan ini kepada Bendahara Tun Gangsa.

*****
Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun Urusan Seri Paduka Baginda: Himpunan cerpen tulisan Johari Rahmad yang memuatkan 6 buah cerpen dan temubual beliau dalam majalah Tunas Cipta keluaran DBP

http://www.kapasitor.net/images/ebook/1299736161.png 

 Cerpen selanjutnya:
Selasa-Hari Ini Cuti

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.1
7 Penilai

Info penulis

Johari Rahmad

Mari jadi baik
jojo | Jadikan jojo rakan anda | Hantar Mesej kepada jojo

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya jojo
Dendam | 2635 bacaan
PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit | 3320 bacaan
PCB#3: Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis | 2764 bacaan
PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa | 2676 bacaan
M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda | 4449 bacaan
Betelguese, Aldebaran dan Measat-70 | 2826 bacaan
Meeting - Siri 1 | 2059 bacaan
Can You just Reduce My Fine, Sir? | 1228 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

16 Komen dalam karya Indera Panji dilanggar Todak
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik