"Senggol" part 1

 

“ Addouuhhh!!!!” satu jeritan yang mengganggu telinga muncul.

 

Semua penghuni ladang Sikamping Gerutuk tersedar dari tidur mereka yang tadinya aman.

 

Senggol juga turut terjaga. Dia bangun tetapi kedua kakinya masih berlunjur. Disingkapkan selimut jerami yang meliputi bahagian ketidakmaluannya itu. Senggol lantas mengangkat kedua-dua sikunya separas dada dan terus membuat satu siri senaman ringkas seperti gaya seorang pengemudi sampan yang berdayung dua. Seraya selepas dia mendengar bunyi  ‘krupkrup!’ di bahagian tulang selangka kanannya, Senggol akhirnya bangun berdiri. Dia mencapangkan kedua-dua telinganya untuk mendengar kalau-kalau ada bunyi jeritan lagi.

 

“Adduiihh!!!!! Ihhh!!!!! Hachhiumm!” 

 

Senggol terperanjat ! bunyi jeritan tersebut tambah kuat dan aneh-aneh bunyinya. Dia lantas mendongak ke arah dinding atas sebelah kirinya. Jam yang diperbuat daripada bekas tin biskut buruk yang berwarna hijau lumut menunjukkan pukul 3.11 pagi.

 

“celaka!” getus Senggol dalam hati. Tapi seterusnya dia sedar diri dan terus beristighfar sambil mengurut-ngurut dadanya.

 

“siapa agaknya!” getus Senggol dari dalam hatinya sekali lagi. Tak baik menyebut celaka di dinihari. Itu pesan arwah nenek Senggol.

 

Selepas itu, dia menyarungkan selipar cap hidung bertali buatan syarikat Jepun yang tergelimpang di hadapan pintu bangsalnya. Secepat lembu, Senggol bergegas ke arah bunyi jeritan dan bersinan tadi. Walaupun keadaan agak gelap, dia dapat melihat ramai binatang lain sudah berkerumun di salah sebuah bangsal yang terletak di sudut paling kanan dalam ladang tersebut.

 

“isyh! Takkanlah…” bisik Senggol dalam hatinya.

 

Serentak dengan itu, dia terus menyerondol ke arah kerumunan binatang-binatang itu. Dengan diiringi dengusan yang memercikkan hingus secawan, Senggol memaksa binatang-binatang yang berkumpul di sana mengelak dan membuka satu laluan untuknya. Sedikit saja lagi, Senggol akan menanduk empunya jeritan, jika dia tidak sempat berhenti dari meluru. Sesudah berhadapan dengan tuan punya suara yang misteri tadi, barulah Senggol terdiam dan ternganga.

 

“ Addouihh!!!! Tolong ! sakitnya!!!” jeritan itu kini betul-betul di depan muka Senggol. Angin yang keluar bersama jeritan sang penjerit menggoyang-goyangkan beberapa helai bulu mata dan bulu hidung Senggol.

 

Sejurus itu, suara binatang-binatang lain terus berlangsung, berbincang di antara satu dengan yang lain. Ada yang bersorak,ada yang berbisik,  ada yang takjub, ada yang sedih, ada yang tersengih, ada yang terbatuk, ada juga yang termengalir air telinga. Semuanya kehairanan. 

 

“tok ketua!” jerit Senggol tak percaya.

 

“tok ketua! Apa dah jadi?!”  dia bertanya kepada binatang yang sedang duduk berlunjur dan bersandar di dinding di hadapannya.

 

“ye la..kenapa tok? Kenapa? !!!” tambah beberapa suara lagi.

 

“aku sakit..” jawab tok ketua.

 

Rupa-rupanya tok Ketua yang menjerit. Rupanya Tok Ketua sakit.

 

“tapi sakit apa tok? Kenapa boleh jadi macam ni?”

 

“manusia-manusia itu…huhuk!! Huikh! Ptuih!” jawab tok ketua ditambah dengan satu ludahan yang bergelema bercampur darah.

 

Ludahan itu jatuh tepat di atas setumpuk tahi ayam candu yang berlumut atas tanah di sebelah kanan Senggol. Lalat-lalat Chrysomya megacephala yang sedang asyik menghurung jadi terhuyung-hayang terlibas angin.

 

“manusia-manusia mana? Tok?!! Manusia-manusia mana?” jerkah Senggol dengan nada yang sedikit marah.

 

Tok ketua terdiam sebentar. Beliau mengurut-ngurut janggutnya yang jarang-jarang seperti bulu ketiak kerbau balar yang meninggal seminggu lepas.

 

 

“manusia-manusia itulah…yang hidup di tengah-tengah belantara batu dan besi dan kaca dan plastik itu” terjegil-jegil biji mata tok ketua memberi penerangan.

 

Senggol menggertap giginya. Rahang bawahnya di gerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan. Dibiarkan gigi bawah dan gigi atasnya bergesel.

 

“Kriut! Kriup!”, bunyi geseran gigi-gigi Senggol sudah cukup untuk menggeletarkan aorta jantung tok ketua yang sudah tersumbat dek kolestrol.

 

………………………………..

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Satira

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) yeah...apa sudah jadi sama tok ketua??!
  • 2) huhuhu.. tok ketua tok ketua... huhuhu
  • 3) apakah apakah?
    hehe ni part 1 dari berapa ni kuru?

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa