Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Maaf saudari, saya perlu memberitahu ini kepada anda"

 

   Semalam petang aku lihat jendela kamarnya yang terkuak sedikit. Angin sepoi-sepoi menyerbu masuk lalu mengibar lembut langsir putih kusam yang ku kira tidak pernah berganti semenjak dia pindah ke sini. Sejak lapan tahun dahulu. Lapan tahun aku melihatnya di sebalik jendela itu. Dia sering memandang jauh nun di kaki bukit itu. Kadang-kadang merenung kelamnya langit malam walau sekali-sekala ditaburi bintang. Entah apa yang dimenungkannya itu, aku sendiri masih tercari-cari jawapannya.

 

  Selama lapan tahun dia menetap di rumah di belakang rumahku, tidak pernah sekali pun aku melihat wajahnya sebenar-benarnya. Dia seringkali melindungi kepalanya dengan topi. Bukan kepalanya sahaja. Dia menutup hampir separuh daripada mukanya dengan topi besarnya itu. Namun, mataku tidak dapat lari daripada melirik secara sembunyi sisa-sisa mukanya yang terdedah. Berkumis dan berjanggut nipis. Bibirnya kelihatan kering merekah namun merahnya masih ada.

 

   “Lelaki yang elok paras rupanya”, bisikku.

 

   Sudah menjadi semacam satu kebiasaan untuk aku menunggunya pulang dari pejabat. Ku kira kerjanya memang di pejabat. Berkemeja, bertali leher, berkasut kulit dan tidak ketinggalan topi besarnya itu, semestinya dia bukan calang-calang orang. Ku kira begitulah. Tidak kisahlah walau dia seorang kerani biasa pun, yang penting setiap petang aku sudah sedia menunggu di jendela kamarku menunggunya pulang. Waktu pulangnya? Tepat tiga puluh lima minit sebelum matahari terbenam dia akan melintasi tiang lampu jalan yang ketiga di belakang rumahku, yang bermakna tiang lampu jalan yang ketiga di hadapan rumahnya. Bagaimana aku tahu itu?

 

   Aku obsesi dengannya. Aku obsesi dengan lelaki bertopi besar itu. Aku obsesi dengan lelaki itu yang kadang-kala di waktu petangnya dan selalunya pada waktu malam bermenung panjang memandang langit kelam yang sekali-sekala muncul juga beberapa butir bintang.

 

   Setiap kali aku memandangnya ada satu pertanyaan yang sering sahaja menggangguku.

 

   Bilakah aku mampu bersuara sesuatu dihadapannya? Menanyakan soalan, misalnya. Tetapi apa yang perlu ku tanya?

 

   Namanya? Ya, mungkin namanya.

 

   Seharusnya bertanya khabar dahulu, baru ditanya siapa namanya.

 

   Ya, itulah. Mula-mula aku akan bertanya khabarnya dahulu. Kemudian terus bertanya namanya. Selepas itu, apa pula? Mungkin dia akan bertanya kembali khabarku dan kemudian terus juga bertanya namaku.

 

   Itu sahaja? Mungkin sebagai permulaan itu sudah cukup. Tidak perlu bertanya banyak. Jangan terlalu terburu-buru. Perlu teratur dan sabar.

 

   Kini, persoalan lain pula yang menerjah. Bila pula masa yang paling sesuai untuk aku berhadapan dengannya?

 

   Aha! Esok hari, tepat tiga puluh lima minit sebelum matahari terbenam aku akan bersiap sedia berada di tiang lampu jalan ketiga di belakang rumahku yang juga menjadi tiang lampu jalan yang ketiga di hadapan rumahnya. Itulah masa yang terbaik.

 

   Esoknya, aku berpakaian lebih daripada kebiasaannya. Maksudku, lebih kemas dan cantik daripada hari-hari yang lain. Hari ini merupakan hari yang penting. Sangat penting buatku. Aku tarik nafas panjang-panjang. Doa juga sangat penting. Biar segalanya berjalan lancar seperti yang ku rancangkan semalam.

 

   ”Semoga kejayaan memihak kepada kamu!”, aku memberi semangat kepada diri sendiri.

 

   Ah, itu pun dia! Lelaki bertopi besar, sudah ku lihat kelibatmu dari jauh. Bersedialah. Dia ku lihat menuju ke arahku. Yang sebenarnya aku tahu dia menuju ke arah tiang lampu jalan yang ketiga di belakang rumahku yang juga menjadi tiang lampu jalan yang ketiga di hadapan rumahnya. Tidak mengapalah. Itu juga bermakna dia sedang menuju ke arahku (tanpa dia sendiri menyedari).

   Sepuluh saat,

   Sembilan saat,

   Lapan saat,

   Tujuh saat,

   Enam saat,

   Lima!

   Empat!

   Tiga!

   Dua!

   Sa...

 

   “Aaahhhh!“

 

   Dia menjerit!

 

   Sebaik sahaja dia melalui tiang lampu jalan yang ketiga, lelaki bertopi besar itu menjerit seperti terlihat pontianak lagaknya dan terus berlari pulang ke rumahnya. Apa yang ku dengar selepas itu adalah tangisan, teriakan dan lolongan tanpa henti oleh lelaki bertopi besar itu selama tiga jam tiga puluh tiga minit dan empat belas saat. Di sebalik jendelanya yang berselindungkan langsir berwarna putih kusam, aku melihat samar-samar tubuhnya yang cuba-cuba dipeluk erat bagai menjauhi daripada sesuatu.

 

   Awal-awal pagi saat matahari belum lagi bangun dari tidurnya di balik bukit, aku temukan sepucuk surat betul-betul terletak kemas di celahan pintu rumahku. Ringkas sahaja isinya, tetapi sangat jelas untuk memahamkanku apa yang terjadi semalam.

 

“Maaf, saudari. Saya perlu memberitahu ini kepada anda. Kejadian semalam sangat memalukan.  Ah, segalanya sangat berbahaya buat diri saya!  Saya tidak boleh bertemu dengan anda, dan pasti juga dengan sebahagian besar wanita di dunia ini. Menghidap Caligynephobia memang sangat menyakitkan. Selamat tinggal!”

 

-Fared-

 

 

 

 

Nota:

Caligynephobia: Takut akan wanita cantik

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dashat ah kamalia..sangat kreatif..nice one
  • 2) haahahha..siannya. ada gak makluk cam ni. haahahaha
  • 3) saudari patut melihatnya sbg satu pujian
    bes la kamalia
  • 4) Saya puji dari sudut teknik penulisan yang jelas dan bagus.
  • 5) macam tu ya?
    sekarang baru aku tau, kenapa lelaki lari bila nampak aku... hmm
  • 6) adey..
    nice
  • 7) hehe.. btl tuh, melihatnya sbgai satu pujian

    bot klu tgk nama kamalia yg hntr karya, mesti terpikir2, kali ni ape pulak kelainan cerita yg disampaikan

    dan kali ni pun sama, best!
  • 8) best... mengejutkan... suspen...
    nice
  • 9) kesiannya saudara bertopi besar itu~

    saudara fared,
    saya harap saudara pergilah ke pusat pemulihan phobia. ehehhe.. kemudian, kita buat desensitization. exposekan saudara perlahan2 pada perempuan cantik~
  • 10) Ehem, lelaki yang pertama meninggalkan jejak di sini. Hehehe...

    Seperti biasa, tulisan Cik Kamalia memang saya minati kerana pasti ada kelainan yang ditonjolkan di samping olahan yang baik. Kali ini saya begitu tertarik dengan ceritanya.

    Kalau perempuan yang fobia dengan lelaki kacak apa namanya ya?

  • (Penulis)
    11) rain,ucu,k.maria,edieca,robot,adreena: terima kasih

    alya: tu la, mcm2 makhluk wujud kt bumi ni. kita je yg tak tau
    _theRain_: wah, anda mmg sgt cantik rupa-rupanya!
    syud: ahaha...,ok jgk cadangan tu. tp sape yg rela hati nk jd p'puan cantik pertama nk lalu dpn si fared tu? huhuhu!
    ridh: ehem...harap2 lelaki pertama ni tak menghidap Caligynephobia. huhuhu! saya rasa perempuan lg suka dgn lelaki kacak! . terima kasih...
  • 12) saya tak minat sangat cantik menawan ni. takut ramai yang mengurat. hehehe... ish, mana aci macam tu, fobia pada perempuan cantik ada, takkan fobia pada lelaki kacak tak ada. hikhik...
  • 13) hehe kamalia dan hulubalang bersaudarakah? hehehe
    dari golongan wanita yang sama.

    teknik ceritanya selalu segar.
    saya suka juga!
  • 14) best dan mengujakan... tahniah!!

  • (Penulis)
    15) caha: saudara bau2 bacang kot! hehehe. tq!
    jemmy: tq
  • 16) best3!
  • 17) sudah beberapa karya kamu saya baca. ternyata benar tekaanku! Kamu adalah di antara penulis yang lain dari yang lain.Syabas! Aku takkan boring membaca karya kamu! Best!

  • (Penulis)
    18) Kurusawa: terima kasih. saya juga banyak baca karya anda. sebabnya- lain dari yg lain!
  • 19) i loike. i loike! azimah pun i loike. gile ah bace cerpen2 ko.
  • 20) haha..sangat bes!

  • (Penulis)
    21) oho...thanks!

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia