Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Satira

Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!)

Cerpen sebelumnya:
Hati ini bukan milikmu
Cerpen selanjutnya:
Kerana Zuriat

Had bacaan 18PL : Sesuai di baca untuk 18tahun ke atas.

*****

"Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh".(Surah al-Hajj ayat 31)


"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada mereka sendiri" .(Surah Yunus ayat 44)

**** 

Aku? Aku Bon.Jebon...aku mendapat gelaran tu bagaimana ya?Erm... pasti engkau orang boleh teka dari mana dapatan idea gelaran itu hadir. Ya, aku peminat cerita James Bond. Sedari kecil hingga sekarang. Dari judulnya yang tidak aku ingat sehinggalah "James Bond: Casino Royal". Setiap kali keluar saja filem James Bond, akulah antara kelompok pertama yang akan pergi menontonnya di panggung wayang. Biarlah bersesak, teraba-raba punggung, berpeluh berbaris panjang asalkan hajatku tercapai. Boleh saja aku menempah secara "online" tapi kemeriahannya tiada. Aku lebih rela bersusah payah sedikit paling kurang dapat juga aku merasa punggung gadis-gadis sunti.Hahaha...

Aku mempunyai harta yang melimpah-ruah yang bila dibelanjakan tidak pernah akan habis. Hartaku beranak-pinak hasil dari pelaburan, perniagaan dan "kerja-kerja part time" yang aku lakukan. Aku sekarang tak perlu bersusah payah  memerah keringat sehingga peluh penuh satu baldi. Haram atau halal itu belakang kira yang penting harta itu kepunyaanku dan kekayaan itu pastinya akan aku wariskan pada cucu-cicit aku. Aku kini selesa duduk di atas kerusi ini. Nikmatnya tak terkata. Kerusi ini diperbuat dari kulit haiwan spesis herbivor. Warnanya hitam sehitam hati aku ini. Kerusi ini mempunyai "multifunction" di mana ia boleh naik dan turun untuk tidur, boleh juga digunakan untuk mengurut badan yang lenguh dan yang penting sekali kerusi ini khas untuk aku duduk. Kerusi ini hanya ada sebiji saja di dunia ini. Mahal harganya tidaklah mampu aku nyatakan. Engkau orang pandai-pandailah sendiri meletakkan harganya. Walaupun mahal harganya tetapi masih ramai orang yang kepingin untuk duduk di atas kerusi ini. Berebut-rebutan sesama sendiri, kalau perlu berbunuhan,berbunuhanlah. Kepanasan kerusi ini seperti api yang marak menyala sehingga mampu mencairkan platinum. Engkau orang bayangkanlah sendiri kepanasannya. Tapi apabila engkau orang duduk di atas kerusi ini. Engkau orang akan dapat rasakan kedinginannya. Dingin lain dari yang  lain. Bagaikan di dalam syurga.Engkau orang mahu akan kerusi ini? Ya, engkau oranglah! Engkau orang yang sedang membaca cerpen ini. Aku boleh berikan pada engkau orang semua bersama sekali dengan harta aku yang melimpah ruah itu dengan syarat engkau orang lepaskan aku... ya lepaskan aku... lepaskan aku!!!
 
 *****

Utusan Malaysia, 26 Dis 2009

 

WASHINGTON 25 Dis. - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertungkus-lumus menjejaki rekod kehidupan seekor lembu yang dipercayai kes pertama penyakit lembu gila di AS sambil cuba membendung kerosakan ekonomi akibat kesangsian pengguna dengan bekalan makanan mereka.
 

``Risiko terhadap nyawa manusia amat rendah,'' kata Setiausaha Pertanian, Ann Veneman semalam sekali pun negara demi negara mengharamkan import daging lembu Amerika.

 


 
Surat khabar tersebut diletakkannya di atas meja kaca berbentuk segi empat tepat itu. Secangkir kopi yang masih hangat dan kelihatan berasap-asap dihirup dengan perlahan.

 

“Slurp… slurp… slurppp” Usai menghirup dia meletakkan cawan tersebut di sebelah surat khabar. Kedua belah tangannya dirapatkan kemudian diletakkan di belakang leher. Dia menyandarkan badan pada kerusi empuk berwarna hitam. Pandangannya dipakukan pada siling kristal berwarna ungu. Apa yang difikirkannya? Sekejap-sekejap dia memejam mata. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tidak aku dengari. Aku memerhatikannya dari satu sudut yang pastinya dia akan sedari sekiranya aku memandangnya. Namun, dia tidak pernah pun peduli renungan mata aku yang tajam ini. Dia sekadar menganggap aku sebuah potret yang usang dan pada kebiasaannya menjadi tempatnya mengadu domba. Aku sudah naik bosan mendengar bebelan dan segala apa yang disuarakannya. Kuasa, darah, betina, wang dan apa saja bentuk keduniaan. Semuanya dilepaskan pada aku. Entah bila masa aku mengatakan kesudian aku untuk menjadi pendengar setia? Mungkin juga aku pernah bersuara padanya begitu. Namun aku sudah tua, usia yang berusia ratusan tahun ini mana mampu lagi mengingati perkara remeh sebegitu.

 

Eh, eh… ,ke mana pula lembu itu nak pergi? Ooo… dia pergi ke jendela kacanya. Dia menguak langsir ke kiri dan kanan. Wah, aku kagum! Inilah kali pertama aku melihat kota metropolitan ini. Sangat berlainan setelah berapa ratus tahun aku tak kemari. Dari dinding ini, aku dapat melihat betapa dasyatnya pembangunan pada zaman tandus ini. Engkau orang… aku panggil kamu ni… engkau orang… ya, ya, yang sedang baca cerpen ini. Kalau engkau orang mahu tahu, dia adalah zindiq yang berfikir berpaksikan kekufuran. Dia seekor lembu yang bermuka tebal di mana apabila kamu kritik dia, air muka dia tidak akan pernah berubah. Tapi awas engkau orang, matanya tajam sedikit sahaja waima sesaat engkau orang alpa dia akan mengambil kesempatan. Sesungguhnya dia adalah seorang yang bijak lalu dapat memilih antara pendapat-pendapat yang berbeda. Maka, seriuslah kamu mengomen karya dia kerana dengan musuh pun dia akan menguntum senyum. Aku berpuluh tahun mengamati dia. Jadi, aku tahu segala tingkah laku dan sifat-sifat yang ada pada dia. Mata aku ini sudah naik sakit dan bengkak melihat pelbagai aksi dia. Ada aksi yang sumbang langkahnya, ada aksi yang mungkin pada aku sangat pelik. Bayangkanlah seekor lembu menari Tango… Berdarah hidung aku melihatnya.

 

****

 

Aku dah bosan! Aku dah bosan! Kau tau tak aku dah bosan dengan muka kau? Balik-balik muka kau. Sudah berapa penggal muka kau saja yang menduduki aku ini. Memusar-musarkan punggung engkau yang selepas membuang bahan tercerna tanpa beristinjak. Barangkali kau belum sedarkan diri atau kau masih dahaga. Dahaga kuasa dan kekayaan yang kau tau Dia akan menarik balik suatu hari nanti atau kau sengaja buat-buat lupa? Yang pasti, aku ingin kau berambus. Aku sudah meluat berbakti pada kau. Kau menyalahgunakan aku dengan menjadikan aku sebagai tempat melampias nafsu kau. Habis semua buah betik yang ranum engkau makan. Getah yang kau toreh dari pokok getah yang muda habis kau sedut. Lembu jenis apa kau ini? Bangsa kau, kau lagakan. Sahabat sebangsa kau yang mulanya lembu, kau kambing hitamkan. Engkau mengambil keuntungan dan berkongsi dengan bangsa lembu yang lain. Engkau berpendidikan tinggi kononnya belajar sampai ke luar negeri. Tapi kau tetap bodoh macam lembu. Ah, memang kau lembu. Apa yang kau dapat belajar di sana? Apa yang kau bawa balik ke mari? Budaya lembu di sana yang menonggang botol warna hijau? Budaya yang menghalalkan perkara yang haram? Lalu di mana kau campak agama kau wahai lembu? Aku tak pernah melihat kau sujud padaNya. NamaNya pasti kau sudah terlupa, apa yang kau ingat semestinya wang yang kau yakin akan memberi kenikmatan syurga di dunia. Jeritan batin aku, nasihat aku dan segala-galanya seruan yang mengajak engkau ke arah Jalan Syurga, engkau sekadar memandang sepi dan menulikan telinga. Kau beringatlah lembu, aku ini bukan kepunyaan kau. Suatu hari nanti kau akan menerima kesudahan yang kau tidak pernah fikirkan.
 
****

“Apa terjadi pada Jebon,Tok Bak?” tanya Akmal ingin tahu. Jarang sekali dia dapat bersama Tok Baknya. Pantang cuti semester dia akan pulang ke kampung halaman yang terletak di Tanjung Bidara. Tok Baknya rajin bercerita. Semester lepas, Tok Baknya bercerita mengenai Perjanjian Pangkor 1874 yang merupakan satu titik hitam pada sejarah tanah air. Bermula dari situlah segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang terserah kepada Inggeris kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.


“Sabar Mal, Tok Bak nak cerita la ni.” Dia membetulkan semutar di kepalanya. Lelaki tua itu menyedut rokok daun nipah sebelum menyambung kata-katanya.


“Jebon ni tak sedar dek untung… padang ragut yang luas itu disapunya bersih. Lembu-lembu lain yang lemah lagi tak berdaya terbiar kelaparan. Dalam banyak-banyak lembu di padang ragut tu Jebonlah yang paling gemuk sekali. Yang bagus sekali Si Jebon ni, sebaik sahaja mengambil hak lembu-lembu lain, dia lepaskan bom hijaunya merata-rata padang. Kononnya nak bagi subur tanah agar tumbuh cepat rumput-rumput di situ.”  


“Isk Jebon ni, tamak sungguh ye Tok Bak. Tak senonoh pula tu. Kalau nak melepas tu pergilah tempat strategik sikit. Pergilah toilet ke. Lahabau Si Jebon ni. Kenapa pengembala tak pantau Si Jebon ni Tok Bak?”Akmal berfikir logik. “Sepatutnya dikurungkan saja Si Jebon tu!” tambah Akmal. Terbingkis rasa tidak puas hati di hatinya.


“Tiada yang bijak selainNya. Dia sekadar memerhati dari jauh, Mal. Nanti tahulah Dia beri hukuman. Dia Maha Mengetahui. Kebiasaannya, ada anjing yang mengawal lembu-lembu ni. Entah kenapa anjing tu hanya mengawal lembu-lembu lain. Si Jebon ni dibiarkan saja berkeliaran.” ulas Tok Bak panjang lebar. Tangannya ligat menganyam jaring. Sesekali dia berdehem. Rokok nipah yang  semakin pendek hayatnya dilempar ke halaman rumah.
 
 *****
 
 "Pegang dia kuat-kuat jangan bagi lepas. Kuat si Jebon ni. Padanlah makan banyak." kata seorang lelaki yang berbaju biru tua itu.

"Lepaskan aku... lepaskan aku... lepaskan aku !!!" jerit Jebon sekuat-kuat hati. Namun tiada siapa yang mendengari jeritan batin Jebon tu. Kaki dan tangan Jebon diikat pada kayu yang dipacak empat penjuru. Satu penjuru untuk kaki kanan, satu penjuru untuk kaki kiri, satu penjuru untuk tangan kanan dan satu lagi penjuru untuk tangan kiri. Jebon meronta-ronta. Tangannya berdarah-darah akibat pergeliseran dengan tali pengikat balak. Kepala Jebon berada di atas satu lubang yang telah digali sedalam satu kaki. Rontaan Jebon semakin lama semakin lemah. Jebon kepenatan. Peluh terbit di setiap liang romanya.

"Eh, engkau orang! Engkau orang tak akan tengok saja? Engkau orang yang sedang baca cerpen ini. Tolonglah aku... aku akan bagi semua harta dan kekayaan aku pada engkau orang" sayu suara Jebon. Kelihatan matanya berkaca. Menyesalkah Jebon? Sudah pasti dia menyesal dan saat ini barulah Jebon sedar harta kekayaan tidak akan membantunya dari hukumanNya.

Semua orang yang berada di situ telah bersiap sedia dengan pisau masing-masing. Pisau-pisau tersebut berkilauan memantulkan cahaya matahari. Jebon sekadar menelan air liur. Hendak melarikan diri sudah tidak berdaya. Dia terpaksa rela menerima hukuman ini. Bagaikan gulungan filem berpusing-pusing, Jebon menatap satu persatu kepingan-kepingan filem dosa yang pernah dia lakukan. Kerusi kepunyaannya yang disanjung-sanjung dan dipuja saban hari tidak dipedulikan lagi. Penyesalan pada waktu nyawa di hujung pisau hanya sia-sia.
 
"Bismillahirahmanirahim..." serentak bacaan kalimah suci tersebut penyembelih lembu menggilis pisaunya pada leher Jebon. Jebon memejamkan matanya menanti ajalnya tiba. Darah merah pekat mula mengalir memasuki lubang tanah. Jebon sudah kaku. Matanya terbeliak.

Tamat..
 
Rujukan:
 
Rujukan :
1.Ancaman Bahaya Sekularisme oleh Al Faqiir Ila Rabbihi,Zulkifli Haji Ismail
2. Ciri-ciri politikus oleh Dr. Hamka(alm.)
3. Sekularisme Di Malaysia: Satu catatan oleh PAKITAM

Cerpen sebelumnya:
Hati ini bukan milikmu
Cerpen selanjutnya:
Kerana Zuriat

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.2
6 Penilai

Info penulis

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Jadikan paktam85 rakan anda | Hantar Mesej kepada paktam85

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paktam85
Gerimis Salju The Cerpen(.ost Jawapan Cinta) | 3256 bacaan
Qurratul Ain Episod Akhir | 4304 bacaan
Qurratul Ain 2 | 3174 bacaan
Qurratul Ain | 5506 bacaan
Drama: Naik Lagi? | 1648 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) 2 | 2269 bacaan
Sang Arnab dan Sang Kura-kura(Episod Balas Dendam) | 9291 bacaan
Stanza Terakhir | 4278 bacaan
Drama : Bidai Senja | 3316 bacaan
Rembesan Perjuangan | 2308 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya Kerusi Kepunyaan Lembu("Cow" bkn kau!!)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik