Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5

 

Salam Karya, Salam Budaya dan ya.. Salam Ramadhan yang bakal menjelang!


Lama sungguh sejak kali terakhir saya menulis buletin ini. Almaklumlah, hari tu sibuk nak bersiap untuk majlis perkahwinan, maka tugas menulis diserah sementara buat adinda Riri. Kini majlis pun sudah selesai, bolehlah saya mengambil semula tugasnya.


Janganlah tanya mengapa buletin ini edisinya Julai, tetapi dah nak habis Julai baru dia muncul. Senggang masa ni bukan tentu munculnya. Hendak pula saya kini adalah suami hujung minggu. Dipisah oleh banjaran Titiwangsa sepanjang hari-hari bekerja. Kasihan better half saya. Jadi hari Sabtu Ahad yang biasa digunakan untuk menulis buletin telah diambil alih oleh aktiviti berprestasi tinggi yang lebih memberikan impak.


Terima Kasih Buat yang Hadir

Kepada mereka yang sudi mewarnai majlis pada 25 Jun lalu di Gombak, terima kasih saya ucapkan!

Kalau di majlis berbuka Kapasitor lalu saya kali pertama dapat berjumpa Cik Kama, di sini saya buat julung kali bertemu saudara Ridhrohzai! 

Di atas ini adalah gambar sebahagian mereka yang hadir, dari kiri:
Tara, Zaty, Riri, Nia, Afiifah, Mantan Lelaki Suci, Nawfal, Johari, Eewa, Qaqa dan Kamalia


Hadiah Kad oleh CK_Rizzy





Ini pula adalah kad daripada cik puan Asma', yang rupanya dalam lama menghilang masih ingat dan sudi buatkan saya kad T_T sambil ditandatangan oleh mereka yang hadir pada hari tersebut. Thank you Asma'!

PCB#5: Pemenang

Sebenarnya bukan saya tak mahu umum lagi siapa pemenang edisi yang lepas. Alah ada 4 entri aje pun. Maka semua adalah pemenang. Saya sudah pun dimaklumkan oleh abang hakim, Encik Kurusawa yang telah membuat penilaian menyeluruh tentang siapa yang patut membawa pulang hadiah-hadiah yang dijanjikan. Dua daripada pemenang sudah pun menerima habuan mereka. Seorang masih belum menjawab mesej saya. Seorang lagi pula ada sedikit masalah teknikal. Tapi daripada nak tunggu entah bila akan selesai, apa kata saya umumkan di sini saja:


Tempat Pertama: 26life - Kegembiraan Untuk 45 Minit

Tempat Kedua: Alcapone - Layu

Penulis Baru Terbaik: Kerel - Cerita Tentang Sebuah Cerita

Like Terbanyak - Nazu2308 - Segenggam Tabah

Anda boleh membaca ulasan sang hakim mengenai karya edisi kelima ini di sini.
 

Ha, jangan lupa untuk menyertai PCB Edisi 6 pula yang diberi tema: Ramadhan.


Uculer, Semoga Lekas Sembuh!

Mantan Ketua Pengelola Seksyen Bahasa Inggeris (EN), saudari Uculer telah memasukkan diri ke Hospital Pantai Kuala Lumpur hari Rabu yang lalu bagi menjalani operasi membuang sedikit ketumbuhan pada lehernya. Surgeri yang dilakukan pada hari Khamis tersebut telah berakhir sukses dan beliau telahpun pulang berehat di rumah keesokannya.


Marilah kita doakan kesejahteraan dan pemulihan yang pantas untuk beliau!


Di sini saya titipkan senarai 5 cerpen pilihan Kru Pengelola sepanjang bulan Jun 2011.

1. Apa Itu? - Uculer             

2. Sayap Senteng - Toti

3. Ayat-ayat Baik - Kurusawa

4. Diagnosis: Tudung, Cinta dan Tuhan - Azimtyping

5. Si Pemain Ular; Noo Laatong -Khairulr

Baca perbualan