Komuniti

 

Apakah pernah kita sedari sebelum ini? Seiring dengan jutaan manusia lain kita berlari2 dan berekejaran di atas jalan raya pada waktu-waktu yang ditentukan oleh koperasi-koperasi yang bertuhankan diri sendiri didokong naik oleh pangkat kemuliaan yang dianugerahkan oleh manusia-manusia ‘mulia’ yang lain. Setiap pagi dan setiap petang kita pergi dan kembali. Tidak bahagia jauh sekali sejahtera. Namun disebalik setiap hati kecil, ia impikan suatu kebahagiaan yang ia merasa kehilanganya. Justeru itu, mampukah ketenangan dikecapi dengan routine seharian dan melalui mengecapi kebendaan?

Hamba-hamba sesama kita pula telah mengkalsifikasi sesama mereka. Mereka hanya bersekongkol dengan orang-orang yang setaraf dengan status mereka di sisi komuniti dan masyarakat yang berpandukan fahaman barat yang menilai orang dari aspek luaran.

 Mereka ini adalah orang-orang kebanyakkan yang sudah sebati dengan kehidupan dunia seperti mana kambing biri-biri yang dikawal dan diherdik oleh seorang pengembala yang mengawal hala-tuju mereka. Setiap pagi ia keluar dan setiap petang ia dibawa kembali semula ke kandang-kandang yang mana, ada yang kembali ke kandang yang mewah dan ada yang pulang ke kandang yang disewa. Pengembalanya barangkali boleh jadi hutang-hutang di bank atau keinginan terhadap kekayaan yang tinggi atau yang bertujuan lebih mulia seperti menyara kehidupan etc.

Walaubagaimanapun, tidak jauh di sudut hati setiap hamba ada terdapat suatu kesan kehilangan; kerana sepanjang hidup ini fokus dan konsentrasi hanya diberikan kepada keperluan dan kesejahteraan jasad. Walhal kita adalah suatu makhluk yang berkerohanian. Apabila kecendurungan diberi lebih kepada yang fizikal maka rohani/kebatinan menjadi lemah dan ketenteraman menjadi suatu yang mustahil dikecapi.

Penyakit minda yang diwarisi.

Permasalahan dengan orang-orang tua yang telah deprogram oleh pemikiran barat, ditambah dengan otak yang di ‘brainwash’ hari-hari oleh rancangan-rancangan di TV. Projek pembodohan ini telah mencetuskan pemikiran seseorang itu cendurung kepada kebahagian-kebahagian yang cetek. Apabila orang tua telah berjaya dimanipulasikan, maka anak-anak mereka telah pun dengan mudah dimanipulasi. Jika diperhati inilah keadaan yang sedang dialami oleh masyarakat.

Memang benar, kita boleh mendapat kebahagiaan dari harta-harta di dalam pangkuan kita. Namun itu hanyalah sementara, bahkan mungkin hanya berpanjangan selama beberapa hari sahaja. Seperti satu ilusi yang memberi keseronokan sekelip mata. Sesudah itu mereka beralih mengejar ilusi yang lain.

Ironisnya, seakan jenaka buruk yang mencucuk hati, orang-orang miskin juga bercita-cita untuk menjadi orang-orang kaya yang menzalimi mereka. Kononya mereka akan dihormati dan disanjung. Ingatlah, jika benar sekali pon mereka dihormati, mereka hanya dihormati selama mana mereke mempunyai kuasa. Mereka tidak dihormati kerana akhlak atau karektor yang baik. Mana ada orang-orang kenamaan ini yang fahami akan erti ikhlas atau merendah diri?

Semua orang ingin kaya dunia, tetapi berapa ramai yang mempunyai keinginan untuk mengkayakan dalamanya? Sekiranya seseorang individu itu kaya dengan kerohanian maka dia telah mengenali dirinya dan keinginan-keinginan yang cetek seperti ingin membuktikan diri dan menunjuk-nunjuk kepada masyarakat tidak akan timbul.

Bila agaknya anak-anak muda akan mulai impikan untuk memartabatkan dan memberi kepentingan untuk memperkayakan kerohanian mereka dan bukan nama mereka? Sekiranya itu berlaku, isu-isu seperti hasad dan sifat mementingkan diri sendiri akan berkurangan dan masyarakat akan menjadi lebih makmur dan positif. Walaupun hanya angan-angan, namun ia memberi gambaran yang menarik.

Terdapat seorang nelayan yang mana setelah selesai kerjanya pada waktu pagi, sudah menjadi kebiasaanya untuk berbaring di bawah sebuah pokok yang besar dan rendang. Oleh kerana tabiatnya itu, kelakuanyai telah diperhatikan oleh seorang hartawan yang masyhur yang tinggal di kawasan itu. Suatu hari, kebetulan hartawan itu lalu di tempat berehat si nelayan. Bila sampai di hadapan nelayan yang sedang lena, hartawan itu berhenti dan dengan jelik bertanya, “Wahai manusia, mengapa kamu membuang masa kamu dengan berehat walhal kamu boleh berjaya seperti aku, jika kamu berusaha?” Si nelayan itu bertanya kembali, “Wahai hartawan, mengapakah kamu berusaha dan mengorbankan masa kamu sepanjang hayat walhal kamu sudah pun kaya?” Hartawan itu menjawab, “Supaya bila aku sudah cukup kaya maka bolehla aku bahagia dan berehat sepuas hati aku pada bila-bila masa.” Nelayan itu kemudian menjawab, “Jika begitu, aku sudah pun kecapi apa yang kau inginkan, kerana aku bahagia dengan apa yang aku ada dan selalu berehat sepuas hati ku. ”    

 

And of the people is he who worships Allah on an edge. If he is touched by good, he is reassured by it; but if he is struck by trial, he turns on his face [to the other direction]. He has lost [this] world and the Hereafter. That is what is the manifest loss. Surah Al-Haj 22.11

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Agaknya apakah yang selalu Abraham Maslow tercicirkan?

  • (Penulis)
    2) Maslow? Are u referring to Maslow's theory? I don't know. Firstly it's merely a theory hence not a fact. This study too is based on a hypothesis on what human needs to be happy according to Maslow. Tapi, to answer your question, I would say Maslow being a Jew sama ada tercicir dgn sengaja atau tidak sengaja, tidak langsung menyentuh tentang spirituality. Too many good values have been listed such as, nothing superfluous,honest, reality, beauty, pure, clean and unadulterated completeness'. Normally values macam ni tidak sempurna tanpa spirituality..Tapi dia takde pon sentuh pasal religion or spirituality. so yea, i would say dia cicir bab spirituality..

Cerpen-cerpen lain nukilan Alam_Shah

Read all stories by Alam_Shah
No stories.