Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda

Cerpen sebelumnya:
Dania dan Danial
Cerpen selanjutnya:
Singa Betina

Surat ini dikarang pada 175 Masehi oleh seorang penulis jalanan yang berambut keras bagai dawai yang bernama Jauhari Albert bin Muzitol bin Pawakeke bin Daeng Pulot bin Daeng Selot bin Daeng Sentol. Kepada sesiapa yang menjumpai surat ini, ketahuilah bahawasanya surat ini dipenuhi dengan fatamorgana seorang lelaki yang gemar menjadikan kucing sebagai objek sepakannya. Maka, jika terbaca olehmu barang secebis dari 16 siri surat-surat yang bakal menjelang, ketahuilah bahawasanya surat-surat ini ditulis oleh 16 manusia yang berbeza dengan dimulai Jauhari Albert sebagai pembuka ceritera dan diilhamkan oleh Paduka Apun selaku penaja.

Ceritera bermula di zaman oneng-oneng yang masih belum mengenal formula pemecahan atom oleh Albert Einstein,

Arakian, tersebutlah cerita silam di zaman Firaun Remeses II yang bermaharajalela di Lembah Emas Sungai Nil. Di hulu sungai yang mencetus tamadun hedonistik silam itu, bermukimlah lima homo sapiens yang berumur awal 20-an dan tiada hubungan darah namun mengaku saudara. Yang Along bernama Daeng Fathol, yang Angah bersebut Daeng Fauzol, yang Lang berpanggil Daeng Khairol, yang Andak berjuluk Daeng Mentol dan yang bongsu bertaut Daeng Sentol. Lima bersaudara ini tiadalah diketahui orang akan dari mana asalnya kerana burung Cenderawasih yang menyampaikan cerita ini kepada Tok Selampit tiada sempat menceritakan dari mana kedatangan mereka.

Akan kelima-lima saudara ini, tersohorlah di kalangan empayar Mesir pada ketika itu kerana kepandaian mereka bidang yang tertentu. Daeng Fathol diberitakan handal berburu, Daeng Fauzol dikhabarkan hebat berlagu, Daeng Khairol dikatakan gagah (1)berbubu, Daeng Mentol dirisikkan gemar (2)berkayu dan Daeng Sentol diyakinkan pandai (3)sepatu. Hiduplah mereka dengan rajin dan usaha, tidak seperti remaja di kepulauan Nusantara yang khabarnya pada ketika itu gedik memilih kerja.

Mahu juga Tok Selampit menambah cerita, bahawasanya Firaun Remeses II itu sangat lalai dan biadap orangnya. Walaupun Yang Maha Esa memberkati empayar Mesir dengan Sungai Nil yang didalamnya terdapat banyak petunjuk bagi kaum yang berfikir, namun Firaun Remeses II itu tidak mahulah menggunakan seleblum dan serebrumnya untuk menghasilkan impuls isyarat yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang hamba kepada Yang Maha Pencipta. Mengikut heroglif yang sempat Tok Selampit baca hasil seludupan para pedangang Eropah yang gemar mencuri, Firaun Remeses II itu mengaku zuriat dari Tuhan Ra yang bererti Tuhan Matahari. Dan berdasarkan tafsiran sebiji (4)prasasti yang ditemukan di pesisir pantai pada hujung kurun ke-18 oleh pengikut Kerajaan Henry the Lion, Firaun Remeses II itu juga pernah memancung kepala seorang khadamnya serta merta hanya kerana mentertawakan celak matanya yang herot.

*****

Untuk membaca keseluruhan cerpen ini, sila muat turun Urusan Seri Paduka Baginda: Himpunan cerpen tulisan Johari Rahmad yang memuatkan 6 buah cerpen dan temubual beliau dalam majalah Tunas Cipta keluaran DBP

http://www.kapasitor.net/images/ebook/1299736161.png

Cerpen sebelumnya:
Dania dan Danial
Cerpen selanjutnya:
Singa Betina

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.6
13 Penilai

Info penulis

Johari Rahmad

Mari jadi baik
jojo | Jadikan jojo rakan anda | Hantar Mesej kepada jojo

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya jojo
Dendam | 2644 bacaan
PCB#7: Han Solo, Luke Skywalker dan Air yang Menyembuhkan 1001 Penyakit | 3331 bacaan
PCB#3: Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis | 2770 bacaan
PCB#2 : Rektum Yang Menjadi Mangsa | 2689 bacaan
Betelguese, Aldebaran dan Measat-70 | 2844 bacaan
Meeting - Siri 1 | 2068 bacaan
Indera Panji dilanggar Todak | 2687 bacaan
Can You just Reduce My Fine, Sir? | 1233 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

36 Komen dalam karya M01S01 - Urusan Seri Paduka Baginda
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik