Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Alahai... [Part I]

 

Huarghhhh. Aku menguap macam naga kelaparan. Uish..kalau ada Ma ni, mesti kena perli barang sedas dua. Aku tatap muka bersegi enam terpampang nama Everlast. Ah...dah pukul 6.30 pagi. Perlahan aku bangun, sempat termenung lebih kurang 10 saat. Bangun dan terus mencapai tuala.

Dengan kaki bagai terantai beban seberat 10 tan, aku berjalan ke bilik air. Aduh...kerja lagi hari ni, lambat betul nak hari jumaat. Pantas aku tekan suis lampu, terang benderang seluruh rumah. Roomate aku masih lagi terbongkang tidur. Kaki terkangkang dan tersenyum-senyum macam kena sampuk. Hrm...mimpi awek la tu. Beruntung orang ada awek. walaupun dia cuba menafikan tapi aku tahu dia tu memang jenis tak cerita kat aku pasal awek dia. Maklumlah, aku kan kaki perli. siaplah kena perli dan gelak sakan dengan aku. Sorry mate, i'm just a guy who love having fun. Aku tergelak sendiri.

Tanpa bertangguh, aku terus memutar kepala paip sebaik saja pintu bilik air berkunci. Gosok gigi dulu la, lepas tu baru mandi. Ya Allah, makhluk mana lah yang buruk benor kat cermin ni. Masih lagi mamai. Beberapa ketika, aku tergelak sendiri bila aku sedar wajah makhluk buruk itu adalah muka aku sendiri. Itulah...mamai lagi. Dah-dah, bangun-bangun...ada kerja penting hari ni. Dos-dos ubat semangat naik ke kepala. Hari ni aku mesti semangat, banyak kerja kat office tu untuk aku selesaikan.

Selesai mandi, terus terjingkit-jingkit aku berjalan ke bilik semacam mahu mengelak terpijak lantai simen beralas jubin. Buuuurrr...sejuk gila pagi ni. Ahhh...semalam kan hujan, memang la sejuk. Sejuk-sejuk ni kalau ada orang peluk sedap jugak. Tersengih aku sendiri melayan khayalan sewel 18SX di pagi-pagi hari. Pakai saja baju, seluar dan pantas membentangkan sejadah. Solat itu penting untuk memulakan hari supaya hati rasa tenang berhadapan dengan makhluk-makhluk Allah yang kejam ketika berebutkan LRT nanti. Usai solat, aku letak sikit gel rambut dan sapu kasi kemas sikit rambut. Tak perlu sikat, guna tangan nampak stylo sikit. Itu style zaman sekarang, wet look hair ala-ala serabai. Macam kutu rayap bergaya emo yang banyak kelihatan di Berjaya Times Square semasa lawatan "ilmiah" aku di hujung minggu. Stoking belang untuk perempuan dan berbaju serba hitam. Pengaruh band macam MCR atau nama panjangnya My Chemical Romance. Entah, aku bukan bergaya emo cuma aku malas nak sikat rambut. Lagipun, rambut aku memang sentiasa pendek. Takde la gaya budak-budak emo yang rambut serabai macam jerangkung tu.

Dah siap rambut, basuh tangan kat sinki. Lap tangan dan sembur sikit Burberry Summer. Wah...dah wangi dan bergaya untuk ke pejabat. Pantas ku sambar bermuka segi enam Everlast dan beg sandang. Owh..pas bulanan LRT. Sapu tangan dalam kocek seluar dan Sony NW-S703F dah bergayut di leher. Seleksi lagu pagi ni: The Cure - Boys Don't Cry. What a nice song, a good song to start a day, fikir ku sendiri. Pantas aku berjalan dan menyarung stoking dan kasut ke kaki. Terlihat roomate terkocoh-kocoh masuk ke bilik. Itu la...aku kejut tadi tak bangun. Tidur macam tunggul kayu. Buka pintu dan berjalan menuruni tangga. Kabus masih lagi terawang-awang, menyamankan udara pagi yang sedia dingin. Jelas kelihatan lopak-lopak air kelihatan, penangan hujan malam semalam. Kedengaran suri-suri rumah tangga memaparkan semangat kekeluargaan dari ketukan sudip berlaga dengan kuali. bau sambal ditumis dan cempedak goreng menusuk hidung. Perut mula berbunyi. Ish...kat office nanti la.

Sampai saja ke LRT, nampak la gadis-gadis genit masih lagi berbau wangi tetapi bermuka mengantuk menjadi bahan santapan mata di pagi-pagi hari. Kelihatan juga makcik-makcik yang kelihatan tak berapa bermaya menunggu LRT. Juga pelajar-pelajar yang terkocoh-kocoh berkejar ke sekolah, terlambat mungkin. Hampir 90% manusia-manusia disitu macam tak berapa nak bernyawa, barangkali masih mengantuk. Datang sudah satu LRT, maka disinilah titik permulaan kebangkitan semua muka-muka mengantuk tadi. Makcik-makcik yang tak berapa bermaya paling agresif. Tindakan menolak dan bertolakkan biasanya dipelopori oleh golongan ini. Seolah-olah saat kebangkitan mayat dari kubur, semuanya seperti dahagakan darah. Menakutkan sungguh. Dalam bertolak-tolak, aku berjaya menyelit bahagian sebelah tepi berhampiran pintu LRT. Wah...ini space paling selesa dalam tempat sesak LRT ni.

Keretapi sesak itu bertolak. Tak sampai 5 minit kemudian, tibalah di stesen Wangsa Maju. Disini situasinya lebih dahsyat. Manusia-manusia disini lebih gila. Bertolak-tolak dan menolak tanpa mengira jantina sudah menjadi perkara biasa, survival of the fittest kata ahli cerdik pandai. Siapa yang kuat, dialah yang menang. Siapa yang memberi ruang, dia akan ditolak, dilenyek macam kentang lenyek. Dalam kekalutan perebutan ruang itu, terlihat aku sesuatu.

Kelu aku dibuatnya. Wow...ini dah menarik. Yang pasti, pagi ku hari ini pasti indah. Aku tersenyum sendiri sambil lagu Berdua Lebih Baik berkumandang ke telinga. Ya, berdua lebih baik.

------bersambung----------

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    cite yg menarik. very2 descriptive aaa..hehe

    my fave spot in lrt oso happens to be dekat pintu kalo kene berdiri. kalo kene duduk seat paling ujong sekali kat gerabak (gerabak ke? hoho)

    benci org yg tolak menolak potong q kalo naik monorail benci dan rase nak sepak2 terajang2.. 

    saye peminat setia E1 hooyeh. 

  • 2) hehe same jugak. situ je la port best. selesa pun selesa. tinggal lagi kena diri la. hehe. naik dari stesen melati eh?
    gadis mane la yang kau lihat ni mangi ;))
  • 3) uhu..sy berharap moga dh keje nnti xperlu nek lrt..hehehehe
  • 4) naik motor ah rempiiiiiiiiiiiiiiiiiiit
  • 5)

    hoh, aku selalu melihat situasi ini di lrt wangsa maju sendiri bila aku LI 4 bulan dulu. nasib baek aku naik dr wangsa maju ke terminal.

    aku teka ko dr terminal, sbb stesen melati tu, mcm kureng sket org. yg hebat mmg la terminal & wangsa maju.

    ahh~~ aku rindu nak naik bas 203. skang U203 la kot kan?


  • (Penulis)
    6)

    yurp, mmg sedap duk kat sebelah pintu tu. kalau dah biasa naik LRT (macam saya yang hari-hari naik LRT pergi kerja ni), tolak menolak tu dah naik muak nak sound. buat bodoh saje, bitterpill. E1?

    a ah..stesen melati. gadis? siapa cakap psl gadis ni? aku tak habis lagi tulis. mungkinkah...cerita ini...jeng jeng jeng. hehhee.

    syud: kalau takmo naik lrt, make sure ada kenderaan sendiri ataupun kerja dekat dgn your parent office. leh tumpang derang je.

    zing: tak dapat la nak merempit, aku ni jenis bengap sikit jalan KL. ngak pandai cilok. Lagi satu, naik LRT ni selesa sikit (kalau keluar awal sikit la).

    misz: aku naik dari taman melati. rumah gue di area taman melati tu la. tp "dia" ku jumpai di stesen wangsa maju. beselah, situ kan ada macam-macam manusia.  bas 203? ngak pernah naik bas. hehehe.

  • 7)

    E1 bas peberet ekpress kl -> putrajaya -> kl.. heaven tido...dlm sejuk2 sepoi angin

    kalo bukan gadis..takkan............errrrrrrrrrrrrr......


  • (Penulis)
    8)

    owh...bas tu. tahu2. awal2 pagi dah nampak bas tu berulang alik kat area of my house.

    gadiskah? hehehe. jeng jeng jeng. 

  • 9) sekali lagi WOW unutk mangi,... xkan janda kot.. or adik kecil... or anak kucing... ah xkan pula mak kamu.. ces..   gadiiiis cik adiikk manis,,,
    jangan kamu kata dia seorang.. "separa-jantina"..

  • (Penulis)
    10) Bahagian II sudah ready untuk dibaca. :)
  • 11) menarik..nak bace bahagian 2 plak...
  • 12) waa..mnarik..mcm2 komen tuh bai..
  • 13) suka cara kamu describe suasana hujan malam tadi ngn kesesakan di stesen LRT... oh, suka juga bhgian tepi pintu.. rather stand up drp berdiri... nak beralih ke bhgian kedua plak

Cerpen-cerpen lain nukilan mangifera

Read all stories by mangifera