Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Syiah (Bahagian akhir)

Cerpen sebelumnya:
PCB#3: Kuih Kasuinya terpelanting!
Cerpen selanjutnya:
Berikan Hatimu

“Syiah Imamiyah adalah kelompok Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia. Mereka juga dikenali dengan nama  Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar as-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahli Sunnah wal Jamaah. Imam Jaafar as-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampau pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia”.

“Mereka dikenali juga dengan nama Itsna Ashariah (Imam 12) kerana mereka menentukan 12 imam dari leluhur ahlulbait iaitu:

1. Ali bin Abu Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Husain (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah. Pengikut Imamiah percaya beliau akan lahir menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman.

Kemudian mereka berpecah pula kepada beberapa fahaman yang mempunyai pegangan dan akidah yang berlainan antara satu sama lain, Sebahagiannya terpesong daripada ajaran Imam Jaafar as-Sadiq”.

Dia menukar setiap data yang kompleks dari otaknya menjadi maklumat tersusun yang kemudian disalurkan melalui pemilihan kata yang ringan dan ringkas agar mudah dihadam. Terbersit cemburu dihati dengan kebolehannya menyimpan, mencerna dan menyampaikan maklumat. Mungkin disiplin ilmu agamanya membentuk dia menjadi seperti itu. Untuk susuk semuda itu, dia nyata luarbiasa.

“Baqiriah adalah pengikut kepada Muhammad Baqir, imam yang ke-5 menurut senarai imam-imam mereka. Jafariyah pula pengikut anaknya, Imam Jaafar as-Sadiq iaitu imam yang ke-6. Para pengikutnya berkata, kedua-duanya adalah imam seperti Zainal Abidin yang menjadi imam sebelum daripada keduanya, tetapi di kalangan mereka ada yang berpendapat yang menjadi imam mesti daripada keturunan mereka berdua. Menurut mereka sekiranya Baqir masih hidup, beliau dikatakan bakal menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman” dia merenung ke arahku seketika sebelum membetulkan postur duduk. Mungkin sedikit melenguh.

“Walau bagaimanapun, Baqir meninggal dunia sebelum menepati ramalan. Mereka melantik anaknya iaitu Jaafar menjadi imam. Imam Jaafar as-Sadiq tinggal di Madinah. Golongan Syiah menganggap Jaafar mempunyai rahsia-rahsia ilmu. Jaafar berpindah ke negara Iraq. Beliau menolak sekeras-kerasnya pendapat yang yang diada-adakan oleh mereka yang mendakwa sebagai pengikutnya dan pendapat itu bercanggah dengan Islam. Antara fahaman mereka: Hilangnya imam, berpindah roh orang yang mati ke dalam roh orang-orang yang masih hidup atau kembali semula ke alam dunia selepas mati, menyerupakan Tuhan dengan makhluk, menolak fahaman Muktazilah, Jabariah dan penyelewengan-penyelewengan yang lain dan melaknat sekeras-kerasnya mereka yang menyeleweng itu. Namun, pengikut-pengikutnya berpecah kepada beberapa fahaman selepas beliau meninggal dunia antaranya Nawusiah, Al-lfthahiah, Al-Sumaitiah, Al-Musawiyah dan Al-Mafadliah”.

Di luar langit terlihat suram dengan riak hujan yang membawa alamat seperti mahu melebat. Beberapa orang siswa dan siswi kelihatan berlari-lari anak mencari perlindungan dari timpaan air  langit. Jumlah pengunjung perpustakaan juga makin bertambah. Mungkin ada yang memilih berlindung di sini sementara menunggu hujan mereda. Suhu hawa dingin terasa semakin sejuk melingkari permukaan kulit yang kemudiannya bertindakbalas dengan menimbulkan bintik-bintik halus. Aku memandang Luqmanul Hakim yang masih kekal bersemangat.

“Fahaman Imamiah juga dikenali pada hari ini dengan Itsna Ashariah Jaafariah. Golongan yang banyak terdapat di Iran ini menolak fahaman-fahaman yang bercanggah dengan dasar-dasar akidah yang dianuti oleh sebahagian daripada aliran-aliran sebelumnya dan menganggapnya kafir. Ini dapat dilihat dari sarjana mereka seperti Kasyaf Al-Ghita yang menganuti agama tauhid semata-mata, menolak fahaman yang menyatakan Allah serupa dengan makhluk, menolak sifat-sifat kekurangan, menolak ajaran tanasuh al-ruh, mujassimah, hulul dan ittihad”.

“Mereka  menambah rukun iman menjadi 6 iaitu percaya kepada imam. Menurut mereka, jawatan imam adalah anugerah Tuhan sebagaimana nabi. Allah menyuruh nabinya supaya menunjukkan imam melalui bukti al-Quran. Apabila nabi menyampaikan ajarannya daripada Allah maka imam menyampaikannya daripada nabi. Mereka percaya imam adalah maksum (terpelihara) daripada dosa seperti nabi” Dia berhenti sejenak sambil sedikit menyandar pada permukaan kerusi.

“Selain dari rukun iman, adakah terdapat lagi perbezaan-perbezaan antara mereka dan kita?” soalku ingin tahu.

“Dalam ilmu fikah, mereka berselisih pendapat dengan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam perkara nikah Mut’ah (kahwin bertempoh). Mereka mengharuskan nikah ini walaupun Ahli Sunnah mengharamkannya. Mereka menjamakkan sembahyang di tempat tinggal, sembahyang Jumaat ditangguhkan sehingga lahirnya imam yang ghaib iaitu Imam Mahdi, sembahyang hari raya hukumnya wajib. Sembahyang tarawih tidak dilakukan secara berjamaah. Menambahkan azan dengan kalimah ‘Aku bersaksi Ali itu wali Allah’ dan ‘Marilah mengerjakan perbuatan baik” dan lain-lain lagi” jawabnya ringkas. Aku jadi tertarik untuk tahu soal muta’ah itu. Kesempatan ini perlu dimanfaatkan.

“Apa dalil mereka untuk menghalalkan muta’ah?” soalku tanpa selindung.

“Salah satu dari dalilnya mereka bersandar pada kata-kata Saidina Ali r.a seperti yang terkandung dalam Tafsir Al-Tabari yang berbunyi: “sekiranya Umar tidak melarang nikah muta’h, nescaya tidak ada seorang pun yang melakukan zina melainkan orang yang celaka”. Sedang telah jelas pada sebuah hadith sahih yang perawinya adalah Saidina Ali sendiri seperti yang direkodkan oleh Ibnu Majah dan Al-Nasai “Daripada Ali bin Abu Talib katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai jinak". Jelasnya sederhana sambil aku mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

“Dalam ilmu tafsir dan rujukan hadis pula, mereka hanya mengangkat laporan Ahli Bait yang diambil daripada Ali bin Abi Talib. Mereka tidak mengiktiraf laporan Abu Hurairah dan sahabat-sahabat yang lain. Begitu juga buku-buku tafsir seperti Tafsir al-Tabari, al-Qurtubi, Ibnu Katsir dan buku-buku hadis seperti Al-Muwatha’ karangan Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sahih Bukhari dan Muslim dan buku al-Arba’ah”dia kembali menyandar sambil mendengus kecil.

“Bagaimana dengan dakwaan bahawa syiah mengkafirkan para sahabat? “ tanyaku mohon kepastian.

Dia membetulkan postur tubuhnya sambil merapikan bajunya yang sedikit kerusut. Sebelum melanjut.

“ Seperti yang aku jelaskan sebelum ini, terdapat kelompok syiah yang melampaui batas. Ada juga dikalangan orang awam syiah dan sebahagian ulama mereka dari kelompok yang sederhana melakukan hal yang sama. Ini dapat dilihat daripada insiden perlecehan terhadap Umulmukminin Siti Aishah rha yang dilontarkan oleh Yassir al- Habib di London dan kemudiannya dikecam hebat oleh komuniti Syiah di Arab Saudi, negara-negara teluk dan juga Iran. Susulan dari insiden itu, pemimpin agung Iran, Imam Sayyed Ali Khamenei menerbitkan sebuah fatwa yang mengharamkan perlakuan buruk terhadap istri Nabi dan melecehkan simbol-simbol (tokoh-tokoh yang diagungkan) Ahlussunnah wal Jamaah”.

“ Mengikut pegangan Syiah Itsna Asy’ariyah, mereka tidak mengkafirkan para sahabat, bahkan mencintai dan menghormati. Namun mereka tidak menganggap semua para sahabat itu adil. Ini dapat dilihat dari pandangan rasmi  salah seorang Marji terkemuka mereka, Ayatullah Jaafar Subhani : Kekafiran dan keadilan adalah dua masalah entiti yang berbeza dan tidak boleh kedua-duanya dicampur adukkan. Pada pandangan Syiah dikalangan sahabat itu ada yang bertaqwa dan berlaku adil, namun sebilangan daripada mereka ada juga bersikap tidak adil. Tidak adil dan kafir sangat jauh bezanya”

 Namun kita tidak bersetuju dengan pandangan ini.  Seperti apa yang diucapkan oleh Dr.Yusof Al-Qaradhawi dalam fatwanya: jika benar Rasulullah telah melantik Ali r.a sebagai Khalifah sesudahnya, dan para sahabat menyembunyikan berita ini sekaligus bererti mengkhianati amanah nabi dengan melakukan konpirasi merampas kekhalifahan dari Ali r.a, mengapa Ali r.a tidak mengisytiharkannya kepada khalayak dan bangun menegakkan kebenaran? Malahan beliau berbai'ah kepada Abu Bakar, Umar dan Uthman. Maka pesoalannya di sini, Mengapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak bercakap benar? “ Dia mendengus berat. Merenung jauh ke luar cermin sambil mengusap-usap kedua telapak tangannya yang sedikit kedinginan.

 “Bagaimana pula dakwaan tentang Syiah berpengang bahawa ibadat haji itu tidak wajib” Aku semakin dicengkam rasa ingin tahu.

 Dia sempat memandang aku sebelum ketawa kecil sambil mengeleng-gelengkan kepala. Aku jadi malu.

 “Meskipun kita tidak bersetuju dengan beberapa pandangan mereka, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka-reka kebohongan. Apatah lagi di era lambakan maklumat seperti sekarang ini, informasi berada dihujung jari. Sebagai sarjana kita perlu bijak menilai informasi dan  mengkaji secara teliti duduk sesuatu permasalahan dari pelbagai sudut pandang. Jangan tergopoh-gapah dan terbawa oleh arus narsisisme. Menurut ulama besar Itsna Assyariah dan juga pemimpin revolusi  Iran, Ayatullah Khomeini dalam kitabnya Manasik Haji jelas menekankan kewajipan ibadat haji  seperti dalam fatwanya : la adalah bahagian dari rukun agama. Menginkari kewajibannya berarti menginkari hukum Allah dan ini akan menyebabkan kekufuran. Allah berfirman di dalam surah Ali-Imron ayat 97: " Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah."

 Aku berasa menyesal mengajukan pertanyaan sedangkal itu. Namun cepat aku teringat pada sebuah ungkapan inggeris “A person who asks a question is a fool for five minutes, a person who doesn't is a fool forever”.

 “Setiap tahun 200 ribu warga Iran menunaikan ibadah haji dan 1 juta warga Iran juga menunaikan ibadah umrah. Berdasarkan data, banyak dari kalangan mahasiswa yang menunaikan ibadah haji dan umrah. Jadi sangat menyedihkan bila pertuduhan seperti itu dilemparkan oleh individu yang mewakili Jabatan agama. Seharusnya kita perlu lebih teliti serta berhati-hati dalam mengulas sesuatu isu agar kredibiliti dan integriti tidak dipersoal. Aku setuju dengan saranan Dr. Asri : adalah lebih bijaksana jika kita dapat merungkai permasalahan ini dengan berdialog. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal”.

Di luar hujan sudah mula mereda. Tapi suhu dalam perpustakaan ini terasa semakin dingin menusuk belulang. Kelihatan ada siswa yang terlena dibelai angin nyaman pendingin hawa. Tidak kurang yang berpeluk tubuh akibat dicengkam sejuk.Terdengar sayup suara azan dari corong pembesar suara masjid menandakan telah masuk waktu Asar bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Luqmanul Hakim mengejapkan kakinya perlahan-lahan menemukan pintu keluar sebaik memohon diri  bagi menyahut panggilan tadi. Aku memerhatikan setiap langkah yang disusun lelaki penuh wibawa itu.  Sebaik susuk itu kabur, aku jadi rindu. Rindu yang bukan dibuat-buat. Belum pernah aku merasa seaneh ini. Ahh! Siapa pun juga pasti akan merasakan hal yang serupa jika sempat mengenali dia. Siapa pun akan terpesona pada santunnya, tercerah dengan perkataannya, gumam pada kebijakannya dan megun pada kesederhanaannya. Sesuai dengan namanya Luqmanul Hakim.

 Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman 31:12)

Cerpen sebelumnya:
PCB#3: Kuih Kasuinya terpelanting!
Cerpen selanjutnya:
Berikan Hatimu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

toti

aku antara berbilion manusia yang bercita-cita mahu masuk syurga
toti | Jadikan toti rakan anda | Hantar Mesej kepada toti

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya toti
Muhammad Pesuruh Allah | 2288 bacaan
Cempiang Metropolis (Bahagian Akhir) | 2078 bacaan
Cempiang Metropolis (Bahagian Satu) | 2788 bacaan
Ayuh! rapatkan saf (Bahagian akhir) | 2869 bacaan
Ayuh! rapatkan saf (Bahagian 1) | 2639 bacaan
Fabel tentang ayam | 3309 bacaan
Shudhudh | 2305 bacaan
Ilmi Kasbi | 2806 bacaan
Salaamun Hiya’ | 1213 bacaan
Dongeng Tentang Katak | 6512 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya Syiah (Bahagian akhir)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik