Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa

Cerpen sebelumnya:
PCB#2 : Aku sebuah cerpen
Cerpen selanjutnya:
PCB#2: Aku Klise

Aku masih ingat lagi sewaktu aku berkhidmat kepada Ricardo.

Ricardo adalah seorang anak muda yang sudah menjangkau usia 34 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Dan sepanjang itu jugalah aku setia bersama beliau. Sejak dari zaman bayi, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, bekerja, berkahwin dan kini sudah ada 2 orang anak.

Ricardo tidak pernah kira berapa kali aku menolong beliau. Dari saat kumuhnya cair berwarna hijau, berwarna kuning dan kemudian apabila sudah tahu makan nasi, kumuhnya mula berwarna hitam. Itu belum diambil kira kumuh yang lembut, keras, kecil-kecil tapi keluar sikit-sikit, besar-besar tapi keluar sekali harung mahupun keluar diselang-seli bersama gas metana.

Ricardo pada hemat aku adalah seorang yang sangat aktif. Walaupun aku tidak nampak bagaimana keaktifan beliau, tapi aku dapat rasakan daripada gegaran, pergerakan dan perbualan. Ya, aku dengar apa yang Ricardo borak dengan kawan-kawannya, adik-beradiknya, saudara maranya, ibu bapanya, kekasih-kekasih hatinya, isterinya dan anak-anaknya. Pernah suatu ketika ketika Ricardo masih kecil, beliau menayangkan aku di hadapan kawannya yang sebaya. Tak silap aku, ketika tu beliau marahkan rakannya yang megetuk kepalanya dengan botol susu.

Ricardo dibesarkan dalam keluarga Islam. Sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya ada mengajar Ricardo cara untuk sembahyang. Aku tahu kerana aku sudah beberapa kali disebat dengan tali pinggang kerana kesalahan Ricardo yang mengabaikan solat. Ibu Ricardo cantik orangnya. Bertuah ayah Ricardo dapat beristerikan perempuan secantik itu.

Ricardo banyak rahsianya. Dan, yang paling amanah di keliling Ricardo sehingga ke saat ini cumalah aku. Aku tahu berapa ramai kekasih Ricardo. Aku tahu ke mana Ricardo pergi jika beliau bergaduh dengan isterinya. Aku tahu ke mana Ricardo ponteng pada zaman sekolahnya. Malahan, aku juga tahu warna seluar dalam kegemaran dan kegeraman Ricardo. Semua tentang Ricardo ada dalam simpanan aku. Jika aku keji dan kejam, aku sudah ugut beliau dengan wang tebusan RM40 juta.

Ricardo pernah berniaga semasa zaman kolejnya dahulu. Ketika rakan-rakan yang lain sedang sibuk membuat tugasan dan latihan di kolej, Ricardo sibuk ke seminar keusahawanan di sana dan di sini. Aku tahu berapa ribu duit PTPTN yang dilaburkan beliau ke dalam perniagaan beliau. Aku tahu apa produk perniagaan Ricardo ketika itu. Pil spirulina dan jeli gamat yang harganya di luar kemampuan. Belum dicampur dengan gelang magnet, penapis air dan batu dari gunung berapi.

***** 

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun Urusan Seri Paduka Baginda: Himpunan cerpen tulisan Johari Rahmad yang memuatkan 6 buah cerpen dan temubual beliau dalam majalah Tunas Cipta keluaran DBP

http://www.kapasitor.net/images/ebook/1299736161.png

Cerpen sebelumnya:
PCB#2 : Aku sebuah cerpen
Cerpen selanjutnya:
PCB#2: Aku Klise

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
5.0
9 Penilai

Info penulis

Johari Rahmad

Mari jadi baik
jojo | Jadikan jojo rakan anda | Hantar Mesej kepada jojo

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya jojo
Dendam | 2644 bacaan
PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit | 3331 bacaan
PCB#3: Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis | 2770 bacaan
M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda | 4464 bacaan
Betelguese, Aldebaran dan Measat-70 | 2844 bacaan
Meeting - Siri 1 | 2068 bacaan
Indera Panji dilanggar Todak | 2687 bacaan
Can You just Reduce My Fine, Sir? | 1233 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

26 Komen dalam karya PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik