Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Universimati

Cerpen sebelumnya:
Dolah cinta Dolly
Cerpen selanjutnya:
A day of broken promises

Tak sangka.

Tak sangka pulak di saat aku dingin dengan Imran, dia pulak orang pertama yang aku cari sejak kawasan kampus jadi huru-hara. Aku pun sebenarnya tak pasti di mana dia, tapi jam tangan Polo aku yang berkilat ni baru menunjukkan pukul tiga petang. Dia pulak jenis ponteng kelas, main Dota sampai pagi dan berenang kuak lentang di atas katil sampai pukul lima petang.

Tapi, patutkah aku cari dia kat asrama dia? Dia lelaki! Aku perempuan. Kalau ada felo nampak, camna?

Perlahan-lahan aku mengintai ke luar tingkap. Ah, mana dah felo kisah kalau dah mayat hidup tengah berarak beramai-ramai kat luar sana. Pedulilah lelaki ke, perempuan ke. Sekarang semua tengah fikir nak selamatkan diri je.

Aku dail nombor Imran. Masuk voicemail. Menyampah gila!

Aku pulak makin gelisah dengan apa yang berlaku. Dapatkah aku maintain nyawa aku ni sampai aku jumpa Imran? Dengan chaos yang berlaku kat luar, aku rasa macam nak nangis. Nangis panik. Separuh kelas aku mungkin dah hilang nyawa kat luar sana. Aku pun tak berani nak periksa keadaan mereka camna. Aku tak sedia lagi kot.

Yang tinggal dengan aku, duduk kat lantai ni sambil bersandar kat pintu dewan kuliah yang tertutup rapat, cumalah si Hanis dengan Darma. Kedua-duanya duduk kaku je sambil tahan nangis. Nafas laju, panik. Macam aku. Coursemates yang lain dah lari - betempiaranlah jugak - meninggalkan dewan kuliah apabila seluruh kelas dapat tahu tentang bencana yang berlaku kat dalam kawasan kampus ni. Semuanya bermula dengan si Letto, budak final year Architecture, yang tetiba menjerit dari tempat letak kereta Anjung Bayu, kat bawah tu.

Dan diorang yang sibuk jugak nak pergi check it out dengan Dr Emma - yang tak sempat save apa-apa termasuklah laptop MacBook Airnya yang mahal tu - terjerit-jerit "zombie weyh! zombie makan budak!" sambil berlari masuk kelas menyelamatkan barang-barang diorang, walaupun personally aku rasa tak berguna pun nak gi selamatkan buku pen segala di saat zombie apocalypse. Coursemates yang lain pulak, ada yang gelak dan ada yang teruja sebab rasa macam dalam movie Hollywood.

Tapi bila tengok muka Dr Emma yang pucat, semua putuskan untuk segera melarikan diri sebelum jadi menu minum petang para zombie dan rakan-rakannya. Aku sendiri nampak darah merah memancut-mancut keluar dari tengkuk Letto yang kena gigit.

Letto menjerit minta tolong, sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada mayat hidup tu - yang pakai baju berkolar persatuan apa entah.

Letto berhenti meronta, terkulai dalam dakapan sang zombie - romantik bunyinya, tapi kalau tengok betul-betul, mual pun ada.

Letto bertukar pucat. Letto berdiri, mata Letto merah.

Letto dah mati. Mati jadi mayat yang berjalan mencari amoi cantik untuk dimakan.

Mula-mula aku memang rasa macam dalam movie Hollywood pun, sebab kes zombie apocalypse adalah something yang sangat-sangat tak logik kalau terjadi dalam real life. Tapi mata aku tak tipu, mata Hanis dengan mata Darma pun tak tipu. Panik, aku kunci pintu dewan kuliah. Aku dah clueless nak buat apa, begitu jugak dengan Hanis dan Darma. Makin kuat bunyi jeritan dari luar. Jeritan minta tolong, jeritan tak nak kena gigit segala. Coursemates kami, selamat tak diorang?

Aku dah imagine nerd kelas kami, Liong Tze, berjalan dengan gaya lemah longlai, darah membasahi gigi dan hujung bibir, muka pucat dan mata putih. Seram weyh.

"Moira, kita kena keluar gak. Sampai bila nak stuck kat sini?" Bisik Hanis. Tangan dia dah sejuk, terketar-ketar.

"Aku faham, Hanis. Aku pun tak nak jadi macam diorang gak. Tapi, macam mana kita nak escape dengan selamat?" Balas aku.

"Kita nak gi mana? Kita nak gi mana?" Si Darma pulak menangis.

Sebab itulah aku cuba contact Imran, sahabat aku yang paling sehati sejiwa. Pendek kata macam soulmate, tapi tak lebih dari sahabat. Masalahnya, aku baru gaduh dengan dia kot. Aku terasa dia gelakkan muka aku haritu masa lunch. Aku tak tau kenapa aku ambik hati sangat masa tu. Hormon kot. Nak period kot.

Tapi, di saat-saat genting where death is all around, mesti Imran tak kisah, kan?

Salah.

Puas aku dail nombor Imran, nak tau keadaan dia dan kalau boleh, nak dia jadi hero kami bertiga selamatkan kami bertiga dari dalam dewan kuliah yang letaknya sepuluh minit berjalan dari bangunan dorm aku dan Darma, dua belas minit jalan kaki dari bangunan dorm Imran dan lima minit perjalanan bas dari dorm Hanis. Tapi, Imran tak angkat langsung. Hidup lagikah budak ni?

Pintu melayang terbuka. Darma menjerit kuat, Hanis pulak cepat-cepat tutup mulut Darma. Aku tarik diorang berdua, sembunyi di belakang satu row kerusi plastik standard bilik kuliah, di satu sudut bilik itu.

Okay, retreat ke sudut sangatlah bad choice! Seekor zombie berjalan menghampiri kami bertiga, suaranya yang garau makin dekat makin kuat. Dahlah aku tak ada basic dalam martial arts. Matilah aku.

Zombie pakai baju t-shirt berkolar warna kuning, dengan jeans. Macam student. Mungkin junior. Kesian.

Darma tarik baju aku dan Hanis, tangisan dia makin kuat.

Dan Hanis pulak jadi hero cerita. Dekat dengan kakinya, beg berat Ah Siew, seorang lagi coursemate nerd yang selalu bawak buku berat.

Buku berat! Hanis angkat beg Ah Siew. Sedia untuk baling.

"Hanis! Jangan baling!"

Terus aku rampas tali beg dari Hanis. Aku swing beg berat itu, isi beg yang berat bagaikan tumbukan di abdomen zombie. Zombie tersungkur di lantai. Aku puas hati, tapi aku fokus untuk nak tutup pintu balik. Zombie masih bergerak, kini terduduk di lantai.

Zombie pegang kaki aku sebelah. Aku panik. Aku cuba tendang tapi genggamannya kuat melampau. Aku rasa macam nak nangis, aku tendang sekuat hati, tapi zombie macam selamba je pegang kaki aku.

Kalau aku tak silap nampak, zombie macam senyum, perlahan-lahan nak melahap menu baru, 'steak kaki Moira, very raw'. Aku jerit nama Hanis dan Imran. Darma menangis macam apa dah.

Aku tak nak jadi zombie! Aku tak nak kena gigit!

Imran! Tolong aku!

BUP! Gengaman zombie kat kaki aku dah kurang kuatnya. Aku buka mata. kepala zombie dah ada kat atas lantai, tepi dinding. Terpisah dari badan. Dia tak berdarah sangat. Hanis berdiri di belakang badan zombi, dengan sebatang besi berkarat panjang dalam tangannya. Nafasnya putus-putus.

Hanis nampak badass walaupun dengan tudung dan skirt labuhnya.

Aku terduduk, lega, sambil kakiku menendang-nendang tangan zombie. "Hanis... You saved my life..."

"Besi reinforcement," kata Hanis tersenyum, nafas masih pantas, panik. "The advantage of bringing actual materials to a class presentation. Nampaknya kalau kita nak lari dari sini... Kita perlu weapon macam ni."

Besi reinforcement. "Galeri! Kat galeri ada. Budak-budak junior buat presentation hari ni."

"Well then, ready to go out there and save our ass off?" Kata Hanis, makin konfiden. Mentang-mentang dah berjaya bunuh zombie seekor.

Kami sama-sama memandang Darma. Amboi, syoknya nangis kat sudut. "Darma, let's get out of here."

"Sekarang? Tapi aku takutlah weyh! T-tengok Moira tadi... H-h-hampir-"

Telefon aku berbunyi. Nama Imran! Nama Imran buat aku nangis lega. Aku terus jawab. "Imran, save us! Imran!"

"Moira, I'm so glad you're still alive... Ko kat mana, Moira?"

"BK3... B11... You're at dorm?"

"Downstairs dah, harap-harap dapat sampai kat kereta ngan selamat. You stay put. I'll come and get you."

"Imran, be careful!"

"I know you care, babe."

Dan dengan itu, dia putuskan talian. "Kita tunggu Imran datang," aku bagitau diorang berdua.

Pintu bilik kuliah dah terkunci kembali. Walaupun kedengaran suara zombie sedang jadi diri mereka yang swag di luar.

Selamat datang ke Universiti Teknologi Malaysia, yang sudah dijajah zombie dan pandemiknya. 

Cerpen sebelumnya:
Dolah cinta Dolly
Cerpen selanjutnya:
A day of broken promises

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

Steff Cempaka

Im strangely attracted to old school, fried chicken, seahorses, ukuleles, and dates.
Effy_Lndg | Jadikan Effy_Lndg rakan anda | Hantar Mesej kepada Effy_Lndg

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Effy_Lndg
imaginari; 18/05/2014 | 2024 bacaan
imaginari; 24/4/2014 | 2131 bacaan
imaginari, 03/04/2014 | 2110 bacaan
Rumah Berhias Bunga Di Pinggiran Bandar | 2422 bacaan
MH370 | 10668 bacaan
imaginari, 20/02/2014 | 2136 bacaan
Venus: Gadis Ke-Lima Dicintai Marikh | 9262 bacaan
imaginari, 06/12/2013 | 9254 bacaan
Lima Sebelum Moira. | 9053 bacaan
Coffee | 11733 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Universimati
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik