helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Cerita Pendek > Eksperimental
3.6
5 Penilai
ECLAIRS~2
Tarikh Dihantar: 13/06/2008 | 15:49:59 PM | 192 Bacaan
Share

ECLAIRS~2

Tatkala bersalam dengan ibu, terasa sangat sayu sekali. Ibu memeluknya erat. Ibu juga meminta maaf. Ibu, semua ini dah takdir. Bukan salah siapa pun. Eca akan kuat. Lebih kuat daripada biasa. Macam ultraman pulak.hehe...

           

Along mengangkat begnya dan memasukkan ke dalam kereta. Tiada lagi komen along seperti selalu " berat giler beg, angkut batu ke? Ni macam tak nak balik rumah je? Beg macam nak pergi haji. Err, ni periuk belanga ibu yang bocor tu pun adik angkut ke?"

Sepanjang perjalanan, Along hanya diam. Aisyah juga tidak tidur. Biasanya baru 50 meter jarak dari rumah, dia sudah tersangap-sangap. Tapi hari ni, matanya segar betul. Nak temankan Along kot. Mana la tahu, Along sesat jalan ke? Nak terlanggar kambing orang ke?

 Tiba-tiba along memberhentikan kereta di tepi jalan.

" Adik ok?"

" ok je."

" Adik ok tak? Be honest with me."

" Adik ok la long. Ni kenapa berhenti tepi jalan ni? Tak de minyak ke? Nak suruh Adik tolak la ni?"

" Adik? Kalau adik terus macam ni, lagi la Along risau. Adik betul-betul ok ke...?" dan terus meluncur air matanya. Deras mengalir ibarat Sungai Pahang tatkala bah melanda.

Along memeluknya. Terasa sungguh selamat dalam pelukan Along. Tak perlu risau pasal rombongan pihak lelaki yang tak datang. Tak perlu nak gelabah kalau tok kadi balik sebelum sempat menikahkannya. Tak perlu....

 " Adik. Along pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau nak ikutkan hati, malam tadi juga Along pergi cari lelaki tak guna tu. Tapi, apa faedahnya? Dia bukan orang yang layak untuk adik abang yang baik ni. Dia tak sepatutnya hantar rombongan meminang adik. Sepatutnya dari dulu lagi Along bantah pernikahan ni. Sepatutnya..." Along juga sudah tak terkata. Aisyah menangkat muka. Along mengesat air mata yang masih mengalir di pipi adik kesayangannya.

 " Along. Adik redha denga apa yang berlaku. Promise Along takkan do something to him. Just let it be like that. Tolong jagakan abah dengan ibu. Aisyah tak salahkan sesiapa pun. Aisyah tak nak ibu rasa bersalah. Adik harap sangat along faham keadaan adik."

Along hanya mampu menganggukkan kepala. Sesungguhnya adik seorang yang tabah. Ketabahan adik membuatkan dia semakin sebak. Ya ALLAH, berkatilah adikku Aisyah. Tabahkan hatinya menempuh dugaan dan cabaran. Semoga dia dipertemukan dengan orang yang selayaknya.

 Di kolej, sakan roomatenya mengusik dengan lagu selamat pengantin baru...renjis renjis dipilis...ditabur inai...dan entah lagu apa lagi yang mereka nyanyikan. Kat pula ingin melihat foto perkahwinannya. Namun, mereka dikejutkan dengan soalan Rania.

" eh, majlis kau malam tadi kan. Apsal hari ni kau balik? Laki kau tak marah ke?"

" sebenarnya, aku tak kawin pun." Ujar Aisyah dengan selamba.

Terlopong Kat dan Rania mendengar cerita Aisyah. Namun aisyah tetap maintain muka selambanya.

Di kelas, tiada seorang pun yang tahu cerita di sebalik percutian Aisyah. Sudah dipesan awal-awal  pada Kat dan Rania supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, terutamanya Farid. Farid yang pernah meluahkan perasaan kepadanya telah ditolak mentah-mentah tanpa berfikir dua kali. Andai farid tahu yang dia tak jadi kahwin, apa agaknya reaksi dia? Ajak aku kahwin? Or gelakkan aku yang malang ni? Entah lah labu. Tapi nasib baik la si Farid ni sporting, walaupun kena reject, tapi still nak jadi kawan yang prihatin. Kalau aku bad mood, pasti dia orang yang terawal perasan. Kalau aku mengantuk, takde la dia sorongkan bantal, tapi bagi gula-gula feveretku, ECLAIRS. Agak-agaknya, kalau aku period pun, dia perasan tak?

Seperti biasa, sementara menunggu kelas yang seterusnya, Aisyah melepak di library, ibarat rumah ketiganya. Sudah menjadi habitnya untuk mengulangkaji terlebih dahulu topic yang akan diajar sebelum masuk ke kelas supaya dia tak tercangak-cangak ketika lecturer mengajar dan salah satu cara untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pernah satu hari, dia berasa sangat mengantuk dan terus terlelap sewaktu kuliah. Dan yang paling memalukan, dia hampir tersungkur ke bawah meja akibat terangguk-angguk seperti lagu ahli fiqir "angguk-angguk geleng-geleng". Mujurlah si Farid sempat memaut tangannya. Fuhh...memang lepas tu confirm terus segar bugar. Nak pandang muka Farid pun segan. Si Farid tu satu hal, tersengih-sengih tunjuk gigi yang lawa tu. Namun, itulah pengajaran yang akan diingat sampai mati. Never sleep in class!! NEVER, NEVER AND NEVER!!!

 



HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.6
5 Penilai

Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
miszmextor
Hantar Mesejmiszmextor

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya miszmextor
kerinduan bintang part 2
kerinduan bintang
Kasut,Famous Amos dan Zen
along, adik dan cacing
Cerita Tentang Len
MO1S06~TUJUH SYARAT
kerana kita kawan...1
ECLAIRS~3
ECLAIRS~1
HEY THERE DELLYLA...part 5 (penutup cerita)
Lihat semua

jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari
sponsors
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal