Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

kerinduan bintang

 

i can't never really tell you
why i've been missing you a lot
and i just have to take another look
of your photo in my wallet

Purse milk teddy berwarna pink itu dibuka. Sekeping gambar yang agak lunyai ditatap. Ada dua wajah, satu yang ketawa riang dan satu lagi menangis. Yang ketawa riang itu sedang menarik rambut tocang yang menangis itu. Walaupun yang menangis itu nampak sedih, tapi dua jarinya sempat lagi diangkat tanda ‘peace’.


and there's no reason why
i keep your t-shirt by my side when i sleep
return when you really gone

Tshirt berlogo sekolah itu kadang kala menjadi selimut, kadangkala menjadi bantal peluk, kadangkala menjadi alas bantalku. Tshirt sekolah yang kau kata hodoh, buruk, tak stylo, segan nak pakai itu kau beri kepada aku. Tshirt itu yang kau pakai ketika menang acara sukaneka yang paling kau benci, lari dalam guni. Aku hairan kenapa kau sanggup main game tu. Kau cakap dengan riak bahawa dengan ketinggian aku yang boleh dibungkus dalam guni tu, mustahil aku boleh menang. Jadi, kau tolong menangkan untuk aku. Lantaklah apa alasan kau, yang penting kau nampak comel masa melompat dan berlari dengan guni tu.


it's like a missing star
that's always been up in your sky

 

Aku melihat langit. Kau paling suka tengok bintang. Aku tanya kenapa. Kau kata lebih baik tengok bintang dari tengok muka aku yang tak comel. Aku cubit tangan kau sampai lebam. Padan muka.


it's like the rainbow never comes after the rain

 

Kau selalu pakai baju warna putih. Aku kata cam kain kapan. Kau kata better dari aku yang suka pakai baju colorful macam pelangi bergerak. Tapi, sekarang aku hanya pakai baju putih.


it's like the sun never rises in every of your mornings
how am i supposed to live without those things

Semua memori bersama kau masih tersimpan dalam otak. Walaupun aku selalu terlupa kat mana aku letak kunci kereta, kunci rumah ataupun handphone,tapi aku tak pernah tak ingat birthday kau, habit kau yang suka makan biskut marie cicah sunquick dan segalanya tentang kau.

 

there are all you...

I miss you. I love you. Keluar la cepat.

 

Kad Melawat Banduan dimasukkan ke dalam handbag. Mangkuk tingkat berisi rendang, ketupat dan tart nanas dibawa bersama. Meski hanya untuk 45 minit, moga aku tak kerinduan bintang di langit lagi.


p/s
Lirik Missing Star by Yuna.
Panduan lawatan bagi keluarga penghuni [www.prison.gov my]

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) uwaa.... nape die jadi banduan????? menusuk kalbu la cerita ni.. ingatkan die mati... naseb baek masuk penjara...
  • 2) apehal msuk pnjara?

    sbb tgk bintang?

    ke sbb men lari dlm guni? :D
  • 3) woww
    hahaha
    simple, tapi kreatif!

    siap kasi url utk panduan melawat lagi. haha
    nice nice.
  • 4) arr...dah jd banduan pun maseh cinta..? cinta itu buta..? mmg cinta itu buta...

    teja suka baca...
  • 5) cinta tu tak buta cik teja, tapi manusia yang membuatkan cinta tu buta...
  • 6) aduh! sygnye dia pd si bintang itu.
  • 7) kreatif lah ko ni..

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor