Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Murah sangatkah?

  • 10
  • cika
  • 15 years ago
  • 3,336
  • FREE

 

Rp 1000 sahaja.
Tak sampai seringgit.
Bila kadar tukaran RM1=Rp3150.
Murah!

Itu harga kamu.
Ikan kecil si ikan laga, dalam beg plastik kembung.
Cantik bermata bulat, warna-warni, berekor kembang.

Senyum kamu tak menguntum.
Hanya renungan kaku buatku.
Apa fikirmu, bisik hatimu?
Ucapkanlah, ingin aku dengar.

Adakah plastik ini sempit, kamu ingin keluar?
Atau kamu gembira di sana, jadi tatapan tiap hari?
Mungkin kamu lihat tudungku senget, sangat sememeh?
Atau aku cantik untuk pembentangan sekejap lagi?

Ah, maaf ku tak tahu.
Tapi secebis kebebasan dalam hati ini ingin ku beri padamu, ikan kecil.

"Pakcik, ambil Rp20 000 ini", kataku lancar.
Bersih dari pengaruh sebutan Indonesia, tak ada 'mas', 'bapak' atau 'mbak'. 
Rp2000 buat minum teh panas harum melati atau jasmin, yang unik rasanya itu.

Mari, telah ku beli kamu dan 19 temanmu,
Akan ku bebaskan kamu dari plastik kembung itu.

"Gila apa budak seberang ni, macamlah imigresen Juanda Airport nak lepaskan ikan-ikan laga tu.."
Mungkin itu fikir kamu, wahai pakcik, setelah diBahasaMelayukan.
Tapi saya tak kisah.
Saya punya agenda rahsia, tak mahu beritahu pakcik.

Kini kamu dalam tanganku.
Mari pergi ke alur sana, tampak jernih.
Pasti nyaman buat kamu bermain, atau menambah bilangan anak cucu.
Akan kulepaskan kamu, bebas.
Pulang ke celah-celah kiambang, menari di akar teratai.

Selamat tinggal, 20 ekor kawan.
Jaga diri.
Perjalananku harus diteruskan. Pembentangan petang ini harus ku hadiri.
Destinasiku hampir di penghujung alur ini, sebuah menara ilmu gah tersergam.

Pasti kamu tak pernah ke sana.
Tempat konon cerdik pandai, menunjuk kertas.
Skrol ijazah.

Alur jernih ini mengalir perlahan.
Berlumba-lumba dengan langkah kaki kecil ku.
Semakin jauh, aku semakin gusar.
Alur jernih akan bertukar nama!

Mungkin 'longkang sampah' atau 'parit busuk' jadi namamu, alur jernih.
Manusia, ini hasil tanganmu. Tahniah!

Hati diragut kasar, ikan kecil singgah di ingatan!

Maaf.

Mana tahu, alur ini alur tercemar.
Mana tahu, toksin ini akan membunuh.
Mana tahu, mungkin nasibmu lebih baik dalam beg plastik kembung.
Mana tahu, kalau esok kamu ditangkap lagi?

Aku cuma mahu menolong.

Dalam sedih, hati menyanyi, lagu dewa dari Indonesia.
"Cintaku tertinggal di Malaysia.."

Ah, teringat negeri hamba, dari kejauhan ini.
Janganlah ia semurah itu!

Dalam tangan-tangan orang yang tak tahu seperti hamba!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) huhu..jgn seksa binatang! say NO to animal cage!

    *eh? huhu :)
  • 2) Semacam ada sesuatu.

    Ah, melonjak lagi aku mahu bukukan koleksi cerpen pendek (sudah cerpen lagi pendek). Untuk anak-anak sekolah lagi minat membaca,

  • (Penulis)
    3) syud: eh? huhu.. :p

    Zing: apakah sesuatu itu?
    ini cerpen pendek-pendek namanya. sila bukukan ye..nanti bagi akak pinjam koleksi kamu. :p
  • 4) ikan laga...ikan laga...
    tgh fikir apa makna ikan laga dlm cerita ni
    ke aku yg x clear dgn cerita ni...?
    ada bnyk maksud tersirat ni
  • 5) Caha oh caha..dalam termenung ini akak teringat ajaran 'variasi' kamu..bagaimana?Pening ni.teringat aliran 'CERKON" yang dipergiatkan oleh nad dan sara..cerpen yang menentang kebiasaan ciri-ciri cerpen.
    Cerita kamu dalam sekali Cika lebih sesuai ke satira.kalu diolah ke dlm bentuk cerpen penuh pasti sungguh indah.Namun mungkin Cika sibuk.
  • 6) er? ajaran variasi yg mana ek kak :-/ heee (saya takde lagi ajaran, yang ada taram-menaram)

    ha ha. dah macam-macam nama ya. cerkon tu selalu didengar. cerpen pendek tu agak baru.

    hm, ini memang nak cepat pos nih cika. cuma dimurnikan draf, bukan dimurnikan cerpen. :p

    chunking isu pun agak pelbagai fokusnya. ok, format yang sedikit aneh. tapi mesej dan kegalauan fikirannya jelas.


  • (Penulis)
    7) caha: niat asal nak tulis puisi. tapi takut puisi jadi panjang sangat, meleret. jadi saya tukarkan jadi cerpen dan gaya bahasa diubah. mungkin ini puisi yang dimurnikan. kalau awak tengok draf, tak sampai 20 words pun. harap-harapnya, bukan aneh tapi unik.

    kisah sebenar:
    saya cuma ternampak penjaja menjual ikan laga di tepi jalan,masa dalam bas nak ke UNAIR Surabaya untuk konferens x lama dulu. ternampak ikan2 tu, cuma rp1000 satu. murah sangat dan kasihan, jadi terasa nak borong je semua dan lepaskan ke dalam sungai. pastu, imaginasi dan perasaan tu lah yang jadi idea untuk cerpen pendek-pendek ni.
    sekian, terima kasih.

  • (Penulis)
    8) kamalia: ikan laga= syhh..rahsia. huhu

    mr kajiwa: sudah ditukar ke satira. thanks.
    mungkin sibuk..tp yg sebenornye nak tulis cepat2 sebelum perasaan kasih dan kasihan itu hilang.
  • 9) Maaf, ini bukan karya satira. Anda tidak menjadi ikan itu sebagai watak penceritaan. Lebih sesuai tentang kehidupan. Oleh kerana tiada kategori kehidupan, maka ia lebih sesuai diletakan pada kategori umum.

    Isi penceritaan yang cukup baik.

  • (Penulis)
    10) upenyu: Mungkin.
    terima kasih!


    "Duhai kekasihku
    Cintaku tertinggal di Malaysia
    Haruskah ku kembali untuk bersamamu" -dewa19

Cerpen-cerpen lain nukilan cika

Read all stories by cika