Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

teleNovela Cinta

  • 20
  • dayya
  • 16 years ago
  • 20,081
  • FREE

 

Rancangan gila

 

"Mira, kita kahwin!" Haris tersenyum kelat. Tahu sendiri barisan ayat itu bagai keramat beracun buat Mira. Silap haribulan, dia akan menjadi sasaran ketawa si gadis genit itu. dan nyata sekali tilikannya tepat. Mira menghambur ketawa. Bagai  nak pecah perut gayanya. Sehinggakan terbahak-bahak, terduduk menepuk lantai.

 

"Kau gila ke Haris? Tak ada lawak lain ke yang kau boleh buat? Tapi serius, yang ni memang bahan lawak kau yang paling menjadi." Mira ketawa terbahak-bahak. Namun seketika menyambung cakapnya. "Okay, aku on je. Bila kau nak hantar rombongan meminang? Aku tunggu. Yang penting, kau jangan lupa bawa kunci kereta sebijik. Bulan depan kita kahwin. Hantaran wajib sebuah rumah." Mukanya jelas serius kali ini.

 

"Betul ni?" Haris menjerit bagai kanak-kanak dihadiahi gula-gula. Suka benar dia. Akhirnya, lepas satu beban. Mira sahabatnya itu memang memahami. Tak payah cerita panjang, dah faham. Kali ini firasatnya pasti lebih tajam. Belum pun sempat cerita hujung pangkal, dia dah setuju. Haris tersenyum bahagia.

 

"Tapi hari ni aku laparlah. Kau belanja aku boleh?" Mira buat muka manja. Sengaja menggedik minta Haris yang kedekut tahi hidung masin membuang duit untuk perutnya yang menyanyi garang. Lapar je memanjang!

 

"No problems. Nanti dah kahwin, hari-hari aku belanja kau makan. Kau tak payah masak. Buat penat badan je. Okay sayang?"

 

Mira tersenyum simpul. Senangnya nak pujuk mamat ni belanja aku hari ni? Selalunya dua tiga jam pun belum tentu lepas. Kali ni siap offer nak belanja hari-hari. Ini kira bagus ni. Dah naik gaji ke? Atau dah dapat bonus? Huhuhu, gasaklah! Janji perut aku penuh.

 

Dan kereta Honda Civic itu dipacu laju mencari tempat untuk menjamu selera.

 

Hari perkahwinan

 

Mira menangis teresak-esak. Tidak disangkanya lawak gila Haris sebulan yang lepas menjadi kenyataan. Hari ini, dia selamat diijab kabulkan menjadi isteri Haris, teman akrabnya sejak di universiti. Tidak pernah langsung terlintas di fikirannya, Haris menjadi suami juga bakal ayah buat anak-anaknya kelak. Mungkinkah ini jodoh yang telah ditentukanNya?

 

Hatinya sedikit memberontak, namun apakan daya Syurga yang diidaminya telah bertukar tapak. Jika dahulu, semua impiannya terkalung di bawah telapak suci si ibu, kini Syurga itu di bawah telapak kaki Haris; suaminya.

 

Mira siap didandan. Sangat cantik wajahnya dirakam pada lensa kamera. Moga-moga keraian ini berlaku sekali sahaja seumur hidupnya. Itu sahaja doanya. Dan kerana itu, digagahi juga senyuman menampir mukanya. Haris di sisi, tidak putus-putus dengan senyuman. Bahagiakah hati itu?

 

Malam pertama

 

Debaran hatinya tak tertanggung. Igauan malam pertama yang menjadi gurindam di telinganya saban hari semenjak kecil, menghantuinya kini. Berdegup jantungnya laju. Nafasnya tersekat-sekat menahan resah dada yang melanda. Perasaannya berbaur-baur. Mira runsing. Patutkah dia bahagia bila cinta sebagai teras utama perkahwinan tiada? Wujudkah cinta di hati mereka? Terus menerus benaknya menyalai sangsi persoalan.

 

Peluh dinginnya menitik bila ada ketukan pintu dan sapaan salam dari Haris. Suara yang saban hari menelefonnya menceritakan perihal peribadi minta diselesaikan. Dari soal kerja hingga ke soal cinta. Dan hari ini, suara itu bagai begitu asing di telinganya. Bagai hilang panas, yang ada Cuma dingin rasa.

 

Haris berdiri menghampirinya. Di wajahnya, senyum masih lagi tidak putus-putus. Dia merapati Mira lalu dibisikkan sesuatu, "Thanks Mira, kaulah kawan baik aku dunia dan akhirat. Kalau tak ada kau, mesti aku terpaksa kahwin dengan Maria, perempuan pilihan Mama. Perempuan murahan tu mana layak nak dijadikan isteri. Thanx again. I love you" dan sebuah kucupan hinggap di pipi gebunya.

 

Mira terus menanti rangsangan seterusnya. Tiada. Haris terus menepuk bantal, lalu terbaring lesu di hujung katil. Mira mendiamkan diri. Mungkin Haris kepenatan. Itu fikirnya dan dia menghembus nafas lega. Jantung yang tadinya kencang, mula mereda. Dia terbaring di sisi Haris, lelaki, teman dan kini telah sah menjadi suaminya. Tidurnya malam itu lena tanpa diganggu.

 

Rumah baru

 

Seminggu berkahwin, merpati dua sejoli itu mula berkemas. Rumah baru menanti agar perkahwinan yang baru dibina dapat dicorak lebih berseri. Mira tidak sabar-sabar menanti. Mungkin lebihan cuti selama tiga hari itu bakal menjadi madah permulaan percutian bulan madu buat mereka berdua.

 

Namun, ceria pelangi dilangit, manakan sama pada kanvas lukisan. Realiti bukan semanis impian. Impian pula punah kerana menggunungnya harapan. Perkahwinan yang diharap menjadi titik mula kehidupan rupanya garis sempadan antara bahagia dan derita. Begitu hampir sehingga tidak ada sesiapa yang menyedari empangan itu.

 

"Mira, aku minta maaf. aku seorang lelaki yang baik, tapi aku bukan seorang suami yang baik. Antara keduanya ada beza yang banyak. Maafkan aku, aku tak mampu melaksanakan tanggungjawab aku selaku seorang suami. Secara material, minta saja dapat aku berikan. Tapi andai nafkah batin yang menjadi urusan, sekali lagi, maafkan aku. Tapi aku mohon dari kau, tolong jangan lepaskan hubungan suami isteri ni. Beri aku waktu agar aku dapat melakukan sesuatu."

Rayuan itu mencarik segala mimpi indah yang dicanang sendiri. Mira menangis teresak-esak. Malam pertama di rumah sendiri, mereka telah pun berpisah bilik. Dalam hati, deritanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

 

Malam itu, Mira bertelekur di muka sejadah, teresak mengadu pada Pendengar yang Setia selamanya.

 

Sayang seorang sahabat

 

Selepas malam itu, hubungan antara Mira dan Haris kembali seperti biasa. Seperti tiada apa pernah berlaku. Nyata sekali hubungan persahabatan begitu akrab dan utuh buat mereka. Rasa sayang yang mendalam kembali memaut rapat segala sengketa dan duri derita. Andai sahaja topeng ceria mampu menutup badai derita, sayang itu sudah cukup menjadi buktinya.

 

Mira tetap seorang sahabat. Cuma tugasannya lebih melebar. Jika dulu, mereka sekadar boleh berhubung melalui telefon, kini bertemu muka. Tiada yang melarang. Malah, kerana hormatkan status isteri yang dipegangnya, Mira dengan rela hati menjaga makan pakai Haris.

 

"Abang, tengahari esok kita lunch sekali nak?" panggilan manja itu sudah menjadi mainan bibirnya. Haris sendiri yang memintanya begitu. Lebih manis katanya.

 

Haris angguk kepala. Surat khabar yang dibaca, dilipat kembali. Muka dihadap kepada isteri sebagai tanda bersedia menerima tentatif acara keesokan hari.

 

Mira yang sedang melipat kain juga terhenti dari meneruskan tugasnya. Janggal suasana dirasakan bila Haris sedari tadi merenung tepat ke arahnya. Terasa bagaikan tembus ke dasar hati.

 

"Mira cadang nak melawat mak. Abang ikut sekali ye?" Mira menyoal lagi.

 

Haris mengangguk. Semenjak menjejak kaki ke rumah baru, dia sendiri pun masih belum balik berjumpa keluarga dan keluarga mentua. Beristighfar dia seketika menyedari kelalaian tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

 

"Okaylah. Esok Mira datang office abang, kita pergi sama-sama ye? Redah je office abang tu. Pukul 6 esok. Boleh sayang?" lembut Haris mengucapkan arahan itu.

 

Mira menggangguk. Matanya terasa berat. Longgokan baju diketepikan. Mulutnya diterkup bila nguapannya ternganga luas. Haris tertawa kecil.

 

"Dah, pergi tidur dulu. Esok baru sambung." Mira mengangguk kecil lalu mula membuka langkah menaiki tangga menghala ke biliknya di tingkat atas.

 

Hujan tangisan

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Mira menangis teresak-esak. Kereta yang dipandu sudah kehilangan arah tuju. Suami tempat memaut kasih rupanya hanyalah lalang bersekam. Kasih yang dipertaruhkan rupanya dijadikan mainan dagangan dusta.

 

Fikirannya kembali terkenangkan insiden yang dilihatnya petang tadi. Sesampai sahaja di pejabat Haris, samar-samar, Mira terlihatkan adegan dua insan yang bagaikan sedang bercinta, bertepuk tampar bergelak ketawa. Bagai filem sebabak tontonan umum.

 

Hati kecil Mira berdegup kencang. Apa mereka buat dalam bilik Haris itu? Mesra sungguh, mengalahkan gelagatnya dengan sang suami.

 

Pintu dibuka, Mira tergamam. Pandangannya seakan berpinar. Benarkah apa yang dilihatnya? Ataupun pandangannya itu sekadar ilusi mainan perasaan?

 

Tanpa sedar, ada air suam mengalir di pipinya. Sebak yang ditanggung mencarik segala kepercayaannya pada sang suami. Haris suaminya juga terkejut hingga reaksinya bagaikan ternampakkan hantu. Lelaki lembut di sisinya hanya diam, terpisat-pisat memandang sekujur tubuh gebu Mira.

 

Mira yang masih berdiri di muka pintu hanya membatu. Rasa tidak percaya menghilangkan segala rasional diri. Kerana inikah dirinya dilayan dingin? Rasa tercabarnya memutuskan lautan kasih buat lelaki yang disanjung dalam diam.

 

Mira tersentak dari lamunan itu. Deringan telefon yang dikhaskan buat Haris, membingitkan telinganya. Walau hatinya walang, digagahi juga mengangkat panggilan itu. Namun, telefon bimbitnya itu terjatuh, sebaik sahaja punat hijau ditekan.

 

Mira cuba mencapai telefon bimbitnya beberapa kali tanpa menyedari sebuah lori sedang dipandu laju ke arahnya. ‘Bang!'

 

"Abang!!!!"

 

Jerat menjerat

 

Haris bungkam. Hatinya kerinduan pada keletah manja Mira. Seminggu selepas kemalangan itu, Mira masih tidak mahu pulang ke rumah mereka. Sudah puas dipujuk, tidak juga berhasil.

 

Sudahnya, Haris bertekad berulang seminggu dua kali ke rumah mentuanya. Entah kenapa, sejak ketiadaan Mira, hidupnya terasa kosong dan tidak bermakna.

 

Nasib baik kemalangan kecil itu tidak membawa sebarang kecederaan kepada sesiapa. Cuma tanpa disedarinya, ada hati yang sedang bernanah parah.

Entah mengapa, rasa menyesal bertandang tiap detik. Haris bagaikan terdesak mahu isterinya pulang kepangkuaan. Kali ini, tidak kira apa saja yang perlu dilakukan untuk memujuk kembali perasaan wanita itu, sanggup sahaja dipertaruhkannya.

 

Andai perlu, dia rela berterus terang tentang rahsia yang masih tersimpan kemas sendiri. Haris bertekad. Kali ini, dia benar-benar pasti pada gerak hatinya itu.

 

Burung pulang ke sangkar

 

"Mira, apa sebenarnya dah berlaku ni?" Pak Rashid duduk bersila, bersandar pada dinding papan berandah rumahnya. Anak sulungnya dipandang penuh kasih sayang.

 

"Tak ada apa ayah."

 

Pak Rasyid tidak sedap hati. Hampir sebulan menantunya berulang alik ke rumah itu memujuk Mira anaknya. Bila ditanya, Haris hanya menunduk bisu. Mira pula masih steriotaip dengan jawapan tidak ada apanya. Fikiran tuanya runsing mengenangkan masalah kedua mereka.

 

"Ayah bukan nak menghalau kamu, Mira. Tapi, rumah ni bukan tempat kamu lagi. Kamu pun tak minta izin suami kamu tu nak duduk sini. Walaupun dia tak marah, tapi sebagai isteri, kamu kena banyak hormatkan dia sebagai suami. Kamu tu kena banyak-banyak bersabar. Cuba selesaikan masalah sama-sama, duduk berbincang elok-elok. Kalau boleh, ayah tak nak rumah tangga kamu tu nanti musnah di tengah jalan."

 

Sebak suara tua itu. Dia risau andai sahaja cakapnya disalah tafsirkan. Bukan pula dia hendak menghalau anaknya itu, cuma rasa kurang enak acap kali bertandang di hati. Bisik-bisik jiran tetangga juga sedikit sebanyak mengganggu rentak hidupnya.

 

"Kalau boleh, hujung minggu ni ayah nak kamu ikut suami kamu tu balik ke rumah. Cuba selesaikan masalah tu sama-sama. Ayah tak nak masuk campur. Lagipun, ayah tak rasa kamu berdua nak ayah campur tangan. Kalau tidak tentu masalah ni kamu dah ceritakan pada ayah. Ayah tak kisah. Cuma, ayah harap kamu berdua pandai-pandailah mengatur hidup. Bergaduh tu biasalah. Anggap je sebagai asam garam suami isteri." Panjang lebar nasihatnya.

 

Mira hanya mengangguk kepala. Sedikit sebanyak nasihat itu melembutkan hati wanitanya.

 

Dan akhirnya, Mira mengikut Haris pulang ke rumah mereka diiringi senyuman dari wajah tua si ayah.

 

Masih adakah peluang kedua?

 

"Mira, thanks sebab sudi ikut Haris balik. Haris rindu sangat dengan Mira. Lain kali, Haris harap, Mira jangan tinggalkan Haris lagi, ye? Kita bincang dulu. Yang pasal hari tu, Haris rasa, Mira dah salah faham. Please Mira, I need the second chance! Kita start all over sebagai suami isteri, boleh?"

 

Haris merayu wanita ayu di sisinya itu. Namun, Mira cuma mendiamkan diri sahaja. Entah apa yang dimenungkannya, tiada siapa yang tahu. Mira bagaikan kehilangan roh. Yang mengikuti Haris, Cuma jasadnya saja. Haris bungkam cuba mengawal keadaan tegang antara mereka.

 

"Mira masih marahkan Haris lagi?"

 

Suasana tetap sepi. Akhirnya, Haris hanya memandu sendiri. Mungkin Mira masih perlukan masa untuk menerimanya kembali.

 

*****

 

"Mira, siaplah! Kita pergi makan dekat luar je lah. Mesti Mira penat lagi."

 

Mira bangun, terus bergerak ke biliknya di tingkat atas. Sejak sampai, dia tidak lagi menjejajkkan kaki ke biliknya itu. bila sahaja pintu di buka, Mira terkejut. Katilnya dipenuhi Bunga Mawar Merah, di atas lantai juga bunga itu bertaburan berbentuk hati. Di dalam lukisan mawar itu, ada pula susunan lilin tertulis, ‘I LOVE U'. Mira terdiam, benar-benar terkejut dan tidak disangkanya. Hatinya yang marah kian mencair. Bagaikan terasa kewujudan seseorang di belakangnya, lantas Mira menoleh.

 

Haris betul-betul sudah berdiri tegak di belakangnya. Jemari kirinya, sudah pun berada dalam genggaman Haris.

 

"Mira, Haris minta maaf. Will you marry me? Be my wife, my princes for the whole life? I need you, and I want you. I love you babe. My soul is you and my heartbeat is beating for you."

 

Mira terkedu. Dia terus memeluk Haris.

 

"Kita ni nak kena nikah lagi sekali ke?" lembut sahaja bisikan itu menerjah ke corong telinganya. Mira tersenyum manja lalu cubitannya hinggap ke pinggang Haris. Haris mengaduh sakit. Lalu ketawa mereka pecah juga petang itu.

 

Dalam hati, Haris bersyukur. Rahsianya masih tersimpan rapi. Mungkin lain kali sahaja rahsia itu akan diceritakan. Kerana kali ini, pujukannya sudahpun cukup melembutkan hati. Bibirnya mengukir sebuah senyuman lega.

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Suami Isteri

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ahh tidak?? haris gay?? sungguh tak senonoh!!
  • 2) cerita ni tak stereotype (kalau ape yg saya fikir tu betul la). bagus. gaya bahasa pun tak membosankan.

  • (Penulis)
    3) hehehhe.. thanx fai =p... masih lagi belajar... =)
  • 4) apedia rahsie dia?? eish~~ pompuan..cmnilah..pujuk romantik je trus cair..wakkakaa..nice story dayya..sgt fairytale sbb lelaki slalunyer xromantik pon =)
  • 5) hhhahaahaha..gay ke..ya Allah...apa ak jadi la ngn dunia skang nie..mcm2 la...but ok la..

  • (Penulis)
    6) syud: heheheh.... rahsia nyer adalah rahsia..... nanti kot mb baru reveal.. tapi tak promised la.... kohkohkoh...

    gnee: gnee rasa gay ker? hehehhe.... btw, thanx reading =p

  • (Penulis)
    7) fai: erk. terlupa plak nak tanya, apa yang fai pk tuh? =p
  • 8) cerita menarik....tapi ending yg tanda tanya....argh....masih wujud kaum yang dilaknat....huwwwaaaa

  • (Penulis)
    9) oasisson: saya berharap pembaca dapat berfikir lebih dramatic... heheh
  • 10) tu je ker...ala..nk tau ending!!
  • 11) apa ending nya tu....i dah suspend membaca nya.

  • (Penulis)
    12) sitimyrah: heheheh... dalam process wat research sket... insya allah akan ada sambungan cerita ni... =p

    azurazubir: =p hehehhe... sabar ek? tahnx reading anyway!
  • 13) nice...simple story.de smbungan ke?ni yg xsabo nk tggu

  • (Penulis)
    14) puterimyra: thanx reading =p insya allah ada sambungannya.. tapi lately dayya sdikit bz.. so mb take time sket kot... sabar ek? =p
  • 15) jgn la kate haris tu gay....btl ke????ah no......!!!!
  • 16) setuju!
    jgn kata dia ni gayyyy
    ohhhh tidakkk!!

    tp, smbg a cite. x saba ni
  • 17) apa rahsia tu? alaa ni yang x syok ni huhu
    dayya bgtau la pe rahsia haris tu..bgtau sy je..ni rahsia antra kita berdua je
    leh la ek ngeeeehehe :D

  • (Penulis)
    18) nsnikita: hehehhe, rahsia la...
    illy: ahaks.... ok, tengah menyambung ni.. tunggu sikit masa lagi eh? =)
    nurcahay: ahhhh.... tak boley!!! rahsia juga.. hehhe
  • 19) cepat sambungggggg..hehe
  • 20) ok sy baru baca.. ni sorang minah saya rasa nak lenyek2 kepala otak dia wat mcm mash potato sbb pastu sy makan sbb nak curik idea dlm kepala otak dia.... bernas2... ayat pun best.. tidak ada klise.. bagus!

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya