Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Pertapaan Di Bawah Pili Air

Cerpen sebelumnya:
alienasi
Cerpen selanjutnya:
Imaginari: Klosur

Sesudah diberi ganjaran berupa pujian menjulang di perhimpunan pagi isnin kerana menduduki tangga terbaik dalam sekolah bagi ujian percubaan. Pengetua menyambung pidatonya tentang generasi tiang negara. Dia menyarankan agar pencapaian membanggakan itu dapat diteruskan hingga perjuangan yang paling akhir untuk mengharumkan nama sekolah di mata benua alam semesta. Amat meremangkan bulu roma sekali ucapannya itu.

Pada satu pagi setelah muncul pelangi selepas hujan. Saya disapa oleh tukang kebun yang akan mesra dengan sesiapapun. Dia bertanya tentang cita-cita pada masa depan setelah kagum melihat saya diperkenalkan oleh pengetua di atas pentas dewan. Saya tidak menyatakan impian palsu saya sebagai doktor sakit tuan yang selalu saya tulis pada biodata dan borang-borang atau apabila ditanya oleh guru-guru atau pakar motivasi. Saya terputus percakapan lisan serta-merta walaupun menjadi juara debat dan pidato peringkat kebangsaan. Saya yang hidup semula lalu mati kembali dan hidup lagi kemudian melarikan diri tanpa diarahkan sistem saraf pusat. Saya pulang mengangkut igauan yang ditimbulkan tukang kebun yang peramah berkenaan.

Setelah gudang ingatan saya diisi berbilion rekod hasil ulangkaji. Hati saya meletus seperti ratusan perusuh melawan meriam air dan gas pemedih mata. Saya memujuk diri sambil melakukan autopsi kejiwaan dengan bertapa di bawah pili air. Saya menarik nafas dan menghembus. Ruang yang saya duduki menjadi kolam luas yang tenang. Saya terapung di atas air ribuan jam sebelum peperiksaan SPM.

Soalan:

Saya tidak mempunyai cita-cita atau perancangan masa depan. Bagi saya belajar itu sekadar memenuhi permintaan dan arahan daripada kedua-dua ibu bapa saya disamping pengaruh konsep dikriminasi atau prasangka berdasarkan pencapaian peperiksaan dan taraf pendidikan yang tertanam dikalangan masyarakat dan dirancakkan oleh media massa. Prestasi keseluruhan saya tidak akan dapat mengecewakan keluarga, bangsa dan negara.

Saya terbiasa mendapat perhatian program-program televisyen, artikel akhbar, majalah dan ceramah sekolah mahupun perhimpunan besar tahunan parti politik. Saya ditabalkan sebagai selebriti bakal wira masa depan glokal. Namun saya tidak merasa bangga atau cuba mendapatkan kedudukan yang lebih baik lagi. Saya langsung tidak bersemangat di sekolah. Saya hanya melalui hidup seperti aliran paip air PVC. Saya memerlukan cara untuk #@&$%!?.

***

Meditasi saya dicemari oleh katak hijau yang banyak bercakap menggunakan mikrofon dan berpakaian baju hujan berwarna kuning serta dengan serius bersuara, “Selamat menjawab. Semoga Berjaya dan tercapai cita-cita,” lalu melompat ke dalam kolam secara tiba-tiba sehingga menghasilkan gelombang yang mengubah ketenangan air yang saya duduki suku saat sebelum menjawab kertas peperiksaan.

Jawapan:

Secara asasnya anda sememangnya _______________ dan _______________ untuk belajar. Bagaimanapun, pada akhir ayat anda, “Saya memerlukan cara untuk #@&$%!?”. Ayat tersebut adalah ayat ‘pencerahan’ untuk  _______________ minda anda daripada aliran air pili yang lesu akibat masalah tekanan dari tangki serta menjadi bebas sodium flourida dan klorin yang merupakan pembunuh senyap yang tidak dipandang undang-undang serta pejabat kesihatan kepada aliran air deras seperti sungai tanpa diikat bil tinggi syarikat bekalan air. Ini bukan sahaja memberi kuasa kepada arus air itu sendiri malah boleh membawa _______________ kepada persekitaran laluan air tersebut.

Saya dapat menerbitkan dua kes daripada isu yang dinyatakan. Pertama, sikap _______________ terhadap masa akan datang. Mungkin ada suatu _______________ atau _______________ yang tersembunyi yang membuatkan anda tidak mahu melihat kehidupan anda pada hari esok. Barangkali juga prestasi anda terhadap _______________ berbeza dengan pandangan ibu bapa anda. Adalah normal dimana _______________ dan _______________ mempunyai pemikiran non-konvensional berbanding horizon pengalaman rakan sebaya serta kebiasaan masyarakat.

Namun yang pasti anda telah _______________ bahawa kehidupan masa depan anda perlu _______________ untuk anda mulakan langkah pertama. Yang sebenarnya, anda memang diberi _______________ dan _______________ kerana walaupun _______________ dan _______________ anda masih mampu mengecap kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan.

Kedua, saya dapat mengesan sikap _______________ anda yang tersembunyi yang menginginkan _______________. Sikap _______________ ini merupakan pemangkin untuk memacu _______________ tersebut. Jadikan _______________ anda sebagai petunjuk yang boleh mendorong untuk _______________ dan _______________. Tidak ada manusia lain yang boleh _______________ seseorang melainkan _______________ yang timbul daripada diri sendiri. Mesin masa tidak dapat menyelesaikan masalah masa lalu 99.999 peratus, secara logik misalnya.

Dorongan untuk _______________ itu mungkin boleh datang secara paksaan atau tidak langsung. Yang penting ialah bagaimana anda dapat menerima _______________ tersebut secara _______________. Jika anda _______________ dengan keinginan untuk _______________, peluang anda adalah _______________.

 

Cerpen sebelumnya:
alienasi
Cerpen selanjutnya:
Imaginari: Klosur

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Aleph

Sifat ganjil dan misteri merupakan ganjaran yang diberikan oleh sastera.
aleph | Jadikan aleph rakan anda | Hantar Mesej kepada aleph

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya aleph
Hantu yang Menyelinap Di Tengah Orang Banyak | 8803 bacaan
Soalan | 8906 bacaan
Mimpi | 4969 bacaan
Jawapan | 8752 bacaan
Nouveau | 8902 bacaan
Orang Terbuang | 4591 bacaan
Lipat & Masuk | 4329 bacaan
Saya Orang Yahudi | 2197 bacaan
Penghukuman | 2098 bacaan
Mamalia Dalam Cawan | 2081 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Pertapaan Di Bawah Pili Air
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik