Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Penyata Perasan Saya
Bulan ini, Singapore Telecommunication atau SingTel akan mengeluarkan penyata kewangan untuk suku kedua berakhir 31 Jun 2009. Bulan ini juga, awak carik-carik hati saya, sama seperti apa yang awak lakukan semasa syarikat telekomunikasi tersebut mengeluarkan penyata kewangan bagi suke pertama berakhir 31 Mac 2009.
Kenapa SingTel? Baiklah, kalau awak suka, awak juga boleh sertakan nama untuk MobileOne atau StarHub. Kenapa semua syarikat telekomunikasi? Eh suka hati sayalah. Kalau awak nak sangat pilih syarikat lain, apa kata awak buat cerita awak sendiri.
Ouh maaf, sedikit emosi.
Awak tau tak saya terasa seperti saya bukan diri saya lagi? Ya, saya masih lagi bernama Anis tetapi saya rasa personaliti saya bukan lagi milik Anis. Seperti mobile number portability; nama dan rupa masih sama tetapi identiti sudah berubah. Dulu, mungkin saya bisa tunggu awak sehingga jam 1 untuk makan tengahari. Sekarang tidak lagi. Seperti yang saya katakan, saya sudah berubah.
Kadar kegembiraan saya sudah jatuh merudum, mungkin sama seperti keadaan ABC Learning Centre di Australia. Ia telah terpaksa dijual kerana keadaannya yang tidak memberangsangkan. Media melaporkan pusat pembelajaran milik syarikat yang beribu pejabat di Australia itu terpaksa dijual pada harga AUD 1. Tetapi, jangan pula awak tafsirkan kenyataan ini sebagai kebenaran untuk awak menjual saya. Tidak. Saya cuma ingin menggambarkan betapa hancurnya hati saya ketika ini. Seperti dicarik-carik. Menggunakan mesin pembuat pasta. Kemudian digelek dengan penguli tepung. Dicincang pula dengan pisau pemotong daging. Seterusnya, dimasukkan pula ke dalam alat pengisar.
Awak takkan paham.
Saya berasakan seolah-seolah semua kegembiraan yang pernah ada dalam hari saya sudah hilang. Saya berasakan saya adalah ahli keluarga kepada pekerja WalMart yang kemalangan ketika peristiwa Black Friday itu. Saya sedih mengenangkan ahli keluarga saya yang terbunuh dipijak pelanggan yang berebut untuk mendapatkan televisyen pada harga yang murah. Malang sekali kerana saudara saya bekerja pada hari tersebut sedangkan saudara saya sebenarnya cuma pekerja sambilan sahaja. Malang sungguh nasib beliau.
Begitulah juga dengan perasaan dan hati ini. Semasa awak cuba membida hati saya, awak bersungguh-sungguh melobi perasaan saya. Awak seperti firma-firma besar yang cuba untuk mengambil-alih sesebuah institusi; berjanji yang pelbagai pada pekerja mereka. Sememangnya saya tidak menafikan, ada kalanya itulah terbaik. Kita ambil sahaja contoh syarikat insurans American Insurance Group (AIG). Nasib unit-unit kecil syarikat tersebut agak baik kerana hanya nama dan logo sahaja yang ditukar seperti operasinya di Korea Selatan yang telah ditukar. Tetapi pekerjanya masih boleh bernafas selesa.
Tetapi tidak seperti saya. Saya terasa tertipu, sama seperti keadaan negara yang dijanjikan untuk menerima pelbagai jenis pelaburan tetapi ternyata ia semua penipuan belaka. Tetapi apa yang mampu saya lakukan selain daripada menerima sahaja akan kenyataan yang pahit ini.
Awak tahu tidak hati saya hancur luluh? Sama seperti hati para pembeli Lehman Minibonds yang bakal kehilangan wang mereka kerana Minibonds mereka tidak akan dapat memberikan mereka sebarang pulangan kerana bank tersebut telahpun bankrap. Dan saya juga merasakan inilah juga perasan pemilik Chrysler, General Motors dan pastinya para pekerja SsangYong juga merasakan yang sama. Kenapa tidak? Mereka menghadapi tamparan yang hebat apabila syarikat pembuat kereta mengumumkan yang hampir 3,000 orang akan diberhentikan.
Tetapi, tidak. Saya tidak akan membunuh diri kerana kekecewaan ini. Saya tidak akan meniru tindakan David B. Kellermann. Saya tidak akan membiarkan kekecewaan dan tekanan daripada krisis ekonomi ini membuatkan saya menggantung diri. Sekalipun saya berasa kasihan kepada Kellermann yang baru sahaja menggalas tugas sebagai Chief Financiial Officer di bank Freddie Mac.
Apa kan daya? Krisis ekonomi sering menyebabkan kadar jenayah, bunuh diri dan pesakit psikiatri meningkat. Begitu juga dengan permasalahan cinta. Orang sanggup membunuh kerana cinta, mencuri, menipu dan pelbagai lagi. Tetapi tidak saya. Kalau awak merasakan awak mahu pergi, pergilah. Kalau anda mahu menipu saya, silalah. Kalau kamu berasakan saya ini bukan seseorang yang sesuai untuk kamu, tidak, saya tidak halang kamu dari pergi jauh dari saya.
Saya bukan angkuh, saya cuma ingin membuktikan saya mampu berdiri di atas kaki saya sendiri. Saya mahu membuktikan yang saya juga merupakan seorang yang kuat semangat seperti Sir Richard Branson yang kini merupakan pemilik pelbagai syarikat. Antaranya Virgin Air dan V-Blue. Kedua-duanya merupakan syarikat penerbangan ternama.
Eh, mungkin saya silap. Itu mungkin bukan contoh yang sesuai.
Awak mahu tahu mengapa saya sedih benar dengan perbuatan awak ini? Awak, sudah dua kali saya pesan mahu makan sata dari kampung awak. Awak tahu yang saya sukakan makanan tersebut, yang dibuat oleh mak awak. Tetapi kenapa awak tak nak tunaikan janji awak?
Konon saya intan payung, pujaan hati awak. Tapi, takkanlah kerana sata sekeping awak tak boleh bawakan untuk saya?
Sampai hati awak…
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen EksperimentalCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) haha..kelakar jer, ini org pun ade ker? hehehe
- rObOt
- 15 years ago
-
2) las week pegi terenganu daa mkn sata puas2..
oopss...air liur jgn meleleh okeyh- enarif
- 15 years ago
-
3) hehehe ucu..
kemain lagi..
igt kan apela yang sedih sgt..
rupenye ngidam nk mkn sata..
kinkin, jgnla abeskan sume..
bg sket kt ucu nih..
- mizz_aszni
- 15 years ago
-
4) ucu da bomb! cayalah! nak buat cerpen satira macam ucu ni kena banyak general knowledge. habis sume pengetahuan dunia ucu masukkan. saya cadangkan kepada pelajar ting6 yg belajar pengajian am supaya baca sume cerpen melayu ucu.
tabik hormat~~!!- shazmiey
- 15 years ago
-
5) hehehe... ucu ni memang ada sahaja idea yang menarik. dulu pasir, sekarang penyata, lepas ni apa pula ya? hehehe...
kesimpulan, sungguh menghiburkan...- ridhrohzai
- 15 years ago
-
6) adeh..tak tahan..lawak sungguh..
- RoslynaDZ
- 15 years ago
-
7) sata? bohring.
aku dah muak makan sata kat sini
(padahal masih kat kuantan?)
sangat berkait rapat dengan pengalaman kerja penulis ni. hehehe
banyak sekali info semasa.- cahatomic
- 15 years ago
-
8) ces sata punya pasal pun sampai nk melibatkan diri dlm isu kegawatan ekonomi dunia? hahahaha....
- jemmy76
- 15 years ago
-
9) mengidam ker?
- cikaaluk
- 15 years ago
-
10) haishh
- fairuzar
- 15 years ago
-
11) time dia balik kg je..sila hubungi 24jam sehari untuk memastikan beliau tidak lupa atau hubungi saja makcik sata untuk membuat direct delivery kepada beliau..hehe
- syud
- 15 years ago
-
12) sata mcm x besh je saya rasa dulu atau mungkinkah yg kedai tu punya je? (1st impression last).
hoh, nampak sgt anda sorang yg rajin bekerja hehe..- mosh
- 15 years ago
-
13) rObOt: ini namenye, drama queen
ain: tak pun sbb watak cite ni je yg teringin
maul: haha tengs
ida: tak layak rasenye ucu nak terima kenyataan tu ida. tinggi sgt tu
riri: mungkin lps ni sapu tangan plak. ha ha
roslynaDZ: time kaseh bace
caha: ish. diam-diam dah la
jemmy76: kite kene go global oke
cikaaluk: cerite saje
fai: tengs singgah bace
syud: ye baiklah. bagus cadangan itu
mosh: tak pun saye penhyibuk. haha- uculer
- 15 years ago
-
14) cerita luahan yang menarik...
mencepu simbolik dari keadaan semasa pula...
ada amokan pada jiwa- adreena
- 15 years ago
-
15) adreena: time kaseh kerana baca
- uculer
- 15 years ago
-
16) jangan memain
ini terhasil setelah dua minggu penulis buat research. opsss
oke la temah, ai bangga dengan u tau. best GILE cite nih! (oke, pau ayam sebijik)- _theRain_
- 15 years ago
-
18) SATA, perlambangan untuk apa ini? Isu yang agak besar dipindahkan kepada sejenis makanan yang berharga RM0.50 di gerai Kampung Geliga, Kemaman.
- Upenyu
- 15 years ago
-
19) abg sham: sekadar bereksperimentasi
- uculer
- 15 years ago
-
20) I love Sata Ucu,jika dilihat dari sudut hiburan semata,sangat menyentuh hati tetapi jika dilihat dari sudut satira, pelbagai olahan boleh dibuat tiada satu kekangan di situ sebagaimana penafsiran yang tidak terbatas. Boleh saja saya katakan tentang gadis intelek yang mengada-ngada hanya kerana sata rajuknya setengah mati atau perlambangan masyarakat kita yang walaupun berilmu mudah kalut walau dengan satu isu remeh..anything kan Ucu (minta maaf kalau cakap saya salah)
- mr_kajiwa
- 15 years ago
-
21) ouh saya sgt suke bedah siasat akak
sbrnya, yg itulah saya tunggu
halnya kecik aje
tp masalahnya diperbesar-besarkan- uculer
- 15 years ago