|
RESIPI TRIFFLE (Triftricolour bak kata Cahatumit) :P
1. Susun Swiss Roll secara cantik di dalam bekas @ bekas plastik (macam I buat haritu. HOHO)
2. Masukkan dua sudu susu isian sejat ke dalam mangkuk. Kacau bersama dua sudu tepung custard. Kalau pekat sila tambah sedikit air. Kacau sampai sebati.
3. Susu isian sejat lebihan dipanaskan dalam periuk di atas dapur dengan api berskala sederhana. Bila menggelegak, masukkan custard yang dilarutkan tadi (dari langkah 2)
4. Bila dah menggelegak dan custard mula likat. Tutup api.
5. Tuang sampai menutupi semua Swiss Roll tadi. Jangan ada ruang kosong. Nanti buruk macam Syud buat haritu.
6. Sejukkan. Kemudian susun buah-buahan diatasnya.
7. Bancuh satu peket jelly NONA perisa ros bersama 2 cawan air. Tambah sedikit gula mengikut suka hati. Err. Maksud saya ikutlah nak manis ke apa.
8. Masukkan dalam periuk dan panaskan sampai menggelegak.
9. Tuangkan ke atas custard yang dah sejuk tadi. Ikut suka nak tebal mana. :D
SIAPPP!!!
Sempoi kan kan? Selamat mencuba! ;)
Eh kejap. Bahan-bahan dia apa Syuhada? HAHA.
Okay. Bahan-bahan adalah seperti berikut. Cepat salin! :P
Tepung Custard
Mix fruit dalam tin atau yang fresh. Ikut suka hati. Jangan bubuh manggis, langsat, duku sudahhhh.
Jelly NONA perisa ros
Susu isian sejat - Ideal/ F&N
Swiss Roll. I love dekat Putrajaya punya! Gebuuu! :D
Okay dah. Kredit pada housemate saya yang comel dan menawan dan pandai buat triffle, Intan. Beliaulah yang mengajar saya. HUHU
Nota kaki:
Yang anda tidak tahu. Satu hari sebelum paintball, saya mempunyai masalah caca merba. Buat triffle pukul 12:30 malam. Tiba-tiba Jelly NONA tak cukup! OMG! Cemas! Cemass! Pastu ibu saya yang comel itu suruh tambah DADIH! LOL! Tapi sedaplah tapi. So, triffle saya haritu. Ada some mix with Dadih berperisa Mango. Hi hi hi :P
*Peace*
... |